Kerajaan Barisan Nasional kini diambang kehancuran pabila seorang lagi bekas Naib Presiden Parti komponen BN mengumumkan pendiriannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin terbabit ialah Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam yang pernah bertanding merebut jawatan Presiden MIC, Samy Vellu yang akhirnya disingkirkan oleh pemimpin MIC yang tidak sedarkan diri itu. Kejutan demi kejutan yang berlaku ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa BN itu sendiri akan "tamat riwayatnya" dalam menjelang pilihanraya umum akan datang. Senario ini jelas membuktikan bahawa pemimpin yang benar-benar "berjiwa rakyat" dalam BN, kini sudah semakin meluat dan benci dengan pakatan "dacing karat" itu. Malah, dari masa ke semasa mereka juga telah mula memahami hala tuju sebenar BN kini sudah jauh tersasar. Kezaliman dan penyelewengan terhadap rakyat terus berlaku. Malah, sengaja ditutup rapat-rapat bagi menipu rakyat. Hanya mereka yang "bangang" dan "buta mata serta hati" sahaja yang masih percaya BN adalah sebuah kerajaan yang adil, berwibawa dan saksama. Mereka terpaksa mengampu demi "sesuap nasi", sedangkan mereka lebih tahu hakikat sebenar perjuangan yang dibawa oleh BN itu sendiri. Maka itulah, penyertaan beberapa orang tokoh dalam BN ke dalam Pakatan Rakyat jelas sekali bakal "mempercepatkan lagi kereputan" parti karat itu. Dalam pada itu juga, kemasukan Datuk SS Subramaniam seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng jelas sekali mencerminkan bahawa PKR sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat. Tambah mengejutkan, kemasukan beliau itu juga turut disertai oleh adiknya bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup. Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat. Dalam pada itu Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu."Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya. "Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. Menurut Subramaniam lagi, beliau amat yakin dengan segala dasar-dasar dan pendekatan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat itu. Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama." "Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata Ahli Parlimen Kapar itu.













11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
KAH.. KOH.. KEH dah tak lama kapal umnob-ngok akan karam bersama besi-besi karatnya.
Dua tiga hari ni banyak sangat sampah reject masuk kedlam parti sampah. Parti sampah dah nak penuh dgn sampah reject yg berulat dan busuk. Parti sampah ni diharap jgan memudaratkan negara dgn ideologi dan perjuangan sampah. Ketuan defactonya pun berfikiran dan bernafsu sonsang yg nyata telah menjadi sampah kepada negara dan rakyat.
Rakyat tahu nak menilai yg mana benar dan yg mana tipu. Jangan tertipu dan berwaspadalah dgn penipuan oleh sampah-sampah reject yg busuk dan berulat dlm parti sampah ini..
zaid,jui meng , subramanaim ....ada ka mereka ni ahli parlimen?belum pun aku nampak ada MP yg lompat..PKR dah tukar fungsi ke? tak kan nak jadi tauke surat khabar lama plak...ooooo..ni baru perrrrrmulaaan..apa pun tahniah kpd DSAI dan selamat datang ke kem Kg Buah Serabut Kepala
Anon angkat sampah mengomeng gapo tuh... nk part time angkat sampah ke.elok sgtlah sampah blkg umah aku ni bertimbun lori sampah mogok. Elok sgt la anon amik keje ni..hahahaha
rakyat tidak sebodo ko anon sampah...
biasa la kalau dah nama bekas tu memang la sampah. dah tak boleh buat apa lagi dah... jadi puak puak sampah pun kutip la bekas bekas ni. selamat menjadi sampah la kepada bekas bekas tu. Amin...
Watch and read mohammed T-shirt art from Sweden at,
http://www.mohammedt-shirt.com
Please read in English.
yang masuk pkr semua ahli2 bn yang dah jadi surat khabar lama,ambillah buat menyamak jer,ah pr akan tergolek ,bila nik ajis dah nak konar baring
sampah..suratkhabar lama..huhuhu..bodoh punya pencacai umno..ngaku je lah umno tu dah tak laku,dah nak lingkup..zaid ibrahim tu menteri lagi tu,sanggup dia tinggalkan parti karat tu utk join pr..huhu..ramai lagi nak keluar woi..keluar.. Keluar semua.. tunggu apa lagi dalam tu..tunggu mampuih ka..bagi umno,korang takde nilai satu sen pun..ingat yg atas atas nak pandang korang pencacai kat bawah ni kah..ptuihh..haram..huhu..bodo sungguh.
What's wit all these ex BNs joining PKR?
What about DAP or PAS?
yg laku pkr bkn dap or pas... sebabnya.... sebab pkr suka kutip sisa2 org... mgkn depa yg masuk pkr tu inginkan penangan dari anwar kot... dok dgr citer aje.. baik cuba tak gitu zaid?????
berita ni memang buat kita gembira kerana 2 orang penting dari MIC dan MCA menyertai PKR dan Pakatan rakyat. akan tetapi haruslah semua pemimpin Pakatan Rakyat dan terutama PKR berhati-hati dengan mereka ini. mungkinkah ada udang disebalik mee...?? mungkinkah mereka spy untuk mengintip segala tektik dan strategi PR?? tetiba je 2 orang penting BN menyertai PKR dan Pakatan Rakyat dalam masa dlm bulan yang sama.. pelik tu.
apapun Tahniah buat mereka berdua kerana memilih Pakatan Rakyat bagi meneruskan perjuangan
Post a Comment