PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, July 27, 2009

Suara Rakyat: MPK Kemaruk Duit Saman Parking, Arahkan Peguatkuasanya Bermaharajalela Ketika Ribuan Rakyat Hadir Ke Program Hari Pengguna !

KUANTAN - Orang ramai yang berkunjung ke program Sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan di Padang MPK 2 dekat sini, kecewa dengan "Pesta Saman Parking" yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Selama ini, memang sudah banyak rungutan yang diterima daripada penduduk bandar ini berkenaan tindakan "mendera rakyat" atas nama "undang-undang" yang dilakukan oleh pihak terbabit. Banyak laporan yang diterima berkenaan kes yang melibatkan "saman menyaman parking" ini. Malah, terdapat juga kejadian dimana orang awam telah "menumbuk" Pegawai Penguatkuasa MPK gara-gara sikap tidak bertimbang rasa mereka tentang isu saman parking ini. Sangkaan kami, peristiwa ini tidak akan berlaku terutamanya disaat "Hari Peristiwa" diadakan di Kuantan. Namun, ternyata ia meleset sama sekali. Malah, pihak MPK dikatakan telah mengandakan "operasi saman menyaman" ini ketika hari tersebut. Maklumlah, pada hari itu rakyat dari pelusuk negeri dan negara akan berbondong-bondong hadir ke acara seperti itu. Agak menghairankan, kerana kehadiran ramai pengunjung ke program itu telah dihadiahkan dengan "resit saman parking" pihak terbabit. Ini amatlah tidak adil buat rakyat dan ternyata Majlis Perbandaran Kuantan tidak peka dengan keperihatinan rakyat sebenarnya. Tambah malang lagi, operasi tersebut turut diadakan sehingga lewat malam.

"Kami hadir untuk memberi sokongan kepada sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan yang diadakan di sini, namun kami tidak sangka tiba-tiba dihadiahkan surat saman parking oleh pihak MPK. Walhal, kami terpaksa meletakkan motorsikal kami dimerata tempat akibat kekurangan kawasan parking yang disediakan serta kehadiran ramai orang ke sini. Bayangkan kami terpaksa membayar kompuan RM20 semata-mata kesalahan terbabit, sedangkan kenderaan kami langsung tidak menghalang lalu lintas dan diletakkan secara teratur di hadapan sebuah restoran mamak" luah beberapa orang pengunjung yang kecewa dengan tindakan itu. Krew kami sempat meninjau dan mengambil beberapa keping gambar di lokasi terbabit. Ternyata, sikap dua orang pegawai Penguatkuasa MPK bersama ketua mereka amatlah mengecewakan. Dengan berpakaian seragam MPK, mereka langsung tidak prihatin dengan masalah rakyat dan sanggup mengeluarkan saman parking kepada deretan motorsikal yang diletakkan secara teratur di situ. Ketika ditanya, ketua penguatkuasa terbabit menjawab "kami melaksanakan undang-undang, jika tidak puas hati sila berhubung dengan Yang Dipertua MPK !!" katanya dengan nada keras. Teguran krew kami langsung tidak diendahkan, malah mereka itu terus dengan "rakus" mengeluarkan saman parking terhadap deretan motorsikal berkenaan. Sedangkan kenderaan terbabit diletakkan dengan teratur dan langsung tidak menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sebenarnya. Inilah yang dipertikaikan, sikap bertimbang rasa langsung tidak wujud di kalangan mereka. Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa kehadiran ribuan rakyat sempenan Hari Pengguna Kebangsaan, menyebabkan kekurangan kawasan meletak kenderaan. Maka sepatutnya hari tersebut diberikan keizinan kepada orang ramai meletakkan kenderaan mereka dikawasan yang didapati selamat, dengan syarat ia tidak menghalang lalu lintas.


Zalim, dua orang peguatkuasa MPK sedang berpesta saman parking
sambil disaksikan dengan bangga dan gembiranya oleh ketua mereka

Tersusun, motorsikal yang diletakkan teratur ini pun mahu disaman,
ternyata penguatkuasa MPK gagal bezakan "kuasa" dan "timbang rasa"
Tidak salah mengikut undang-undang sebenarnya, tetapi mereka juga harus bertimbang rasa. Ini kerana tarikh 24 hingga 26 Julai adalah hari peristiwa besar di kawasan itu. Maka itulah, sepatutnya mereka boleh mengambilkira situasi itu. Tambahan pula, ada pengunjung yang datang dari jauh (luar Kuantan). Ketika kejadian jam sudah menunjukkan 5.30 petang (Sabtu, 25 Julai). Ini bermakna, hari itu adalah hari cuti. Tambah mengecewakan operasi saman menyaman itu diteruskan sehingga lewat malam di lokasi yang sama. Difahamkan, bukan sahaja pemilik motorsikal menjadi mangsa malah banyak juga kenderaan biasa yang turut di saman. "Saya datang dari Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi sokongan kepada Hari Pengguna peringkat kebangsaan yang diadakan di bandar ini. Malah ketika sampai di Kuantan, jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Makanya saya terpaksa meletakkan kenderaan di mana-mana ruang kosong kerana semua petak letak kereta telah dipenuhi dengan kenderaan. Anehnya, selepas selesai menyaksikan acara yang diadakan saya dihadiahkan pula resit saman parking. Ini tidak adil, dan amat zalim" kata seorang pengunjung dari Cheras, Kuala Lumpur. Beliau ternyata amat kecewa, kerana terpaksa membayar kompoun RM50 atas saman terbabit. Sebenarnya ramai lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerakusan pihak Majlis Perbandaran Kuantan ini sebenarnya. Malah, difahamkan penguatkuasa juga diarahkan berkerja 24 jam sehari semalam, dari hari Isnin hingga Ahad untuk tujuan tersebut. Ini kerana mereka tahu bahawa dengan "kompaun saman" itulah, akan membolehkan "kantung pihak berkuasa tempatan" itu bertambah dari masa ke semasa. Malah, mereka juga diberikan "target" agar setiap peguatkuasa terbabit membawa balik bilangan saman parking dalam jumlah tertentu. Inilah yang menyebabkan penguatkuasa terpaksa bermaharajalela, biar pun ketika diluar waktu pejabat dan hari cuti umum. Malah, terdapat kejadian saman parking yang dilakukan selepas jam 12.00 malam di bandar ini.


Memalukan, biarpun jam sudah menunjukkan hampir 9.20 malam
namun operasi pesta saman itu tetap diteruskan tanpa belas kasihan

[Apapun, tindakan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan ini amatlah tidak adil buat rakyat. Mereka terpaksa hidup dalam tekanan akibat tindakan saman parking. Tambah mengejutkan tindakan saman juga sering dilakukan di kawasan Hospital, Masjid dan ketika hari-hari perayaan dan peristiwa seperti Jom Heboh TV3 dan sebagainya. Malah, kejadian terbaru ketika sambutan Hari Pengguna itu membuktikan betapa rakus dan kemaruknya pihak terbabit mahu mengaut duit secara mudah dari rakyat. Jika tiada aral melintang, kami akan menganjurkan satu demontrasi aman di ibu pejabat MPK Jalan Tanah Putih dekat sini, bagi mendesak pihak terbabit membatalkan sistem bayaran parkir berkomputer yang ternyata menipu rakyat serta mengenyang tembolok pihak terbabit. Desakan supaya sistem baru ini dikembalikan kepada sistem lama iaitu "resit kuning" kerana ia lebih relevan dan adil kepada rakyat. Bahkan, majoriti rakyat Kuantan sebenarnya sudah mengalami tindakan saman parking apabila gagal meletakkan tiket terbabit, lebih tempoh, tidak bergores dan sebagainya. Jika ia dikembalikan kepada asal, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Kerana berapa jam kenderaan diletakkan di kawasan terbabit, maka semakin banyak resit kuning akan diterima. Ia berbeza dengan keadaan sekarang, yang lebih banyak menguntungkan pihak terbabit. Jika tradisi mendera rakyat ini terus berlarutan, maka sudah pasti mereka akan semakin benci dengan dasar-dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Harapan untuk menyaksikan kemenangan yang lebih besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan tercapai. Justeru itu, adalah disyorkan agar Menteri Besar Pahang dapat memantau perkara ini].

27 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Addin said...

As'kum, Inikah slogan One Malaysia yg di lalakkan oleh Najib Tun Tuya di seantero dunia..rakyat di didahulukan, pencapaian di utamakan ? Sebenarnya KRONI DI DIDAHULUKAN,POKET SENDIRI DI UTAMAKAN..

budak kampung online said...

KAH... KOH...KEH... EKONOMI TENGAH MELESET, MAJLIS SENANG-SENANG BUAT DUIT. KOOL... RAKYAT MAKIN MISKIN BERTAMBAH KERING...

Anonymous said...

kes mpk ni tandanya UMNO BABI

Anonymous said...

MPK= Manusia Paling Kejam

Anonymous said...

tak elok la MPK buat lagu ni, saya pun kena saman rm20, dkt situ ada kira-kira 30 motor. maknanya 20x30=rm600 satu baris. 600x24jam=RM14,000 untuk satu hari. jika 3 hari 14,000x3= RM43,000. pergh! Bonus besar tuh. nak dapat rm20 tu buakn main susah lagi meniaga, minyak motor lagi nak datang dari Muadzam Shah.
kejam, memang perbuatan tak bertimbang rasa.

-penduduk tak puas hati

Anonymous said...

nak tanya, nik ajis nak berbaik2 dengan umno ,boleh percayake ,tun mahathir kata pas akan pusing

Anonymous said...

WOOOOIIIIIIIIII... AKU CARI ARTIKEL PASAL NIZAR PEGANG LILIN... PDO TAK BERANI KE NAK TULIS PASAL NIZAR KEBANGGAN DIA TU.. KALAU BERANI TULIS LE.. KO KATA PDO NI UNTUK KEBENARAN... HA APA LAGI.. DEDAHLAH,,.. X PUN BUAT LA VOTE.. KITA TENGOK APA KOMEN PEMBACA..

Anonymous said...

Bodo tak sekolah punya pencacai umngok..orang citer pasal saman dia tak abih lagi ngan lilin.Ulaslah pasal saman parking yang dilakukan mpk secara membabi buta tu.Ke orang umno terkecuali dari dari kena saman kot.Best le kalo lagu tu,aku pun nak sokong umngok gak le.

Anonymous said...

ELEH... NAJIB TUA DOK NYALAKAN API NGAN HINDU TAK TARUK KA.

najibdin

Anonymous said...

Bodo tak sekolah punya pencacai umngok..orang citer pasal saman dia tak abih lagi ngan lilin.Ulaslah pasal saman parking yang dilakukan mpk secara membabi buta tu.Ke orang umno terkecuali dari dari kena saman kot.Best le kalo lagu tu,aku pun nak sokong umngok gak le.

Anonymous said...

Najib ngan bini dia nyalakan lilin kat tokong hindu tu tak syirik sebab perbuatan penganut umno hadari semuanya halal.Yang haramnye hanya untuk Pas dan pembangkang je...ngerti!!!!

Anonymous said...

huio.. MPK nak cari duit bonus raya la tu.. haha.. tu pun x leh nak tangkap ke??

pasai lilin ni.. biola si najib n bini tu.. kan korang kata org umno x islam.. kapir la.. korang kata, korang yg islam.. jalan yang benar kan? jgn le pasang lilin ikut si najib.. BEBAL!!!!

AnakJati Bukit Sekilau said...

Nak balas dendam lah tu.. kerajaan negeri kena saman, rakyat pun kena juga. Kalau tak camana nak bayor saman, mana nak cekau duit, kalau x saman rakyat, buat Karnival/Pesta pun bukan kerana rakyat, tapi nak sapu duit rakyat. yabeda beduuuu lps ni boleh lah bayar saman yg berjuta2 tu.. balak dah habis, tanah dah abis dirembat, apa nak jadi dengan Adnan Yaakob.. nak jadi perembat duit rakyaat jelata lak ...
Wahai orang Pahang, tak sedar2 lagi ke??? Kerajaan Negeri duk sapu korang sekarang.. bila lagi nak sapu diorang balik ... harap2 Pilihanraya Umum ke-13 nanti korang sapulah kerajaan BN ke dalam Laut Cina Selatan tu.. bior diorang sedor sikit selagi diorang dapat berkuasa selagi tu dibuatnya cam bapak dia punya negeri, Marilah semua rakyat Pahang kita undi Pakatan Rakyat .. HIDUP RAKYAT HIDUP KEADILAN.. RAKYAT UNTUNG BILA KEADILAN DITEGAKKAN.. INSYA ALLAH.. ALLAHHUAKBAR.. TAKBIR.. 3X

Anonymous said...

hahah saman lagi saman;;; biaq semua kena saman ... pandai2la disiplinkan diri pandai2lan baca undang2 pandai2la jgn dok cari salah org.... hahahahha

Anonymous said...

Pasal apa Menteri pusat tak jemput bos Pahang rasmi/hadir majlis tu. Depa marah lah so saman semua sapa dok sokong menteri tu dan.... tengok acara tu.

said said...

sape2 yg kena saman tu, marilah ramai2 kita sertai PKR, kalau menteri
pun dh masuk PKR kina ni, ikan bilis je, tunggu ape lagi.

tukar jgn tak tukar kerajaan,
ubah dulu baru tahu....

pru 13 semua warga kuantan yg cintakan Keadilan, ramai2lah kita sertai PKR

Anonymous said...

kah..kah..kah....woi PDO ko takde isu ke nak tulis kat sini..alih2 pasal saman....wah..wah....komen sikitlah pasal suku sakat ko kat selangor tu...dah cuakkkk nampak...kah..kah...kah...kah..kah......PIIIIIIRAHHH

Anonymous said...

MPK Majlis Paling Kaya
@Majlis Pencari Kesalahan

Anonymous said...

Berita baik utk pembaca yang ingin menambah pendapatan.

sila layari laman web ini untuk mendapat maklumat yang terperinci & mencuba menambah pendapatan anda.

http://www.perigiduit.com/?ref=acv3806

Anonymous said...

kat temerloh ape kurangnyer.....baru 5 minit turun kete nak beli kupon parking,alih2 balik ke kete semula,dapat saman.....hampeh punyer penguatkuasa MPT..!!!

fidel castro said...

akan datang guna basikal aja.

Anonymous said...

Saya cadang mana-mana penguasa-penguasa yang tunjuk lagak tak kira dimana-mana tidak kira jabatan apa bila ada perubahan selepas PRU 13 cari depa, pecat tak leh pecat buang daerah aje sebab menyusahkan

Anonymous said...

hampeh punya PR. belum apa2 dah nak pecat sana-sini....kot menang PRU 13 nanti..jawabnya huru-hara la negara...lagi pun memang tu strategi PR tak gitu PDO

usop said...

takbirrrrrr....

Anonymous said...

Anon Monday, July 27, 2009 3:29:00 PM

Orang cakap pasal MPK taik dia ckp pasal lilin.Org pegang lilin dia naik gilo. Anon taik meh aku nk ajar ko. Lepas ni kalu ko pegang lilin nyala lilin bila eletrik off nahas mu. Aku napok mu pegang lilin aku tapa mu. aku napok mu tiup lilin atas kek harijadi siap mu. aku leceh kotel mu sumbat abu budak kulup.

Baso budok umno bodo sopo taik. dgn lilin pun nk baloh. aku penampar jepum mapuh lamo kam

Anonymous said...

Najib pun pegang lilin jugak dlm upacara agama hindu, tak pe plak

Anonymous said...

yang dok pi tiup lilin atas kek semasa sambut hari jadi, tak pe ke?