KUALA LUMPUR [10.15 am] - Mahkamah Tinggi yang dijadual untuk mendengar dua prosiding berkaitan dengan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2 petang ini. Mahkamah sepatutnya mendengar permohonan mendapatkan dokumen dan sebutan kes menentukan tarikh perbicaraan. Ia dijadual didengar pagi ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Pihak pembela memohon kepada hakim pagi tadi untuk menunda kes hari ini bagi mereka merancang semula strategi dan menentukan siapa yang akan mengetuai pembelaan. Bagaimanapun hakim mahu prosiding diteruskan hari ini. Hakim hanya memberi masa sehingga pukul 2 petang. Ia diputuskan dalam kamar hakim. Prosiding yang sepatutnya diadakan pada 8 Julai lalu terpaksa ditangguhkan ke hari ini berdasarkan permohonan pihak pembelaan ekoran peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami masalah kesihatan. Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pembelaan menerima surat daripada pihak hospital bertarikh 6 Julai yang menyatakan Sulaiman perlu menjalani pemeriksaan lanjut selama seminggu kerana menghadapi masalah pening kepala. Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau dimaklumkan Sulaiman menghadapi masalah kesihatan yang agak teruk. "Beliau tidak boleh uruskan mana-mana kes," katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas. Sementara itu di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pihak polis mula membuat kawalan keselamatan seawal pukul 6.45 pagi. Kawalan tersebut adalah bagi mengawal sebarang kemungkinan terutamanya dikalangan penyokong Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).[Agak menghairankan kita, biarpun timbul berbagai persoalan dan keraguan terhadap "mangsa liwat" Saiful dalam kes ini, namun mahkamah seolah-olah menutup sebelah mata dan tetap berselera mahu membicarakannya. Dengan laporan tiga pakar perubatan HKL yang memeriksa dan mengesahkan bahawa tiadanya kesan liwat terhadap tubuh badan Saiful, sepatutnya kes ini ditangguhkan dan satu siasatan rapi terhadap laporan tersebut dibuat demi menggelakkan ada orang lain yang terpaksa menjadi mangsa satu konspirasi jahat ini. Bahkan, jika benar dan terbukti laporan tersebut, mahkamah boleh menggugurkan kes ini kerana tiada asas untuk membuat pendakwaan. Malah, Saiful sepatutnya didakwa kerana telah membuat laporan palsu dan menipu dalam laporan polisnya itu dulu. Kenapa ini tidak berlaku? Apa sudah jadi dengan undang-undang kita?. Cakap mulu Saiful lebih diutamakan daripada laporan pakar perubatan. Terbukti kini siapakah yang bakal jadi mangsa sebenarnya].




































15 Sila Berikan Komen Anda Terhadap Artikel Ini:
putar ,dsai putar jangan tak putar,kah kah
apa yg putarnya...doktor hkl sendiri cakap bontot kawan masih cantik lagi...jangan2 kau yg raba dia..keh..keh
lawak nya peguam dia pening kepala daa...pening kepala sebab anuwar ni banyak sangat pusing memusing...spin yb jangan tak spin...kah..kah..lawaklah PDO ni buat komen kat atas..lawak lh lu bro
Spin, spin, spin and spin. Putar belit alam makin menjadi-jadi. Nak tangguh lagi. Lepas tu tangguh. Lepas tu nak tangguh lagi....
Inilah dia DSAI al juburi Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yg diagungkan oleh mereka yg buta hati, buta mata telinga, dan mereka yg taksub pada si al juburi yg sangat licik, pembelit,dan pemutar alam maya.
Tengoklah, lepas pukul 2.00 ptng ni apa lagi helah dan putaran yg akan dilakukan oleh si al juburi ini. Mesti ada helah lagi, sure punyer!!
kawan2 kalau aku dituduh berjubur tapi aku tak buat,aku tak takut pi mahkamah,aku akan lawan siapa yang tuduh aku ,aku takan putar ,aku tak kan spin,takut kerana salah.berani kerana benar,aku tak takut pegi mahkamah,tapi kawan2 mengapa dsai takut???????
putar punya putar peguam sendiri yang kena putar. kecian kecian... terlantar kat rumah sakit ...
lama-lama dia yg terputar la tu
apa putar2,jubur kau dah kena putar ke?Macam tak tau pulak undang2 rimba,yang tak salah jadi salah... yang salah jadi tak salah.Yang kau suka sangat apa pasal?Ada hati kat Si Sepol ke?He,he...
anon 1020 buatlah mahkamah dalam rimba untuk bicara kes jubur boss kesayangan kau tu,baru itu akan jadi udang2 rimba,kau kot ada hati kat sepol tu,stullllllllll kunyit
PDO ni tak habis ngan dia punya cerita 3 pakar hkl tu. getik aku. aku kalau orang kena tuduh memang tak bersalah aku akan minta mahkamah cepatkan berbicaraan. ini tidak mintak tangguh sampai bila nak selesai. kalau tak bersalah tak payah pakai peguam pun boleh menang. apa ke jadahnya...
tengok dia punya peguam dah dapat sumpah laknat saiful. tak lama lagi giliran bos dia pulak la tu...kecian kecian...
laknat allah dah turun peguam sakit masuk hospital,kes belum jalan,munking rahmat bagi dia ,mana bolih pakai serbang nak putar belik kes berat ni,baguS lah dia TAREK DIRI,DIA PUN TAHU KES TAK BOLIH MENANG,MAKA IKUT SPIN DAN PUTARLAH BUAT2 SAKIT
agak2 anon 10.20 tu dah kena putar n pusing ngan anuar tu... dia syok la tu sebab tu marah tak mo2. lepas ni apa pula bala yg akan menimpa para peguam si anuar tu ya... ada yg sakit lagi ke, patah kaki ke, patah hidung ke.. or patah..>???? diputar oleh anuar:))
standard lah tu.. kalau cakap saifool tu lebih di utamakan.. zaman sekarang ni, siapa yang keluar dulu tv, dia yang menang.
aku rasa kes ni akan cepat selesai sebab lepas ni hanya si nuar dan che wan saja yang tinggal. peguam peguam nya yang lain akan ikut langkah ketua nya tarik diri. habis ketua yang bijaksana tu dah tak ada kuncu kuncu yang tak bijasana pun mula lah pening dah tak boleh nak putar lagi. begitu lah kesudahannya. AMIN.
Post a Comment