PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, August 28, 2009

Cyberita: Dari Meja Editor Pahang Daily Online

Ramai Terkejut SMS Ismail Kamus Meninggal

Orang ramai hari ini keliru dengan SMS yang banyak disebarkan perihal kematian tokoh agama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Dato' Ismail Kamus (foto). Dalam laporan SMS itu mengatakan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung. Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah Al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Kami cuba menyiasat kesahihan laporan SMS itu dan ternanti-nanti pengumuman yang dibuat dalam media massa. Namun, setakat ini tiada berita rasmi berkaitan kematian Ustaz Ismail Kamus. Apa yang ada ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam. Soalnya, benarkah Ustaz Ismail Kamus turut meninggal atau sekadar khabar angin semata-mata. Adalah diharapkan supaya ada pihak tertentu yang dapat mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Tambahan pula SMS tersebut kini tersebar meluas di seluruh negara. Masalah yang timbul ialah mereka yang menerima SMS itu, tanpa usul periksa terus menghantarkan pula kepada rakan-rakan yang lain. Ia amat mengejutkan dan menyebabkan peminat tokoh agama terkenal itu terkejut dengan laporan berita berkenaan.

[Kami memohon maaf atas penyiaran maklumat ini. Ia memandangkan ramai rakan-rakan yang mengadu serta bertanya apakah Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Mereka mahukan kepastian daripada PDO. Oleh itu kepada anda yang menerima SMS yang sama, harap tidak disebarkan sebelum maklumat sahih diterima. Ia akan menyebakan berlaku kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia yang menerima SMS tersebut sebenarnya]

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

mengapa la kes kematian ni dibuat main2 oleh segelintir manusia ni ya...

Tok Kiyai said...

Silap orang la tu...
Ismail Salleh, bukannya Ismail Kamus...

Aduii...

Anonymous said...

PDO KOMEN LAH SIKIT APA YANG BERLAKU DI SHAH ALAM,TU, BELUM PERNAH ORANG MELAYU BAWA KEPALA LEMBU DALAM PROTES SEDEMIKIAN RUPA,INI SATU PERTANDA YANG KURANG SIHAT,MELAYU MEMANG TINGGI SIKAP BERTOLAK ANSUR,AKU TAKUT LEPAS INI ,ROZIAH JADI ROSAK DAN KALID JADI SALIB,KAH KAH KAH

Anonymous said...

Orang Melayu Parti mana tu yg berani arak kepala lembu.

Apa motif tujuan mangkok ayun tu.

Kalu Tkde kerja mari kerja dgn aku byk kerja aku nk kasi kat mangkok ayun ni.

Kalu nk cetus 13mei versi baru cuba buat skirp lain yg lebih baik sikit dari bawa kepala lembu.

Bos kita najib sibuk dok 1malaysian yg mangkok ni sibuk dok heret kepala lembu. apa ke jadah....najib tk ajar hormat menghormati sesama kaum ka.

Kalu mangkok nk berperang dgn kaum lain mangkok perang sorang2 lah pergi mampus dgn mangkok pencacai taik ini

Anonymous said...

bukankah penganjur dah cakap dia tak tahu sape yg letak kepala lembu tuu kepada Anonymous (Saturday, August 29, 2009 9:04:00 AM)aku tak kata sape pon.... mungking ....??
jangan berlagak pandai nak timbul provokkrasi pulak...

Anonymous said...

dulu sejauh mana pun orang melayu marah ke umno,tak lah sampai kepala lembu dia orang bagi kepada suk,yb kalid tekedu,latang sangat ,petujuk ALLAH di bulan mulia ni.tak tau sapa ke, hang tak tengok kat tv KE,, diangkutnya kepala lembu SAH KITA TAHU SIAPA,marah no ,sebab kena kat muka SENDIRI,kalau kena kat umno,HABIS UMNO KENA TANDUK,ITU HAK MEREKA NAK PROTES,LEPAS NI JANGAN LUPA KEMBALI KE PAKAL JALAN,,,,.KAH KAH KAH

tengkoraklembu said...

itu kerja puak-puak umno karat..mcm ler bodoh sgt nak percaya kat TV suku tu hahahha...polis tak sembur gas pemedih mata dgn water canon pun kita tau dah atas arahan pemimpin umno bg menjatuhkan kerajaan negeri pakatan rakyat... gila meroyan ler tuu..kejap lagi MIC pulak hentam BN dan lari ....hahahah kena keja dgn kepala lembu lar tuu...bodoh punya puak umno... tak reti bahasa..nak hina MB selangor tp tersilap hina Samy Vellu...hahhaha,.tunggular akibatnya ,..

cakap benar said...

kes kepala lembu tak ada kena mengena dengan samy vellu ,ni kes negri selangor, tentu sekali ia ada kait dengan mb ,xanvier exco india,yb alam shah dan rakyat melayu islam alam shah,jangan lah dok pusing kata umno ,ini kes pembinaan kuil yang di lulus olih kerajaan negri selangor tau tak tengkoratlembu,nanti orang kata kau otak lembu,kau marh pula,tok sah dok pusing faktor