
SHAH ALAM, 19 Dis [8.20 pm] - Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan. Sebagai respons kepada musuh politiknya, BN, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan. Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan. Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat. Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana. Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP. Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku pertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.
Untuk tujuan itu, sebuah Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya. Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman. Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen. Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Audit Negara. Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang. Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri. Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar.
[Rakyat semakin bersemangat dan yakin dengan hala tuju pembangkang di negara ini. Bukan sahaja menjadi "check and balance" kepada kerajaan, malah dalam erti kata lain menjadi pemangkin ke arah sebuah pentadbiran yang lebih telus, tersusun, adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia. Konvensyen ini juga dilihat berjaya membuktikan kepada puak-puak UMNO BN bahawa tidak wujudnya perpecahan seperti yang digembar gemburkan oleh media arus perdana selama ini. Semoga berjaya akhirnya]












7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
bermimpi disiang hari,satu bantal tapi mimpi lain2,kah kah
Kapada Anonymous diatas..
Apakah yang tidur malam saja bermimpi..? Manusia mana yg tidur satu bantal? kah..kah..kah.. yang
tidur satu bantal tu orang miskin,
tak ada diut nak beli bantal..tapi
manusia yang tidur satu bantallah,
rumah mereka porak peranda sampai
hari ini..
Semoga konvensyen PR itu akan mencapai kejayaan dan akan memberi
satu suasana baru dalam politik
Malaysia dgn berlambangkan satu
parti.
Lama dah BN BUAT SATU PARTI,BETUL SIMISKIN YANG TIDOR SATU BANTAL,MACAM PR ,MISKIN PENGELAMAN ,MISKIN IDEA,MISKIN HALA TUJU,DAN MACAM LAGI,SEMUE NAK TIRU BN,TEREUSLAH BERMIMPI,KAH KAH KAH
bukan mimpi di siang hari tapi usah bermimpi nak pi Putrajaya. Pi masa weekend aje lah...ambil bau.
Kalaulah macam ni gayanya Melayu berkecamuk sesama sendiri. Apa mustahilnya LK Siang dan anak menantu bermaharaja di Putrajaya satu hari nanti !!!
Orang BN ni kan aku tengok macam keldai tua merangkak tunggu saat kojol. dah lah bodoh lagi bangang jd keldai pada BN dari kanak-kanak hingga saat kojol. Habuannya RM500 setiap kali musim pilihanraya tu pun kita melompat mcm kera dapat bunga...
Aku tk retilah kera kera ni blh hidup cara bangang ni sampai kojol.Apapun good luck lah kera kera BN jadilah keldai Najib sampai kojol...jgn lupa minta makan keldai punggah barang tiap hari lapar woiiii tk bg mkn minum mampuslah
anon diatas tu lah yang sebenarnya kera.kita tak marah pun bila dia pro PR .pasal apa dia nak marah,bila kita sokong BN ,SEBAB DIA OTAK KELDAI SEBAB TU DIA TAK BOLIH HORMAT HAK ORANG LAIN
Post a Comment