Eksklusif: Pilihanraya Kecil Manek Urai, Tindakan Polis Gunakan Kawat Berduri Serta Kereta Perisai Semasa Proses Penamaan Calon Amatlah Diragui !

KUALA KRAI [6.00 pm] - Ramai dikalangan para penduduk dan rakyat di kawasan pilihanraya kecil DUN Manek Urai terkejut dengan tindakan pihak polis membawa "kereta perisai" (foto) semata-mata untuk memantau proses penamaan calon pilihanraya kawasan itu pagi tadi. Malah ada dikalangan mereka melaungkan perkataan "Nyah kau polis !! Ini bukan kawasan peperangan !!". Mereka hairan dengan tindakan polis itu, yang jelas sekali telah menakut-nakut rakyat dan penduduk setempat. Bahkan, selain daripada kehadiran beberapa buah kereta perisai turut dilihat ialah deretan lori FRU bersama anggotanya yang berkawal seolah-olah akan berlaku peperangan. Malah, tindakan pihak polis yang menggunakan "kawat berduri" kononnya bagi menghalang penyokong kedua-dua belah pihak membuat kacau ganggu terhadap polis, jelas merupakan satu lagi kedangkalan yang amat nyata. Pihak polis yang memberi arahan itu sememangnya telah membuat satu kesilapan yang tidak sepatutnya. Proses penamaan calon sebenarnya adalah aktiviti biasa yang berlaku dalam setiap kali pilihanraya. Belum pernah terjadinya rusuhan semasa proses itu berjalan. Kebanyakkan yang terjadi hanyalah "provokasi" yang dilakukan secara "terancang" oleh pihak polis sendiri, yang mahu memberi imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat.

Jika inilah caranya pihak polis menjaga keselamatan rakyat, maka bukannya rakyat semakin selesa malah mereka menjadi takut pula kepada anggota polis. Terkadang, terasa simpati juga melihat "adik-adik" dan "abang-abang" kita yang bernama "polis" ini. Mereka terpaksa menjadi "pak turut" dan mengikut apa sahaja arahan "bangang" yang dikeluarkan oleh pihak atasan atas isyarat daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Makanya, mereka lupa yang lambang polis yang terdapat pada topi dan baju mereka itu ada tertulis kalimah "Allah, Muhammad". Anehnya, segala tindakan yang mereka lakukan jelas sekali tersasar daripada gambaran yang diberikan. Hasilnya, rakyat melihat polis bukan lagi pembela rakyat yang teraniaya dan tidak berdosa. Sebaliknya polis kini yang telah menganiaya dan menzalimi mereka. Lantaran itu jugalah, kita tidak hairan pabila polis yang sudah tua dan pencen akhirnya akan kembali ke pangkal jalan serta mengakui segala kesilapan lampau mereka. Ketika itulah baru terasa untuk beribadah kepada Allah, setelah sekian lama hidup dalam "pembohongan". Mereka bukan mahu sangat menzalimi rakyat, tetapi terpaksa akur dengan arahan pihak atasan. Polis di Malaysia kini sudah menjadi satu pekerjaan "terkutuk" dan "haram" bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja dikaitkan dengan rasuah, malah kini sengaja membiarkan diri mereka diperalatkan semata-mata kerana "patuh dan taat" kepada "boss". Inilah bukti jelas bahawa matlamat hidup mereka sudah jauh tersasar dan wajar dikembalikan semula ke pangkal jalan. Jika tidak, selamanya polis di Malaysia akan dipandang hina oleh hamba rakyat. Apakah ini yang dimahukan?.

[Melihat kepada senario yang berlaku ini, maka kami menjangkakan pilihanraya kecil DUN Manek Urai pastinya akan membabitkan berbagai insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis. Malah, kawalan yang begitu ketat di kawasan penamaan calon sejak jam 5.00 pagi lagi membuktikan kepada kita sesuatu yang lebih besar akan berlaku sepanjang kempen pilihanraya kecil ini. Apa yang pasti, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan anggota polis memastikan Barisan Nasional menang kali ini. Jika tidak, beliau pasti tahu bahawa "sepupunya" Najib Razak pasti akan mendapat malu yang lebih besar nanti. Kepada semua petugas Pakatan Rakyat, sila berhati-hati dengan "provokasi" yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Bahkan kita tau lah siapakah yang telah diarahkan melakukan perbuatan tersebut itu sebenarnya!!].

18 Sila Berikan Komen Anda Terhadap Artikel Ini:

Anonymous said...

Polis nak jaga keamanaan. Itu saja. PDO jangan nak buruk sangka. Hang tu takut polis sbb hang dah buat salah. Nanti aku suruh polis tangkap hang, PDO..

Al-Merabi said...

Aku sokong Anonymous 100%... depa ni memang buruk sangka.
Kat Penanti BN tak tanding, Polis takdak pun ramai byk tu. Takdak blanja utk polis sampai RM5juta.. Pendek kata AMAN.
Kat Manek Urai ni BN tanding. Kena la polis jaga keamanan. Ni la lagi BN mati2 nak tawan DUN tu. Lagi la banyak kelengkapan polis diperlukan. Tapi yg aku tak paham en. Anonymous, napelak kali ni sampai bawak krete prisai? Mungkin BN akan lagi ganas kot! Hmmm! Polis jaga2...

Anonymous said...

polis dan askar ramai!!!!

polis patut diramaikan bila UMNO bertanding, pasti kecoh. kalau UMNO tak bertanding kak malaysia ni, insyaallah aman malaysia.

tgk penanti, aman je, sbb UMNO tak bertanding

UMNO YG MEMBUAT DAJAL, KATA PAS YANG DAJAL. POLIS YG BUAT DAJAL, KATA PAS YG BUAT DAJAL.
MAMPOH UMNO..

setan zindagi said...

baguslah tu polis kawal kat manik urai,,takut2 ada penyokong pr atau bn naik angin jadi setan dan iblis

Anonymous said...

polis kena jaga la sb tkt pakayan buat hal. ya la sb pakatan la ni kalut sb pemimpin masing2 dah gila kuasa semua nak jadi hero, jd pakatan mesti dok cari pasai agar umno/bn disalahkan bila apa2 terjadi di manik urai. nak lindung drp kelam kabut dalam pakatan so sajala nak buat hal seblm pilihan raya ni. konon polis byk la sb bn lawan,,,pirah... kami dah tau la mainan jahat pakatan ni. org yg bodoh aje dok bela pemimpin pakatan ni

Anonymous said...

betui kata anon 8.44. PDO tu bukannya apa dia kecewa sebab tak dapat jadi KPN tu sebab dia kata polis terkutuk dan haram. punya la Bangang PDO dan puak puak yang sewaktu dengannya.

Anonymous said...

Polis ramai tu sebab nak kawal orang umno tu dok buat kacau.Orang dah terdesak nak menang dia tak kira dah langgar semua undang2.

zakwan said...

Let's face it
Our police force has nothin better 2 do than find Nurin's killer,Sharlinie or Asmawi
They're so eager durimg by election seasons 2 protect their beloved UMNO warlords rather than the rakyat paying their taxes

Anonymous said...

DENDAM adalah punca sebenar PDO buat komen negatif terhadap polis, kalau kita ikut laluan yang betul apa nak takut dgn polis, biarlah polis ramai kan meriah, tapi sbb nak ikut cara yahudi jadi benda yang positif disangkakan negatif, gitu juga dgn pok nik kita tu, walaupun nampak alim tapi dh ikut yahudi juga, sbb nak bincang pasal perpaduan mati2 takmahu, cuba kita fikir secara rasional, usaha baik ditentang habis2an kononnya umno tolak islamlah mcam2 lagi, kemenangan Yahudi adalah apabila Islam hancur, jadi kalau usaha perpaduan pun ditentang mentah2 apa lagi yang mampu perpaduan org melayu nak harapkan..apakah dgn DAP, PKR , PAS mampu untuk menegakkan Islam cara dia, apakah selama ini UMNO tidak buat ikut Islam langsung, apakah usaha Tabung Haji yang selama ini berjaya membawa jemaah ke Mekah itu tidak Islamik, apakah usaha institusi kewangan mengikut cara islam dinafikan, apakah orang Melayu selama ini langsung tak diberikan pendidikan cara Islam, apakah selama ini kejayaan membina Masjid itu tidak Islamik, apakah kerana kita tak pakai serban dan berjanggut kita tidak Islamik, apakah kerana belajar bahasa inggeris juga tidak Islamik, apakah air yang dijana oleh kerajaan yang dijadikan air sembahyang itu tidak Islamik, Apakah sebenarnya dakyah Yahudi sudah menular dan berselindung di sebalik ulama ketika ini, sehingga untuk berbincang pun tidak mahu dan ditolak mentah2 sebaliknya mencabar berdebat pula, apakah keegoan sudah mula meresaapi jiwa raga pok nik, sehingga benda yang baik yang dilakukan oleh polis dituduh dengan macam2. apakah kita pernah jika PDRM sudah lumpuh sepenuhnya keamanaan yang kita kecapi ini akan terjamin..teori Yahudi melumpuhkan sesuatu kerajaan perlu melumpuhkan sokongannya seperti polis dan tentera. beginilah cara yang mereka lakukan untuk melumpuhkan kerajaan dengan menyerang dan melumpuhkan kekuatannya.. apakah PAS boleh menjamin bahawa Islam akan lebih bersinar dengan kerjasama DAP, PKR dan lain2 NGO's.. apakah Yahudi akan duduk diam sahaja. orang Yahudi berfikiran jauh ke hadapan berbanding orang Islam. adalah dikhuatiri bumi Malaysia yang selama ini aman damai akan jadi seperti di Palestin, ada polis pun tak mampu berbuat apa, nak beribadat pun susah, Singapura adalah contoh yang paling dekat sekali, kalau nasi sudah menjadi bubur adalah sudah terlambat untuk menjadikan ia nasi....

fidel castro said...

pdrm jadi ramai kat pilihanraya kerana nak mengaut elaun elaun dan tak lupa juga sewa sewa khemah. lagi satu kan malaysia ni negara islam mistilah ada masjid,tabung haji apa barang..harga makin meningkat untuk tunaikan haji, ramai orang malaysia pergi haji melalui negara thailand yang mana harganya lebih murah. ada polis ni memang tugasnya jaga keamanan negara tapi bukan nya untuk umno / barisan nasional. cuba tanya UBN sapa bunuh altunya?

Anonymous said...

Bravo Anon 11:52.
fidel castro negatif dan myopia.

Anonymous said...

Nota cepumas buat balaci BN/UMNO buang yg keruh amik yg jernih. apa faedahnya kamu dpt dari penyangak negara selain dari dok perabihkan kantung negara. cukup2 lah guna kantung negara tu secara berhemah ke jalan yg sewajarnya. guna otak anda yg bijak. jgn ingat duit rakyat tu duit mak bapak ko orang.

Buat projek berdegar degar esok runtuh.apa ke jadah tu semua umno. kami semua akan pastikan negara ini bebas dari segala yg tidak baik kepada 100% bersih termasuk pentadbiran perundangan htta org kg tidak lg mengeluh kena bayar insuran kete lama berlipat kali ganda. bahlol bin rebah ko ni semua keje hari hari fikir mcmmana nk untung nk mapuhkan rakyat jelata. bahasa mudahnya ko ni semua lbh jahat lbh rakus dari portugis dan belanda.inilah nama BN/UMNO

Anonymous said...

DEPA KATA FRU PALING TAKUT KALAU ORANG BALING TAIK, DENGAN KAYU, BATU DEPA TAK TAKUT LANGSUNG, KALAU DGN TAIK DEPA MUNGKIN LARI LINTANG PUKANG. MACAM ORANG SAKIT PERUT NAK BERAK....

jebatjr said...

aku agak dah.....

Anonymous said...

11:52:00 PM
yang kata tu tahu dok orang yahudi nak orang macam hang la yang serang pemimpin ulama' yang mahu tengok Islam berkembang di Malaysia, dan jika anda yagkutuk ulama' jadi andalah sebenarnya yang diasuh oleh yahudi....

Anonymous said...

puak puak ni banyak sangat dengar ceramah itu sebab jadi tak tentu hala. dah tak ada modal lain.

Anonymous said...

Apa nak cakap,tulis adalah hak kita di dunia. Untung atau MUFLIS di akhirat adalah hak Allah S.W.T. Renung2kan wahai anak Adam. sebelum kiamat kecil menjemput kita.

Anonymous said...

kenapa komen aku sebelum ni dah di padam?? PDO? what happen? takut orang lain tahu?