PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, November 23, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Permohonan Ditolak, Pilihanraya Perlu Diadakan

KUALA LUMPUR, 23 Nov
[4.45 pm] : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini.

[Nampaknya keputusan terbaru ini bakal menjadi tamparan hebat buat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang amat takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil DUN Kota Seputeh sejak sekian lama. M
ereka tahu, kemenangan besar Isa Samad di Bagan Pinang kerana undi pos yang banyak. Jika tiada undi pos, sudah pasti Isa juga akan terhumban di situ. Kini, Kota Seputeh menyaksikan kekuatan sebenar BN. Apakah rakyat memang menyokong mereka atau sebaliknya].

CEO PMBK, Nik Aziz Arah Menantu Letak Jawatan

KOTA BHARU, 23 Nov [4.30 pm] - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman (foto), supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO). Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit."Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Pemuda UMNO Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu.

[Satu keputusan bijak yang agak terlambat dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sepatutnya dalam keadaan sekarang, segala tindakan yang akan menjurus kearah serangan musuh wajar dielakkan. Adalah lebih elok anak, menanti atau saudara mara tidak dilibatkan dengan pentadbiran kerajaan negeri itu sendiri. Jika menantu Nik Aziz memang hebat orangnya, maka beliau wajar memohon kerja di agensi swasta yang sudah pasti tidak akan menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat. Biarpun Nik Aziz tidak menggunakan kuasanya untuk melantik menantu beliau itu, namun hakikatnya orang pasti menuduh perkara yang sama. Inilah yang berlaku kepada Khairy Jamaluddin sewaktu Pak Lah bergelar Perdana Menteri Malaysia dulu. Maka itulah keputusan mendesak menantu beliau letak jawatan adalah tindakan yang amat baik dilakukan pada masa ini, bagi menggelakkan spekulasi yang lebih panas dan besar tentang isu itu kelak].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

cucu tok gajah said...

tunggu saja la ape yang akan di siasat oleh SPRM terhadap TGNA dan anak menantunye tu,
sungguh memalukan , seorang yang bergelar ulama sanggup mengambil wang dari kontraktor untuk mengejakan haji dan pula melantik menantunye menjadi CEO...
diharapkan rakyat dan terutamanye rakyat kelantan dapat memikir ape yang di buat oleh menteri besar mereka yang selama ini disanjung dan dipuji.......

PKR KARAT said...

takkanlah kalau tiada apa yang menyaleweng,di suruh letak jawatan,bodoh sangat kerakyat nak percaya nik ajis kata fitnah sedang berlaku terhadap menantunya

Anonymous said...

cucu tok gajah ni orang islam ke yahudi... bunyi ayat mc yahudi. apapun syukurlah jika cucu nk cuba mendekati islam.

kami org kelantan tidak akan sesekali termakan jerat yahudi nasroni insyallah kami akan bersama tok guru kami saat susahsenang kerana kami tahu yahudi tidak akan diam selagi kami tidak tunduk dan ikut agama mereka.

justeru jika cucu ingin masuk islam kami membuka pintu seluasnya buat cucu dan datanglah ke negeri kami yg serba kekurangan ini untuk mendalami ilmu agama islam. kami mengalu alukn kedatangan cucu utk masuk islam dan sama sama berjuang demi agama kebenaran dan hak