Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

Eksklusif: Kes Liwat Terbaru Versi Islam Hadhari, Fakta Dan Auta? Saiful Al-Liwati Atau Pun Anwar Yang Menjadi Mangsa Konspirasi Ini Sebenarnya

Umum sudah pun mengetahui bahawa perbicaraan kes liwat terpaksa ditangguhkan dek kerana peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah mengalami masalah kesihatan. Maka, tarikh baru 15 Julai 2009 telah diberikan untuk tujuan tersebut. Susulan daripada penangguhan itu, maka ramailah puak-puak Blogger Pembela Negara (BPN) yang berjiwa "UMNO Karat" telah mengutuk dan mempertikaikan keputusan tersebut. Jika sekadar pemerhati yang pertikaikan keputusan itu, mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun, anehnya si "Saiful Al-Liwati" pun tiba-tiba turut tidak berpuas hati dengan keputusan hakim itu. Dalam posting terbaru blog peribadinya semalam, Saiful ada menyebut dan mempertikaikan perkara itu. Antara lain, beliau mengatakan penangguhan itu adalah satu "taktik" dan "strategi" pihak Anwar untuk menggagalkan perbicaraan kes tersebut. Kononnya, keadilan buat dirinya pasti gagal untuk ditegakkan dengan helah terbaru Anwar ini. Malah Saiful Al-Liwati begitu yakin ia "duburnya telah ditusuk" oleh Anwar, tanpa mengambilkira laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bukankah ini sesuatu yang amat menghairankan kita sebenarnya?. Saiful malah dilihat begitu yakin dia berada di pihak yang benar, biarpun kesahihan "kesucian dirinya" itu kini ditertawakan dan dipertikaikan oleh majoriti rakyat di seluruh negara hatta seantero dunia. Ramai yang "pelik dan keliru" dengan sikap seorang teruna yang disahkan secara klinikal masih suci iaitu Saiful Al-Liwati, kini masih mengatakan yang dirinya telah "dirogol, diperkosa ataupun diliwat" oleh orang lain. Ini yang melucukan sebenarnya?. Kenapakan Polis Raja Di Malaysia (PRDM) begitu bijak membuat siasatan dalam kes ini, sehingga sanggup menolak laporan perubatan oleh doktor pakar sebuah hospital kerajaan yang sah. Sebaliknya rela menerima "akuan mulut" dari seorang manusia yang bernama "Saiful Al-Liwati" ini. Apakah ini ajaran Islam Hadhari yang diterapkan oleh Kerajaan UMNO dan BN selama ini agaknya?. Liwat versi Hadhari tidak perlukan laporan klinikal sebagai rujukan, cukup dengan akuan dimulut sahaja maka polis akan bergegas menangkap dan menyoal siasat suspek. Apakah jika ada laporan yang sama terhadap pemimpin UMNO, polis juga akan buat tindakan yang sama?. Inilah yang memusykilkan kita !!

Saiful Al-Liwati Amat Istimewa Buat Seseorang


Jika dilihat kepada apa yang berlaku ini, maka benarlah telahan ramai pihak yang si Saiful Al-Liwati ini terlalu istimewa buat seseorang. Bayangkan kiranya ia berlaku kepada "orang lain". Apakah pihak polis boleh menerima kenyataan "mulut" mangsa bahawa dirinya "diliwat" tanpa mendapatkan bukti klinikal daripada doktor hospital?. Bukankah pihak polis akan menghantar masa ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Selepas disahkan oleh pihak hospital barulah siasatan yang rapi akan dijalankan terhadap suspek. Inilah yang sering diamalkan oleh pihak polis selama ini, terutamanya dalam kes-kes seperti rogol, perkosaan dan sebagainya. Apakah polis boleh menerima kenyataan mangsa tanpa "saksi"?. Mana satu pilihan yang tepat, akuan mulut atau akuan perubatan hospital?. Pihak polis harus bertindak profesional dalam hal ini. Dalam kes Saiful, terbukti sudah ada dua buah hospital mengesahkan dia masih "teruna dan suci". Satunya Hospital Pusrawi dan satu lagi Hospital Kuala Lumpur. Cuma bezanya, kenyataan yang dibuat oleh tiga orang doktor pakar HKL itu sengaja "disembunyikan" oleh media arus perdana. Siapakah yang memberi arahan agar kenyataan ini dirahsiakan?. Apakah Saiful Al-Liwati sendiri, atau orang yang menganggap beliau "terlalu istimewa" itu?. Bukankah amat aneh bila kita melihat adengan sebegini sebenarnya. Namun, mengapakah masih ada mereka yang "berfikiran dangkal" serta tidak mahu "berpijak dibumi yang nyata" dan masih menganggap dia memang telah diliwat Anwar!

Kata Saiful Lebih Relevan Dari Laporan Doktor

Biarpun rakyat Malaysia seantero dunia kini "mentertawakan" dirinya. Namun, bagi Saiful beliau tetap menganggap yang dirinya memang "diliwat" oleh Anwar Ibrahim. Alasannya, dia selalu mengikut Anwar ke sana sini, dalam dan luar negara. Maka, atas asas itulah beliau menegaskan yang Anwar pernah memasukan "anunya ke dalam lubang dubur" beliau. Mudah benar teori Saiful ini sebenarnya?. Sebab itulah, dalam setiap kenyataannya beliau senantiasa "berbelit-belit" bahkan lupa tentang kejadian sebenar. Apakah dia diliwat secara "paksa" atau pun "sukarela". Saiful panik kerana gagal untuk mengingati waktu diliwat dan lokasi sebenar ia berlaku. Maka itulah, pihak polis dikatakan begitu pantas menangkap Anwar untuk siasatan. Bahkan, lebih mengejutkan terpaksa pula membuat intipan sebelum tangkapan. seolah-olah Anwar adalah "penjenayah besar" yang perlu ditahan kerana ia cukup berbahaya dan boleh mengganggu keselamatan negara. Walhal, sebelum itu Anwar sendiri telah berjanji untuk melaporkan diri sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur. Kenapakan tindakan tergesa-gesa ini berlaku?. Sedangkan pihak polis sepatutnya mengesahkan dulu, apakah laporan yang dibuat oleh Saiful kononnya diliwat Anwar itu palsu atau sebaliknya?. Untuk membuktikan, bukannya terlalu susah jika pihak polis bertindak profesional. Mereka boleh membawa Saiful ke hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap "duburnya". Ini kerana dia kata dirinya diliwat. Maka, selepas membuat pengesahan laporan perubatan itu, barulah polis boleh membuat tindakan serta menahan suspek yang dimaksudkan oleh Saiful. Ini tidak, Saiful sendiri telah membuat pemeriksaan perubatan terhadap "duburnya". Bila disahkan duburnya masih "sempit", iaitu tiada kesan "diliwat", Saiful masih berselera untuk membuat laporan polis kononnya dia diliwat Anwar?. Soalnya siapakah yang menjadi mangsa dalam kes ini sekarang? Saifulkah Atau Anwar?.


Saiful, Pelakon
Hero Popular Islam Hadhari

Apa yang berlaku kepada Saiful ini, jelas sekali membuktikan bahawa beliau mendapat layanan "kelas istimewa" oleh pihak polis. Maknanya, polis boleh menahan sesiapa sahaja yang disebut oleh Saiful biarpun ia mungkin sekadar "terjahan" beliau sahaja atas arahan pihak-pihak tertentu. Kenapakah ini berlaku?. Mungkin kerana Saiful bakal menjadi "hero" bagi menyelamatkan "riwayat politik" pihak-pihak tertentu yang gusar akan kelantangan Anwar agaknya. Kenapa Saiful begitu rapat dengan menteri-menteri UMNO termasuk juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Najib Razak?. Biarpun ada yang mengatakan beliau melawat pejabat menteri terbabit dan mengambil gambar ketika menjadi pemimpin pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi. Itu memang diakui, tetapi soalnya beliau telah gagal dalam pelajarannya di IPT terbabit tetapi kenapa beliau begitu "mudah" bertemu dengan TPM kononnya ingin memohon biasiswa. Malah kata Najib, Saiful selepas itu datang ke rumahnya dengan tangan sejuk dan mengadu telah "diliwat oleh Anwar". Istimewa benar Saiful disisi Najib, hingga boleh menerima mengadap seorang anak muda semata-mata untuk mengadu dirinya "diliwat". Saiful bakal dianggap "hero baru Islam Hadhari" atas keberaniannya melaksanakan tugasan yang dianggap cukup berbahaya itu. Ini kerana mangsa terdahulu seperti Sukma Dermawan, Munawar Annes, Azizan Abu Bakar dan lain-lain lagi, dikatakan telah dipaksa oleh pihak polis untuk membuat pengakuan diliwat Anwar.


Adilkah siasatan kes ini, jika doktor pakar sudah sahkan Saiful tidak diliwat
tetapi perbicaraan masih mahu diteruskan juga di Mahkamah Tinggi?

Sedangkan Saiful secara sukarela membuat laporan polis dia diliwat. Maka, diatas kertas kelihatan skrip Saiful ini agak lebih relevan. Cuma kelemahannya ialah Saiful gagal menyembunyikan fakta laporan perubatan di kedua-dua buah hospital yang membuat pemeriksaan pada "lubang duburnya". Sepatutnya Saiful sudah "berpakat siap-siap" dengan pihak terbabit, supaya mengikut arahannya dan tidak mendedahkan tentang laporan perubatan itu kepada umum. Inilah yang menjadi masalah, dan bakal menggagalkan lakonan "Saiful Al-Liwati" ini sebenarnya. Maka itulah, apa yang berlaku sekali pun beliau terpaksa berpegang kepada laporan awal yang dirinya telah diliwat oleh Anwar. Apa bukti saintifik atau klinikal yang mengesahkan ia tidak berlaku, harus ditolak oleh Saiful jika mahu dirinya menjadi "pelakon popular" yang mendapat "bayaran lumayan" kelak. Inilah yang bermain difikiran anak muda itu sebenarnya. Popularitinya sedikit menurun tatkala "isu laporan perubatan" dimainkan oleh media alternantif. Namun, pantang bagi Saiful berundur !! Maka beliau harus meneruskan perjuangannya jika mahu "baki ganjaran yang ditawarkan" oleh poduser filem ini membayar sepenuhnya atas segala lakonan beliau itu. Inilah rahsia sebenarnya kes "liwat hadhari", yang perlu diketahui oleh semua.

Saiful Di Tatang Bagaikan Minyak Yang Penuh


Apa jua alasan yang diberikan?, Ini semua tidak masuk dek akal sebenarnya. Benar, ada pemimpin pelajar yang rapat dengan menteri ketika aktif berpolitik di kampus. Tetapi selepas tamat pengajian, belum tentu "bapak-bapak menteri" ini akan melayan atau "menatang mereka bagai minyak yang penuh". Tambahan pula bagi pemimpin yang berstatus Timbalan Perdana Menteri seperti Najib Razak. Ini adalah lumrah alam, apatah lagi ketika itu Saiful dipercayai bekerja sebagai sukarelawan di pejabat Anwar. Secara logik akalnya, pemimpin UMNO tidak akan memberi muka kepada mereka yang menyokong parti pembangkang apatah lagi yang bekerja di pejabat Ketua Pembangkang ketika itu. Namun, persoalannya kenapa Saiful bebas bertemu dengan Najib sedangkan beliau bertugas di pejabat Anwar?. Andai Saiful itu adalah pemimpin pemuda UMNO, mungkin juga boleh diterima. Tetapi, tidak mungkin Najib akan memberi ruang kepada seorang budak pejabat untuk bertemu beliau, hatta di pejabat UMNO sekali pun !!. Inilah yang menimbulkan syak wasangka kita sebenarnya, tetapi tidak bagi puak-puak UMNO karat. Mereka masih menganggap Saiful Al-Liwati telah "mangsa rakus" Anwar !! Semua ini menguatkan lagi hujah, sememangnya Saiful adalah Agen Perisikan seperti CIA atau "Spy UMNO" yang ditugaskan bekerja dan mendapatkan maklumat pembangkang. Saiful dihantar dengan visinya yang satu, iaitu memastikan masa depan politik Anwar jahanam. Kerja Saiful adalah sebagai "barua UMNO" di pejabat Anwar, namun ia tidak disedari oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Bom jangka mula meletup bila Anwar mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa orang pemimpin BN yang bersedia untuk "melompat sertai Pakatan Rakyat" bagi membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dulu. Di sinilah puncanya yang menyebabkan, Saiful diarahkan bertindak segera sebelum terlambat. Hasilnya, beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar biarpun skrip yang direka itu belum siap sepenuhnya. Ada pihak yang amat takut dan gusar jika "lompat-melompat" berlaku. Maka, hebohlah diperkatakan yang Anwar meliwat Saiful. Sedangkan ketika itu, langsung tidak ada bukti klinikal yang boleh dijadikan bahan bukti serta asas perlakuan tersebut. Malah, Saiful juga tidak mengemukakan saksi-saksi untuk mengukuhkan laporan yang dibuatnya itu. Hanya sekadar dimulut, akhirnya pihak polis melakukan tindakan yang cukup "luar biasa". Bukankah semua ini telah dirancang dengan rapi oleh pihak terbabit dalam usaha menjatuhkan imej dan maruah Anwar.

Saiful Bakal Jadi Si Tanggang Anak Derhaka

Setelah menilai segala kenyataan yang tersirat ini, maka tidak syak lagi kini Saiful Al-Liwati bakal disumpah menjadi "batu" seperti "Si Tanggang Anak Derhaka". Bezanya, si Tanggang sudah mendapat kemewahan dan derhaka kepada ibunya sendiri. Tetapi Si Saiful pula, sanggup durhaka kepada dirinya sendiri semata-mata untuk mengejar kemewahan dan populariti. Beliau bukan sahaja bakal "karam bersama labu-labunya", malah hidupnya akan terus terhina buat selamanya. Sebelum ini Saiful mendabik dada mengatakan supaya Anwar "jangan lari", bila mengetahui yang mantan TPM itu mempunyai acaranya di Amerika Syarikat sebelum tarikh perbicaraan dijadualkan akan berlangsung. Namun, anehnya Anwar tetap hadir ke mahkamah seperti biasa, sebaliknya Saiful pula yang dilihat gagal menghadirkan diri. Walhal didalam blognya beliau berdegar-degar menyatakan akan hadir ke mahkamah, lihat kenyataan ini "Kepada sahabat2 blogger, Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi. Terbaru, saya ada melihat kempen ''Perhimpunan Rakyat'' di blog-blog sahabat. Ikhlas saya nyatakan, saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberi. Sesungguhnya ia telah membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh mencabar ini. Semoga Allah swt membalas jasa sahabat-sahabat sekalian. Berjumpa kita di Mahkamah, Insyaallah..". Kini apa yang berlaku siapa yang tidak hadir sebenarnya. Siapa yang takut untuk ke mahkamah sebenarnya?. Bahkan sejak kes ini dibicarakan, biarpun ada penangguhan Anwar tetap akan hadir ke mahkamah dan tidak lari seperti apa yang digambarkan oleh Saiful Al-Liwati itu. Saiful sebenarnya yang takut untuk berhadapan dengan Anwar.

Himpunan Rakyat Bela Saiful Tiada Sambutan

Sebelum ini, puak-puak Blogger UMNO yang menggelarkan diri mereka Blogger Pembela Negara (BPN) itu begitu lantang mengutuk kononnya himpunan yang dilakukan oleh kumpulan penyokongan Anwar (KEJAM) tidak mendapat sambutan kehadiran 5,000 rakyat yang diharapkan. Tetapi sebaliknya, apa yang dapat dilihat di mahkamah Rabu lalu "perhimpunan rakyat" yang ditaja oleh BPN juga telah gagal mendapat sambutan sebenarnya. Justeru itu, mereka tidak perlulah mendabik dada kononnya himpunan itu gagal. Walhal, pimpinan KEJAM seperti Shamsul Iskandar Md Akin (PKR), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (PAS) dan ramai lagi itu telah berjaya hadir dan mengadakan demonstrasi aman di ruang legar mahkamah. Bahkan mereka juga telah berjaya mengadakan sidang media sekitar 10 minit di situ. Anehnya, mana perginya puak-puak Blogger Pembela Negara yang kononnya mengadakan himpunan rakyat bagi membela Saiful tidak mendapat sambutan sebenarnya. Kegagalan KEJAM ada asasnya, kerana pihak polis mengadakan sekatan di jalan masuk ke Mahkamah Tinggi. Itu pun sebahagian daripada mereka berjaya melepasi halangan itu. Tetapi sebaliknya, bagi penyokong Saiful langsung tidak kelihatan sama ada bersuara atau pun membuat sidang media bagi menyokong Saiful Al-Liwati.


Inilah banner iklan yang disebarkan secara meluas oleh Blogger UMNO

Namun anehnya ada juga seorang blogger UMNO yang menguruskan blog Gerakan Anti PKR (GAP) menyatakan " Aku berpeluang bercakap dengan Saiful Bukhari sebentar tadi, bapanya dan Uncle Pet turut hadir". Nampak benar blogger terbabit menipu dalam blog panasnya itu. Sedangkan Saiful sendiri menyatakan dalam blognya yang beliau tidak dapat hadir. Tiba-tiba blogger penjilat UMNO itu menyatakan sebaliknya. Bukankah ini Auta namanya?. Nampak benar puak-puak ini sudah ketandusan idea. Malah kelibat mereka di Mahkamah Tinggi hari itu juga dirahsiakan kerana takut identiti dikenal pasti. Terbuktilah kini bahawa puak-puak mereka memang takut untuk berhadapan dengan kenyataan. Tetapi begitu rakus dan berdegar-degar bercakap di alam siber. Tidak terdengar langsung suara jeritan atau laungan yang menyebut "Sokong Saiful" atau sebagainya bergema di perkarangan mahkamah hari itu. Apa yang jelas kedengaran ialah laungan "Hidup Anwar, Bebas Anwar" dan sebagainya. Susulan daripada itu, kami menganggap yang sudah lumrah dan takdir bagi puak-puak Blogger UMNO (BPN) ini sebenarnya "takut pada bayang-bayang sendiri" !!

[Selama ini negara kita sudah banyak dimalukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kes-kes yang jelas tidak mengikut undang-undang serta perlembagaan telah dibuat sesuka hati mereka. Orang yang tidak bersalah dihukum, sebaliknya orang yang bersalah dibiarkan bebas. Inilah yang dikatakan oleh masyarakat dunia yang Malaysia mengamalkan "Law Of The Jungle". Apakah kali ini iala akan berlaku lagi sesudah kes yang sama terhadap Anwar sepuluh tahun yang lalu telah mencemarkan institusi kehakiman dan undang-undang negara kita?. Justeru itulah, amatlah wajar kes ini dibatalkan kerana asas yang jelas menunjukkan ada pihak yang bakal dizalimi bila ia dibicarakan. Kini bukan lagi Saiful yang menjadi mangsa, tetapi Anwar yang sebenarnya bakal menjadi "mangsa konspirasi" terbaru puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Teruskan perjuangan dan pastikan perancangan ini gagal akhirnya!!].

19 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Unknown said...

WEH... TUAN GURU NIK AJIS SURUH BAWAK KES NI KE MAHKAMAH SYARIAH JE... JIKA BAWA KE MAHKAMAH SEKULAR GARENTI MENANG SIFOOL TU YANG TELAH DIKAMBING HITAMKAN OLEH LAPISAN TERATAS... KAH..KAH..KAH... BELUM MELANGKAH KE JAMBAN DAH TERKELUAQ NAJIS.

Anonymous said...

bese la tu, nama pun pencacai....pencacai hanya tau menyalak je...tp bile berdepan, lari ntah ke mana....kah kah kah

ANTI UMNO.. said...

sudah2 la tu sepol tak yah menipu lagi...ko ingat rakyat msia ni bodoh ke..percaya bulat2 dgn citer bangang ko tu..btaubat aje la..tak baik fitnah org bdosa besar la ngook..

Anonymous said...

Kah kah kah....bila mintak tangguh banyak kali atas perlbagai alasan, pihak pendakwa tidak membantath. Pihak pendakwa pun ada strateginya utk menangani kes ini. Tak mahu cakap banyak nanti al juburi dan kuncu-kuncunya akan ambil kesempatan utk melengahkan atau menggagalkan pertuduhan tersebut. Banyak bukti-bukti kukuh serta saksi-saksi yg kukuh juga sedang menanti..Sabar, akan dibentangkan satu demi satu dlm mahkamah nanti..sabar!

ANTI UMNO said...

ye la tu..semua saksi2 tu dah di bayar ..mmg patut la sepol bontot tu tak takut..ada backing baeek kat belakang..

Anonymous said...

Baca ni..For Zakwan, the CIA Agent and the bogus n fake malay muslim, you missed Anonymous so much..here u are,
-----------------------------------

Sumber : AIDC

2009 Jul 10
Good bye brother Anwar

Jadi penilai pertama [?]

By Syed Akbar Ali

Before it was Anwar in a wheelchair afflicted by life threatening back pain. A great act that was. Now it is Sulaiman Abdullah, the sarong clad, kopiah covered beardo who somehow has been chosen by Brader Anwar to be his lead counsel, who has now been variously (or curiously) reported as being afflicted by illness. Or is it sickness?

Yesterday Brader Anwar’s trial was postponed yet again because this time his lead counsel was ill and admitted to hospital for observation. Don’t know if Sulaiman was also wheeled in a wheelchair or if he too wore a neck brace. Backpain is not contagious.

Justice delayed is justice denied. Why not just get the trial started. Some credit is due to Brader Anwar for showing up bravely in Court. There was kedai kopi talk that he may be a no show, that he may abscond to the Jewnited States or other affectionate places. Well no such thing has happened.


But what is becoming very obvious is the limp support for the Brader this time around in Sodomy 2. Less than 150 mostly young kids – about Saiful’s age or younger – and some of them grossly overweight, wearing T shirts turned up in Court to show their support for Brader Anwar. And half or more of this number was sent in by bus from Penang. Surely they would have got some allowance for their travel troubles.


You can read more of this at Syamsul Yunos’ Marahku Blog here

Which takes the number of Brader Anwar’s KL supporters to under 75 people. Minus the usual hangers on and the ‘nothing else to do in life’ folks the actual number of Brader Anwar’s supporters yesterday was dismal.


Even more deflating was the failure of Brader Anwar’s huge 100,000 man rally just a few days before at the stadium MPPJ. Despite his claims of pulling in 100,000 people, only slightly more than 4000 people turned up to listen to him. Again this included the folks who were sent in by buses. Even counting the buses, again it shows that Brader Anwar has fast become the non issue that he has always been.

Does anyone recall 9-16? That’s the day on Brader Anwar’s ‘kalendar kuda’ where he fooled himself (and his supporters) that he would take over the Federal Government.

Sodomy 2 has been postponed to next Wednesday 15th July. Enough time to hire more buses. Mungkin kali ini kena kasi elaun lebih sikit kut?

The Press was there in huge numbers – waiting to report any racy, juicy or potentially embarrassing evidence that may be brought forth in Court. I have a feeling that is also the reason the number of the Brader’s supporters is also dwindling.

source - outsyed the box

Anonymous said...

Semua orang boleh tulis artikel cia tu. Mudah benor percaya dengan perkataan abc...z. sempit betul minda tujahan umno nih.

kuyihdin

zakwan said...

Unfortunately,Syed Akbar's views never reached mainstream status in the blogging community
In other words,the guy's irrelevant

So what if Anwar's supporter turnout is in a mere hundreds?
Those GAP n PBN pigs r reported 2 hav absolutely ZERO attendance

2 all anons cum pencacai UMNO,b4 callin me a fake Malay Muslim,u all better take a good look at yourselves b4 defaming others just 4 the sake doing so

zakwan said...

Saiful Al Liwati
Hahahahahaha
Good one,PDO
A perfect counterattack 2 "Anwar al Juburi" term which is recurring among UMNO anon bastards

Anonymous said...

sekurang-kurangnya saiful yang jahil agama ni sanggup bersumpah dengan nama Allah...tapi syeikh anwar yang terer agama ni kenapa taknak sumpah? korang yang membangkang ni memang terer bab putar belit

Anonymous said...

SUMPAH JD PETI AIS KA..
KAKAKAKA..

Anonymous said...

Mamalia yg gemar bersumpah, "sumpah laknat" sumpah apa saja adalah mamalia jahat penipu dajal dan suka bermuka muka permain hukum allah. dia tidak takut pada allah dia sanggup wallahi wabillahi watallahi namun dia tak tahu apa satu maksud dan hajat yg hendak beliau nak.

sesungguhnya laknatullah ke atas mamalia yg hidup dgn sumpah. disini anda masih mampu menyedut udara segar kurniaan allah di alam kubur anda akan ditemani teman setia anda spt ular jengking dan ulat power.
sekian terima kasih buat mamalia kepala manusia hati syaitan

Anonymous said...

Bersumpahlah sepuluh kali sehari wahai saiful budiman kerana anda akan dikurniakan sgn seribu kurniaan di dunia jua sejuta kurniaan pingat di alam kubur anda. berbahagia lah anda wahai saiful al bukori wal laknattulah.

Anonymous said...

Zakwan, here is what Anonymous wants to say;

Zakwan the fake and bogus malay muslim is so passionate about al juburi. Don't know why. All can be said is that this fake malays knew al juburi struggles and figths are nothing and have been nothing except lies, lies, lies, and lies. And yet this bastard zakwan the fake and bogus malay muslim remains adamant. He is the ardent fan of aljuburi because zakwan the fake and bogus malay muslim has been al juburi's hot bottom boy until he found saiful and abused. zakwan himself has not been abused anyway, and is longing for al juburi's love..

zakone said...

yes,it seems zakwan has nothings else in his mind,always dsai, day and night,that what he always thinks about,whats happen if dsai really do it...juat a waste of time ,taksublah pada nabi,not dsai or even najib,really pity u

Anonymous said...

korang bercakarlah sama sendiri, belalah, aku taknak campur, tapi korang kena ingat sikit, kalau selama ini yg dibela tu memang melakukan perkara terkutuk, korang tanggunglah ya kat akhirat nanti, tapi tidak oklha mungkin ditempatkan korang duduk sebelah bilik de facto.

PKMPL said...

keadilan dinafikan jika keadilan ditangguhkan!

cepat bicara dan selesaikan sahaja. kalau benar pasti anda menang....

Anonymous said...

takut beb,takut,tu sebenarnya,berapa lama boleh tanggoh dengan undang2 mana boleh main2,the truth prevails,tiada siapa menatasi udang2,dulu dituduh,sekarang ada yang menuduh....apa dibayar...tak ada manusia nak beri tahu dunia yang dia kena bontut..tentu saiful nak beri tahu, sesuatu pada dunia,durjana si bontut tu,moga allah bersama MU ,SAIFUL..

MUKARRABIM said...

MULA2 AKU TERMAKAN JUGAK DENGAR CERITER SI SEPOL KENA LIWAT DENGAN DSAI.

TAPI BILA DIA KATE HANYA PADA KALI KE7, BARU DIA REPOT POLIS, AKU MULA HAIRAN KENAPA MELAYU SUKA MENFITNAH DAN MUDAH TERTIPU.

MACAM JUGAK KES ROGOL, DAH MENGGANDUNG 7 BULAN BARU REPOT POLIS.

YG AKU TAK PAHAM, SEBAB APA KALI PERTAMA HINGGA KE6, TAK BUAT REPOT POLIS.

YG LAGI AKU TAK PAHAM, SEBAB APE SEPOL YG SEORANG JANTAN SASA, TAK MELAWAN LANGSUNG DNG DSAI SEMASA DIA DILIWAT.

SAPE PUNYA ANGKARA, KALAU TINGGAL SEMBAHYANG SATU WAKTU, AKAN DIHUMBAN KE NERAKA SELAMA 6000 TAHUN, KALAU BENARLAH INI SATU SENDIAWARA MENFITNAH PEMIMPIN, HANYA KEPADAMU YA ALLAH KAMI MEMOHON PERTUNUK.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]