Isu Selcat nampaknya semakin dihangatkan lagi pabila terdapat desas desus mengatakan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali bakal dikenakan tindakan displin oleh parti itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin kanan PAS, jelas menyebut dan mengatakan tindakan Hassan Ali itu "salah" dan tidak wajar dibuat atas nama menjaga keharmonian Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi "amaran" secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini. Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya "mempertikaikan" isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu. Biarpun ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang kecewa dengan tindakan Hassan Ali itu, namun beliau terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi. Nampaknya tindakan beliau itu, tidaklah terlalu bercanggah dengan pandangan lain-lain pemimpin tertinggi PAS itu sendiri.
Soalnya, wajarkan Dato' Dr.Hassan Ali diambil tindakan oleh PAS dalam hal ini. Kesalahan beliau ialah mengeluarkan pendapat selepas ditanya oleh wartawan ketika Majlis Rumah Terbuka MB Selangor. Jika beliau tidak menjawab soalan itu, sudah pasti isu ini tidak panas seperti sekarang ini. Makanya, sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau kita juga harus melihat dan mengkaji kesan-kesan dan impaknya terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Hassan Ali adalah satu nama yang cukup dihormati oleh segenap lapisan rakyat sebenarnya. Oleh itu, jika beliau dikenakan tindakan maka ia akan lebih membuka ruang yang luas kepada perpecahan sebenarnya. Maka, eloklah kes ini ditangani secara berhemah seperti krisis yang berlaku antara Presiden PAS, Hj.Hadi Awang dengan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa satu ketika dulu. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Nescaya semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Pandangan dan pendapat memang ada kalanya akan menyinggung perasaan orang lain. Namun, tidak wajar pimpinan PAS sendiri menuduh Hassan cuba bermain tarik tali dan bersekongkol untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor. Tuduhan tidak berasas dengan mengatakan beliau kononnya akan bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambilalih tampuk kepimpinan kerajaan negeri adalah satu provokasi jahat yang bakal mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya.
[Mentaliti pemimpin Pakatan Rakyat perlu diubah, tidak semestinya mempertikaikan sesuatu keputusan itu bermakna ingin menyertai UMNO. Bukan semua tindakan yang dilakukan itu dapat diterima oleh sekalian rakyat. Tambahan pula Selcat diadakan secara terbuka dan disiarkan secara langsung menerusi saluran media alternatif. Langkah terbaik ialah meneruskan kaedah siasatan seperti biasa secara terbuka, tetapi Selcat tidak membenarkan mana-mana pihak menyiarkan siaran langsung prose siasatan menerusi media online di internet. Inilah puncanya yang menyebabkan ia memalukan pegawai yang berkenaan. Maka adalah wajar, siasatan terbuka yang dijalankan tidak disiarkan secara langsung selepas ini. Nescaya kes ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
kedudukan kakitangan kerajaan di negara kita boleh diibaratkan seperti telor dihujung tanduk serta laksana pepatah Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapak. Untuk terus berpegang teguh pada prinsip hidup dan istiqomah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta berkesan memerlukan mahar serta pengorbanan yang amat tinggi.
Secara teori, kakaitangan kerajaan tertakluk kepada semua arahan dalam Perintah Am Bab D, arahan Perbendaharaan serta arahan ketua jabatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Namun, realitinya Ketua Jabatan serta kakitangan kerajaan lebih banyak akur kepada arahan "Parti Pemerintah" atau "government of the day".
Kita maklum, kerajaan Barisan Nasional telah memerintah Kerajaan Pusat selama 52 tahun. Barisan Nasional telah menguasai dan memanipulasi kesemua agensi kerajaan bagi tujuan politik, khususnya puak UMNO untuk terus berkuasa pada waktu yang sama menimbun kekeyaan peribadi serta kroni mereka.
Di sinilah para pegawai serta kakitangan kerajaan tersepit. Kebanyakan mereka terpaksa mengikut rentak irama serta tarian ahli politik UMNO atas alasan "demi menjaga periuk nasi". Perintah Am Bab D atau apa jua peraturan Jabatan terpaksa diketepikan demi "survival keluarga" yakni untuk mengelak dari dipindah ke pedalaman, mencegah laporan prestasi kurang baik sekaligus agar tangga gaji naik melintang, supaya mendapat laporan cemerlang bagi tujuan penganugerahan pangkat Istana dan seribu satu macam alasan peribadi yang lain.
Terdapat juga kakitangan kerajaan yang telah mengikut gaya ahli politik UMNO seperti menerima rasuah secara tersembunyi ( "in kind") dan tidak langsung ( bukan "in cash") seperti untuk mendapat kelulusan seorang pegawai kerajaan, pelanggan (rakyat) terpaksa menampung kos menukar tayar kereta atau memasang aksesori kereta pegawai yang berkenaan.
Dalam isu SELCAT Selangor, yang terpaksa menjawab dan berdepan dengan ahli SELCAT ialah para pegawai kerajaan seperti Pegawai Daerah (DO) , Pen Pegawai Daerah (ADO), Ketua Penolong Pegawai Daerah (KADO) dan kakitangan sokongan. Pihak yang mengarah serta mendesak penyalahgunaan serta penyelewengan peruntukan DUN ialah ADUN Barisan Nasional. Agen yang membuat kerja mempercepatkan proses pengeluaran peruntukan ialah para pegawai Kerajaan.
Demi keadilan seharusnya semua pihak yang terlibat harus dihadapkan ke Pendengaran SELCAT. Inilah yang diutarakan oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam.

Tuan PDO... tuan tidak kenal siapa Hassan Ali ni..
Kalau tak ingat sy ingatkan kembali.. Ini orangnya yang ditengah malam gelap pergi berjumpa Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO.
Tidakkah tindakan itu telah membelakangkan hasrat rakyat selangor untuk melihat kerajaan PR ditegakkan.
Kalau orang ini masih lg jd Pesuruhjaya Selangor sy tidak akan memberi undi lagi kepada PAS.
Dah banyak kes dah dia ni.. Nak tunjuk dialah hero sebenar.. dialah yang hebat.. dia sajalah yang paling layak untuk menjadi MB Selngor.. Hishh... disimpangkan malaikat 44.
Salam ..tuduhan anak PR adalah fitnah. Ia bukan pertemuan gelap! ia turut di hadiri Khalid Samad yang menjadi dalang sekarang ini!
Hassan Ali membawa suara PAS. DalamPakatan Rakyat suara PAS mesti di bawa ..jangan hanya jadi pak turut atas alasan tolek ansur...kerana jaga hati kawan pakatan Rakyat
Sokong TGHH
Bila pulak Hassan Ali dihormati ramai..kalau dari awal cuba dalam gelap2 jumpa Khir Toyo nak tubuh kerajaan perpaduan..susuk tubuh pemimpin cam ni kita nak hormat/...tak nama khianat amanah rakyat ka tu???nasib baik ada juga pemimpin lain PAS TAK SETUJU..kalu tak..Hassan Ali dah jadi MB..dan SELCAT..haram tak kan wujud pun..dan rakyat tak tau pun BN salah guna kuasa..Khir Toyol pi melancung ke Disneyland!!!Waktu dia jadi MP Parit Buntar dulu pun..macam orang hormat dia sangat!!kalu tak tak kalah la waktu PRU 2004!!!nak hormat pemimpin pun berpada2laa...kami bukan pak angguk cam ahli UMNO..pemimpin lari dari kehendak rakyat..duk diam!!kami hentam balik!!!
suadah 3 kali hassan ali bersuara lantang,terhadap dap ,tentu ada sesuatu yang tak kena ,kerana beliau, terut mentakbir negeri selangor,dan tahu apa yang sedang berlagu ,dia tidak macam rakan pas yang lain yang penting jawatan dulu,karana ingin berkuasa,orang melayu tak kira apa parti perlu sokong hassan ali demi keadialan umat islamm di selangor ,hidup hassan ali
anak pr selangor dah makan taik palat dap sunggup tak undi pas
isu siaran langsung bukan isu pokok.lain kali jika ada perkaar berbangkit patut disalurkan melalui mesyuarat exco atau berjumpa sendiri dengan selcat.bukannya bercakap melalui media totok umno.
siaran langsung ketika sesi soaljawab selcat diadakan wajar diteruskan kerana nampak ketelusannya.
bagaimana hukum hudud dijalankan.tertutup atau terbuka?
berani kerana benar takut kerana salah.biarlah menjadi pengajaran kepada semua kakitangan awam agar menjalankan tugas dengan penuh integriti dan amanah
rakan-ra tok di sektor awam ada memberitahu..tiada sebarang pekeliling yang menyuruh kakitangan awam taat setia kepada menteri atau pemimpin umno jika mereka menyuruh melakukan perkara yang dilarang undang-undang.jika kantoi mereka yang ditangkap pasal yang tandatangan adalah mereka.arahan mulut tak laku di mahkamah.ingat dulu skandal PPRT yang melibatkan Anwar musa dan KSUnya.terbaru Selcat dengan DO.mana lebih takut ditukarkan ke pedalaman atau ditahan dalam penjara.
ingatlah zaman bodek membodek ni dah lama berakhir.rakyat lebih bijak menilai.
Untuk pengetahuan rakan-rakan....
Isu Selcat dan komen Datok Dr. Hassan Ali terhadap jawatankuasa itu adalah isu yang diremahkan sama seperti isu hukuman sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarno.
Sebenarnya Datok Dr. Hassan boleh keluarkan apa saja kenyataan yang dia suka sama ada mengutuk atau memuji jawatankuasa Selcat.
Tapi anda semua perlu ingat bahawa kita pernah melihat rampasan kuasa oleh UMNO-BN terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat diPerak. Ini adalah berpunca dari sikap sambil lewa menjaga kelakuan ADUN yang bermasaalah.
Sebagai rakyat yang telah memberi undi kepada Pakatan Rakyat, kita amat peka terhadap kata-kata Mohd. Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor akan merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat dengan apa cara sekali pun.
Wakil rakyat yang selalu dilihat menimbulkan masaalah adalah Datok Dr. Hassan Ali. Kita tidak tuduh dia sebagai baruah UMNO kerana mengeluarkan berbagai kenyataan yang menimbulkan kontrovesi dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Tapi kita perlu berwaspada terhadap pekara mustahil menjadi kebenaran. Kita tidak pernah menyiasat latar belakang Datok Dr. Hassan Ali. Dan kita tidak tahu masaalah apa yang Datok sedang hadapi.
Pada kebiasaannya, seseorang itu boleh bertukar sikap jadi pak turut disebabkan orang itu dilanda ketakutan. Seseorang itu boleh bertukar pendirian apabila dia disogokan dengan wang yang banyak. Dan ada seseorang itu tiba-tiba bertukar skap dari pendiam jadi gila bercakap mungkin ingin menguji popular diri setakat mana...
Kita tidak peduli Datok Dr. Hassan mengkritik Selcat sama ada bertujuan membina atau mahu meruntuhkan jawatankuasa khas itu. Tapi kita perlu menilai siapa yang akan dapat keuntungan hasil dari tindakan Datok Dr. Hassan itu.
Jika tindakan Datok Dr. Hassan itu memang terbukti sebagai pemimpin yang belot seperti membuka pintu kota untuk musuh masuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat, maka beliau mesti dipersalahkan dan dihukum. Perlu diingat, seseorang yang dipandang alim belum tentu beriman !
ini semua adalah racun yang disuntik oleh parti munafik BN dan UMNO untuk mematikan pakatan rakyat @ PAS,PKR,DAP...kita kena berhati-hatilah dan tak perlu kecoh sangat...gelak besar diorang bila tengok kita panik macam ni...
Hav u 4gotten that civil servants r the one of the reason the Perak government fell in the 1st place?
The way I see it,the live telecast must continue
Let the people who r the taxpayers know what happened 2 the their money the work hard 2 earn
Let them see whether those pro BN civil servants can give convincing response 2 SELCAT
Let's find out what happened 2 those RM 250000 allocated 2 every constituency in Selangor
Hassan Ali must be disciplined 4 making a public statement w/o referring 2 SELCAT,what more a statement filled wit baseless accusation
No use trying 2 please party members when u will draw the ire of voters
THIS WHAT HAPPENS WHEN DOING SOMETHINGS TO SHOW OFF,WELL I AM CLEAN NO ONEELSE EXCEPT WE THE PAKATANG RAKYAT,WHY LIVE TELECAST ,LETS DO IT BECAUSE OF GOD,THOSE WHO DONE WRONG GOT TO BE PUNISHED,LET IT BE PR OR BN,BUT DONT RUNS DOWN PEOPLE IMAGE,BUT ,WHAT A SURPRISE,HASSAN ALI PR OWNS COMANRADES THAT BLOW THE TOP,SO WHATS HAPPENING BUDDY
Post a Comment