SHAH ALAM, 1o Nov [6.35 pm] - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak berhak memfailkan saman terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan Selangor (Selcat) kerana mereka tidak pernah dipanggil memberi keterangan oleh jawatankuasa itu. Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim (foto), berkata tiga ADUN BN itu tidak pernah disoal siasat oleh Selcat sekali gus tidak berhak mempertikaikan kesahihan serta keberkesanan Selcat melaksanakan tugas. "Bagaimana mereka bertiga ini boleh menfailkan saman sedangkan mereka tidak ada kena mengena dengan Selcat. "Jika mereka mahu memfailkan saman, mereka sepatutnya memfailkan terhadap semua wakil rakyat termasuk diri mereka sendiri kerana tidak membantah ketika Selcat ditubuhkan," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berkata, Artikel 71 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan prosiding yang dibuat dalam sidang dewan negeri, tidak boleh dibangkitkan di mahkamah. Displin, Hasan Ali Terima Surat Tunjuk Sebab
SHAH ALAM, 10 Nov [5.02 pm] - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali (foto), berkata beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin parti itu semalam, dipercayai berhubung kenyataannya yang bercanggah dengan pendirian parti. "Perkara itu bukanlah susah sangat nak dijawab. Saya tidak ada kebimbangan, benda ini biasa," katanya kepada pemberita selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas tuduhan yang dikenakan kepadanya kerana menganggap ia soal dalaman PAS. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini dilaporkan berkata Hasan diberi tempoh 14 hari untuk membela diri terhadap semua tuduhan terhadapnya dan akan dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian. Hasan tidak menolak surat tunjuk sebab itu ada kaitan dengan kenyataan beliau seperti isu penjualan arak dan kritikan terbuka terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kerajaan pakatan pembangkang di Selangor. Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, berkata tuduhan terhadap beliau itu bukan perkara besar atau luar biasa kerana kesalahan itu tidak membabitkan jenayah atau salah guna kuasa sebaliknya kerana membuat kenyataan yang tidak selari dengan peraturan parti.Speaker, Abu Hassan Bukan Lagi ADUN Kedah
YAN, 10 Nov [4.46 pm] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, hari ini menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif (foto), bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya. Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK). "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR. "Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi ahli Dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Beliau diminta mengulas isu pembatalan surat jemputan kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini. Abdul Isa berkata, surat berkenaan telah dihantar secara umum yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan kepada ahli Dewan. "Setelah mendapati surat berkenaan turut dihantar kepada beliau (Abu Hassan), saya sendiri telah membatalkannya," katanya
KUANTAN, 10 Nov [4.15 pm] - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), berkata amalan baiah atau akujanji di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti sudah lama berlaku. Adnan berkata, perkara itu diketahuinya sejak dua penggal pilihan raya umum lalu menerusi beberapa kenalannya daripada parti PAS yang menjadi wakil rakyat. "Perkara ini perkara lama, terpulanglah kepada rakyat menilainya. Baiah itu meletakkan isteri sama dengan kerjaya politik, itulah rendahnya martabat wanita di kalangan kepimpinan Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Petrosains DinoTrek 2, di sini, hari ini. Adnan secara sinis berkata kepimpinan PAS tidak perlu risau wakil rakyat mereka akan keluar parti itu kerana mereka amat menyayangi isteri mereka. "Saya pernah memujuk mereka (wakil rakyat terbabit) sertai Barisan Nasional, mereka kata tak boleh, kalau mereka keluar parti akan jatuh talak tiga, isteri mereka kena berkahwin dengan orang lain dulu sebelum dapat bersama semula dengan mereka," katanya. Adnan, bagaimanapun, tidak mendedahkan butiran terperinci berkenaan baiah yang diketahuinya itu. "Bukan wakil rakyat PAS di Pahang, tapi di negeri lain," katanya. Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad, mengesahkan wujudnya amalan baiah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti. Bagaimanapun PAS Pusat yang mengakui amalan konsep baiah itu menafikan berlakunya arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.Nik Aziz Nafi Ada Wujudnya Baiah Dalam PAS
KOTA BAHARU, 10 Nov [3.34 pm] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah baiah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polemik baru dalam kepimpinan PAS sekarang. Menteri Besar Kelantan itu berkata, isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima masyarakat umum. "Sebenarnya Pas ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan Pas. "Di Kelantan, isu baiah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, baru-baru ini. Khalid yang juga wakil rakyat Pas mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin parti itu melafazkan baiah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti. Bagaimanapun, Naib Presidennya Salahuddin Ayub, berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin parti itu melafazkan baiah sedemikian. Namun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, pula mempertahankan baiah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh UMNO. Berikutan itu, kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan baiah itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata ini kerana pihak kerajaan melihat baiah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita. Bagaimanpun, Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PASbertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti. "Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil baiah," katanya. Ditanya mengenai wujudnya baiah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai MB Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin.
Hj.Hadi Dan Salahuddin Nafi Wujudnya Baiah
KUALA LUMPUR, 10 Nov [3.20 pm] - Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang (foto), berkata PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu baiah kerana menganggap isu itu telah selesai. "Tak payah (siasatan), tidak ada (baiah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di Lobi Parlimen. Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya ahli PAS. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata parti itu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid yang membuat kenyataan itu kerana pemimpin tertinggi dan Majlis Syura PAS memberitahu bahawa sebenarnya baiah yang didakwa tidak wujud. Baginya, isu baiah itu tidak menjadi liabiliti kepada parti itu bahkan ia dianggap sebagai satu percambahan minda yang sihat dalam parti serta mencerminkan kebebasan bersuara di kalangan anggota PAS.






























7 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas:
mari kita lihat sejauh mana PAS MENAFI TENTANG BAI'AH INI,MP SHAH ALAM berkata ianya ujud,SALEHUDIN kata ada tapi ditidak menjadi satu issue yang berat,ada ahli PAS mengaku suami mengngegil dan isteri menangis bila sumpah ini dilafaz,,apa dah jadi
apa dah jadi..kalau baiah dilanggari..jandamu bagi kat aku jeer..tua pun tak peer
PAS dah panas pungkoq,,ari tu marah sakan kat aziz bari..esok lusa khalid pasti kena maki
apa jawapan PAS ,aku dah pasti.. depa dgn megah dan bangga akan copy n paste jawapan mereka..baiah tak dak sebenaqnya..ini mainan jahat UMNO
nasib baik la UMNO ni bukan org..sekadar sebuah parti
apa la mainan sebenar PAS ni ya... sama sendiri pun kenyataan tak sehaluan... sorang kata tak sorang kata ya.... mcm mana la kita org nak percaya pada pemimpin ko org erk... Islam ajar mcm ni ke... tak paham aku ngan org PASSSSSSsss ni. yg dia org tau salahkan umno tu je
kita tengok sajauh mana PAS mengambil tindakkan terhadap hassan ali,itu bukaqn kecik anak punya olang oiiii
kesalahan PAS sekurang2nya x mengakibatkan murka/bala Allah. Cuma perselisihan pendapat/strategi sahaja.
BN lagi banyak hal. UMNO sendiri nk hancur.., MCA nk lebur.., MIC nk karam.., mcm2 lg la.
Biasala.., UMNO parti reput dan rapuh. Tunggu masa sahaja nk hancur.
ello FZY..
kalau nak kata bala,banjir saban tahun kat klantan tu mungkin satu drpdnya
kalau nak kata kemurkaan Allah, isu baiah yg melanda PAS saat ini mungkin juga satu drpdnya
kalau nak kata bala dan kemurkaan Allah,robohnya tembok Nizar di Perak mungkin satu bukti drpdnya
kalau nak kata....
kita boleh kata apa shj..sebab itu hak kita
tak payah nak main wayang cina la.. katanya pas akan tubuhkan jawatankuasa khas 'cina buta'..
Post a Comment