MPV Pertama Perodua Alza, Mulai Dijual Esok
KUALA LUMPUR, 24 Nov [9.45 pm] - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dikenali Alza (foto) dan akan berada di pasaran mulai esok. Pelancarannya dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi . Alza versi 1.5 liter akan ditawarkan dalam empat varian pada peringkat permulaan, iaitu versi standard dengan gear manual dan automatik serta versi premium dengan gear manual dan automatik dengan harga atas jalan antara RM56,000 hingga RM64,000 seunit. Versi mewah Alza dengan dengan gear manual dan automatik akan ditawarkan mulai Mac tahun depan pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit. Kenderaan yang menampilkan reka bentuk dinamik dan menyerlah itu antara lain dilengkapi ciri keselamatan terkini, termasuk sistem brek antikunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) bagi varian terpilih. Ia juga dilengkapi stereng dengan suis audio bagi varian premium dan sports; tempat rehat kaki dan tuil gear di panel papan pemuka untuk varian automatik, serta meter di bahagian tengah papan pemuka, juga yang pertama bagi sebuah MPV nasional.
[Nampaknya kecanggihan teknologi Perodua kini mengatasi keunggulan Proton. Malah jika dilihat kepada penghasilan kenderaan yang lebih teliti serta menarik perhatian ramai pihak, jelas menunjukkan bahawa Perodua kini bakal mengungguli industri automobil di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini mereka menghasilkan kenderaan Perodua MyVi yang cukup menarik, kini MPV pula. Bahkan kehebatan MPV Alva ini jauh sekali mengatasi MPV Proton Exora keluaran Proton. Apapun, sudah pasti ramai yang akan menempah kenderaan MPV Alva ini. Syabas buat Perodua!].
Mayat Mendiang Teoh Dikebumikan Semula Esok
KUALA LUMPUR, 24 Nov [9.45 pm] - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dikenali Alza (foto) dan akan berada di pasaran mulai esok. Pelancarannya dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi . Alza versi 1.5 liter akan ditawarkan dalam empat varian pada peringkat permulaan, iaitu versi standard dengan gear manual dan automatik serta versi premium dengan gear manual dan automatik dengan harga atas jalan antara RM56,000 hingga RM64,000 seunit. Versi mewah Alza dengan dengan gear manual dan automatik akan ditawarkan mulai Mac tahun depan pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit. Kenderaan yang menampilkan reka bentuk dinamik dan menyerlah itu antara lain dilengkapi ciri keselamatan terkini, termasuk sistem brek antikunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) bagi varian terpilih. Ia juga dilengkapi stereng dengan suis audio bagi varian premium dan sports; tempat rehat kaki dan tuil gear di panel papan pemuka untuk varian automatik, serta meter di bahagian tengah papan pemuka, juga yang pertama bagi sebuah MPV nasional.[Nampaknya kecanggihan teknologi Perodua kini mengatasi keunggulan Proton. Malah jika dilihat kepada penghasilan kenderaan yang lebih teliti serta menarik perhatian ramai pihak, jelas menunjukkan bahawa Perodua kini bakal mengungguli industri automobil di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini mereka menghasilkan kenderaan Perodua MyVi yang cukup menarik, kini MPV pula. Bahkan kehebatan MPV Alva ini jauh sekali mengatasi MPV Proton Exora keluaran Proton. Apapun, sudah pasti ramai yang akan menempah kenderaan MPV Alva ini. Syabas buat Perodua!].
KUALA LUMPUR, 23 Nov [8.50 pm] - Mayat mendiang Teoh Beng Hock (foto), yang digali semula Sabtu lalu untuk tujuan siasatan berhubung kes kematiannya, akan dikebumikan semula pagi esok di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, dekat sini. Adik perempuannya, Teoh Lee Lan, 29, berkata upacara pengebumian mendiang akan dilakukan oleh pihak pengurusan Taman Peringatan Nirvana pada 10 pagi esok. Beliau berharap dengan bedah siasat kali kedua itu, punca kematian abangnya akan dapat diketahui. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai selepas memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan kerajaan negeri oleh Exco Selangor. Mahkamah Koroner Shah Alam pada 4 November lalu membenarkan mayat Teoh digali semula ekoran permintaan keluarganya bagi menjalankan bedah siasat kedua setelah pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanansuan yang dijempuit oleh kerajaan Selangor, memberitahu inkues kematian Teoh, bahawa wujud 80 peratus kemungkinan mendiang telah didera dan dicekik sebelum mati. Semalam, bedah siasat kali kedua selesai dilakukan oleh sekumpulan pakar patologi termasuk pakar patologi bebas dari United Kingdom yang mewakili Prof Dr Peter Vanezis dan Dr Porntip.[Rakyat yang mengharapkan keadilan, kini terntanya-tanya apakah keputusan hasil siasatan dan bedah siasat kedua ini dapat mentungkai segala kekusutan yang melanda selama ini. Teoh harus dibela dan keadilan wajar diberikan kepadanya. Orang yangb ersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan. Jika tidak ramai lagi rakyat akan menerima nasib yang sama seperti Teoh. Banyak kekeliruan yang kini bekal terjawab. Nantikan sahaja keputusan hasil bedah siasat kedua yang bakal diumumkan nanti].
Kerusi DUN Kota Seputeh, UMNO Rayu Esok
KUALA LUMPUR, 2 Nov [6.12 pm] - UMNO akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (foto), berkata Umno melalui peguamnya, Datuk Hafarizam Harun akan mengemukakan rayuan berkenaan. "Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini," katanya hari ini. Ahmad berkata jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk melaksanakan segala persiapan sekiranya perlu menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Kota Siputeh. "Oleh kerana kawasan itu ialah kawasan Umno dan BN, sudah tentu kita akan mengusahakan kemenangan parti dan usaha untuk memastikan, jika boleh ... peningkatan majoriti setelah usaha-usaha di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan tidak dapat berusaha ke arah itu. Maka kita akan bersiap sedia (untuk pilihan raya kecil)," katanya.[Betulkah UMNO BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh itu agaknya. Jika benar mereka sudah bersedia, maka kenapa perlu merayu untuk mempertahankan seorang wakil rakyat yang "kaki ponteng" dan tidak berkualiti seperti itu?. Bukankah mereka juga sepatutnya gembira kerana dapat menggantikan wakil rakyat sedia dengan yang bearu yang lebih berketerampilan dan diterima rakyat. Namun, anehnya UMNO BN seolah-olah takut untuk berhadapan dengan keadaan. Sebelum ini mereka menggunakan SPR untuk menggagalkan pilihanraya kecil itu, namun kini segalanya sudah tersirat "yang salah tetap salah" dan kuasa diberikan semula kepada rakyat. Jika UMNO BN sudah bersedia, mereka tidak perlu merayu lagi. Ayuh! buka gelanggang dan bertempur satu lawan satu dengan Pakatan Rakyat. Itu baru dikira anak jantan sebenarnya. Bukan dengan rayuan yang menjurus ke arah membatalkan pilihanraya kecik DUN Kota Seputeh itu nanti!].












4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Ahmad Maslan pembohong 1Malaysia...kerana beliau kata UMNO dah bersedia untuk PRK tetapi nak buat rayuan di mahkamah rayuan...kalau dah sedia buat apa nak rayu...kan itu pembohong namanya.....maksudnya tak bersedialah itu...sendiri mau pikir...
bila2 masa BN BERSEDIA,hak merayu tetap dilaksanakan ,macam issue PERAK,PR,masih membuat rayuan,biarlah proses mahkamah dijalankan..
BN besedia konon..baru menang sekali nyombong(sape x kenal BN..huhu)..ikat kaki askar bley la!
kdg2 kwn simpati jugak dgn Proton nih,ape ke x diaorang dah usaha sedaya upaya wat MPV bg comel tp bila siap mcm x cun jer..bunyi2 dulu kata mcm toyota wish bla kuor korang nilai la sendiri..tahniah buat perodua pandai buat keta cara senang copy je model toyota passo sette pinda lampu sikit bubuh logo sendiri pastu jual.modal pon kecik jual pon laku..buat Proton teruskan usaha x pon cari lah rakan kongsi pastu tepek logo jugak..zaman global maa...
Post a Comment