PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, September 29, 2009

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Di Bagan Pinang, Sah Tan Sri Isa Samad Akhirnya Menjadi Calon Bukan Pilihan Yang Akan Saksikan BN Ditewaskan Lagi !!

Satu tamparan hebat buat Penasihat UMNO dan Kerajaan Malaysia, Mahathir Mohamad bila tiba-tiba nama Isa Samad dipilih juga sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Oktober ini. Apakah, Najib cuba untuk melawan sifunya itu dengan tidak mendengar arahan dan nasihat beliau?. Sungguh tidak disangka-sangka, telahan yang dibuat oleh ramai pihak bahawa Isa Samad adalah calon BN menjadi kenyataan. Bekas MB Negeri Sembilan, yang punyai rekod buruk itu kini benar-benar menghantui puak-puak UMNO. Apakah Najib sengaja cuba menjolok "sarang tebuan" dengan mencalonkan Isa?. Atau, mungkinkah Isa menggertak andainya namanya tidak naik sebagai calon BN pasti beliau akan membuat onar dan menyuruh penyokongnya melakukan protes besar-besaran bagi memastikan BN kalah di Bagan Pinang. Tambahan pula Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sendiri. Kemungkinan besar juga Najib terpaksa akur untuk menerima kembali Isa Samad, kerana gusar Isa akan dedahkan isu "Khalwat Najib Di Port Dickson" dengan artis terkenal suatu ketika dulu. Ramai yang tahu skandal itu sebenarnya. Isa Samad adalah orang yang telah menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Najib Razak. Semua ini bagai memberi makna besar menyebabkan Najib terpaksa akur dengan suara rakyat dan memilih Isa, biarpun beliau sendiri tahu pemimpin itu pernah dikenakan tindakan displin dan digantung selama tiga tahun atas kesalahan rasuah politik wang dalam pemilihan UMNO satu ketika dulu. Jika rakyat mahu didahulukan, Najib tidak sepatutnya mencalonkan Isa Samad yang sudah terpalit dengan isu rasuah itu. Namun, kini Isa yang diutamakan. Soalnya sekarang, apakah para penyokong Mat Hassan MB Negeri Sembilan akan berdiam diri?. Kembalinya Isa ke Dewan Undangan Negeri Sembilan pasti bakal menggugat ketokohan Mat Hassan. Malah Isa dilihat lebih popular daripada Mat Hassan sebenarnya. Inilah yang bakal menjadi kemelut kem UMNO BN dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Apakah undi protes daripada puak-puak Mat Hassan bakal menyebabkan BN terbenam. Umum mengetahui bahawa harapan besar BN untuk menang di Bagan Pinang hanya bergantung harap kepada undi pos tentera dan ditambah dengan pengundi hantu yang sudah pasti akan "melancong" ke sana awal pagi 11 Oktober nanti. Jika di tempat lain, alasan bas pelancong dikatakan tidak masuk akal kerana kawasan terbabit bukanlah lokasi pelancongan. Namun, ia sudah pasti berbeza dengan Bagan Pinang, kerana kawasan itu menempatkan pusat pelancongan terkenal di Negeri Sembilan iaitu Pantai Teluk Kemang dan Port Dickson. Maka itu, harapan untuk jentera Pakatan Rakyat menahan bas-bas yang membawa pelancong sudah pasti tidak semudah yang disangka kali ini. Oleh itu sesuatu perlu diambil, disamping sibuk memperkatakan soal undi pos yang amat diragui ketelusannya itu. Apa yang penting sekarang, pencalonan Isa Samad bakal menjadi liabiti buat BN. Tambahan pula ia jelas melanggar prinsip parti itu sendiri yang beriya-iya benar ingin menghapuskan politik wang. Karier politik Isa dilihat kembali menyinar, kiranya beliau menang dalam pilihanraya itu nanti. Semua ini adalah satu platform yang jelas untuk melihat kejatuhan UMNO dan BN di Negeri Sembilan secara keseluruhannya selepas ini. Najib sengaja mencari padah dengan meletakkan Isa Samad sebagai calon. Namun, apakah para penggundi awam di Bagan Pinang bijak kali ini dan menghumbankan Isa Samad? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya selepas ini.

[Sebagai permerhati dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kami melihat bahawa pencalonan Isa Samad adalah satu peluang besar untuk menyaksikan kerusi terbabit jatuh kepada Pakatan Rakyat. Hanya pengundi sahaja yang bakal menjadi penentu kejayaan ini. Biarpun undi pos dilihat bakal menjadi penghalang, namun harapan kita agar undi awam akan menjadi faktor penting untuk menjatuhkan BN di Bagan Pinang. Oleh itu, teruskan usaha dan perjuangan untuk memastikan kemenangan calon PAS bagi menghilangkan keegoan pemimpin UMNO dan BN yang sudah mula menghantar isyarat pembangunan dan projek mee segera di kawasan itu sejak beberapa hari yang lalu. Inilah dia budaya BN, apa yang penting Isa Samad bukanlah calon pilihan MB Negeri Sembilan sebenarnya !!].

19 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

daaksaytunk said...

Isu Sodomi Kes Anwar pulak macamna wahai PAS? Main pungkuk..Bila nak angkat sumpah? Pakatan dengan kaki pungkuk.. kata Parti Islam? jawab sikit.

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

zakwan said...

Oh good,UMNO field a politician once convicted 4 corruption as candidate
Yeah,like we didn't see that coming

I bet the top UMNO guns were thinking:
"If Permatang Pauh accepted Anwar, a convicted sex offender(politically motivated accusations,mind you) as their representative,y can't Bagan Pinang,our stronghold accept Isa who was merely guilty of "money politics?" "
That some perverted logic there

Oh well,UMNO is dead confident on retaining seat wit the help postal votes
So,PAS/PR need 2 double their efforts in securing enough votes 2 reduce the effects of the 5000+ postal votes
InsyaAllah,another Kuala Terengganu in the making

CUPING MERAH said...

UMNO-BN ISA ADALAH DARAH DAGING

Anonymous said...

PDO ni cuba nak melaga-lagakan ahli UMNO. Melagakan Najib dgn Dr Mahathir, melagakan Isa Samad dgn Mohamad Hasan dan melaga-lagakan semua penyokong dan ahli UMNO dgn perlantikan Isa Samad sbg calon BN di PRK Bagan Pinang..motifnya supaya mereka ni membenci sama sendiri, kemudian boikot kempen, boikot undi, sabotaj undi...last sekali calon PAS menang! Inilah peranan PDO sebenarnya!

Semua dah tahu dah tipu muslihat PDO a.k.a pencacai PKR utk si al juburi kesayangannya..

Nak tanya sikit, mana perginya si al juburi? dengar cerita dia kat Amerika sekarang..buat apa ya??

WAK GOBLOK said...

MENGAPALAH MANUSIA INI BODOH SANGAT. TAK TAHU YANG BENAR DAN YANG SALAH. KEBODOHAN SEBENARNYA DATANG DARI HATI KITA YANG BUSUK DAN OTAK KITA YANG BEKU DENGAN HARTA BENDA YANG DIJANJIKAN. BIASANYA PEMBELAAN ITU DATANG DARI MEREKA YANG SAMA TARAF PEMIKIRAN DAN CARA HIDUP MALAH AKAN BERSEKONGKOL DENGANNYA.

YOU WHACKED I WHACKED said...

U KNOW ZAKWAN ,ANUAR CAN COMMIT ANY CRIME IN THE WORLD AND YET HE WILL BE HAIL AS THE HERO OF FUCKKATANG RAKYAT AND STILL AS CLEAN AS A NEW PIN TO THE PERMATANG PAUH INDIOTS,.SO ISA SAMAD IS ANOTHERS VERSION OF ANUAR TO THE RAKYAT OF BAGAN PINANG,ONLY THAT ISA DID NOT WENT TO SUNGAI BULOH,ONLY BEING FOUND GUILTY BY ITS OWN PARTY,NOT BROUGHT TO COURT,TWO DIFFERENT STORY,SO I HAIL U ISA,WHACKED THE FUCKATANG RAKYAT WITH A BIGGER MAJORITY

Anonymous said...

Che Det kata hanya orang yang kena lewat sahaja yang percaya sianu itu peliwat, kalau tidak kena liwat tapi mengatakan sianu tu peliwat maka itu adalah fitnah jahat dan akan menerima seksaan di akhirat nanti.
Penasihat UMNO: Hoi Najib, kenapa pilih Isa yang terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa?
Najib: Dah tu, mana nak cari pemimpin UMNO yang bersih? Aku pun lebih dahsyat dari Isa, begitu juga kamu. Timbalan aku pun.

lu pikirlah sendiri said...

mana yang lebih dashat anuar ibrahim yang masuk penjara dan jadi yb dengan isa yang salah mengikut akta parti dan tak masuk penjara .,di calon untuk bertandin

anti umno said...

anwar kena penjara sbb fitnah si isa ni mmg di sabitkan kesalahan ..lu pikirla sendiri jgn tanya org..

Anonymous said...

UMNO kilang fitnah, jadi ahli ahli nya memang percaya bahawa membuat fitnah itu mendapat pahala, itu yang mereka berlumba lumba buat fitnah.

Anonymous said...

Pemilihan Isa membuktikan Najib adalah orang yang amat mengenang budi orang. Isa banyak jasa kepada Najib, tanpa Isa, tak mungkin Najib jadi PM.

Anonymous said...

Pilihanraya kecil Bagan Pinang guna isu Anuar Ibrahim terlibat jenayah liwat II...? Bijak atau bangang si daaksaytunk...?

Memang perlu dinilai dan buktikan siapa lebih bersalah antara Anuar Ibrahim bekas banduan dari penjara Sg. Buluh dengan Isa Samad bekas banduan dari parti UMNO....?

Orang yang cuba menjahanamkan kerjaya politik Anuar Ibrahim sehingga timbul isu liwat yang tidak ada bukti liwat adalah mamak Mahathir..

Dan orang yang menjahanamkan kerjaya politik Isa Samad dengan membuktikan bahawa ejen Isa telah merasuah perwakilan agar memberi undi kepada Isa bagi menangi jawatan tertinggi parti UMNO adalah orang-orang mamak Mahathir.

Anuar Ibrahim diterima menjadi wakil rakyat di Permatan Pauh kerana rakyat tahu bahawa beliau memang tidak bersalah. Orang yang bersalah adalah mamak Mahathir kerana menggunakan harta rakyat Malaysia untuk memulihkan perniagaan anak beranaknya daripada lingkup.

Bolehke rakyat dan pengundi Bagan Pinang menerima Isa Samad sebagai wakil rakyat lagi setelah beliau memang terbukti bersalah oleh jawatankuasa disiplin UMNO...?

Rasuah dan dadah adalah dua benda hampir serupa keperluannya yang amat susah dibenteras dan dirawat. Cuba tanya pada penagih dadah, penagih tegar yang dirawat bolehkah pulih 100%...? Begitu lah juga dengan rasuah.

Mengapa mamak Mahathir bersungguh-sungguh menghalang Isa Samad jadi calon di Bagan Pinang sedangkan pemimpin UMNO keseluruhannya memang terlibat dengan rasuah...?
Persoalan ini kita serahkan pada ahli UMNO untuk menjawabnya.

Sebenarnya semua pemimpin UMNO dalam kerajaan Najib tidak mahu mencalonkan Isa Samad ini sebagai wakil rakyat Bagan Pinang, tapi apabila dilihat sudah ada tanda pemberontakan dari Isa Samad sendiri melalui orang-orang nya maka mereka tiada pilihan lain kecuali terima Isa ini dalam keadaan sakit hati.

Benarkah pemimpin UMNO menyokong Isa Samad...? Jawapannya adalah tidak !Apa yang kita lihat dalam berita tv itu hanyalah lakonan saja.

Pemimpin UMNO memang tahu bahawa parti Pakatan Rakyat bertambah kuat kerana diterima rakyat. Oleh kerana itu mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang diBagan Pinang ini.

Disamping itu mereka juga memberi isyarat pada mamak Mahathir bahawa UMNO-BN akan kalah dan kerjaya politk Isa Samad akan dikuburkan buat selama-lamanya di Bagan Pinang. Isyaallah.

Anonymous said...

ITU KATA HAMPA ,SEBAB SUKA PELIWAT,APA KATA SUVEY,MASUK LAH MEKAMAH ,BUKTI YANG DSAI TAK BERSALAH,TAKUT KERANA SALAH ,BERANI KERANA BENAR,TU AJER,FITNAH PEEEEEEEEEEDAH ,KALAU NIK AZIZ KE ATAU HADI TUDUH BEGITU ITU AKU PERCAYA FITNAH,KALAU ANUAR ADA ASAS KITA SAMA TUNGGU KEPUTUSAN ILLAHI,ALLAH SWT TAKKAN AIB ORANG BENAR,ADAKAH ANUAR ORANG YANG BENAR WAALLAHUALAM

Anonymous said...

CANTIKLAH RAMBUT AFRO ISA SAMAD MACAM ALLEYCAT.... KAH! KAH!

Anonymous said...

tu bulu pdo

Anonymous said...

DSAI belum pernah dibuktikan bersalah di mahkamah. apa cerite lu!

cakap benar said...

,DAH MASUK PENJARA KIRA SALAH LAH TU ,DIA MASUK BUKAN KES LIWAT ,KES SALAH GUNA KUASA,KES LIWAT GUGUR ,KERANA TAK CUKUP BUKTI ,TAPI HAKIM KATA PERLAKUAN LIWAT TU ADA

jahil said...

Bodoh la lu, tak cukup bukti memang tak ada bukti? kalau setakat junjung tilam nak jadi bukti apa ke jadah. kes salahguna kuasa pun pasal kes lewat tak ada bukti jadi cet kata nuar mesti kena jail. depa reka lain punya kes. kes kencing UMNO apa lagi. hakim tu pun bangang dah kena ikat dengan tali dan pak turut ajeee.

Anonymous said...

CANTIKLAH RAMBUT AFRO ISA SAMAD MACAM ALLEYCAT.... KAH! KAH!

aku suka! nampak macho