IPOH, 26 Dis [11.35 am] - Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (foto), terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu. "Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah. Katanya, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah. Katanya, Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat. "Siti Munira pula menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya. Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.
"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya. Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan. Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut. "Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang dekat Taiping.
[Seperti biasa, bila berlaku kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress seperti ini maka mulalah kerajaan akan mengeluarkan berbagai arahan. Malah kementerian pengangkutan juga akan membuat pemantauan yang cukup rapi terhadap pemandu dan bas ekspress itu sendiri. Namun selepas beberapa ketika, ianya menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam" dan sekadar "melepaskan batuk ditangga" semata-mata. Akhirnya penumpang terus menjadi mangsa pemandu-pemandu yang tidak berdisplin seperti ini. Nyawa melayang begitu sahaja, kerana kesilapan syarikat bas memilih pemandu yang benar-benar berwibawa dan bertanggungjawab. Bila ada pemandu yang mengantuk pun tetapi masih terus membawa bas, akhirnya beginilah jadinya. Kerajaan pula perlu bertindak konsisten dalam setiap peratturan yang dijalankan agar tiada lagi kejadian seperti ini berlaku pada masa hadapan. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Semuanya ketentuan dari Allah swt. Malang bagi Malaysia tanah airku sebuah negara yang kecil mempunyai kadar kemalangan jalanraya yang tinggi, menyamai US. 1Malaysia dan kepimpinannya yang serba boleh.
erm ... bagus rakyat malaysia...apa yg terjadi semua kerajaan punya hal... bagus pemikiran bertaraf dunia....bravo
Aku sudah bosan dengan janji demi janji.....semakin banyak pihak berkuasa semakin tak berguna kuasa: JPJ, Polis Trafic, LPKP, JKJR, Majlis Jalanraya, Inst.Penyelidikan Keselamatan Jalanraya..... ada tak kajian dibuat berapa kelajuan sebenar bas ekspress dipandu dari KL ke Changlun?, dari KL ke Merapoh - KB, Pasir Puteh?, dari KL ke JB?....pergi tengok tak bas ekspress jalan di line tepi atau line tengah atau di line laju di Lebuhraya?. Kalau tak tahu maknanya sah semuanya TIDUUUR!!! aku duduk je setengah jam tepi lebuhraya aku dah tahu.....tak guna cakaplaaah.....!!!!percayalah, rakyat kita akan menyesal seumur hidup kerana kemalangan ngeri melibatkan pengangkutan awam di jalanraya akan terus menerus berlaku disebabkan.......puncanya apa, tanyalah diri sendiri.
Untuk mangsa....Al-Fatihah
Hanya tinggal beberapa hari lagi rakyat 1Malaysia akan menyambut tahu 2010.Pada tahun 2010 jugalah akan berlaku perubahan didalam dimana pencegahan memandu had laju deserahkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
Post a Comment