Menurut Razali, beliau amat berterima kasih atas perlantikannya sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Negeri (SUP) sebulan yang lalu. Malah beliau sedang merangka berbagai agenda untuk membawa kegemilangan PKR negeri. "Dalam masa terdekat ini, saya akan menjelajah ke seluruh cabang (bahagian) di negeri ini bagi meninjau gerak kerja yang dilakukan. Saya juga akan mengadakan mesyuarat khas dengan semua setiausaha cabang dalam usaha untuk mengemaskini pengakalan data dan maklumat terkini PKR di kawasan masing-masing." kata Razali. Beliau secara jelas mengatakan, amat yakin dengan kemampuan PKR untuk mengambilalih tampuk pentadbiran negeri dari UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. "Kerjasama dengan PAS dan DAP kini juga kian mantap. Malah, dapat dilihat saban hari ada sahaja kemasukan ahli baru menyertai Pakatan Rakyat. Jika dulu, BN boleh berbangga kerana Pahang mempunyai kawasan Felda dan Orang Asli yang luas serta ramai pengundi. Kini, Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR telah berjaya memasuki kawasan tersebut, malahan di kubu kuat UMNO sendiri. Ini memberi tamparan cukup hebat buat parti itu sebenarnya" tambah Razali lagi. Ketika ditanya, tentang desas-desus kewujudan krisis dalaman PKR Pahang mutakhir ini, Razali menegaskan bahawa beliau masih terlalu awal untuk mengambil tahu hal tersebut.
"Bagi saya setiap pemimpin harus duduk semeja dan berbincang segala apa masalah yang berlaku. Berkrisis adalah lumrah dalam berpolitik, makanya ia tidak dapat dielakkan. Cuma, perjuangan adalah tetap sama untuk menegakkan keadilan, menghapuskan penyelewengan, rasuah dan korupsi serta membela rakyat itu adalah yang lebih utama. Saya amatlah berharap mereka yang berkrisis dapat mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya bagi tidak mengganggu perjalanan parti. Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu, kerana ia adalah perkara kecil yang sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak" katanya. "Di kesempatan ini juga, saya mewakili Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, kepada seluruh muslimin dan muslimat semua. Teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat dan yakinlah perubahan besar pasti akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang" tambah Razali Alias mengakhiri perbualannya.
[Razali Alias adalah merupakan pemimpin awal yang bersama dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) di Pahang, selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dulu. Malah, beliau banyak memegang jawatan penting dalam mengerakkan parti di peringkat negeri. Beliau pernah bertanding dalam beberapa pilihanraya sebelum ini, sehinggalah beliau berhijrah untuk menabur bakti di bumi Terengganu. Atas usaha kepimpinan negeri, akhirnya beliau dibawa balik ke Pahang untuk kekuatan Pakatan Rakyat di negeri ini. Kini, Razali Alias kembali ke bumi Mat Kilau, Pahang Darul Makmur dan bakal menggunakan segala kepakaran dan kelicikan politiknya untuk membantu Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Selamat berjuang !].












7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tak lama beb.. tungguuuuuuu
tahniah.
semoga PR bertambah kuat dan terus maju.
jaga peribadi.
dah tak boleh nak cari makan kat terengganu...tu pasal datang meminta sedekah kat pahang pulak....cari la tempat yang sesuai wahai razali alias,, jangan jadi macam CMK dah le...kalah...huhuhuhuhu
"jika kamu tahu betapa azabnya membuka aurat, pasti kamu merayu-rayu pada Allah agar kamu dihidupkan untuk bertaubat seleps mati kelak."
Saudara Razali,saya mungkin tidak dikenali oleh saudara namun perjuangan saudara telah saya dengar cerita drpd rakan-rakan saudara tentang kewibawaan saudara memimpin PKR Pahang sblm YB Fauziah Salleh.Teruskan usaha anda..
Ya pemilihan sdr tepat sekali..!!
Sdr ibarat resmi padi...!! Teruskan sdr..!
Macam kenai je zali ni.. bukan ka tinggal area pekan.. kalu ya saya kenal siapa awak.. takat mana kepimpinan awak.. biarlah orang yang tidak kenal menyanjungi awak.. kawe pastinya tidak
Post a Comment