Kerajaan Naikkan Harga Gula 20 Sen Mulai Esok
PUTRAJAYA, 31 Dis [7.32 pm] : Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi. Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram. Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.
[Inikah dia bukti apa yang dilaung-laungkan oleh PM Najib selama ini bahawa "rakyat diutamakan" agaknya?. Ternyata kenyataan tersebut hanyalah omongan kosong belaka, sebaliknya tembolok pengeluar dan pemborong yang sudah kaya-raya itu yang didahulukan. Rakyat akhirnya terpaksa menanggung derita akibat kenaikan ini, kerana gula merupakan antara keperluan utama dalam kehidupan setiap keluarga. Naiknya gula akan menyebabkan banyak barangan lain terutamanya makanan pastinya akan naik harga selepas ini. Rakyat marhaen juga yang tertipu akhirnya].
Felda Holdings Nafi Tuduhan Salah Guna Kuasa
KUALA LUMPUR, 31 Dis [5.40 pm] - Felda Holdings Bhd menafikan tuduhan 1Malaysia Graduates Youth Club, berhubung penyalahgunaan kuasa dalam penganugerahan kontrak oleh anak syarikatnya. "Felda Holdings ingin menyatakan bahawa ia mempunyai prosedur pemerolehan dan proses audit yang kukuh. "Tiada penyalahgunaan kuasa mengenai kontrak yang diberikan seperti yang dikatakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 1Malaysia Graduates Youth Club berkata, dalam satu memorandum 50 muka surat yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Perdana Menteri, Isnin lalu, bahawa empat ahli Lembaga Pengarah Felda Holdings menyalahgunakan kuasa mereka. Setiausaha Agungnya, Ezaruddin Abd Rahman, juga menggesa satu penyiasatan diadakan untuk memastikan sama ada anak syarikat Felda Holdings boleh memberikan tender bernilai RM160 juta kepada satu kontraktor tunggal menerusi rundingan terus. Beliau dilaporkan berkata, rundingan terus adalah bertentangan dengan tatacara tender Felda yang menyatakan tender terbuka harus ditawarkan untuk kontrak melebihi RM50,000."Oleh kerana perkara ini sudah dilaporkan kepada SPRM, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada apa-apa penyiasatan supaya orang ramai mengetahui perkara sebenar" kata Felda Holdings.
KUALA LUMPUR, 31 Dis [5.40 pm] - Felda Holdings Bhd menafikan tuduhan 1Malaysia Graduates Youth Club, berhubung penyalahgunaan kuasa dalam penganugerahan kontrak oleh anak syarikatnya. "Felda Holdings ingin menyatakan bahawa ia mempunyai prosedur pemerolehan dan proses audit yang kukuh. "Tiada penyalahgunaan kuasa mengenai kontrak yang diberikan seperti yang dikatakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 1Malaysia Graduates Youth Club berkata, dalam satu memorandum 50 muka surat yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Perdana Menteri, Isnin lalu, bahawa empat ahli Lembaga Pengarah Felda Holdings menyalahgunakan kuasa mereka. Setiausaha Agungnya, Ezaruddin Abd Rahman, juga menggesa satu penyiasatan diadakan untuk memastikan sama ada anak syarikat Felda Holdings boleh memberikan tender bernilai RM160 juta kepada satu kontraktor tunggal menerusi rundingan terus. Beliau dilaporkan berkata, rundingan terus adalah bertentangan dengan tatacara tender Felda yang menyatakan tender terbuka harus ditawarkan untuk kontrak melebihi RM50,000."Oleh kerana perkara ini sudah dilaporkan kepada SPRM, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada apa-apa penyiasatan supaya orang ramai mengetahui perkara sebenar" kata Felda Holdings.[Sebelum ini, memang sudah banyak pembongkaran yang kami buat tentang Felda Holdings ini sebenarnya. Masalahnya Felda berada dibawah naungan PM Najib Razak. Makanya, mana-mana kroni yang rapat dengan beliau dijadikan eksekutif dalam Felda yang menyebabkan banyak penyelewengan terus berlaku dari masa ke semasa. Malah, Felda era Najib dilihat begitu teruk dan rosak jika mahu dibandingkan dengan era Tun Razak itu senditi. Kita tidak hairan dengan laporan yang dibuat kepada SPRM itu, kerana mana mungkin kroni-kroni dan puak-puak UMNO BN ini mahu didakwa atas segala kesalahan yang telah nyata itu agaknya !!].












1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
info tentang gula kat sini - Bahaya Gula
Post a Comment