PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, May 29, 2009

Kontroversi: Pegawai Polis Penyiasat Kes Mata Lebam Anwar Dedah Beliau Kini Menjadi Mangsa Konspirasi Untuk Musnahkan Kreadibilitinya !!

KUALA LUMPUR [3.00 pm] - Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan. Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. "Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau. Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,"
kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan. Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92. (Sumber Informasi: TV Antara).

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

malaysia baru said...

Kerajaan BN/UMNO buat hal lagi...menggunakan alat kerajaan untuk agenda peribadi...macam era Dr M dulu.

Anonymous said...

Hidup tu biarlah berpadan dgn pendapatan. Bila berhutang kenalah bayar. Jangan bayar separuh saje, bakinya takkan nak kira langsai. Bila dituntut, tak nak bayar. Bila kena bankrupt tuduh pulak ada konspirasi..dunia, dunia!

Anonymous said...

PR/PKR/PAS adalah komunis. sila lihat kebenaran dan hakikat di:
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/benih-benih-communist-wujud-dalam-pas.html

Anonymous said...

UMNO BIN BARISAN NASIONAL ADALAH SYAITAN CELAKA PENGHISAP DARAH RAKYAT DARI ZAMAN PENJAJAH LUAR HINGGA KINI MASIH NK HISAP LAGI.OOII CELAKA KO TKNK HISAP TAIK DLM TANK TAIK NEGARA GANTI BALIK HAK RAKYAT SELAMA NI TAIK UMNO

Anonymous said...

DSAI juga pendokong sosialisma dan komunisma. Sila lihat di:

http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/anwar-sosialis-dan-komunisme.html

cposawit said...

Salam,Kepada Datuk saya bersimpati,tabah menghadapi dugaan,bukan semua orang boleh buat,anggaplah Allah swt akan menghapuskan dosa2 kita dengan tabah dan sabar ini. Kita semua ada dosa,jangan peduli kata orang pedulilah kata hati yang ikhlas agar datuk selamat menghadapinya dunia akhirat,DSAI lagi teruk dugaannya tapi dia sabar dan besar hati.Inilah masanya datuk mengajak kawan2 datuk yang seangkatan memahami realiti berada di bawah kerajaan zalim.

Anonymous said...

Lagi kejutan yang saya terima.Selama ni apa yang saya sering terfikir sudah jelas dan nyata. Namun jika betul apa yang didedahkan, pihak tertentu kena siasat jangan dok terpilih-pilih je, tak kira dia peguam negara ke, pemimpin ke, polis negara ke, awat ada kuasa boleh buat apa saja...memang betullllll.

Anonymous said...

bila aku lihat muka lebam,nuar wekkkkkkkkkk menyapah aku ,mulut celupar panggil orang anjin,parrrrrrrrrrr kena penampar ,sendiri buta sendiri tanggonlah

zakwan said...

Everytime I see Anwar's black eye,it reminds of how wrong Malaysia is in so many levels
"Negara Islam" konon
Datuk Mat Zain,be strong in ur pursuit 2 bring the perpetrators 2 justice
I pray 4 the safety of u n ur family
InsyaAllah,justice will prevail in Malaysia
Seseungguhnya Allah SWT menjawab doa2 mereka yg dizalimi

Anonymous said...

zakwan has to explain who has been victimised/suppressed in this country in the real sense. How, when? if you can't, you are just one oh those sad losers. Your answer dude or just cum on your own..

Anonymous said...

si zakwan ni org mana erk? Malaysia ke? tapi tak pandai ckap melayu erk..mengagung2kan bahasa BUSH pula la....

Anonymous said...

bagilah akaun no,,seorang rm1 jer..bolih langsaikan hutang..

Anonymous said...

dah lama. dah topik anuar ni. la kita tentang habissan2 nak bawa masuk komunis ke negara islam malaysia. melayu islam pantang undur. akantentang habisan2.

Anonymous said...

Hanya melayu islam yg sayangkan negara yg telah dan akan menentang komunis habis-habisan. Tapi puak melayu islam dari PR/PKR akan menyokong dan membiarkan komunis kembali ke tanah air. Malah melayu islam dari PR/PKR akan berjuang bersama-sama komunis utk menentang dan menghapuskan kumpulan melayu islam yg satu lagi itu..percayalah!!

zakwan said...

Well, we were willing 2 allow communist leaders such as Shamsiah Fakeh n Rashid Maidin 2 return 2 Malaysia but y not Chin Peng?
Because he's Chinese?
Islam does not teach us 2 be racist
Suddenly the UMNO idiots r shoutin that communism is returnin n we Malays must unite
Reality check,the Malays r not dumb anymore n will not blindly believe anythin said by UMNO bigots
A decrepit old man like Chin Peng can never revive communism in this globalized world

Najib just blew whatever chance BN had 2 gain Chinese support
Yay,full backin of the Chinese
Looks like BN will Be End come GE-13

Anonymous said...

Zakwan, if you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, or a Jews BN would not hunger for your support. If you are the communist remainder of chinese discent, this country would surely bother your existence to ensure that you will be eliminated for good. And this country does not need a racist and ungrateful chinese like you. The same goes if you are a non human creatures, this country will spray you with pesticide for you to rot for good as well.