KUANTAN, 22 Okt [3.45 pm] - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa membuat operasi yang lebih telus terhadap mana-mana pihak yang dipercayai melanggar undang-undang berhubung dengan kelulusan premis perniagaan Cyber Cafe di sekitar bandar ini. Terdapat maklumat awam daripada ramai pihak yang kecewa dengan sikap pengawai Peguatkuasa MPK yang dipercayai mengambil sikap acuh tidak acuh dengan kewujudan berpuluh Cafe Cyber yang menjalankan aktiviti judi "lumba kuda" secara haram sejak akhir-akhir ini. Difahamkan, lesen perniagaan terbabit te;ah diluluskan oleh pihak MPK sendiri dan kewujudannya kini dipercayai melebih 20 buah semuanya. Sama ada ia disedari atau tidak, perkara ini sudah menjadi buah mulut warga Kuantan. Malah, ada diantara mereka yang sudah tidak tertahan lagi dengan kerenah birokrasi pihak MPK sekarang ini. Apa tidaknya, Cyber Cafe biasa yang dikendalikan oleh orang Melayu (Bumpitera) acap kali diserbu dengan berbagai alasan. Kononnya menjalankan operasi lebih masa, menggunakan perisian tiruan, menyediakan PC Game yang menyalahi akta dan sebagainya. Sebaliknya, bagi Cyber Cafe Haram yang menyajikan permainan "judi lumba kuda" mereka tidak pula mengenakan tindakan yang tegas. Difahamkan juga ramai pegawai penguatkuasa MPK yang sekadar datang dan menjenguk premis terbabit, kemudian keluar ikut "pintu belakang" selepas mendapat habuan tertentu. Perkara ini disedari oleh ramai pihak dan ia berlarutan sehingga ke hari ini. Tambah menyedihkan lagi, kewujudan Cafe Cyber berkenaan juga tanpa papan iklan yang ditetapkan seperti biasa dan tanpa berbagai kemudahan lain. Namun, ia dipandang sebelah mata oleh pegawai penguatkuasa MPK kerana mulut mereka telah ditutup rapat-rapat oleh pihak berkenaan. Adalah dipercayai operasi Cafe Cyber berkenaan juga dibiarkan sehinga ke pukul 4 hingga 5 pagi. Sedangkan, bagi Cafe Cyber biasa yang dimiliki oleh orang Melayu akan disaman biarpun beroperasi hanya sekitar jam 12.15 tengah malam. Inilah yang tidak sewajarnya berlaku. Ternyata terdapat pegawai atasan MPK yang telah "makan suap" untuk melindungi operasi haram terbabit. Diharapkan siasatan rapi dapat dijalankan, siapakah yang meluluskan mesin judi berkenaan?.[Terkadang kita agak hairan dengan perangan Penguatkuasa MPK yang begitu profesional bila berhadapan dengan peniaga Melayu yang mengusahakan Cafe Cyber. Tetapi, menikus bila melakukan operasi Cafe Cyber haram yang melibatkan peniaga bukan Melayu. Apakah puak-puak UMNO tidak melihat perkara ini dengan serius. Faktor "jaga periuk nasi" dan "makan suap" memang wujud dalam kes ini. Pendedahan eksklusif bergambar akan dilakukan dalam masa terdekat ini, jika pihak Majlis Perbandaran Kuantan masih gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Tinjauan krew kami mendapati, majoriti pelanggan adalah orang-orang Melayu yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menang. Sebaliknya mereka akhir tewas ditangan "mesin kuda" terbabit, yang kaya ialah pengusaha cafe terbabit. Pihak MPK dipercayai telah melakukan operasi sebelum ini, namun mereka mendiamkan diri kerana sudah menerima habuan masing-masing selepas itu].
Penduduk Lubuk Puyu Kecewa Masalah Air
KUANTAN, 22 Okt [2.45 pm] - Para penduduk Kg. Lubuk Puyu dekat Taman Tas disini kecewa dengan sikap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang gagal memberi notis berhubung isu ketiadaan air di kawasan itu sekarang. Menurut seorang penduduk, beliau hanya mendapat maklumat tentang gangguan air berkenaan menerusi radio Pahang FM. "Pengumuman yang dibuat di radio hanya mengatakan masalah gangguan air akan berlaku selama satu hari sahaja. Namun, masuk hari ini sudah tiga hari masalah itu berlaku di kawasan kami" katanya. Apa yang amat dikesali ialah sikap pihak JBA yang langsung tidak peka dengan permasalahan rakyat tersebut. Sebelum ini PDO pernah mendedaskan isu penipuan bil air yang dilakukan oleh pihak terbabit. Difahamkan majoriti rakyat Pahang terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dari biasa selepas mendapat Subdisi Kerajaan Negeri. Perkara ini akan didedahkan secara eksklusif selepas kami berjaya mendapatkan banyak maklumat dan rugutan rakyat. Adalah diharapkan agar pihak JBA dapat menyegerakan isu air yang melanda penduduk Kg.Lubuk Puyu dan sekitar Taman Tas dengan segera. Ini kerana, masalah yang berlaku menyebabkan para penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah lain yang lebih besar sekarang. Menurut sumber JBA, masalah ini akan diselesaikan lewat hari ini. Namun apakah ia akan menjadi kenyataan atau sekadar alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab?[Masalah air yang melanda Kuantan sebelum ini sepeatutnya diwar-warkan sejak dari awal lagi. Pihak Jabatan Bekalan Air wajar mengeluarkan notis kepada para pengguna bagi menggelakkan mereka terkeliru. Langkah mengharapkan makluman yang disiarkan di radio Pahang FM masih tidak mencukupi, kerana tidak semua rakyat yang mendengar siara radio tersebut pada masa ini. Maka itu, adalah lebih wajar pihak JBA menghantar notis awal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Anehnya, makluman radio menyatakan gangguan air hanya berlaku satu hari di kawasan Kg.Lubuk Puyu ini. Namun, sehingga ke hari ini ia masih belum dipulihkan lagi. Apakah ini cara profesional pihak JBA menjalankan tugas mereka. Prihatin masalah rakyat demi kepentingan semua pihak].












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment