KUALA LUMPUR, 24 Okt [9.15 am] - Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto), dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat. Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas. “Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak. “Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar. Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara. “Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi. “Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya. Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, semalam. Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.
"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini. "Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia," katanya. Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka. "Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas," katanya.

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Salam...
Kebanyakan kritikan terhadap budget semalam masih kritikan dalam bentuk bajet yang sama, iaitu bajet kerajaan kapitalisme. Tidak ramai yang membahaskan belanjawan Islam itu sumbernya bagaimana, walhal ia dijelaskan dalam Al Quran dan sunnah. Berikut sedikit ulasan saya.
1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.
2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:
“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)
Sabda Rasullulah saw:
“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:
“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka dating untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak meberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.
3) Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)
“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)
4) Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:
“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak:
6) Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, fa’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.
7) Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet. Pakej-pkej raangsangan untuk memastikan sector perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.
JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?
Penjelasan lanjut di blog saya
Wazura ni pandai cakap je. Dari sudut teori memanglah seharusnya begitu. masaalahnya bolehkah dipastikan semuanya mengikut syaria't islam jika penduduk disini bukan 100% islam. bolehkah hukum islam dilaksanakan pd bukan islam? jika dilaksanakan hukum islam pada orang islam dimana sistem ekonomi pun berlandaskan islam, cukup ke hasil cukai yg dikutip dari sumber yg dibolehkan oleh islam? bukan maksud saya utk menghalalkan hasil cukai dari sumber yg haram, tetapi saudara mestilah beri jalan penyelesaian atau alternatif atau options yg konstruktif dan bleh diguna pakai oleh kerajaan sekarang.
Memang senang utk. mencari kesalahan dan kelemahan dan ini bukan merupakan kesalahan. Tapi biarlah kritikan itu disekalikan dgn cadangan bernas supaya ia akan akan dipandang lebih intelektual dan praktikal..
Tahniah Wazura, takziah anon 5:01
Seperti yang kita semua maklum riba hasil negara berasaskan cukai dan dalam bahasa mudah menghisap darah rakyat sama juga sepert dilakukan penjajah dahulu, kita tahu ia haram, tp itu saja yang mampu difikirkan oleh pemimpin negara untuk kantung negara.
Anon 5:01 tanya bolehkah nk laksanakan pemerintahan islam dlm negara yg ada melayu cina india?.. Ayat ini seolah melondehkn pemikiran anon ini ke tahap paling rendah dan tidak mampu menerima sistem islam sistem yang paling ideal paling sempurna sistem yang di beri oleh ALLAH untuk semua hambanya, tiba-tiba anon tadi pening kepala blhkah sistem islam merawat segala kepincangan dimuka bumi ini. Nah suka saya nk buka minda anon tersebut jika Pencipta Alam juga bangsa yg menghuni dunia ini dan dibekalkn lg dgn sistem pemerintahan merangkumi kesempurnaan seluruh kehidupan tiba-tiba manusia sangsi dan was-was untuk menggunakannya malah sanggup guna sistem kapitalisme yg berasaskn 100% riba dan penipuan terang-terangan.
Kemana perginya akal yg bijak tuan anon. Nak fikirkn hal 3 bangsa pun pening kepala. Jika semua hamba tuhan ini mengamalkan sistem islam jujur bersih amanah nescaya negara akan aman makmur sentosa. tambahan lagi tiada pembaziran kebocoran ketirisan wang negara berbilion2.
Alangkah warasnya jika wang tersebut digunakan utk kemakmuran rakyat dan negara secara berhemah dan terus ke kumpulan sasar. Saya rasa rakyat tidak perlu lagi meminta sedekah dlm negara sendiri gara-gara pemimpin yang tamak haloba sanggup berbuat apa saja dgn harapan kuasa terbela hajat tercapai. Gula-gula kerajaan untuk rakyat telah muak kita dengar sejak merdeka hingga kini, rakyat tetap dalam situasi cemas dan hidup dalam serba kekurangan. Mudah kata kais pagi mkn pagi.
Cuma segelintir yg bijak dan pintar membelit akan terkena tempias kemewahan. Kesempitan tetap akan dirasai oleh peratusan ramai rakyat.
Terlalu banyak ingin saya uraikan disini tk cukup waktu... sampai jumpa lagi Salam buat semua rakyat malaysia semoga nanti akan ada sinar buat anda semua dibawah pemerintahan 100% yang telah di utuskn tuhan buat hambanya cukup serba serbi, orang tk blh nk bangkang lg.
Barang siapa yg menolak mengingkarinya maka terimalah bala dan kesusahan yg datang bertimpa hari hari hari.Seperti mana yg kita hadapi terkini kita telahpun kembali ke zaman jahiliah zaman tanpa agama zaman penuh dosa dan noda. Nama saja kita Negara Islam Hadhari namun didlm hati setiap penganut islam betapa kosong dan alpa.
Mengapa kita suka memikirkan bolehkah nk laksana ISLAM dalam negara bkn 100% penganut ISLAM. Betapa bodoh dan dangkalnya otak kita. Rasul kita bermula dgn seorang berakhir dgn kejayaan mengajak semua manusia mengenali tuhan sebenar menyembah tuhan sebenar dan melaksanakan pemerintahan negara islam didalamnya terdapat berbagai bangsa dan agama tidak timbul masalah dan halangan malah makin ramai yg faham dan mula mendekati islam.
Hinggalah ke hari ini kita sendiri cuba menjauhkan islam bukan kepada cina dan india malah bangsa kita sendiri yg mengaku islam. takut sangat bila si cina membaca ayat alquran dikatakan menghina islam. kita sendiri melayu mengaku islam bukan kata nk baca quran sentuh quran setahun sekali blm tentu. Nah inilah yg saya cuba nk selak minda ANON 5:01 konon islam tp terpinga-pinga memikirkan blh ke kita nk laksana pemerintahan islam bersama cina india.
Kesimpulan Petikan kata budak darjah 5 jika kita baik nescaya ramai akan berkawan dgn kita dan merapati kita, dan jika kita jahat dan nakal tk ramai akan dekati kita malah menjauhkn diri dari kita.
SUBHANALLAH ALLAH MAHA BESAR MAHA BERKUASA..SISTEM KAPITALISME CUMA SISTEM CIPTAAN MANUSIA. MANA YG LBH SEMPURNA SISTEM ALLAH BUAT ATAU MANUSIA BUAT.
Anon 5.38 tak sedar diri selama ni pun dia dok dapat faedah dari sumber tah mana-mana. Apa yg ada semuanya dari pemberian Allah dan kita menerimanya dengan redha..kalau boleh saya hendak gunakan unta sbg kenderaan, saya nak berkayuh atau terbang sendiri jika nak keseberang laut. Saya buat rumah sendiri, saya tanam padi sendiri, saya buat mee sendiri, saya naik tangga tak nak pakai lif, saya pakai kain baju buat sendiri atau lain-lainnya..takut nanti ada benda-benda yg tak islamik dan tak halal dlm semua kemudahan yg ada..
Takut takut..
ANON 7:12 NI TUNGGUL KAYU KE ORANG!!!
GAYA BERKATA-KATA DAN SIFAT MCM TUNGGUL KAYU MATI YG LAYAK DAN SESUAI DIBUAT KAYU API MEMBAKAR.
TK PERLU CKP PJG LEBAR SBB KAYU TKKN MENGERTI APATAH LG MEMAHAMI APA ITU AGAMA ISLAM. JIWA DAN JASADNYA DIBESARKAN DLM KESOMBONGAN KEBOBROKAN HADHARI HANYA MENGENAL DUNIA TIDAK KENAL APA ERTI ALAM BARZAKH APATAH LG AKHIRAT JUGA API NERAKA.
BELIAU BLH MENGHERDIK MENGHINA TTG UNTA DAN KIBAS NAMUN BELIAU LUPA NYAWA DAN UDARA YG DISEDUT TIAP SAAT ITU PEMBERIAN ALLAH TUAN BELIAU YG MAHA BERKUASA DARI KUASA PEMIMPIN DUNIA BELIAU.
SUBHANALLAH SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI SAUDARAKU ANON YG KIAN MENJADI TUNGGUL KAYU MATI LAMA
Tak habih2 gaduh... semua IZLAM punya pasal.. Sampai bila pun tak maju kerana IZLAM itu tetap akan dangkal dan tempang sampai bila2. Tak percaya? tengok sekeliling anda dan cuba renung sejenak
hai..sebut pasal unta pun dah dikira menghina?? bodoh bodoh anon 9.03pm tu..dia saja yg betul. dia saja yg islam. dia saja yg mulia, suci murni dan harum semerbak...
komen anon 10.09 pm tu amacam...ANON 9.03pm adalah contoh dan lambang tentang kemunduran ORANG ISLAM...berlambak orang mcm dia dlm negara ini..
bajet tipa2 tahun tp rakyat susah jugak dengan kos hidup yg makin tinggi..
moga2 tuhan bukakan pintu hati rakyat msia untuk menukar kerajaan yg menyusahkan rakyat selama ini..amin

agaknya anon kat atas tu berkehendakkan bajet yg dia boleh hidup senang lenang tanpa usaha dan tak payah bekerja.
Agaknya bajet tiap2 tahun mesti bagi dia duit cash RM10,000 sebulan, bagi kereta free, bagi rumah free, minyak road tax tak payah bayar, h/phone free, bil aapi bil air tak payah bayar, dan macam2 lagi..Lepas tu baru nak kata kerajaan bagus, kerajaan tak zalim, dan lain-lain pujian melangit...
Semuga Tuhan buka hati rakyat Malaysia utk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat. Kita tengok nanti bila PR memerintah harap2 26 juta rakyat negara ini akan dapt faedah-faedah spt yg dinyatakan diatas pada setiap kali bajet dibentangkan..
bajet 2010 satu bajet defisit.maknanya samalah macam bajet pahang yang dah melebihi 7 tahun defisit.ada yang kata 9 tahun.cuba PDO semak berapa tahun dah negeri pahang alami defisit ekonomi.dulu laporan audit negara menyebut pahang antara negeri yang terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangannya.nak bayar gaji kakitanganpun tak mampu,macamana nak sediakan prasarana dan kemudahan asas untuk negeri pahang.
rakyat pahang kena sedar dan insaf.takkan nak beri kat pembangkang perintah pahang bila hutang dah menimbun.macam yang dialami oleh kedah dan kelantan.bila pas memerintah kelantan,hutang negeri cik siti wan kembang melebihi RM900 juta.ada sumber memetik kelantan satu-satu negeri yang dikenakan faedah oleh kerajaan pusat.biasalah negeri pambangkang.maka layanan yang diberikanpun macam anak tiri.berkat kepimpinan TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan,hutang itu berjaya dilangsaikan.
Kedah lagi haru.hutang lebih 1 bilion selepas PAS berpeluang memerintah.jika semua rakyat kedah setuju bayar hutang lapuk yang ditinggalkan oleh kerajaan UMNO-BN,setiap sorang kena keluar duit poket RM11 ribu sorang.dengan duit sebanyak itu dah hampir boleh menunaikan haji ke mekah.
yang sudah..sudahlah.tiba masanya rakyat sedar dan mula menyingkirkan kepercayaan UMNO kebal dan mampu memerintah selama-lamanya.untuk kebaikan anak cucu kita,bersedialah untuk berubah.
tak reti bersyukur rupanya rakyat malaysia ni... nak senang lenang aje yg tau... kalau letak hampa jadi pemimpin aku tak tau la lagi kat mana letaknya Malaysia ni di mata dunia.... tak payah dok kritik menggila la...
Post a Comment