BANTING, 25 Sept - Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad (foto), menyifatkan gabungan parti pembangkang sebagai satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti terbabit mempunyai haluan berbeza selepas pilihan raya umum lepas. "Parti pembangkang bukanlah satu alternatif. Amat malang jika parti pembangkang menang dan membentuk kerajaan (Persekutuan)," katanya ketika diminta mengulas mengenai perbalahan dalaman di kalangan gabungan parti Pakatan di Selangor. "Mereka tidak akan dapat mentadbir negara sebaliknya asyik berbalah sesama sendiri. PAS akan berbalah dengan DAP, DAP akan bertegang urat dengan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melawat limbungan NGV Tech Sdn Bhd di sini semalam. mStar[Nampaknya Penasihat UMNO ini memang "mudah lupa" agaknya. Bercakap tanpa berpijak di bumi yang nyata menambahkan lagi "betapa nyanyuknya" mantan PM yang pernah digelar "mamak firauan @ Mahazalim" ini. Beliau dibutakan mata dan hati selepas melihat BN tersungkur dalam pilihanraya umum lalu serta melihat parti karat itu ditolak oleh majoriti rakyat dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat tidak sehaluan, walhal BN kini yang retak menanti belah. Bahkan, bila-bila masa sahaja kapal BN akan karam dipukul gelombang Tsunami "rakyat" dalam pilihanraya ke-13 nanti].
Hormati Kartika, Hukuman Mahu Diteruskan
SUNGAI SIPUT, 25 Sept - Semua lapisan masyarakat termasuk pihak media dipohon supaya menghormati pendirian jururawat, Kartika Sari Dewi Shukarno (foto), 32, untuk meneruskan hukuman sebatan ke atasnya selepas mengaku bersalah meminum arak di Pahang. Peguam Kartika, Adham Jamalullail Ibrahim berkata isu yang melibatkan anak guamnya itu sepatutnya menjadi pengajaran serta wadah peningkatan institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam di Malaysia. "Saya juga meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat berkenaan kerana ia hanya membabitkan institusi kehakiman syarie di Pahang sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang di sini semalam. Kartika pada minggu lepas melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma guaman Tetuan Adham & Associate iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah bagi mewakilinya. Menurut Adham Jamalullail, sehingga kini, pihaknya masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar hukuman sebatan itu akan dijalankan.[Hairan benar melihat apa yang berlaku dalam amalan undang-undang syariah di Malaysia. Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan diterima sepenuh hati oleh tuan badan, tiba-tiba pula ada pula orang Islam yang cuba menghalang. Jika beginilah dia perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, maka terbuktilah kepada kita bahawa negara kita tidak mengamalkan hukum Islam yang sebenarnya seperti dituntut oleh agama. Jika ini keadaannya, maka ramai lagilah orang Melayu akan minum arak selepas ini. Malah jika kes Kartika ini dihalang sedemikian rupa, pasti menyebabkan maruah agama Islam itu tercalar akhirnya].
KUALA KRAU, 25 Sept - Sultan Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (foto), mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka. Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka. Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan. "Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer. "Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya selepas di Kuala Krau semalam. mStar[Sesuatu yang tidak menghairankan rakyat Pahang bilamana "sultan kami" berkata begini. Kerana baginda sejak 50 tahun lalu hanya kenal UMNO dan BN sahaja yang memerintah dan tidak pernah merasai nikmat berada dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Lantaran itulah kami tidak hairan ramai pemimpin UMNO dan perompak hutan balak di Pahang sanggup menggunakan nama "Tuanku Sultan" untuk tujuan mengeluarkan kayu balak secara "runding terus" dengan pejabat hutan Pahang. Terkadang pihak istana tidak tahu menahu sepenuhnya apa yang berlaku di dalam negeri. Tambahan pula bila banyak fakta dan penyelewengan yang berlaku di depan mata, cuba pula disembunyikan].
Pancing Undi, PM Lancar Parti Baru Kaum India
PETALING JAYA, 25 Sept - Perdana Menteri, Najib Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia iaitu parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini. Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu. Setiausaha Agung parti, Kannan Ramasamy berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan untuk melancarkan parti itu. "Kami gembira beliau menerima jemputan kami dan ia permulaan yang baik untuk mempunyai Perdana Menteri melancarkan parti kami," kata Kannan. Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang. Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu. Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran (foto) merupakan Presidennya. mStar[Aneh benar bunyinya, parti baru kaum India mahu dilancar sehari menjelang hari pengundian pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. Apakah ini bermakna Najib mula terdesak untuk membeli undi kaum India di sana agaknya?. Lantaran itu bersedia merasmikan parti baru yang sebenarnya bakal menghuru-harakan lagi kaum India berhaluan kiri di negara ini. Belum pun habis isu Samy Vellu yang dikatakan gagal membawa MIC memimpin kaum India, kini Najib pula beriya-iya benar untuk tujuan itu. Apa pun, memang muslihat ini mudah untuk kita baca sebenarnya. Sememangnya Najib terlalu risau jika kaum India menyokong calon PAS dan Pakatan Rakyat. Malahan "Makhal Sakthi" adalah laungan keramat kaum India dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Soalnya, kenapa nama ini digunakan?. Bukankah ia bertujuan untuk mengelirukan rakyat terutamanya kaum India. Malu benar melihat apa yang berlaku ini. Macamlah tidak ada tarikh lain untuk Najib merasmikan parti itu].













4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Negara lain yang tak diperintah oleh UMNO malah orang tak kenal pun UMNO ni tapi rakyat mendapat pembelaan yang jauh lebih baik dari rakyat Malaysia.
Sultan tak patut campur politik jika mahu terus dihormati rakyat. Ini bukan zaman dulu di mana rakyat bodoh dan kata raja itu hukum. Sekarang rakyat sudah baca alquran dan belajar agama.
cakap aje umngok boleh luluskan balak banyak, senang, tak payah selindung selindung. Rakyat tahu apa kamu buat dengan harta negeri.
Diam adalah lebih baik.
betul ,pakatang akan rebah bila 2 masa,rakyat sudah bosan dengan wayang mereka, idologi yang tak sama,hanya bohongan semata2
Post a Comment