PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, September 26, 2009

Kontroversi: Isu Selcat Di Selangor, Kenapa Harus Melenting Dengan Kenyataan Dato' Dr.Hassan Ali Jika Ia Mungkin Sekadar Satu Teguran Membina !

Nampaknya, dalam kemeriahan meraikan Aidil Fitri dana keghairahan menanti pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak lama lagi, tiba-tiba isu panas kini melanda Pakatan Rakyat di Selangor. Ia gara-gara kenyataan "panas" yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali (foto) baru-baru ini. Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Hassan telah menegaskan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan. Kenyataan tersebut telah mengundang kontroversi, hingga ada yang mahu supaya beliau meletakkan jawatannya jika tidak mampu untuk berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Malah beberapa kenyataan terbuka yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat Selangor seperti Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali jelas sekali mengundang kemarahan sesetengan penyokong PAS di negeri itu. Malah kenyataan balas terhadap Hassan itu turut disuarakan oleh pemimpin PAS sendiri seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ramai lagi yang kononnya kecewa dengan isu ini.

Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan, kerana susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh Dr.Hassan Ali menyebabkan seolah-olah akan berlaku sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini. Dalam pada itu Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataannya PAS negeri sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut. Soalnya sekarang, apakah krisis pandangan peribadi ini bakal menjadi "bencana besar" buat Pakatan Rakyat di Selangor. Tambahan pula Hassan Ali adalah antara pemimpin yang amat dihormati oleh kawan mahu pun lawan. Soalnya, kenapa terdapat ramai pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang "melenting" dengan teguran "membina" yang dibuat oleh bekas tokoh Forum Perdana Hal Ehwal Islam RTM itu?. Walhal, beliau hanya memberikan pandangan peribadi selepas mendengar beberapa komen atau maklumat dalam tentang perkara ini. Mungkin ada pihak yang tidak setuju dengan kaedah yang digunakan oleh Selcat sekarang. Maka itu, Selcat perlu membuat perubahan demi menjaga keharmonian dan tidak mengaibkan sesiapa dalam siasatan yang dilakukan. Apapun kita tunggu apakah agaknya yang akan berlaku dengan senario terbaru ini.

Pegawai Daerah Takut Untuk Berkata Benar


Pihak kami terpanggil untuk memberi pandangan atas apa yang berlaku ini. Malahan kami sempat mengikuti siaran langsung Selcat menerusi TV Antara yang turut disiarkan dalam blog ini. Pada awalnya, kami merasakan memang amat berpatutsan Selcat dijalankan secara terbuka kerana ia dapat memberi peluang kepada pegawai terbabit untuk memberi kenyataan dengan lebih berhati-hati dan tidak mengelirukan. Namun hasilnya dilihat tetap juga sama, beberapa orang Pegawai Daerah tetap memberikan alasan yang sama dalam meluluskan peruntukan yang dimaksudkan biarpun beberapa kali ditekan oleh jawatankuasa Selcat. Mereka tidak berani untuk bercakap apa yang mahu "didengar" oleh Selcat iaitu mengaitkan nama mantan MB Selangor, Khir Toyo yang mengarahkan segala peruntukan ADUN terbabit dilepaskan biarpun parlimen sudah dibubarkan. Kenapa ini berlaku?. Sedangkan semua pegawai berkenaan telah mengangkat sumpah untuk memberi keterangan yang benar melainkan benar belaka. Jawapannya adalah mudah, kerana mereka tidak mahu menanggung risiko kerana mendedahkan nama Khir Toyo kepada Selcat. Berbagai risiko akan dihadapi kerana biarpun Khir Toyo sudah tidak berkuasa, namun kelibatnya masih menghantui sebahagian besar pegawai kerajaan terbabit. Tambahan pula Khir dilihat begitu beriya-iya benar untuk menjatuhkan semula Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini. Mereka mungkin takut jika apa yang berlaku di Perak bakal terjadi pula di Selangor. Oleh itulah mereka tetap mempertahankan kenyataan bahawa kelulusan peruntukkan terhadap ADUN-ADUN terbabit dibuat tanpa arahan mana-mana pihak. Malah pemilihan tarikh kelulusan yang seiring dengan pembubaran parlimen juga tidak diketahui puncanya. Bukankah ini jelas menunjukkan yang mereka semua "takut kepada seseorang" untuk berkata benar.

Jawapan Yang Sepatutnya Gagal Untuk Dijawab


Oleh itu, apakah Selcat berjaya mencapai matlamatnya?. Bahkan kami yakin semua Pegawai Daerah di Selangor yang disoal pasti akan memberi jawapan yang sama biarpun didesak oleh jawatankuasa Selcat itu sendiri. Oleh itu, apakah hasilnya siasat Selcat ini sebenarnya. Bukankah ia akan sekadar membuangkan masa sahaja. Mungkin bagi jawatankuasa Selcat mereka amat berbangga kerana berjaya membongkarkan satu penyelewengan yang berlaku dalam agensi kerajaan. Tetapi mereka juga harus memahami bahawa setiap kakitangan kerajaan tertakluk dengan arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri ketika itu. Adakalanya mereka terpaksa melakukan tugasan yang tidak sepatutnya. Tetapi apakah mereka ini berani untuk menentang? Biarpun mereka tahu perkara itu salah dari segi undang-undang. Bahkan mereka juga boleh dituduh "pecah amanah" kerana membiarkan wang rakyat dirompak begitu sahaja. Namun, Selcat juga harus sedar bahawa kerajaan negeri ketika itu ialah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka itu, apakah menjadi kesalahan yang terlalu besar bagi mana-mana kakitangan kerajaan yang terpaksa menghormati dan mengikuti arahan yang dibuat oleh pimpinan kerajaan ketika itu. Memang diatas kertas, parlimen sudah dibubarkan dan mereka sewajarnya tidak boleh meluluskan peruntukan tersebut. Namun, mereka juga mungkin takut dan gusar seandainya BN masih memerintah negeri Selangor selepas pilihanraya, sudah pastilah mereka akan dikenakan tindakan tatatertib kerana engkar dengan arahan kerajaan. Selcat harus mengkaji semua ini, dari berbagai sudut sebelum membuat penilaian sebenarnya. Pegawai terbabit juga mungkin tidak terfikir bahawa kerajaan BN akan jatuh dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor sekarang.

Selcat Tidak Salah Jika Tiada Siaran Langsung

Kenapa Pegawai Daerah terbabit takut untuk berkata benar biarpun sudah diberikan peluang? Jawapannya cukup mudah, ini kerana mereka tahu Selcat disiarkan secara langsung oleh media alternatif terutamanya TV Antara. Akibat siaran langsung, menyebabkan kesemua pegawai berkenaan gagal untuk menyatakan kebenaran. Ini kerana mereka takut akan dipersalahkan jika menjadi orang yang mendedahkan penglibatan Khir Toyo dengan isu penyelewengan wang peruntukan ADUN menjelang pilihanraya umum ke-12 lalu. Memang kita tahu, Kerajaan Negeri Selangor ingin membuktikan kepada dunia bahawa mereka melaksanakan satu tindakan yang betul dengan perlaksanaan Selcat. Pendengaran secara terbuka yang dibuat tidak salah, namun kesalahan besar dalam Selcat itu adalah mengadakan siaran langsung yang disaksikan oleh berjuta-juta orang dari seluruh duni. Bukankah ini menakutkan pegawai yang disoal-siasat untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Akhirnya mereka terpaksa menjawap setaip soalan berdasarkan apa yang terlintas difikiran masing-masing sahaja. Hingga ada pegawai akauntan yang hanya mengatakan beliau mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Dan ada juga pegawai yang mengatakan mereka tidak tahu bahawa parlimen sudah dibubarkan. Bukankah semua jawapan ini amat memalukan dan menjatuhkan aib mereka. Sedangkan bukanlah itu jawapan yang mahu mereka kemukakan sebenarnya. Siaran langsung yang dibuat jelas sekali "mengaibkan semua pegawai kerajaan terbabit". Tambahan pula mungkin kesalahan mereka ialah terpaksa akur dengan arahan kerajaan negeri terdahulu, walhal mereka merupakan pekerja cemerlang hingga layak menjadi Pegawai Daerah selepas bertahun-tahun berkhidmat. Bukankah ini semua memainkan peranan utama dalam siasatan Selcat.

Pengerusi Selcat Terlalu Emosi Dan Perlu Diganti


Adalah lebih elok Selcat dibuat secara "terbuka" tetapi bukan "siaran langsung". Inilah kesalahan besar yang sebenarnya. Ia jelas menjatuhkan maruah dan imej semua pegawai yang disoal-siasat itu. Walhal, jawatankuasa Selcat dan Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah tahu jawapan bahawa semua pegawai berkenaan mendapat tekanan dan terpaksa akur dengan arahan kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Khir Toyo. Kenapa tidak dipanggil sahaja Khir Toyo sebagai saksi dan orang yang dituduh mengarahkan semua peruntukan segera itu diluluskan?. Kenapa harus menekan pegawai kerajaan berkenaan untuk bercakap benar, jika kebenaran itu sudah diketahui mereka. Dalam Islam sendiri, jika kita mahu mendidik eloklah dengan berhemah dan tidak mengaibkan orang lain. Memang kita tahu bahawa pegawai kerajaan terbabit bersalah. Tetapi sepatutnya Selcat tidak membuat siaran langsung yang menyebabkan mereka yang dipanggil itu takut untuk berkata benar dengan setulus hati dan perasaan mereka. Jangankan pegawai terbabit, siapa sahaja akan takut untuk mendedahkan sesuatu rahsia besar jika ia didengari dan disaksikan pula oleh semua orang. Selcat boleh dibuat secara terbuka, dalam bilik yang tertutup. Keputusan atau pun maklumat yang diperolehi barulah didedahkan kepada umum selepas itu. Jika dibuat secara terbuka, tiada siapa yang akan berani sebenarnya untuk membuat pendedahan berani seperti itu. Maka wajarlah Selcat itu dikaji semula, konsepnya pendengarannya jika tidak mahu dipersalahkan. Cara menyoal juga tidak perlulah terlalu emosi dan melenting seperti yang dilakukan oleh Pengerusi Selcat, Theng Chang Kim itu sendiri sebenarnya. Maka adalah wajar, jika mahu Selcat terus dihormati pengerusinya haruslah diganti dengan mereka yang lebih profesional dan mempunyai rasa hormat sesama sendiri.

Kenapa Melatah Dengan Teguran Hassan Ali

Soalnya sekarang kenapa ada pihak yang melenting dan menuduh yang bukan-bukan terhadap Dato' Dr.Hassan Ali. Kenapa harus meminta beliau meletakkan jawatan, jika kenyataan yang dibuat itu adalah satu teguran yang membina?. Memang benar Hassan Ali menyuarakan pandangan itu kepada media tanpa merujuk kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Masalahnya itu adalah pandangan peribadi beliau sendiri. Apakah kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak boleh ditegur langsung. Selama ini mereka menuduh bahawa kerajaan BN tidak demokrasi kerana tidak boleh ditegur dalam melaksanakan sesuatu projek untuk rakyat. Kini, apakah Hassan Ali mahu dipersalahkan. Sepatutnya mereka melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak terlalu "kebudak-budakkan" hingga memaksa Pesuruhjayta PAS Selangor itu meletakkan jawatannya baru-baru ini. Apakah mereka mahu melihat Pakataan Rakyat Selangor berpecah belah?. Sewajarnya perkara seperti ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Kenapa jawatankuasa Selcat tidak berbincang terlebih dahulu sebelum mengkaji kesan positif dan negatif mengadakan siaran langsung Selcat?. Oleh itu, diharapkan perkara ini dapat ditangani dengan segera tanpa wujudnya perpecahan. Tambahan pula menjelangnya pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak lama lagi. Sesuai dengan suasana Hari Raya Aidil Fitri sekarang ini, diharapkan semua pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dapat duduk semeja untuk berbincang ke arah kebaikan buat semua termasuk rakyat di Negeri Selangor secara keseluruhannya.

[PDO tidak memihak kepada sesiapa dalam hal ini, cuma kami bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan. Adalah lebih elok Selcat tidak diadakan secara "siaran lansgung", tetapi tetap dibuat secara terbuka. Ini akan lebih menyakinkan pegawai kerajaan yang disiasat untuk meluahkan segala yang terbuku dihati dan perasaan mereka. Bukan semua pegawai terbabit bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Tetapi mereka takut untuk bercakap benar dan mendedahkan siapakah dalang yang telah memaksa mereka, kerana gusar akan mendapat ancaman daripada pihak-pihak terbabit. Tambahan pula, mungkin pihak berkenaan juga menyaksikan siaran langsung tersebut. Cuma, cara Dato' Dr.Hassan Ali ialah beliau bercakap secara terbuka kepada media tanpa merujuk kepada Selcat terlebih dahulu. Tetapi tidak semestinya kenyataan itu mendapat restu daripada UMNO dan Barisan Nasional sendiri seperti yang dinyatakan oleh setengah pemimpin Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Teruskan usaha dan semangat perjuangan yang lebih besar selepas ini, iaitu bagi mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat dalam pilihanraya umum akan datang].


9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

sekarang pegawai awam sudah sedar selcat,adalah seperti cat ,kucing,menerkam ,menyakar mereka untuk paksa mereka meniakan kesalahan kerjaan terdahulu,dap pula yang menjadi jentera selcat,tentu orang melayu akan di kerjakan habisan2,,sikap kominis terserlah,kalau tak betul takkan pegawai itu bising,dalam hal ini hassan ali perlu disokong,demi maruah.pegawai awam

Anonymous said...

Saya mengikuti siaran siasatan SELCAT. Pada saya YB Saari, Azmin dan dua lagi ahli panel menjalankan tugas dengan baik dan nampak keikhlasan dalam menyoal pegawai pegawai awam, tetapi tidak YB Pengerusinya, nampak sangat dari herdikan, memek mukanya, cara menyoal mengandungi dendam kesumat dan tidak profesional, ianya sepertri penjual ikan bertekak sesama sendiri di pasar ikan. YB Pengerusi tidak beretika langsong.Beliau saolah olah mahu memaksa pegawai memberikan jawapan seperti yang dimahu, jika lain dia mula membebel. Saya rasa ini adalah malapetaka peradaban Malaysia.
Saya sokong pandangan YB Hassan Ali dan mencadangkan supaya SELCAT menukar Pengerusinya kepada YB Azmin atau Saari atau orang orang yang bertamadun.

Anonymous said...

itulah padahnya BILA BERKAWAN DENGAN DAP,PERANGAI ,SIFAT,PERIBADI MACAM GENGSTAR DAN CINA PASAR,SOKONG HASSAN ALI

Anonymous said...

semua pehak terutamanya raayat selangor perlu menyokong apa yang disuarakan oleh Yb Dato Hassan Ali mengenai perjalana Selcat.Nampaknya pengerusi nya lebih senduk dari kuah,yang lain tu nampak ok,pengerusi saolah-oleh penentu dalam segala andaian,jika PKR masih mahu sokongan orang melayu,[engerusi perlu ditukar atau minta beliau menukar sikap jika tidak insyaalah pkr akan bungkus.

Anonymous said...

Walau apapun saya tidak setuju dengan cara Dr Hassan Ali memberi pendapat secara terbuka, sedangkan dia sendiri tidak mahu selcat diadakan secara terbuka. Dr. Hassan seolah-olah tidak ada lapangan lain untuk keluar pendapat. Kenapa tidak dikomen dalam mesyuarat exco? secara berbincangan. Kenapa nak dilaungkan pendapat di publik. Tindakan HA seolah ia berapada diluar pentadbiran. Tindakan HA bukan pada selcat saja, banyak perkara lain juga tidak secara bersepakat. malassssss

ahli majlis said...

PAS Pusat patut ambil tindakan tegas kepada DHA..beliau jelas bukanlah team player yg baik bagi Pas dalam PR Selangor..dah banyak kali dia jadi 'one-up manship' seolah-oleh badan perhubungan negeri spt tong kosong tak boleh diajak berbincang...tindakan menyerah diri kdp media musuh seolah-olah ruang perbincangan sesama exco dan rakan2 dlm PR sudah tertutup buatnya...tapi hari ini mahu berjumpa dan berbincang dgn MB dan Presiden Pas pulak setelah mendedahkan kerajaan PR selangor kpd masalah ciptaannya sendiri...tahukan DHA bhw peruntukan2 yg dikeluarkan oleh pejabat daerah klang oleh DO yg dipertahankan DHA adalah punca pas kalah di banyak tempat majoriti melayu hasil drp duit yg diluluskan oleh DO kesayangan DHA ini..masalah besar sangatkah kalau kamu itu benar dan bersedia cakap yang benar2 belaka?

Amri Mat Saaid said...

hassan Ali tu sape ekkk, pembangkang di Selangor ke, dasar dan polisi kerajaan kena dipertahankan bersama bukan dikomen dalam persidangan media yang memang kaki putar belit. Pelik gak anak Ali ni

Anonymous said...

hasan lebih baik dari nik ajis,dia cakap benar,,sebab itu dia berani menegur ,bukan macam ni ajis berpollitik setiasa,sikit2 lah kan bn bila pr bercanggah ,nyanyok,sokong yb ibrahim ali,belahlah lebih kurang samy vellu jer

Anonymous said...

JIka utk jaga hati Cina2 DAP, kita kena tutup mulut, tak payah PR lah. Lain kali kita undi calon bebas saja atau BN. Lagi dulu lagi kita dah tahu DAP kalau memerintah macam Lee Kuan Yew di Singapura di mana orang Melayu hanya layak cuci jamban lapangan terbang. Belum berkuasa dah cakap banyak. Pas pun satu. Sanggup gadai perjauangan kerana nak ambil hati DAP. Sudahlah!! Boleh blah!!!!