Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Isu Perak, Kerajaan Marah Kenyataan Abu Talib

KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman (foto), yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di Perak. Mei lalu, Abu Talib berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari DUN Perak. Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak. "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri. "Sebagai bekas pendakwa raya utama negara dan Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

[Inilah yang paling ditakuti oleh puak-puak UMNO dan BN iaitu apabila ada golongan mereka sendiri yang mahu bercakap benar dan menyampaikan sesuatu dengan keikhlasan hati. Apa yang Nazri mahu ialah Abu Talib bersetuju dengan segala apa yang dilakukan dalam kes rampasan kuasa di Perak. Biarpun beliau sendiri tahu hakikat sebenarnya. Mana mungkin manusia boleh ditipu dan dipesongkan minda buat selamanya. Inilah yang berlaku kepada mereka-mereka yang sudah dibukakan mata dan hati untuk melihat kebenaran di depan mata. Tahniah buat Tan Sri Abu Talib Othman].

Pecat Johari, PKR Kecewa Tindakan Guan Eng

GEORGETOWN [2.35 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan sikap tidak bermuafakat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim, sehingga membawa kepada pemecatannya, minggu lalu. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu. Malah, katanya, Johari juga sedia berjumpa dengan Ketua Menteri berhubung perkara itu, tetapi malangnya Guan Eng enggan bertemu dengan pemimpin PKR berkenaan. "Saya rasa ini satu sikap yang tidak bermuafakat. Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung. "Ini bukan pandangan peribadi saya, ini pandangan ahli PKR sebab keputusan dibuat oleh kepimpinan parti. Ia bukan keputusan Ketua Umum atau Presiden tetapi keputusan bersama kepimpinan peringkat pusat dan negeri," katanya

[Perkara pecat memecat ini sepatutnya tidak harus ditimbulkan dan perlu diselesaikan secara berhemah. Tindakan DAP Pulau Pinang itu jelas sekali telah membelakangkan semangat kekitaan dalam Pakatan Rakyat. Jika beginilah cara mereka menangani masalah rakyat dan pemimpin itu sendiri, nescaya lama kelamaan hubungan intim ini akan kembali rapuh dan bakal dirosakkan. Justeru itu, jalan terbaik ialah duduk berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan yang bisa menimbulkan keraguan].

Peguambela Sakit, Permohonan Anwar Ditangguh

KUALA LUMPUR [12.15 am] - Permohonan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan dokumen dan bukti pertuduhan dari tangan pendakwaraya berkaitan kes liwatnya ditangguhkan bagi membenarkan peguamnya mendapatkan rawatan kesihatan. Peguambela Sulaiman Abdullah (foto), memberitahu Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa beliau tidak sihat dan mahu berjumpa doktor. Beliau juga meminta Mahkamah untuk menangguhkan sesi hari itu. "Saya dan pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden, mahu meneruskan permohonan hari ini, tetapi, saya tidak sihat dan perlu rawatan," kata Sulaiman. Hakim Zabidin bersetuju dengan permohonan tersebut dan menangguhkan sidang sehingga Sulaiman mendapatkan rawatan. Menurut peguambela Sankara Nair, Sulaiman berasa pening sejak semalam dan telah dibawa ke Pusat Rawatan Pantai untuk dirawat. Anwar memfailkan permohonan mendapatkan dokumen pertuduhan dari milikan pendakwaraya negara pada Jun tahun ini, yang didakwa enggan menyerahkan bukti-bukti itu bagi membantu kes pembelaaan. Antara dokumen yang dipohon adalah rakaman CCTV, sampel DNA, laporan ahli kimia, kenyataan saksi serta laporan perubatan.

[Hairan bin Ajaib, bila peguambela Anwar jatuh sakit dan memohon cuti maka boleh pula kes ditangguhkan. Tetapi kenapa bila Hakim Sesyen SM Koomathy bercuti kes perpindahan mahkamah diteruskan dengan menggantikan Hakim yang lain tanpa sebarang makluman. Malah, hakim itu pula terus meluluskan bahawa kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tanpa mengambilkira pandangan serta keterangan daripada peguambela Anwar. Inilah yang menimbulkan persoalan].

18 Sila Berikan Komen Anda Terhadap Artikel Ini:

Anonymous said...

memanglah atas hak asasi manusia ,kata abu tuasi tu betul kerana dia subprujudis,tapi kalau dia adil mengapa dia tak sokong saiful untuk minta hak asasi atas hak asasi manusia,dalam kes botut membontut,tapi dia sokong dsai,konon kata takda kes,,apa darrrrrrrrr,belit punya manusia

Anonymous said...

Peguam sakit pulak dah. Macam2 hal lah si aljuburi putar belit alam ni. Tak lain tak bukan nak melambatkan perbicaraan kes. Lepas apa plak helah belit si aljuburi nih...?

Anonymous said...

pkr dan pas tak ada kuasa sangat pun di penang... contoh paling mudah ialah TKM 2 penang telah pecat 13 kakitangan perpustakaan awam negeri januari lalu, sampai sekarang pun tak setel lagi... nak jumpa dgn guan eng pun susah sangat...

Anonymous said...

Peguam sakit pulak dah. Macam2 hal lah si aljuburi putar belit alam ni. Tak lain tak bukan nak melambatkan perbicaraan kes. Lepas apa plak helah belit si aljuburi nih...?

___________________________________

Anoy 6.02pm adalah Pencacai UMNO tegar...kotor punya orang tiap2 kali ingatkan bontot Saiful wekk...mengucaplah. Saiful otak tiga suku tak ada tusukan kata diliwat.

sondolan said...

alahai alasan plak si aljuburi ni...kalau betul berani percepatkanlah perbicaraan kes sondol menyondol tu..ada beranikah ? eeiiiiiii

zakwan said...

I guess the chilli is too hot 4 the racist Nazri 2 chew
Abu Talib is merely pointin out common sense here
In democracy,the people r the ones calling all the shots so just call 4 snap polls
Let the people decide who they want as their government.BN or PR?

As 4 this Johari fella,the guy seems 2 be a troublemaker
Maybe Pakatan Penang is better off w/o him

Wish Sulaiman Abdullah a speedy recovery

Anonymous said...

anwar ni mmg penakut ooo...mcm2 alasan la nak lambatkan kes dia...silap2 dia kojol dulu ..tutup kes la...tapi kena pula la jumpa kes ngan Allah swt.

setan zindagi said...

aku takut dengan ALLAH SWT,PEKARA JAHAT MACAM TU AKU TAK BUAT,JAHAT AKU CUMA NAK GIGIT MELAYU CELAKA MACAM ZAKWAN,I HOPE JOHARI WILL SHOOT ZAKWAN BALLS,WHY NOT,NOW, WE HAVE PRK IN,PERAK,PENANG AND KEDAH,,HOW ABOUT IT,GOOD SUGGESTION EH !!!!!!!!

zakwan said...

I find Saifool 2 be the true coward here 4 resorting 2 the holy Quran n manipulating it 2 achieve his own ends,thus violating the sanctity of the Holy Book

As Dr Fatma has mentioned in one of her ceramah agama,those who swear on the Quran hav characteristics of a munafiq

True,DS Anwar has a case wit Allah SWT but he's not the only one
Saifool the pig,Ghani Patail,Musa Hassan,Rahim Noor n all bastard conspirators behind sodomy 2 will be judged in the afterlife at the court of Allah SWT

zakone said...

I HOPE WHAT ZAKWAN SAID IS TRUE,BUT IF DSAI REALLY COMMITS THE CRIME,WHATS THE ANSWER,,,,MY ANSWER PROPHET MUHAMMAD SAW WILL NOT ACCEPTS BACK DIGGERS AS HIS FOLLOWERS.

Anonymous said...

Based on sources, LKY said Singapore's Intelligence has clear evidences of DSAI having sexual intercouse with a man in a hotel room in Singapore when he was the DPM then. I hope the prosecutor will get in touch with the Singapore Intelligence to produce the tape in court as solid evidence of DSAI's wrong doings. Based on mutual respect and goodwill between the two countries there is no reason why the intelligence unit is not willing to cooperate and testify in court.

So, apa nak cakap!

Anonymous said...

DAP mungkin tidak bertindak jika Johari tukar nama kepada Cho Har Ree.

Anonymous said...

dan mungkin tidak bertingdak jika namanya joo bur ree

budak kampung online said...

LKY singapore sudah deal ngan najib... berapa pulak najib bagi kat LKY... separuh johor kot??

Anonymous said...

what ever lah, if u'
all think anwar did no wrong it ok, but remember, if he did so, u've to answer at akhirat....

serupasekala said...

Tuan/Puan,
Jabatan Meteorologi Malaysia telah melancar laman web portal baru jabatan pada 29 Jun 2009 dengan menggunakan alamat yang sama iaitu www.met.gov.my . Mohon pihak tuan membuka laman web portal berkenaan untuk mengetahui samada ianya boleh diakses oleh pihak tuan tanpa masalah.
Sila berikan maklumat berkenaan kebolehan akses ini kepada saya wdmokhtar@yahoo.com.sg untuk tujuan pemantauan dan mencari penyelesaian jika ada masalah.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

haha.. Dah sah PDO ni dah mental block oleh DSAI.. sampai perkara2 yg nampak bias pada BN pun boleh diputar2 oleh PDO.. pandtainyerrr.. yang duk sibuk peguam sorang tu wat pe? kan katanye DSAI diwakili oleh berbelas peguam.. mane yang lain pegi??

Anonymous said...

ies ies ies aku pun heran. dulu anak guam sakit, ini peguam pulak sakit. lepas ni apa pulak? memang sah si nuar tu dok menggelabah la ni...