SEREMBAN, 14 Nov [2.30 pm] - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu menjawab dan memberi penjelasan mengenai dakwaan pembelian saham bernilai RM8 juta yang dibangkitkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S A Vickneswaran, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (foto). "Pembelian saham tak salah, cuma perlu diberi penjelasan bagaimana membiayai pembelian saham tersebut. Dia mesti ada jawapannya dan penjelasannya dan kita menunggu penjelasannya," katanya. Khairy berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sempena Kempen Konsumer Kebangsaan di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Ja’afar, Sungai Gadut dekat sini, hari ini. Ia bagi mengulas dakwaan Vickneswaran berkaitan pembelian saham mencecah RM8 juta membabitkan tiga individu, termasuk Azmin pada awal 1990-an yang disiarkan beberapa akhbar hari ini. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata Vickneswaran membangkitkan beberapa soalan yang mungkin Azmin perlu memberi jawapan terutamanya jika pembelian itu dibuat sewaktu beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai kerajaan. "Kita harap Azmin tidak akan mengelak daripada memberi penjelasan sebab ini berhubung kait dengan kredibiliti. "Banyak perkara dituduh pada kerajaan BN jadi tak salah kalau kita minta supaya akauntabiliti yang sama digunakan pakai dengan pemimpin pembangkang," katanya. Mengulas langkah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor, beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan ketidakmampuan kerajaan Selangor untuk mentadbir dan mengurus ekonomi sehingga perlu mengambil “orang luar”.[Sebenarnya kes yang diperkatakan terhadap Azmin Ali ini telah pun dijawab oleh beliau. Ternyata ianya hanya sekadar "hear say" dan telahan semata-mata dan kebenarannya belum terbukti. Samalah juga dengan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang wang RM3 bilion yang diperkatakan itu. Sehingga ke hari ini ia telah gagal dibuktikan. Oleh itu, serangan demi serangan yang berlaku terhadap pemimpin Pakatan Rakyat ini diharap dapat mematangkan perjuangan mereka dan seterusnya menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk terus melakukan agenda perubahan yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang].
Hassan Ali Tegur AJK Masjid Langgar Peraturan
SHAH ALAM, 14 Nov [2.26 pm] - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (foto), hari ini menegur segelintir imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang memandang remeh keperluan mematuhi peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau berkata, ada di antara imam dan AJK masjid yang menganggap peraturan Jais sebagai tidak betul kerana mendakwa ia adalah peraturan UMNO atau peraturan kerajaan. "Kenapa mesti menjadi musuh kepada peraturan-peraturan? Imam mesti membaca teks (khutbah) yang ada (disediakan)...Adakah kita mampu menulis khutbah lebih baik daripada itu? . "Kalau kita sudah menolak peraturan, (akan) lahirlah satu masyarakat anarki... masyarakat yang tidak hormat kepada peraturan akhirnya hancur," katanya ketika merasmikan Seminar Pemantapan Khutbah Negeri Selangor 2009 di sini, hari ini. Selain itu, katanya, sehingga kini masih timbul gejala pentadbir masjid mengizinkan orang luar tanpa tauliah membaca khutbah di masjid yang diselia mereka yang turut menyelitkan isu yang tidak berkaitan seperti kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Ada masalah yang lebih penting untuk diberi perhatian oleh imam dan jawatankuasa masjid seperti ahli qariah yang tidak sembahyang, suami-isteri yang bercakaran, anak-anak yang tidak terdidik dan suasana agama yang layu dan lesu di kampung masing-masing. Mengenai tauliah pula, katanya, mereka yang ingin menyampaikan ceramah agama di negeri ini perlu mendapatkan tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak menyimpang daripada ajaran agama Islam.[Amatlah menyedihkan jika perkara ini benar-benar berlaku. Selama ini kita sangkakan hanya Iman di negeri yang diperintah UMNO BN sahaja tidak akur dengan peraturan dan teks khutbah yang disampaikan. Atas alasan banyak perauran dan teks berkenaan tidak sesuai dengan arus peredaran masa. Malah ada sesetengah teks yang menyebabkan jemaah mengantuk dan lucu mendengarnya. Namun, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini kerana, sudah pastilah Hassan Ali selaku exco yang bertanggungjawab untuk memantau perkara ini telah sedia maklum segala kekurangan dan kelemahan yang berlaku. Maka itu semua Imam dan AJK masjid di negeri itu, tidak seharusnya engkar dengan perautan dan teks berkenaan].
Transaksi Haram, MB N.Sembilan Perlu Disiasat
KUALA LUMPUR, 13 Nov [10.22 am] - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (foto), menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Sri Mohd Hasan yang dikatakan terlibat dengan transaksi ke luar negara bernilai RM10 juta ringgit. Ekoran daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan Tian Chua semalam, beliau menegaskan perkara ini harus ditangani segera kerana akan membawa kesan buruk kepada ekonomi Negara ini.“Bank Negara sepatutnya mempertahankan kepentingan dan keutuhan sistem ekonomi dan matawang kita dan dengan tindakan tindakan orang orang yang berpengaruh yang jelas menentang pengeluaran wang kita.Ini akan merosakkan ekonomi kita", katanya. Tian Chua turut mempersoalkan sikap berdiam diri kedua-dua pihak berkenaan sehingga kini dan menggesa supaya siasatan telus dilakukan dengan segera. “Saya percaya tindakan BNM harus adil dan tanpa memihak mana pihak,harus professional untuk mempertahankan sistem kewangan kita”, tambahnya lagi. Beliau berkata demikian ketika dihubungi. Berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jelas menunjukkan peningkatan dalam transaksi haram ini sejak tahun 2006 lagi. Dalam satu kenyataannya bertarikh 13 November 2009, Tian Chua menyentuh mengenai aktiviti pengiriman wang berjumlah 10 juta ringgit ke luar Negara yang melibatkan beliau. Mohd Hassan didapati terlibat dengan pengiriman wang tersebut ke London pada tahun 2008 melalui sebuah syarikat pengurup wang Syarikat berkenaan merupakan salah sebuah daripada 20 lsyarikat pengurup wang yang dibatalkan lesennya oleh Bank Negara pada 26 Oktober 2009. Tiada sebarang sebab diberikan oleh Bank Negara mengenai pembatalan itu.[Inilah untungnya bila menjadi pemimpin UMNO dan BN di negara Malaysia yang tercinta ini. Mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan undang-undang. Bayangkan jika perkara seperti ini berlaku kepada pemimpin Pakatan Rakyat?. Sudah pastilah berbagai tekanan dan tindakan yang diluar jangkaan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat. Apakah negara ini mempunyai dua undang-undang buat rakyat?. Jika inilah yang diamalkan, maka tidak hairanlah rakyat akan terus memberontak dan menolak kerajaan UMNO BN hari ini. Terbukti dan ternyata mereka mengamalkan dasar "double standard" terhadap rakyat. Justeru itu pihak SPRM dan Bank Negara wajar mengambil tindakan tegas terhadap MB Negeri Sembilan yang diketahui banyak merompak wang rakyat di negeri itu sejak menjadi Menteri Besar].






























3 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas:
azmin dah jawap dah,dia akan saman orang yang buat cerita ni,
bisalah setelah disiasat tiada kes kalau ada pun cuma teknikal sahaja ha....ha....ha.... sampai bila nak baca skrip yang sama
azmin hanya kerja sebagai pengawai khas jer pada dsai semasa menjadi mantan tpm,,HAIRAN LAH MACAM MANA DIA BOLIH HIDUP MACAM ORANG KAYA,KALAU NAK IKUT PEGAWAI KHAS MASUK ,ELAUN MUNGKIN HANYA $5,000 RIBU SEBULAN,DIA PUN BUKAN ANAK ORANG KAYA,HAIRAN LAGI PELIK
Post a Comment