PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, December 28, 2009

Cyberita: Aura Si Tok Guru, Bekas Model Sambilan Kartika Saridewi Mengadakan Pertemuan Dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat !!

KOTA BHARU, 28 Dis [11.32 am] - Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor (foto), yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun. Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan. Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut. Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alasan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Kartika dan rombongan bergambar kenangan dengan Nik Aziz

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

jangan cari simpati murahan,nik ajis tak dapat tolong ,rotan tetap rotan,hukum tetap hukum

Anonymous said...

Budak hingus Anon 11:28 belajar menghormati org tua belajar menggelarkan org dengan gelaran yg betul jika PM Najib sebut Dato Najib jika Tok Guru sebut elok elok Tok Guru Nik Aziz. Jgn celaka sgt memanggil org tanpa adat. Mak bapak kamu pak sedara kamu pun kamu kena hormat panggil ikut gelaran mak ummi abah ayah paklong maklong pakteh makteh.

Gunakan otak udang kamu tu dgn elok. Sebutan yg betul utk komen kamu di atas ialah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. tknk gelar dato tkpe lah sekurangnya kamu gelar dia Tok Guru. Jangan panggil nik ajis itu tandanya kamu ni bahlol bangang tk tahu jadah apa. sekolah ke tidak.aku cakapkan kamu marah.

So jika kamu sekolah kamu ingat ni ya. panggilan nya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekian terima kasih anon buta huruf