Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

Eksklusif: Pelawaan Zaid Ibrahim SupayaTengku Razaleigh Hamzah Bersedia Menyertai PKR, Telah Berjaya Meresahkan Jiwa Raga Pemimpin UMNO !


Tindakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam blognya telah mendapat reaksi negatif dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Malah, dalam satu kenyataan Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini menagaskan tindakan Zaid itu seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan kewibawaan veteran UMNO itu. Malah tambah melucukan, akibat terlalu takut jika Ku Li mengambil keputusan tersebut, Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa Ku Li adalah satu daripada sebab UMNO mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lalu. Tiba-tiba pula, pemimpin UMNO itu mahu memartabatkan kewibaan Ku Li, sedangkan sejak membubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan membawa penyokongnya menyertai UMNO dulu nasib Ku Li "bagai telur dihujung tanduk". Selaku Presiden S46, beliau seolah-olah tidak berharga dan bernilai disini pemimpin UMNO. Biarpun mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam politik, namun Ku Li terus dipinggirkan dari menjawat sebarang jawatan dalam kabinet Mahathir, Pak Lah dan kini Najib Razak. Anehnya, orang kanan Ku Li seperti Rais Yatim dan Shabery Chik diberi pula tempat dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional. Bukankah tindakan ini seolah-olah memperkecilkan kewibaan Ku Li selaku Presiden S46 sebenarnya.

Maka, adalah menjadi satu kewajaran untuk Zaid Ibrahim mempelawa pemimpin veteran itu menyertai Pakatan Rakyat terutamannya PKR itu sendiri. Malahan, kini jelas dapat dilihat bahawa Ku Li senantiasa membangkit isu-isu rakyat dalam perjuangannya sejak akhir-akhir ini. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya juga jelas menunjukkan bahawa beliau kini membawa aspirasi rakyat. Maka itu, seharusnya Ku Li tidak perlu malu untuk bersama Pakatan Rakyat. Suara dan tenaganya masih diperlukan untuk mengembalikan maruah rakyat yang kian tercalar sekarang ini. Ku Li, wajar menghabiskan sisa-sisa kehidupannya dengan memperhambakan diri kepada rakyat dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO Barisan Nasional. Ini kerana hala tuju dan gagasan yang dibawa oleh UMNO sudah jauh tersasar. Malah, UMNO kini sudah tidak lagi relevan untuk orang Melayu. Perjuangan yang dibawa oleh UMNO hanya sekadar "retorik" semata-mata. Sebaliknya, bila kuasa sudah ada dan kekal ditangan mereka akhirnya rakyat dijadikan mangsa berbagai kezaliman. Malah rakyat yang tidak berdosa juga, terpaksa merintih dibumi sendiri akibat perbuatan khianat UMNO kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Maka itulah Ku Li, harus membuat keputusan sama ada ingin terus bersama UMNO yang sudah ditolak rakyat atau pun bersama rakyat yang kini mahukan perubahan. Kehadiran Ku Li dijangka memantapkan lagi api perjuangan rakyat ini.

[Sebagai anak raja yang berjiwa rakyat, maka Ku Li harus berkorban dan melupakan kepentingan diri sendiri. Seandainya Ku Li bersama Pakatan Rakyat, maka sudah pasti gelombang perubahan yang sepatutnya berlaku menjelang Pilihanraya Umum ke-13 itu akan dapat dipercepatkan lagi. Kekuatan UMNO dan BN pasti akan lumpuh, kerana Ku Li bukanlah calang-calang orang untuk diperkotak-katikkan. Beliau telah membuktikan kewibawaannya, malah kekalahan dalam perbutan jawatan tertinggi UMNO pada tahunn 1988 dulu penuh dengan misteri sebenarnya. Ramai yang mengatakan Ku Li menang pada kiraan awal sebelum lampu dipadamkan. Selepas "blackout" berlaku, barulah Mahathir mengatasi Ku Li. Ini bermakna bahawa Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan beliau dengan Anwar Ibrahim, jika digembeling sudah pasti akan mewujudkan "Tsunami Politik" baru dalam negara kita. Oleh itu, dengan pelawaan itu wajarlah Ku Li bersama rakyat sekarang].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PKMPL said...

ZAID DAPAT JADI CALON KER TAK NI? BILA PILIHANRAYA?

Unknown said...

MENGGIGIL UMNOBN JIKA KU LI LOMPAT.

Anonymous said...

BAGUS BIAR CINA PULAK JADI PEMERINTAH. BARU KITA TENGOK MELAYU PENGKHINAT BANGSA NI NAK JADI APA.

Anonymous said...

PKR adalah parti tong sampah yg dianggotai oleh mereka yg telah kena 'reject' dan mereka yg kecewa kerana gagal dlm perjuangan utk kepentingan peribadi. PKR bagaikan reject shop yg hanya bernaung dan bertunggak atas ehsan parti-parti lain.
Zaid dgn Ku Li dari Kelantan. Mereka ini ingin membentuk satu pakatan dlm pakatan iaitu Kelantan Supremo. Sikap parokial begini yg Zaid inginkan. Tapi boleh ke lawan si Al-Juburi yg dilihat dominan oleh puak2 PKR nih. Samaada Zaid atau Ku Li, dua-dua ni tidak mungkin menjadi liabilit kpd UMNO. Jika Ku Li berminat dgn PKR beliau sepatutnya telah menganggotai parti itu sejak dulu lagi sebelum Zaid. Ku Li telah banyak belajar dari pengalaman beliau semasa berada dlm S46 dulu. Walau pun beliau gagal dan kecewa dlm cubaan utk menjadi presiden namun setakat ini beliau masih berada dlm UMNO. Pendirian dan jiwa Ku Li lebih hebat dan lebih teguh dari Zaid. Faktor lain kenapa Ku Li masih setia dgn UMNO kena tanya Ku Li sendirilah...PDO tak payahlah nak buat andaian merapu..

Anonymous said...

penyokong umno janganlah marah, usah bermain api perkauman, terimalah hakikat yang rakyat telak menolak umno.

zakwan said...

Yes,it will be a knockout 2 UMNO if a veteran MP like Ku Li joins Pakatan's ranks
Pakatan also needs 2 make an effort in recruiting others such as Datuk Shahrir Samad,Yong Teck Lee n T.Murugiah

As 4 anon 7:03,I don't see y it's wrong 2 give a chinese majority government
We were willin 2 give the UMNO Malays 52 years of power
I see nothin wrong in giving the Chinese a mere 4 year term
Most of our Malay n Islamic institution r already in deep shit
Can it get any worst under a chinese majority government?

A message 2 DAP
Drop ur chauvinist ideals if u want ascend 2 the Federal level
Don't 4get that u hav Penang n a number of seats,be it Parliament or state because of the Malay votes
Take PAS 4 example
The reason they lost Terengganu after only 1 term because of their zealous Islamist approach which upsets the non Malays
So,they decided 2 apply a more moderate approach(Islam 4 all,Negara Kebajikan)2 win the hearts n minds of the non Malays

InsyaAllah,the time 4 change will come 2 Malaysia

cakap benar said...

P.K.R,PARTI KAUM REJECT,ANUAR KENA REJECT,ZAID KENA REJECT,NASUTION KENA REJECT ,AZMIN KENA REJECT,CHUAH JULIN KENA REJECT

Anonymous said...

Cakap benar umapama berak dalam mimpi. Bangun bangun cakap benar ko ni berak dlm mimpi habis taik satu badan ko ni. apa la ko ni main taik tk habis habis.

BUSUK....Antara DSAI dan PATAIK uppsss silap PATAIL mana yg lbh nampak baik dan bersih ya... manusia yg dirahmati allah.siapa tahu sila jawab.

Anonymous said...

Mempelawa,menerima ajakan adalah hak individu. Kemasukan TR akan memantapkan PKR dan memulihkan imej TR dan tentunya banyak idea yang lama sudah tidak digunakan oleh TR dalam UMNO. Keluarnya TR tidak menjejaskan UMNO kerana beliau yang mempunyai kepakaran dan pengalaman tidak mendapat tempat dalam UMNO tetapi jika beliau menerima pelawaan Zaid akan mengukuhkan pkr tetapi perlu tanpa syarat. Memandangkan pemimpin PKR kebanyakan masih muda dan kurang pengalaman tetapi mereka dapat merit dari segi kepercayaan pengundi kepada parti bukan individu. Politik di Malaysia kebanyakan masih mengamalkan extrem kepada parti bukan individu seperti UMNO atau PAS.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

penyokong umno janganlah marah, usah bermain api perkauman, terimalah hakikat yang rakyat telak menolak umno.

Wednesday, July 22, 2009 9:43:00 AM
-------------------------
hanya engko yg tolak org lain tak tolak la beb.... ko tolak sebab ko bodos ... ko tak boleh hidup aman damai sebab jiwa kau dah kacau dik anuar.... cian ko

cakap benar said...

anon 1.39 awat komen hang macam orang mabok,imosi pulak tu ,jawab lah dengan fakta ,cuba kaji baik2 ,mereka2 yang di sebut kat atas tu semua tak kena pecat dan kalah ke,cakap benar lah jangan dok maki hamun tak tentu pasal.cakap dengan fakta beb,apa hal cerita pasal patail ,kita bicara pasal orang kena reject bodohhhhhhhhhhhhhh,kalau komen bodoh jangan komen

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]