Pages

Cyberita: Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA Tetap Akan Diadakan Walau Pun Pihak Polis Beri Amaran Agar Penganjur Membatalkan Hasrat Itu

PETALING JAYA - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan masing-masing - pro dan anti-ISA - Sabtu ini walaupun polis memberi amaran keras agar membatalkannya. Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini dan bersedia menerima sebarang tindakan termasuk ditahan polis. "Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis. "Demi mahu tegakkan pendirian agar ISA terus dikekalkan, kami sanggup teruskan misi kami ini," katanya. Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong ISA merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun Mohd Khairul berkata pendirian mereka itu bergantung kepada GMI kerana jika pihak berkenaan membatalkan hasrat untuk berhimpun, mereka juga akan mengambil langkah yang sama. "Buat masa ini kita akan teruskan juga apa yang telah dirancang, tapi jika GMI batalkan niat mereka, kita juga akan batalkan...ia bergantung kepada mereka. "Kita beri mereka tempoh sehingga pukul 5 petang esok untuk nyatakan pendirian mereka, kalau mereka tarik diri, kita sedia tarik diri," katanya. Sementara itu Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka akan teruskan juga perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penggunaan ISA. Beliau berkata perhimpunan yang bakal diadakan tersebut merupakan kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan. "Kita akan teruskan juga, perhimpunan ini telah kita rancang begitu lama. "Malah ini adalah kemuncak kepada apa yang kita bantah sebelum ini kerana kita sudah menggunakan pelbagai cara termasuk menghantar memorandum, dialog, referendum dan mengumpul tandatangan rakyat yang membantah penggunaan ISA."Pelbagai kaedah diplomasi telah kita gunakan, jadi inilah kemuncaknya," katanya.

Beliau berkata, walaupun GMI tidak mendapat permit daripada pihak polis, namun beliau yakin perhimpuan berkenaan tidak akan mencetuskan masalah kerana ia adalah perhimpunan aman. "Kita minta polis hormati hak kita untuk berhimpun secara aman, malah kita kita minta polis membantu kita mengawal keadaan lalulintas agar perhimpunan itu nanti berjalan dengan aman dan teratur," katanya. Mengenai permintaan Magaran yang memberi tempoh kepada GMI sehingga pukul 5 petang esok bagi membuat pendirian sama untuk membatalkan atau meneruskan misi mereka, Kamaruzaman berkata keputusan GMI adalah muktamad. "Kita tegas dengan pendirian kita sebelum ini, Magaran tak perlu tunggu hingga pukul 5 petang esok kerana sekarang juga saya ingin tegaskan kami tetap akan teruskan. "Jadi kita minta mereka hormati hak kita untuk berhimpun sepertimana kami menghormati hak mereka untuk mengadakan perhimpunan," katanya.

[Maklumat diterima, sekatan demi sekatan telah diadakan oleh pihak polis bagi menggagalkan perhimpunan terbesar rakyat selepas BERSIH ini]

24 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Unknown said...

POLIS AKAN HALANG RAKYAT YANG BERJIWA JUANG. KALAU CAMNI TINGGALLAH RAKYAT YANG PENAKUT DAN KECUT MACAM KHAIRY AKA KJ.

dinborok said...

kalau penyokong PR ni betul2 berjiwa pejuang..berjuanglah bebaskan Msia drp anasir dadah,mat rempit,maksiat,judi,babi dan segala gejala sosial

sam said...

Ayuh..kepada org UMNO..bangkitlah menentang penyagak politik yg suka berarak dijalan raya..

Anonymous said...

Ayuh rakyat Malaysia yg cintakan kebebasan kedamaian dan keadilan sejagat marilah sama-sama kita muafakat hapuskn ISA.

ISA tidak bermakna apa-apa kecuali menindas rakyat dan memberi lebih ruang pemimpin kuku besi berkuasa selama-lamanya. Arahan tangkap kurung tanpa bicara adalah zalim dan menganiaya rakyat. Jika rakyat salah atau sesiapa yg didakwa bersalah tangkap dan bicara mengikut undang2.

Andainya bapa atau mak atau anak kepada seseorang itu tk kira pas atau umno dap pkr kena tangkap ISA sedangkan mereka tidak bersalah cuma disyaki pengganas ala taliban.cuba anak org umno kena kurung 7 tahun dlm ISA adakah mereka akur dan redha. tp tk mungkin ISA cuma utk pembangkang cuma. Saya suka melihat hati seorg ayah org umno yg anaknya kena ISA selama 7 tahun mungkin dia tersenyum bangga kerana ISA adalah kebanggaan kamu.

Mari bersama kita hapuskan ISA jika kerajaan tidak mampu nk hapus kita rakyat yg akan hapuskan semuanya yg tinggal kelak hanya yg betul2 pemimpin yg benar2 berjiwa rakyat sanggup lapar dan hidup merempat krn rakyat.Rakyat didahulukan bermakna rakyat itu raja pemimpin itu kuli batak. Ini org umno kena faham baru blh jadi Pemimpin Sejati

PAS-PKR-DAPigs said...

Yang ada anak-bini dan keluarga tu ingat le, kalau kena tangkap dan hilang kerja, bukannya PAS-PKR-DAPigs yang nak bantu atau tanggung makan.

pria malaya said...

ayuh ramai2 kita turun 1 Ogos ini khususnya generasi anak muda, ayuh kita gegar ibu kota sabtu ini...kami turun dgn aman, tapi jika terpaksa, kami mampu 'berdepan'!...

hapuskan undang2 zalim ISA!..Allahuakbar!

Anonymous said...

org gila tak berpindidikan aje yg terhegeh2 dok berhimpun... tak ada akai...otak kat lutut... sebab suka buat salah tu yg takut kat ISA.

Anonymous said...

buatperlah nak himpun macam ni,korang tak sayang negara ker...kitorang dah bosan ngan perangai korang ni,baik cuti kau bawa anak korang g perpustakaan untuk belajar ker,g muzium negara ker...ni menyusahkan semua orang,,,sebab korang jalan jem..orang yang ada kecemasan pun susah nak lalu...kalau aku ada senapang gajah..sorang-sorang aku tembak...

Anonymous said...

Berita baik utk pembaca yang ingin menambah pendapatan.

sila layari laman web ini untuk mendapat maklumat yang terperinci & mencuba menambah pendapatan anda.

http://www.perigiduit.com/?ref=acv3806

Anonymous said...

Kenapa nak cari masaalah. Duduk diam2 cari rezeki utk beri makan anak bini.Bina keluarga, bina masyarakat dan bina negara. Kenapa takut dgn ISA? Apakah selama ini ISA digunakan dgn sewenang-wenangnya? Yg kena ISA semuanya petualang negara termasuk pelampau-pelampau politik yg memfitnah dan menghasut rakyat supaya menjatuhkan kerajaan yg sah, berdemo, buat kacau sana sini sehingga mengancam ekonomi dan keselamatan negara. Yg menghina agama Islam dan menyekat agama Islam agama resmi negara apa hal? Dlm 26 juta rakyat negara ini berapa kerat yg kena ISA? Dan mereka yg kena ISA tersebut ada sebab dan ada kesalahannya. Negara ini bukan negara tentera atau negara polis dimana pihak pembangkang boleh dihapuskan dgn penangkapan beramai-ramai dan disumbat kedalam penjara atau dibunuh beramai-ramai. Atau lebih ekstrim lagi pembangkang dihapuskan dgn cara terbuka. Apa pasal pulak mak bapak kena ISA? Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak akan melakukan kesalahan..
Yg berdemo nanti adalah orang melayu dari kedua belah pihak pro dan anti. Mengapalah bodoh sangat? Bangsa lain dok sedap bertepuk tangan sambil meraih dan mengaut kekayaan dinegara ini. Sesama melayu berbunuhan. Mengapa orang Melayu yg selalu kedepan kononnya berjuang utk menegakkan keadilan? Insaflah wahai orang orang Melayu..Fikirlah baik-baik dan sedalam-dalamnya akan kesan dan akibat diatas perbuatan yg akan menghancurkan bangsa sendiri. Fikirlah baik-baik tentang nasib anak cucu dimasa akan datang jika keadaan berpecah belah ini berterusan..

TOK GAJAH said...

ikut suka aku (isa)ikut suka aku nak tangkap atau nak dakwa sapa-sapa..pergi jahanam isa..selamat jalan isa...

Anonymous said...

org2 ni dah tak leh kata apa dah. otak dah karat sebab dok kat lutut. depa mau dok mcm negara iran iraq tu kot perang tak benti. yg masalahnya semua ni dilakukan oleh org MELAYU... geng dap tu dok gelak aje tgk org melayu yg dok berdiri terlalak2 kat jalan raya... susah nak lenturkan buluh yg dah keras tu

Anonymous said...

sebab anon 5.23 hanya tahu duduk,makan,cari duit asal orang tak kacau sudah cukup gembira. Anon ini bukanlah seorang jenis orang yang aktif dalam sistem politik itu. Baginya apa yang dia dah dapat dia bersyukur. tentang masalah orang lain dia tidak mahu ambil tahu. Sebab tiada gangguan,tekanan emosi yang melibatkan dia dan keluarganya. Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebahgian satu sistem politik yang berkembang dan hidup subur. Sistem politik yang subur dan bergerak dengan baik dilandasannya adalah kerana pemain-pemain dan kumpulan berkepentingan dalam lingkungan sistem politik. Sistem politik yang baik bukan hanya dipaparkan melalui peti undi saja namun boleh dilakukan dari pelbagai saluran dan media. Jika saluran dan media itu dapat dilakukan dengan baik dan sentiasa dipelihara oelh mereka yang diberi kuasa dan tanggungjawab, sistem politik itu dapat menuju mengikut landasannya. Kita tidak boleh menghalang individu-individu tertentu untuk menekan atau menggunakan segala medium untuk menengahkan masalah mereka jika pelbagai cara tidak langsung menjejas atau mengoyangkan pemain-pemain utama dalam sistem politik tersebut. Contohnya, jika anon itu mengalami masalah rumahnya yang dibeli telah terbelangkai kerana pemajunya lari atau gulung tikar, tentunya beliau mencari pelbagai ikhtiar untuk menyelesaikan masalahnya, pada masa itu kekadang tentunya pemain-pemain utama sistem politik akan digunakan sebagai pengaruh atau medium meluahkan perasaan dan kekadang memarahi pemain-pemain utama kerana gagal. Cuma di sini sitiuasi,perkara,cerita berbeza apa yang telah dirasai oleh mereka yang terlibat, dirinya, anggota keluarganya, masyarakatnya dan bangsanya. Janganlah kita didorongi dengan andaian-andaian dengan menggunakan alasan-alasan lain untuk menidakkan hak sesetengah individu yang mempunyai hak yang sama dengan anon 5.23. Saya bukanlah condong mana-mana pihak menyokong atau sebaliknya namun saya melihat agar sistem politik yang matang dapat dilahirkan. Di negara kita pelbagai jaringan penguasa-penguasa yang diberi kuasa untuk memastikan dan memantau agar pemain-pemain utama dan kumpulan berkempentingan dalam sistem politik itu mendapat perlindungan dan pengawasan yang sempurna kerana mereka telah membayar dengan tinta, harta, kepercayaan agar apa yang ingin digesekkan dalam sistem itu mendapat perhatian. Saya berpendapat jika segala apa yang ingin diluahkan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan itu diberi ruang dan diawasi dengan sempurna saya percaya tidak akan berlaku kebocoran,kebakaran atau terbabas dari landasannya. Masalahnya penguasa-penguasa yang dberi kepercayaan kekadang hanya seperti memakai topeng dalam selimut. Masalah Along, penyeludupan manusia, Duit kopi siapa sebenarnya disebalik bantalnya. Siapa sebenarnya yang selama ini tidur sebantal menyebabkan Along, Kumpulan Kongsi Gelap, Budak Tarik kereta,penyangak, peragut,perompak, pengedar dadah. bergerak aktif. Namun bukan semua penguasa-penguasa merelakan wajah-wajah palsu itu tetapi apakan daya kekadang menjaga hati dalam kumpulan menjadi agenda penting agar tidak menjadi kera sumbang atau penghianat asing.Anon 5.23 sepatutnya beruntung dan bersyukur walaupun dia jenis masyarakat pasif namun dia perlu memandang dunia ini dengan luas bukan hanya dengan satu hala pandangan sahaja. Keamanan negara memang dikehendaki oleh semua rakyat dan keamanan itu boleh berlaku dari sejarah dan pengajaran-pengajaran yang dikorbankan oleh sebahagian rakan-rakan atau anggota masyarakat yang lain.

IKUT SUKA AKU said...

AKU SETUJU SANGAT KALAU AKTA ISA TIDAK DIMANSUHKAN, BUKAN APA,
LANIE DEPA BN PERITAH, DEPA SUMBAT SAJA SAPA YG DEPA SUKA.

NANTI PRU13, KITA PERINTAH MALAYSIA,
KITA SUMBAT PULAK DEPA KAT DALAM KEM KEMUNTING TU, BIAQ DEPA RASA SYOKNYA
DOK KAT DALAM TU, BARULAH DEPA PUAK UMNO BN TU MENYALAK NAK HAPUSKAN ISA.

Anonymous said...

Ya aku sokong 'ikut suka aku'..Kalau PR ditakdirkan merintah pulak nanti,mana mana orang umngok yang buat kacau,berhimpun,kita sumbat pulak mereka ke kamunting,jangan bicara terus kurung 7,8 tahun biar depa rasa pulak macamana zalimnya ISA tuh.Baru lah puak puak depa pulak sibuk nak minta ISA dihapuskan.Bukannya kita tak tahu perangai huduh umno ni,masa ada kuasa taknak buat bila dah jatuh baru le ingat hak2 rakyat.Tengok paklah cukup le,dah takde kuasa baru ckp isa ni patut dihapuskan.Masa jadi Pm taknak laksanakan.Khir Toyol tu pun sama,bengong.baru sekarang nak melalak,.

Anonymous said...

anon 5.25 amat tenang hidup berbantalkan juga bertilam empuk makan yg enak tido yg nyenyak perut yg tiada masa kenal erti lapar. yg kena tangkap isa ada sebab katanya sbb merusuh buat huru hara dan sbb utama mrk dipihak pembangkang.

anon ni cukup aman krn seluruh keluarganya orgg baik baik dan kerajaan tidak akan sesekali tangkap anon ni utk rasa isa.

Betul kata lbh 99% rakyat kecuali anon ini mengatakan isa zalim. elok juga tk payah hapus lg krn lepas pru13 PR blh gunakan isa ini utk membasuh minda anon anon yg inginkan isa ini tentu ramai yg PR dpt sumbat dan basuh minda mrk secucinya dan lepas 7thn dicuci dlm reban isa mrk akan keluar sbg manusia yg suci bersih bermutu pd agama bangsa dan negara.

isnyallah..bkn niat membalas ddendam tetapi cuma niat mendidik kembali mrk krn saat ini mereka blm faham apa itu isa..org yg pertama kita cuci dgn isa ialah anon pencinta isa di atas tentu beliau ingin merasa pengalaman berada dlm reban isa yg tulus ikhlas mencuci pesalah ISA

Anonymous said...

tok sah dok berangan la IKUT SUKA AKU serta penganut penganutnya nak menang PRU 13. baru menang sikit PRU 12 dan banyak berangan. geli ketiak aku tau tak...pueeeee...

atanMARDEC said...

ISA dah membunuh beribu2 lemon ahli PAS..ISA dan Menjahanamkan Ribuan ahli PKR..ISA dah membaham jutaan ahli DAP..kerana ISA rakyat Msia hidup huru hara..kerana ISA rakyat Msia bermusuh-musuhan..kerana ISA Msia mundur terkebalakang..

padahal ISA hanya utk org yg menimbulakan maslah dan kebetulan yg banyak menimbulkan masalah ialah org PAS..maka tak hairanlah org PAS melenting..cuba yg meringkuk kat sana ahli UMNO..nak ka dia berarak kat jln raya mcm lembu tak bertuan aje..

tak payah le nak melingkupkan diri sendiri..kena tangkap..kena sumbat..baru nak nangis..masa tu ada ka org nak tolong?kalau ada bini..org tolong ambil bini ..kalau ada anak dara org tolong bw lari anak dara..baru padan muka

ayuh..mai kita pakat berniaga air atau burger kat lembu2 yg berarak kat jln raya nanti

Anonymous said...

ISA adalah undang-undang spesifik dan tujuannya adalah spesifik juga. Cuma kebelakangan ini ISA mungkin telah disalah gunakan. Bila penyalahgunaan berlaku maka yg ditahan dibawah ISA itu akan teraniaya. Ia juga dipandang sbg satu penganiayaan kerana ia telah disalah gunakan dan tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.
Isu sebenar hanya ISA disalah guna oleh pemerintah. Walhal pada pandangan pemerintah ISA harus digunakan bila seseorang itu telah melakukan kesalahan yg boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.
Penggunaan ISA tidak selektif dan tidak sekali kali ditujukan pada pembangkang. Mungkin pada pandangan pemerintah kegiatan politik yg keterlaluan yg ditafsirkan sbg satu ancaman dan akan menjurus kpd keadaan huru hara didalam negara, maka jalan yg terbaik untuk mengawal keadaan ialah dengan menggunakan undang-undang sesuai iaitu ISA. Tetapi pada pihak pembangkang ia tidak perlu kerana terdapat undang-undang lain yg lebih sesuai dgn kesalahan tersebut.
Mungkin ISA masih lagi relevan tetapi ia perlu diubah suai mengikut perkembangan dan keadaan semasa. Semua prosedur, sistem, dan program semasa dlm tahanan pun perlu diubah suai. Namun pesalah pesalah ISA yg betul-betul bersalah mestilah dihukum mengikut undang-undang tersebut dan mereka tidak seharusnya berharap kpd layanan yg bertaraf 5 bintang ketika didalam tahanan.

Anonymous said...

bodohnya saper yg sokong ISA...terang2dh nampak mencabul hak asasi rakyat...tangkap tanpa dibicara..aper punyer undang2..!!kebanyakan yg sokong ni puak2 umno la sbb yg kena ni byk pembangkang,ckp mende yg betol kne tgkap..,mn kebebasan bersuara...??x kena btg hidung sndr bleh la ckp mcm2,cube bayangkan di tempat kluarga mangsa yg ditangkap..,ermm..sure menyalak terus..!!jom pakat turun reramai esok...chaiyok2..!!!

LanJeniang said...

dah mulut jahat..ISA lah jawabnya..kalau tangan ke atau konet ke jahat baru le ke penjara...yg masuk ISA tu semua yg kaya raya..yg dok nak melalak kat jalan raya tu semuanya masih papa kedana..otak udang leee puak2 nii

Anonymous said...

Kita olang cina ala manyak wang. kita sokong buang itu ISA. lanti along, genstar, boleh cali makan. itu wang boleh kasi DAP,PAS, kasi anwar iblahim. gua sokong pegi itu demonstasi. misti bawak pisau, kapak, palang, kasi hantam itu melayu polis, itu melayu ibrahim ali. ini kali misti galuh punya..lu orang melayu misti hantam melayu kuat-kuat punyer..kite olang cina luluk lumah tengok tv makan ais klim..tengok lu galuh melayu sama melayu..manyak melayu mati baguih ho, cina boleh memelintah..allah hu akbar..maakal sakthi..melayu, islam mati...

Anonymous said...

waa.. ini ada peluang perniagaan ni.. mesti beratus2 ribu yg dtg.. untung la diorang ni kan..

eish.. musykil la aku.. betul ke utk ISA? atau penganjur masyuk.. jual tshirt banyak untung tu.. kang korang sibuk melaungkan ISA, penganjur duk sibuk jual tu la.. jual ni la..

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua,

Apa yang diperjuangkan hari ini di Kuala Lumpur adalah untuk menguji sejauh mana keperluan "ISA" dalam kerajaan Barisan Nasional.

Anda masih ingat cerita filem melayu bertajuk "Singapura dilanggar todak"...? Seorang budak kecil yang bijak telah memberi idea cara melawan todak. Diatas kebijaksanaan budak itu akhirnya dihukum bunuh dengan menghumbannya kedalam laut.

Dalam pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, kalau ada sesiapa yang cuba menggugat keamanan negara mereka akan di "ISA" kan.

Dan jika anda adalah rakyat yang lebih bijak dari pemimpin kerajaan itu dan anda juga tahu kejahatan mereka maka anda ada peluang duduk dalam kem kemunting sebagai tetamu "ISA".

Perlukan contoh...? Sila bertanya pada Ibrahim Ali yang memperkudakan Perkasa. Tapi dalam media perdana dia menyokong ISA terus digunakan... persoalannya mengapa...?

Sebenarnya "ISA" sememangnya diperlukan apabila kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan pada pilihanraya yang akan datang kerana ramai kakitangan kerajaan dan juga pemimpin parti politik UMNO/MIC/MCA terlibat dalam banyak kes jenayah. Terutama Peguam Negara. Mereka perlu disumbatkan dalam kem kemunting tanpa bicara.

Ketika itu kita percaya pencacai UMNO seperti yang memberi komen diatas pula yang akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk buat demostrasi hapuskan ISA.

Waktu itu kita akan bandingkan keperluan memansuhkan ISA zaman Barisan Nasional dengan zaman Pakatan Rakyat. Dan kita akan bertanya kepada pencacai Pewaris dan Perkasa mengapa perlu dihapuskan "ISA'.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]