PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, July 25, 2009

Konspirasi: Pelancaran Sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan Di Kuantan, MB Pahang Di Pinggirkan Sebagai Dif Terhormat Di Bumi Sendiri


KUANTAN [1.45 pm] - Sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan dekat sini, hari ini sedikit tercemar bila dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah gagal untuk "mengundang Ketua Kerajaan Negeri Pahang" untuk hadir bersama dalam perasmian yang diadakan pagi tadi. Agak menghairan bila kelibat Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato' Syafiq Fauzan pula dilihat berada di situ. Biarpun mungkin beliau menggantikan MB, namun program peringkat kebangsaan itu sepatutnya perlu dihadiri oleh Ketua Kerajaaan Pahang sebagai "Tuan Rumah" sebenarnya. Bahkan, beliau wajar membatalkan segala program lain, kerana pelancaran Hari Pengguna itu yang lebih utama dari yang lain. Perasmian program ini telah dibuat secara gilang-gemilang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaakob. Maklumat dalaman yang diterima daripada pihak "protokol" mengatakan pihak penganjur "tidak membuat jemputan rasmi" kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Ini menyebabkan pihak terbabit keliru dengan program berkenaan, kerana secara terang-terangan telah membelakangkan ketua kerajaan Pahang itu sendiri. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, kami sendiri pun masih belum dapat memastikan. Namun apa yang berlaku jelas sekali amatlah memalukan. Ini kerana tindakan tidak menjemput Menteri Besar dalam program besar-besaran seperti itu jelas sekali amat keterlaluan. Ini kerana kerajaan Negeri Pahang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ini menggambarkan bagai ada sesuatu yang tidak kena, atau pun mungkin ini adlaah satu "konspirasi terancang untuk menidakkan keupayaan Dato' Seri Adnan Yaakob" sendiri sebenarnya. Tambah menarik lagi, sebelum ini memang kami ada mendengar "khabar angin" dan "desas desus" bahawa kedudukan Adnan sebagai MB akan berakhir penggal ini sahaja. Ini kerana, pemimpin UMNO pusat sudah bersedia untuk mengetengah Dato' Safiq Fauzan, ADUN Inderapura itu sebagai Menteri Besar Pahang yang baru selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika telahan ini benar, maka sudah pasti ia merupakan tamparan hebat buat Dato' Seri Adnan Yaakob. Tambahan pula, memang dimana-mana program besar yang dianjurkan di Pahang, hanya kelibat Dato' Syafiq Fauzan sahaja yang dilihat berada disitu.

[Memang diakui bahawa Dato' Syafiq Fauzan layak untuk menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakob berdasarkan latar belakang pendidikannya serta rekod perkhidmatan yang bersih dan cemerlang. Bahkan beliau berkelulusan dalam bidang agama dan masih tidak terlibat dengan berbagai skandal serta kontroversi. Berdasarkan perkara inilah, beliau memang berupaya menjatuhkan Dato' Seri Adnan Yakob di Pahang. Tambahan pula, beliau turut mendapat restu dan lampu hijau daripada ramai pemimpin tertinggi pusat dan UMNO Pahang sendiri. Maka itu juga, kami tidak hairan pihak penganjur Sambutan Hari Pengguna di Kuantan sengaja tidak mahu mengundang YAB Menteri Besar Pahang hadir dalam pelancaran program berkenaan pagi tadi. Terima kasih atas maklumat dalaman "protokol SUK" ini. Terkadang, kasihan pula melihat senario ini. seolah-olah MB Pahang itu bukannya dari UMNO dan BN. Jika Ahli Parlimen Kuantan dari PKR tidak diundang, itu mungkin tidak menggemparkan. Ini tidak, MB UMNO dinafikan hak untuk bersama dalam program anjuran kerajaan BN sendiri. Bukankah ia merupakan satu perkara yang amat melucukan. Apakah ini merupakan satu konspirasi bagi menjatuhkan Menteri Besar Pahang itu agaknya].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

konspirasi terancang untuk menidakkan keupayaan MB? - apa yang mb pahang mampu lakukan? antaranya:

1. membebankan kerajaan negeri dengan hutang.

2. berani menunjukkan isyarat lucah semasa kempen prk.

maka wajarlah rakyat negeri pahang digantikan dengan mb yang baru serta prihatin dengan permasalahan rakyat.tahniah kepada pihak penganjur yang berani mengambil tindakan dengan tidak menjemput mb, namum program tersebut tetap meriah dan berjalan lancar.

budak kampung online said...

KAH.. KOH..KEH.. LEPAIH NI MAKA AKAN TERJATUHLAH SI ADNAN SAMA LAVEL DENGAN LANTAI PAKIR KAT RUMAH AKU...

Dollah said...

UMNO akan tumbang satu persatu dan sedikit demi sedikit. Perhatikanlah bagaimana ia berlaku dalam proses mereput.

Anonymous said...

sapa yang akan tumbang dollah oiii..rasa rasa aku PR kot yang dalam proses mereput. tunggu dan lihat ya ...

Anonymous said...

Denan samseng ni dah bayar ke saman 63 juta kes rasuah tu..settle ngan rasuah jugak kot..

Anonymous said...

Anon 9:29 25 july 2009

Proses pereputan berlaku bilamana sesuatu yg bahan itu buruk tidak dijaga dgn elok. Contohnya besi atau dacing yang terbiar dek panas dan hujan lama kelamaan ia akan berkarat mereput dan hilang jadi baca tanah.

Adapun setiap bahan perkara yang dijaga elok terpelihara bersih dan molek tidak akan mereput walau dimamah usia menjangkau 100 tahun.

Inilah bezanya bahan mudah reput dan bahan yg susah reput dalam memahami proses pereputan semulajadi alam maya.

sumber dari: jiwa bersih

Dr BackBone2 said...

Sedih juga kes niiii

Dr BackBone2 said...

hiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

x yah layan si shukri ni... Dia ni bapak le batu apinya... Dia akan tulis isu2 yang dia rasa boleh memecahbelahkan keadaan... For Dato Nan... X yah layan orang macam ni...BENGONG BANGAT DIA NI...