PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, May 28, 2009

Penghargaan Khas: Terima Kasih Atas Sokongan Semua Para Pembaca Blog Pahang Daily Online !!

Mutakhir ini blog Pahang Daily Online semakin hangat dan mendapat kunjungan yang luar biasa daripada kalangan pembaca senatero dunia. Malah, kami mendapat maklumat yang PDO bukan sahaja dikunjungi oleh penyokong Pakatan Rakyat, malahan juga dari kalangan penyokoing UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Syabas dan tahniah kami ucapkan di atas sokongan dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak. Kami juga amat menyanjung tinggi kepada rakyat Malaysia yang berada diluar negara terutamanya dari negara Amerika Syarikat, Singapura, Mesir, Brunei, United Kingdom, Norway, Arab Saudi, Australia dan Indonesia yang kini mendapat kunjungan tertinggi. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri dari kalangan para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di sana. Sokongan daripada semua amatlah dialu-alukan dan dihargai. Susulan daripada itu bagi memudahkan interaksi dan hubungan dua hala antara semua pembaca PDO membuka tiga buah ruangan "borak siber" yang diberi nama Debat Rakyat, Bicara Santai dan Suara Rakyat.

Semua ruangan ini dikhaskan untuk para pembaca mengeluarkan pandangan serta pendapat masing-masing. Malah kami juga turut menyediakan satu lagu ruangan "Chat Room Live" untuk membolehkan para pembaca berborak secara online. Disamping itu juga, pembaca juga boleh membuat komen terhadap semua artikel yang dipaparkan dalam ruangan ini. Kami tidak akan menyekat segala komentar yang diberikan biarpun ada sesetengahnya agak panas, berbaur perkauman, lucah dan mempunyai unsur-unsur hasutan. Segala komentar adalah tanggungjawab masing-masing. Cuma diruangan "borak siber", mana-mana komen yang mempunyai "niat jahat" seperti yang dimaksudkan maka kami tidak teragak-agak untuk mengeluarkan tulisan berkenaan dan penulisnya akan disekat buat sementara waktu dari ruangan tersebut. Biarpun sudah terdapat hampir lima ruangan komentar dan debat disediakan, namun masih ada pembaca yang berdebat di ruangan "Buku Pelawat".

Walhal, ruangan itu adalah dikhaskan untuk pembaca memberi sokongan atau kritikan terhadap blog ini. Antara pembaca yang berbuat demikian ialah seperti Megat Panji Alam, Abang One, Abang Two, dan Padang Muka. Dukacita untuk dimaklumkan bahawa semua tulisan mereka telah dikeluarkan dari buku pelawat kami dan disarankan mereka berdebat diruangan yang telah dikhaskan sahaja. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Blog ini semakin mendapat sambutan setelah kami menyediakan ruangan khas Media Alternatif TV Online dengan ehsan TV Antara yang disiarkan secara langsung bagi memudahkan pembaca mendapatkan berita terkini. Dalam masa terdekat ini, penambahbaikan blog ini akan terus dilaksanakan untuk memberi satu kelainan kepada para pembaca yang berkunjung ke sini. Pihak kami amatlah berterima kasih atas segala perhatian dan pandangan yang diberikan. Biarpun ada sesetengah artikel kami yang mungkin sukar untuk diterima oleh pihak berkenaan. Namun, kami bersikap terbuka untuk menerima kritikan.

[Pihak kami juga amatlah berterima kasih atas sokongan daripada semua krew-krew kami di seluruh negara, termausk dari negeri Pahang sendiri termasuk Cucumatkilau (Kuantan), Daniel MS, (Maran), Fitri MS (Bentong), Cicit Bahaman (Temerloh), SRY Jambia (Jerantut), UMNO Karat (Rompin), Tok Ku Paloh (Pekan), Aki Jaya (Lipis), Tok Gajah (Raub), Tok Selampit (Bera), Spy3Suku (Cameron Hihglands) dan semua yang terlibat menjayakan blog ini. Segala sokongan amatlah dihargai biarpun kalian tidak menerima imbuhan yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. Buat masa ini kami amatlah memerlukan sumbangan berbentuk kewangan daripada pihak-pihak tertentu yang berminat. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah melanggan ruangan iklan dalam blog ini. Biarpun ada pembaca yang marah dengan iklan-iklan tersebut, namun itulah rezeki kami sebenarnya. Teruskan sokongan anda kepada PDO, dulu kini dan selama-lamanya].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

cakap benar said...

syabas AZWANDIN ,TINDAKAN ANDA BETUL,KALAU PEMIMPIN BESAR SUDAH AJAR BENDA YANG SALAH,ANAK BUAH NANTI TURUT IKUT,MACAM NIK AZIZ, KEBELAKANGGAN NI,BANYAK KELUAR KENYATAAN YANG BODOH(MB MAKAMAH).APASAL DIA MEMBISU BILA ZAMBRY ULAS...DAN MINTA PENJELASAN..?????? TUAN GURU ,RAKYAAT YANG ARIF ISLAM PUN DAH RAMAI,DENGAN MARHEAN BOLIH LAH PUSING.....KHALID KENA LEBIH BERHATI2 JANGAN JADI NIK AZIZ SELANGOR

PEMBELA BN said...

TANIAH DAN TERIMA KASEH SAYA UCAPKAN KEPADA PDO...ANDA BETUL2 LIBERAL...SAYA AMAT MINAT MELAYARI BLOG NI,,LEPAS BACA UTUSAN ,JANGAN MARAH.PEMBELA BN KATAKAN,....DAH MINUM KOPI TERUS SAYA LAYARI PDO,,,BAGUS CUKUP BAGUS,KEEP IT UP

Anonymous said...

MAKLUMAN PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA JENIS PERHIMPUNAN TERMASUK PERHIMPUNAN PAGI BULANAN JABATAN KERAJAAN, PERHIMPUNAN PAGI KANAK KANAK SEKOLAH,PERHIMPUNAN RAKSASA SAMBUT PEMIMPIN NEGARA,

PERHIMPUNAN MENDENGAR CERAMAH PARTI PEMBANGKANG ADALAH HARAM TOTAL.MANAKALA BERHIMPUN DENGAR CERAMAH BN UMNO (HALAL)

PERHIMPUNAN MENYAKSIKAN KONSERT SEARCH PERHIMPUNAN MENDENGAR CERAMAH EHWAL ISLAM SEMUA INI ADALAH PERHIMPUNAN HARAM VERSI PDRM TERKINI.

OLEH ITU ANDA SEMUA ADALAH DILARANG DARI BERHIMPUN BERAMAI RAMAI DIMANA JUA ANDA BERADA.

INGATAN DARI PDRM UTK RAKYAT MALAYSIA..TERKINI

Anonymous said...

tahu tak pe...