PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, December 22, 2009

Eksklusif: Kehilangan Enjin Pesawat Pejuang F-5E TUDM, Terbukti Kerajaan UMNO BN Telah Gagal Menjaga Sistem Keselamatan Negara Sebenarnya !

Negara baru sahaja digemparkan dengan kehilangan aset pertahanan negara yang cukup berharga, iaitu sebuah enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru-baru ini. Sungguh mengejutkan bila aset berharga dan terkawal itu boleh hilang. Biar apapun alasan yang diberikan, namun ternyata ia adalah sesuatu yang amat tidak wajar berlaku serta tidak masuk dek akal sama sekali. Tambah menggemparkan bila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa enjin bernilai RM50 juta itu yang dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan. Malah maklumat terbaru mendedahkan bahawa, bukan satu enjin yang dijual malahan terdapat dua buah. Engin kedua dikatakan hilang juga bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Ini bermakna dua buah enjin pesawat pejuang negara bernilai RM100 juta telah hilang sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa perkara ini baru diperbesar sedangkan kehilangan tersebut telah disedari pada bulan Mei 2008, kehilangan pertama dipercayai berlaku pada tanggal 26 Jun 2007 dan 1 November 2007 (kedua). Ini bermakna, selepas setahun barulah perkara ini disedari oleh pihak berkuasa tentera di negara ini. Sungguh memalukan melihat senario ini sebenarnya. Masakan, aset berharga jutaan ringgit ini boleh terlepas daripada penjagaan TUDM dengan sewenangnya dan mengambil masa yang lama untuk disedari. Jika diambilkira faktor penghantarannya yang menggunakan kontena dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera lantikan kerajaan sendiri, maka amatlah mustahil insiden ini boleh berlaku.

Wajarkah Selepas Setahun Hilang Baru Disedari

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, PM Najib Razak juga ada mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menyembunyikan tentang kes kehilangan engin pesawat. Namun anehnya, kenapa selepas setahun (Jun 2007) baru kehilangan itu disedari (Mei 2008) selepas enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya?. Soalnya kenapa Ogos 2008 baru laporan polis dibuat? Maknanya setahun kes disedari dan dua bulan baru laporan polis dibuat. Bukankah ini menimbulkan banyak persoalan dan keraguan sebenarnya. Adakah ini caranya pihak Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengawal sistem keselematan atau ketenteraan negara agaknya?. Apakah juga ini bererti perjalanan membawa enjin pesawat pejuang itu, mengambil masa setahun dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Sepatutnya, ia harus disedari pada hari yang sama kerana sudah pasti ada pegawai yang berkenaan membuat semakan butir-butir penghantaran dan sebagainya. Amat mustahil ia boleh hilang tanpa disedari. Sedangkan penghantaran bungkusan melalui "pos laju" atau "currier" sekali pun si pengirim dan penerima akan dikehendaki menandatangani pada borang yang berkenaan. Jika tidak diterima dalam masa sekian-sekian, maka sudah pastilah barangan itu akan dipulangkan semula kepada pengirimnya.
Wajarkah selepas setahun dihantar dengan kontena, ia baru disedari ?
Maka, pengirim boleh merujuk kelewatan dan kehilangan barangan tersebut kepada pihak yang menguruskan penghantarannya. Makanya, dalam sekelip mata sahaja kes kehilangan ini dapat disedari. Itu proses biasa yang dilakukan di negara kita. Namun, kenapa bagi aset bernilai jutaan ringgit milik angkatan tentera, proses ini tidak berlaku sama sekali?. Malah, penerima dipercayai tidak memaklumkan penerimaan engin pesawat itu selepas ia dihantar menggunakan kontena dari Butterworth. Bukankah ia amat mustahil bukan?. Jika proses seperti ini pun gagal dipantau oleh pihak terbabit, apatah lagi jika berbagai barangan lain lagi yang diseludup keluar masuk ke negara kita sebenarnya. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan. Memang benar, pihak kerajaan menukar, menamatkan tempoh perkhidmatan atau mengambil tindakan tegas termasuk memecat mereka yang dipercayai terlibat. Tetapi apakah wajar tindakan itu sahaja dilakukan, sedangkan mereka yang terlibat itu difahamkan telah mendapat imbuhan ratusan juta ringgit yang akan dibahagikan sesama mereka?. Maknanya, biarpun ditamatkan atau dipecat dari perkhidmatan angkatan tentera itu sendiri, kesemua yang terbabit akan hidup mewah dengan wang hasil penjualan haram tersebut.
ISAkan Mereka, Najib Perlu Bertanggungjawab
Satu tindakan tegas perlu diambil termasuk menahan pihak yang berkenaan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini kerana, ternyata kesemua mereka yang terlibat telah mengkhianati serta membahayakan keselamatan negara dan rakyat Malaysia itu sendiri. Malah, tindakan tersebut jelas menunjukkan mereka telah durhaka dan mengingkari sumpah janji ketika berkhidmat dengan angkatan tentera itu sendiri. Mereka ini adalah "musuh negara" dan wajar dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak kerajaan. Mereka terbukti bersalah dan melakukan perbuatan yang jelas melanggar undang-undang, malah engkar kepada arahan yang terkandung dalam etika kerja mereka sendiri. Jika kerajaan boleh menghumbankan ramai pemimpin Pakatan Rakyat ke dalam ISA hanya kerana satu kesalahan yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesalahan ini. Maka, mengapa perlu ada sikap "double standard" dalam satu perkara yang lebih besar seperti ini sebenarnya. Bahkan, kerajaan sendiri mendedahkan bahawa keterlibatan "orang dalam" dikenalpasti menjadi punca aktiviti haram ini berlaku. Apakah cukup dengan hukuman tatatertib dan perbicaraan biasa dalam kes yang cukup besar dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini?. Tindakan kesemua mereka jelas sekali mencemarkan maruah negara, malahan imej Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Dato' Seri Najib Razak sendiri. Ia jelas membuktikan bahawa pegawai tentera tidak takut dengan menteri yang menjaga kementerian itu, makanya mereka berani melakukan tindakan ini. Najib perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Biarpun beliau merasakan dirinya tidak bersalah, namun atas kapasiti Menteri Pertahanan pada masa kejadian berlaku makanya beliau wajar dipertanggungjawabkan. Ini jelas membuktikan beliau telah gagal memainkan peranan untuk memastikan pertahanan negara dikawal rapi. Sudahlah sebelum ini, kita dikejutkan dengan berbagai isu panas termasuk pencerobohan orang awam ke kem-kem angkatan tentera, termasuk kecurian berbagai peralatan tentera dalam kes Al-Maunah di Bukit Jenalek, Sauk Perak dulu. Ini pula kehilangan yang lebih besar dan melibatkan aset bernilai jutaan ringgit yang terlepas ke tangan orang asing. Ini jelas satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan wajarlah mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya !! Soalnya sekarang, kenapa kerajaan takut menggunakan ISA ke atas semua mereka yang terlibat?. Sedangkan mereka jelas mengancam keselamatan negara?.

LIMA, Medan Urusan Jual Beli Peralatan Tentera

Kerajaan Malaysia selama ini amat berbangga dengan penganjuran Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA). Malah, kononnya ia telah berjaya menghimpunkan banyak syarikat pengeluar dan pengusaha kapal terbang dan kapal terkenal dari seluruh dunia. Niat baik akhirnya mengundang keburukan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Kemungkinan besar di sinilah "dealing" penjualan barangan dan aset angkatan tentera itu berlaku. Kerajaan gagal untuk memantau perkara ini kerana ia diadakan secara rahsia dan tidak melibatkan mana-mana pihak yang ada kepentingan politik agaknya. Segala urusan boleh berlaku dalam sekelip mata, tanpa sebarang keraguan dan tidak disedari. Tambahan pula, mereka yang datang membuat pameran di LIMA adalah mereka yang pakar dalam bidang terbabit. Disinilah agaknya segala urusan yang berkaitan di adakan dan urusan penghantaran dilakukan selepas itu. Justeru itu, kerajaan tidak perlu terlalu mendabik dada kononnya LIMA berjaya dan mencapai matlamatnya. Apalah yang mahu dibanggakan sangat, bilamana selepas penganjuran itu aset angkatan tentera negara yang bernilai jutaan ringgit berjaya diseludup keluar. Bukankah ini memalukan dan menjatuhkan maruah negara sebenarnya. Wajarlah LIMA ditangguhkan dulu pada masa hadapan, bagi menggelakkan malu yang lebih besar terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Tidak perlulah mencari populariti dengan menjadi penganjur acara bertaraf dunia seperti itu, jika porfesionalisme dan integriti angkatan tentera kita sendiri dipertikaikan oleh masyarakat antarabangsa. Apakah ini yang dimahukan oleh para pemimpin negara terutamanya Mahathir Mohamad tuan punya LIMA?. Inilah yang dikatakan "ayam menang kampung tergadai". Kita menang dan berbangga menganjurkan acara berprestij seperti LIMA itu, namun akhirnya kita juga kehilangan ratusan juta ringgir akibat kehilangan aset angkatan tentera kita sendiri. Wajarkah ia terus dibiarkan berlaku?

Enjin F-5E Dan Bom C4 Hilang, Mana Berbahaya

Kekecohan kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik TUDM itu amat menejutkan semua pihak. Ia menguatkan lagi alasan bahawa sememangnya sistem kawalan keselamatan dan ketenteraan negara berada diperingkat yang paling kritikal sebenarnya. Kerajaan bertindak tegas dan cepat dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang dipercayai terlibat termasuk "orang dalam" yang terdiri dari kalangan pegawai tentera itu sendiri. Namun, sedarkah kita bahawa kehilangan F-5E adalah sinambungan daripada kehilangan senjata dari kem tentera dan termasuk juga kehilangan bom C4 dari simpanan tentera dalam kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shariibuu beberapa tahun yang lalu. Kita dihebohkan ketika itu dengan bahan letupan bom C4 yang diambil dari stor tentera, tanpa keizinan dan diluluskan oleh mana-mana pihak. Malah, difahamkan penggunaan bom itu haruslah mendapat restu daripada Menteri Pertahanan itu sendiri. Soalnya kenapa bom C4 itu boleh terlepas keluar dan akhirnya digunakan dalam kes pembunuhan wanita Monggolia itu?. Namun, selepas kes tersebut diselesaikan oleh mahkamah tetapi sehingga kini siasatan tidak dilakukan siapakah yang punya angkara membenarkan dan membawa keluar bom tersebut dapat pengetahuan pegawai yang terbabit. Jika melihat kepada kes kehilangan engin F-5E ini, maka wajarlah kes kehilangan dan pengeluaran bom C4 dari stor angkatan tentera itu juga perlu disiasat oleh pihak polis. Dalang yang bertanggungjawab haruslah dibawa ke muka pengadilan. Soalnya, apakah ini akan berlaku dalam keadaan sekarang. Makanya sudah pastilah ia tidak akan dibongkarkan demi keselamatan pihak-pihak tertentu. Jika inilah keadaannya, maka memang logik ada pihak tentera di Malaysia ini yang tidak takut untuk mencuri dan membawa keluar aset pertahanan negara sesuka hati mereka. Lantaran itulah kejadian seperti ini boleh berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Belian Yang Meragukan Punca Segala Angkara

Rakyat dikecohkan dengan isu penjualan aset tentera bernilai RM100 juta yang cukup meragukan mutakhir ini. Soalnya, dari manakah mereka yang terlibat ini mempelajari teknik penipuan dan penyelewengan itu agaknya. Setelah diamati betul-betul, maka sahlah kepada kita bahawa inilah yang dikatakan pepatah Melayu "bapa borek anak rintik" sebenarnya. Pegawai tentera dan mereka yang terlibat menjual engin pesawat pejuang F-5E itu sebenarnya belajar dari kecekapan Kementerian Pertahanan di zaman Najib Razak menguruskan pembelian Jet Pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene (foto) yang hangat diperkatakan sebelum ini. Difahamkan pembelian aset tentera yang sepatutnya dibuat "Goverment to Goverment" itu telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta yang dilantik sebagai "broker" mewakili Kerajaan Malaysia. Akibatnya syarikat terbabit mendapat komisyen yang mencecah ratusan juta ringgit dengan sekelip mata sahaja. Perkara meragukan ini telah beberapa kali didedahkan kepada pihak media, namun ia telah ditutup rapat-rapat dan banyak faktanya diselewengkan oleh pihak terbabit. Atas kecekapan dan kepakaran inilah yang memungkinkan syarikat kontena yang dilantik kerajaan untuk membawa enjin F-5E dari Butterworth ke Sungai Besi itu bertindak demikian. Mungkin bagi mereka "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" maknanya alang-alang nak jadi jutawan biar mereka dapat untung yang besar. Bagi mereka, kekayaan sekelip mata kepada broker pembelian aset tentera itu adalah tidak adil dan jelas satu perbuatan yang tidak wajar berlaku. Mungkin dek kerana inilah, mereka nekad untuk melakukan tindakan yang sama dengan menjual aset tersebut. Inilah yang dikatakan pembelian meragukan akhirnya dibalas dengan penjualan meragukan.

[Dengan analisis yang dibuat ini, maka ternyatalah kini bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak serius dalam memastikan keselamatan negara terjamin. Jika perkara sebegini boleh berlaku kepada angkatan tentera Malaysia maka ia bermakna siapa lagi yang harus diharapkan untuk menjaga keamanan negara kita dari ancaman musuh. Jika enjin pun boleh dijual, bermakna akan ada lebih ramai pegawai tentera selepas ini atau yang terdahulu menjual rahsia ketenteraan negara kepada orang luar. Semua ini sudah pasti melibatkan banyak pihak sebenarnya. Maka itu rakyat perlu melihat dari sudut yang lebih luas tentang isu ini. Perkara ini adalah serius dan boleh menyebabkan negara ini dijajah semula. Jika aset ketenteraan boleh terlepas ke tangan asing, sudah pasti ia memudahkan pihak luar untuk menceroboh negara kita selepas ini. Rakyat perlu bertindak dengan menjatuhkan kerajaan yang serupa ini. Jika tidak, masa depan anak-anak dan generasi akan datang sudah pasti tidak terjamin. Lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Pastikan UMNO dan Barisan Nasional tersungkur, kerana mereka sudah tidak layak untuk menjadi pentadbir dan kerajaan di negara Malaysia yang tercinta ini].

29 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Jawapannya mudah: Undilah Barisan Nasional @ UMNO untuk memacu Malaysia Ke arah Negara Muflis. Insyallah kepada semua kuda kuda keldai keldai BN@UMNO inilah masa anda kumpul harta, hidup mewah sepuas puasnya sebelum kerajaan baru ambil alih dan membawa kamu semua ke bilik kecil iaitu: Lokap Negara

Anonymous said...

"Berkemungkinan kejadian ini adalah berpunca dari tindakan dari penyokong-penyokong pembangkang sendiri yang berada di dalam kerajaan. Kita sedia tahu bahawa ramai pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong pembangkang sekarang. Tidak mustahil mereka-mereka ini mensabotaj kerajaan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat. Sedangkan ketua-ketua mereka sendiri pun sedang dalam proses menggulingkan kerajaan..."

Anonymous said...

aku setuju jugak, kengkadang bilamana hal yang top2 mcm ni, yang disalahkan adalah umno dan kerajaan BN, padahal ramai dalam kakitangan kerajaan sekarang ni pembangkang, itupun kata kerajaan BN tak adil..eloknya masa interview tu di check setiap seorang, orang BN ke pembangkang, nak mambangkang sangat jangan sibuk nak guna hak kerajaan BN, g hantar anak ke sekolah swasta, pastu jgn nak guna hospital kerajaan, g hospital swasta, pokoknya apa yang berkait dgn kerajaan jgn guna, kadang-kadang org ni bercakap ikut sedap mulut je, taknak pikir apa yang dia cakap..bagilah orang buat siasatan dulu..janganlah nak buat huraian dan tabur fitnah yang mcm2..kena tang kerajaan laju je nak hentam..kena tang pembangkang semuanya pun kerajaan juga kena hentam, apa ni..mampos woooooo

Anonymous said...

BETUL2 TU, AKU PUN SOKONG JUGAK, CUBALAH INGAT SIKIT, KADANG2 YANG MEMBANGKANG NI BILA DITANYA APA SBB DAN NIAT JADI PEMBANGKANG PUN TAK BOLEH DAH NAK JAWAB, KALAU NAK DIBANDINGKAN NEGARA KITA MALAYSIA YANG DIBAWAH KERAJAAN BN, DARI DULU HINGGA SEKARANG O.K LAH JUGAK, MASIH AMAN DAN MAKMUR NEGARA NI, NAK DIBANDINGKAN DENGAN NEGERI2 YANG DITADBIR DIBWH PEMBANGKANG HANCUR, SEBAGAI CONTOH NEGERI SELANGOR, DULU HENTAM KERAJAAN BN KAW2, SEKARANG TGK!!! APA DAH JADI!!! PUN TTP SALAHKAN KERAJAAN, INGATLAH SIKIT JASA-JASA KERAJAAN, JANGAN SAMPAI LUPA SEMUA JASA KERAJAAN BN, SEDARLAH SIKIT ORANG2 KERAJAAN YANG BERJIWA DAN MEMANG PEMBANGKANG TU, KERJA KERAJAAN TAPI PEMBANGKANG, INI LAGI SUSAH NAK CAKAP, TALI BARUT MCM NI LAH YANG PALING BAHAYA SEBENARNYA

Yb Raz said...

memang aku setuju sangat. jawapan yang sangat mudah ialah undilah pakatan rakyat. insyaallah akan menjadi negara bangkrap, menjadi negara proksi yahudi.

masa inilah semua kaldai kaldai pakatan mula berbunyi. konon konon ambik berat pasal negara tapi sebelum ini sibuk menghentam negara.

kalau pakatan memerintah, memang jahanam hidup terutama orang melayu islam. yang senang hidup cuma orang kafir je nanti.

DAP,PKR PAS Kerajaan Racist
Kerajaan Pakatan Kerajaan Zalim

Anonymous said...

dalam situasi semasa skrg rakyat memang telah celik secelik celik nyer.ape lg nak di harap kan pd BN nie hoi..ahli parlimen kuat ponteng,keselamatan negara di abaikan..puak2 penyokong BN x tau aku nak kata ape..buta kayu agaknyerrrr...

rakyat sengsara said...

dah terang lagikan bersuluh. dah dasar pengkianat akan menuduh orang lain pengkianat. memang orang yang tak bermaruah. maruah letak kat lutut ke?

Yb Raz said...

yaaa memang pengkhianat tetap dituduh pengkhianat. xkan dipanggil tukang masak pulak.

baik bn atau pakatan, kalau dah manusia, memang perangai sama.nak cakap apa lagi?

Penulis skrip said...

"Kenapa baru sekarang kecurian enjin pesawat F5E diperbesar sedangkan kehilangan tersebut telah disedari berlaku pada tanggal 26 Jun 2007 dan 1 November 2007 (kedua)....?"

Jawapannya mudah saja kerana 2008 adalah hari pilihanraya umum ke12. Jika berita kecurian itu dihebahkan lebih awal... Mohd. Najib akan jadi kain buruk di Parlimen Pekan.

Seseorang yang ingin berjaya dalam politik, mesti ada banyak duit.. yang disebut politik wang.

Mengapa Tun Dr. Mahathir boleh memerintah Malaysia seperti raja selama 22 tahun...? Jawapannya adalah bukan kerana beliau bijak mentadbir tetapi disebabkan beliau mempunyai banyak duit untuk dilaburkan dalam pasaran "politik wang".

Persoalannya sekarang... siapa terlibat ?

Cerita mudah, menteri pertahanan yang kini adalah perdana menteri bersubahat dalam mencuri harta kerajaan yang ditadbirnya.

Persoalannya: Rakyat malaysia boleh buat apa tindakan diatas kecurian itu....?

Dalam Malayasia sehingga hari ini, adakah diantara menteri kerajaan didakwa apa juga kesalahan dimahkamah dan dihukum kecuali Anuar Ibrahim...?

Ahli UMNO sepatutnya berterima kasih terhadap para pemimpin yang mereka pilih kerana disebabkan kebijaksanaan mereka mencuri, parti UMNO boleh menabong lebih banyk duit sebelum jadi parti pembangkang.

Untuk kepastian, sila siasat dari mana punca pendapatan parti UMNO selain dari duit pendaftaran ahli.

Anonymous said...

Bangang bangang barua barua UMNo ni cakap macam budak tk sekolah.Orang cakap pasal ubi dia cakap pasal taik.tidak ke bahlol namanya itu.

Woi UMNO taik mu reti ko dok org dok cakap pasal apa. Jangan sampai Pemimpin-pemimpin taik mung tu jual negara baru mu nk kata [NO].

Aku hairan ado jugo manusia supo mung atah dunia nih. 100juta harta kerajaan hilang bagi mung ni ibarat 10sen. setakat hari ni berapa ribu juta dah duit negara lesap.Ada puak puak pemimpin buat apa-apa.jawapannya tutup kes la bahalol taik. Kes curi ayam curi telur ayam tu yg puak taik mung bz dok siasat.

wahai puak puak taik umno kami semua kakitangan kerajaan 100% adalah penyokong pembangkang kerana apa. kerana kerajaan yg taik akan kami ubah kepada bersih cekap amanah. Hospital sekolah semua itu untuk rakyat bukan hak mak bapak mung ooiii taik umno.

Memang patut aku kata mung ni budak sekolah tadika sebab hak ni pun tk faham...Apa ke jadah cakap tang jasa jasa kerajaan. Jasa-jasa kerajaan paling besar untuk rakyat ialah mencekik rakyat hingga titisan darah terakhir.
cakap dgn puak puak taik umno ni umpama cakap dgn tunggul kayu.buang masa la

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

aku pun agak ini mesti kerja Pakatan Rakyat...yele dari Butterworth lalu kat Perak pas tu masuk Sgor, ni seme negeri pembangkang tahun 2008, so konfem pembangkang punya keje. Takkan kerajaan BeEnd yg islam hadhari tu buat...... so teori aku geng pembangkang ni culik org yg bawa engin tu pas tu diaorg bom gan C4... PAS tu dia menyamar jadi org yg bawa engin....PAS tu diaorg letak engin tu kat kapal selam yg KERAjaan baru beli...PAS tu anto ke luar negeri...la aku melalut ni....sori le tengah pening pasal duit daftar gan beli barang anak sekolah dah cecah 3 ribu nasib baik KERAjaan RM250 kalu tak mahu pegi ke RM3250.00

uih..hebat gile org pakatan rakyat nie ek?patut r geng2 umno menggelabah sekarang..dh macam citer filem pulok..aku kakitangan kerajaan..aku rasa perit bila tgk membe2 keje swasta hidup lebih senang..pe kerajaan buat untuk bela org mcm aku nie?tu yang ramai kakitangan kerajaan berpaling tadah..yuran sekolah rendah rm124.50 sorg..yg free rm4.50..lg rm120 kena byr..kalau x byr sekolah nk cari mana duit nk fotostat lembaran kerja budak2? soalan peperiksaan pun sekolah kena beli dari ppd..nk tgu kerajaan bg duit?duit yg aku claim rm22 pn spi sekarang xdpt2..dh jamu aku wt claim..org2 umno ni pikir r btl2..korg sokong gile2 pe yg korg dapat?kt kg aku, ketua pemuda cawangan pn xdpt rumah pprt walaupn dia layak..so?yg dpt mcm2 kemudahan adalah org2 atas..stat dr ketua bahagian ke perdana menteri..yg dok bwh?rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..memang r..cukai gst rakyat didahulukan..harga minyak naik dulu pun rakyat didahulukan..nasib baik gula xnaik harga..kalau x, rakyat jugak lah yg didahulukan..yg siksa rkyat r..semua yg buruk didahulukan kepada rakyat..yg baik jgn hrp rakyat nk merasa..nk potong elaun menteri sikit pun xsetuju..nk bela rakyat pe cm2?

Anonymous said...

sememangnya orang yang berpelajaran sudah mengetahui tektik tektik yang digunakan oleh setengah hanturaya.yanag penting duit masok poket sendiri buat makan anak bini dan sebagainya.generasinya pun sama sepertinya juga yang suka makan harta rakyat.100 juta amat lah besar bagi ornag miskin tapi telah di gelapkan oleh orang yang terpengaruh yang boleh di anggap imune terhadap undang di malaysia.apa nk jadi dgm malaysia.1 malaysia.hanyalah malaysia je.aset dalam malaysia utk satu orang je

Nampaknya artikel di atas telah menghukum Dato Seri Najib dan isteri seakan-akan bersalah, Hakim-hakim semuanya boleh dibeli, perbicaraan Anwaar Ibrahim tak adil dan kerajaan BN zalim.Sebenarnya hati kita sudah tertutup untuk melihat kebenaran,hati kita penuh dengan kebencian, yang menggerakkan kita bertindak kasar,biadab,hilang pertimbangan dalam berfikir.kepada penulis beristighfarlah banyak2,bersihkan hati,Insyallah jiwa akan tenang.dan kita akan dapat melihat sesuatu dengan mata hati dan mempertikaikan sesuatu untuk mencari kebenaran dan bukan untuk mencari salah dan kelemahan satu2 pihak.

tak lama lagi jika kes ni dibicarakan,Insya Allah akan wujud lagi 2-3 ekor kambing itam yang akan ditutup mukanya untuk dijadikan mangsa bagi menutup kes BESAR ni.sian kat prebet2 atau sarjan2 tu nanti.Takkan nak jadikan Panglima kambing itam kot

Anonymous said...

habislah negara kita,satu,satu musibah yang yang melanda sejak DSAI disingkirkan,dahulu aman damai aje.Nampaknya puak2 ini semakin mengganas,memboikot kerajaan meletupkan orang,merobohkan stadium,mrr2 ,
jambatan gantung ...... gila...gila..,lepasni sabotaj lagi projek kerajaan,kena yg mati tu sedara-mara ko baru padanya muka, ....pandai2....,lepas itu letakan kesalahan atas kepala kerajaan,polis, hakim,,kemas, trapid,jkr,bomba,indah water...
kpd kerajaan, jgnlah wat silap,kalau boleh kontut pun kalau leh tahan,tahanlah dulu..hi..hi...
padanlah dgn pembangkang,main sokong aje,
sedarlah puak2ni dah semakin ganas, tak mustahil 1 hari nnti barah ini makin menjadi parah apabila tidak dapat memerintah,tgk saja diperak macamana fanatiknya. jgnlah diharap sangat budaya ini akan hilang selepas pembangkang memerintah,aku yakin ianya terus subur mewarnai iklim politik malaysia
.insaflah...jadilah pembangkang yg rasional agar kita tak menjadi seperti negara2 Islam yg lain
nasihat akula,bacalah SINAR HARIAN sebab kat situ ada resionalnya sikit....kui...kui...kui...

tok iskandar said...

lawak antarabangsa betul.enjin jet boleh hilang.kat dalam kem pulak tu.yang kena tangkap sarjan dan soldadu pangkat rendah.paling lawak bila momok totok umno kat sini salahkan pembangkang dengan alasan macam budak tadika.nak bersihkan imej najib eloklah tubuhkan suruhanjaya di raja siasat kehilangan enjion jet yang satu dah jumpa kat argentina.ada berani.selagi tak ada suruhanjaya di raja persepsi rakyat kat najib yang ketika itu jadi menteri pertahanan dan panglima angkatan tentera sekarang yang dulunya panglima tentera udara.tok rujuk kat bloh kedah lanie.

kalau momok totok umno nak kenal pembangkang teroponglah zahid pasal dia yang bocorkan kes enjin jet hilang.patut najib yang buat press conference cakap enjin jet hilang sampai ada oku@ orang kuat umno confius zahid ni sebelah mana.
kes hilang tahun 2007,tapi sekarang baru tahu.kalai tahu awal tok gerenti pru 2008 yang lepas bukan takat umno dan bn tumbang tak kena gaya najib pun kecundang kat pekan.
tok nak tanya momok totok umno kat sini,74 MP BN yang ponteng tak mengundi bajet sulung najib tu kira pembangkang jugak ke.