Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Saturday, January 31, 2009

Eksklusif: Keluar UMNO Dan Masuk PKR, Datuk Nasaruddin Hashim Akui Beliau Terlalu Berani Buat Tindakan Paling Bersejarah Dalam Dirinya

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim sambil menegaskan beliau "cukup berani" untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau keluar Umno bukan kerana tidak berpeluang bertanding dalam pemilihan parti di Bahagian Parit tahun lalu. "Ia tiada kaitan dengan itu dan perkara itu tidak timbul sama sekali," kata beliau yang keluar Umno Ahad lalu. Malah kata Nasarudin, jika beliau lemah sudah pasti tidak berani untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR. "Masih ada semangat untuk berjuang dalam diri saya," kata beliau selepas menemui pengundi-pengundinya malam tadi. Beliau berucap dalam sesi Ceramah Khas Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan dekat sini. Ia antara lain bagi menjelaskan kepada rakyat di kawasannya mengenai pendirian beliau keluar Umno dan menyertai PKR. Turut hadir ialah Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ceramah itu, Nasarudin turut meminta ADUN Umno yang lain di Perak supaya menyertai PKR. "Saya fikir mereka cukup matang untuk berfikir bagi diri masing-masing," katanya. Sambil menyifatkan kehadiran yang ramai dalam ceramah itu, Nasarudin menjelaskan, beliau tidak pernah menyaksikan jumlah itu termasuk ketika kempen pilihan raya umum yang lalu. "Justeru, ia adalah jelas bahawa orang ramai menyokong saya dan mereka gembira," katanya. Beliau juga berkata, PKR tidak menawarkan apa-apa kepadanya untuk menyertai Pakatan Rakyat. Dalam pada itu, Anwar pula berkata, beberapa ADUN BN juga ada menghubunginya untuk menyertai PKR. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara itu.

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Kita masih menanti ramai lagi ADUN dan Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti karat UMNO itu. Sesungguhnya jenama UMNO kini sudah ketinggalan zaman dan rakyat mahukan perubahan sebenarnya. Selama 51 tahun berada dibawah UMNO dan Barisan Nasional, rakyat bukannya semakin senang dan selesa. Malah semakin hari semakin tertekan dengan berbagai masalah dalam hidup mereka. Pembangunan yang dicipta oleh kerajaan sebenarnya hanya dinikmati oleh beberapa kerat penguasa dan golongan korporat sebaliknya rakyat marhaen terus ditekan dan tertindas dengan berbagai penderitaan dan kesengsaraan. Lantaran itulah mereka mahukan perubahan demi masa depan].

Kontoversi: Kehilangan Misteri Dua Exco Perak Membuktikan Bahawa Politik Baru Ciptaan Najib Yang Kedua-Duanya Bakal Keluar Dari PKR !!

IPOH - Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman. Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit. “Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman. Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan. “Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,” tambah Osman. “Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat Umno dan BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu,” tambah beliau.

[Seperti yang kami laporkan sebelum ini bahawa memang ada usaha terdesak Najib Razak sejak mengambilalih tampuk pimpinan UMNO negeri untuk membeli kedua-dua pemimpin terbabit. Kami difahamkan ada pihak yang ternampak mereka berada di rumah Najib sejak akhir-akhir ini. Sama ada laporan ini benar atau tidak namun ia bagai mengesahkan lagi kehilangan kedua-dua pemimpin terbabit. Kami juga berpendapat bahawa kehilangan mereka samalah dengan apa yang berlaku kepada Penyiasata Persendirian Balasubramaniam selepas menarik balik akuan bersumpahnya terhadap Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya. Kini sudah pasti kedua-dua exco terbabit telah ditawarkan dengan berbagai jawatan dan imbuhan sekiranya mereka keluar dari PKR dan menyertai UMNO. Tindakan "menculik" seperti yang dilakukan ini adalah satu tindakan jahat dan zalim sebenarnya. Jika inilah cara "politik baru" di Malaysia yang ingin diperkenalkan oleh Najib Razak, kita khuatir suatu hari nanti ada pula pihak-pihak tertentu yang sanggup menjadi "pengebom berani mati" akibat sudah tidak tahan tekanan].

Eksklusif: Terbongkar, Misi Rahsia Tersirat Atas Perlantikan Dato' Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Yang Baru !!

Perlantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru nampaknya bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Ramai pihak yang sebelum ini menganggap perlantikan Najib bakal mempercepatkan lagi kehancuran UMNO Perak. Kini mereka semakin sangsi dengan isu perlantikan tersebut, walhal Najib dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional berdasarkan kepada prestasi dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini. Namun, hakikatnya kita harus akui bahawa Najib mengambil alih jawatan itu dengan dua misi yang amat besar. Pertamanya, menumbangkan serta merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat dengan merasuah dan mengugut pemimpin-pemimpin tertentu. Manakala keduanya pula ialah membawa masuk semula mana-mana pemimpin UMNO yang didapati mula untuk menyokong dan berpihak kepada pembangkang termasuk juga ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim. Inilah dia dua agenda besar Najib yang gagal dilakukan oleh Tajol Rosli sebelum ini. Mengapa beliau percaya yang dirinya dapat melakukan semua ini. Kerana Najib adalah Menteri Kewangan sekarang, dan beliau juga bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Mac ini. Lantaran itulah beliau terfikir bahawa limpahan kemewahan dan kewangan wajar ditaburkan kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat dan BN yang mahu berhijrah. Tajol Rosli dilihat gagal kerana beliau tiada jawatan diperingkat pusat dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan sebelum ini. Maka itulah tugasan ini diberikan kepada Najib.

Datuk Nasaruddin Bakal Ditekan Dengan Ugutan

Langkah pertama yang pasti akan kita saksikan selepas ini ialah Najib dan orang-orangnya akan menekan serta mengugut ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim (foto). Mereka sudah pasti akan mencari dan membongkarkan segala isu yang berkaitan dengan ADUN terbabit. Bahkan lebih parah lagi selain ditekan dan diugut dengan rasuah, mungkin ugutan peribadi juga terpaksa dilakukan. Manakala jalan yang terakhir pula, sudah pasti beliau akan ditawarkan dengan wang dan kemewahan sekiranya sanggup kembali bersama UMNO. Najib kini sudah semakin kemaruk kuasa dan perlu membalas dendam kepada Pakatan Rakyat atas kekalahan memalukan di Kuala Terengganu. Beliau mesti merampas negeri Perak walau dengan apa jua sekali pun. Justeru itulah beliau mengambil alih pucuk pimpinan negeri, sedangkan di Perak ramai calon yang sesuai menggantikan Tajol Rosli sebenarnya termasuk Zahid Hamidi sendiri. Namun dek kerana Najib melihat, harapan beliau untuk menakluki Perak agak cerah kerana majoriti antara BN dan Pakatan Rakyat tidak jauh berbeza di Dewan Undangan Negeri. Maka itulah beliau yakin dengan statusnya sebagai Menteri Kewangan dan bakal PM itu, maka misinya ini akan berjaya. Sedangkan beliau lupa jutaan ringgit ditaburkan di Kuala Terengganu, namun rakyat tetap memilih Parti Islam PAS untuk menang di kawasan parlimen tersebut.

Merasuah Dua Exco Perak Supaya Keluar Parti

Kami mendapat maklumat terkini bahawa inilah caranya Najib akan gunakan untuk memastikan nyawa UMNO dan BN hidup kembali di Perak. Khabarnya kini kedua-dua exco PKR Perak telah beberapa kali dilihat berada di rumah Najib Razak. Hingga kini sudah hampir dua minggu kedua-dua mereka gagal dihubungi. Apakah ini bermakna mereka akan terpedaya dengan tipu helah UMNO dan Barisan Nasional. Sebelum ini dua anggota Exco kerajaan negeri terbabit iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, dan Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu, 57, dituduh di mahkamah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan bagi membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.


Dua Exco Terbabit, Jamaluddin (kiri) dan Mohd Osman (Kanan)

Sedangkan kes tersebut sebenarnya langsung tidak wujud dan sengaja dimanipulasikan oleh puak-puak UMNO untuk menakutkan kedua-dua pemimpin terbabit. Kami difahamkan kedua-dua exco itu mempunyai dua pilihan sekarang, sama ada kekal dalam PKR dan bakal dipenjara dengan hukuman atas kesalahan yang tidak dilakukan itu. Atau pun mereka membuat keputusan untuk menyertai UMNO dan kes tersebut akan digugurkan disamping mereka pula menerima ganjaran kemewahan dan kewangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh Najib sekarang. Kami pasti akan berlaku satu kejutan besar di Perak selepas ini. Tambahan pula kedua-dua exco terbabit kini sama ada diculik atau menghilangkan diri masih sukar untuk dikenal pasti. Apapun tunggu laporan seterusnya hal ini.


[Kami menjangkakan bahawa UMNO dan BN Perak akan menggunakan strategi yang lebih ganas selepas ini untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan di Perak. Apapun, seperti yang pernah diperkatakan oleh Najib sendiri bahawa "Suara Rakyat Suara Keramat". Maka mereka boleh menggunakan ugutan dan wang untuk merasuah sesiapa sahaja demi kepentingan survival politik masing-masing. Namun mereka juga harus ingat bahawa gelombang kebangkitan rakyat kini semakin membuak-buak bagai gunung berapi. Apabila ia meletup nanti pasti limpahan laharnya akan lebih dasyat dari gelombang tsunami sebelum ini. Maka itu, lakukanlah apa sahaja, namun sudah pasti rakyat juga yang pasti akan menentukan segala-galanya].

Aktiviti: Program Sambutan Tahun Baru Cina PKR Kuantan Disambut Meriah Dalam Kesederhanaan

KUANTAN - Sambutan Majlis Tahun Baru Cina KeADILan Kuantan disambut meriah 29 Januari 2009 lalu. Berbagai acara telah diadakan bagi meraikan para tetamu di majlis berkenaan. Antaranya ialah tarian singa, demo kaligrafi tulisan Cina, menggaul "Yee Sang" dan juga ucapan khas oleh para tetamu kehormat yang hadir. Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Dato' Fauzi Abdul Rahman, Ketua Bahagian dan selaku Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail, ADUN Beserah YB Tuan Syed Mohammad Syed Lonik, Naib Ketua PKR Bahagian Kuantan Saudara Siew Fook Chan dan lain-lain lagi. Program yang bermula sekitar jam 11.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 3.00 petang dan dihadiri lebih 300 tetamu. Semua tetamu khas jemputan ini telah disambut dengan tarian singa. Pelbagai hidangan dan makanan disediakan kepada para tetamu dari pelbagai kaum Melayu, Cina dan India. Mereka semua gembira dan penuh ceria meraikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina itu dengan penuh semangat perpaduan dan muhibah.


Kehadiran YB Fuziah Salleh telah disambut meriah dengan tarian singa

Tetamu kehormat , Dato' Fauzi, YB Fuziah, YB Azan, YB Tn.Syed Mohammad, Siew, Sim bergambar kenangan dengan memegang keratan tulisan kaligrafi

[Semangat muhibbah dan perpaduan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat kini semakin utuh dan bakal membawa perubahan yang besar dalam iklim politik negeri Pahang. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh parti perkauman UMNO sejak akhir-akhir ini. Mereka seboleh-bolehnya mahu mewujudkan permusuhan antara sesama kaum dalam Pakatan. Namun ternyata, politik alaf baru memerlukan semua itu. Akhirnya puak-puak UMNO menyendiri dengan politik perkauman mereka UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC India. Maka itu, kami amat yakin unuk masa akan datang politik perkauman seperti itu tidak akan mendapat tempat sewajarnya lagi dikalangan rakyat Malaysia berbilang kaum].


Kemalangan: Memang Kurang Ajar, Bila Anak Saudara Presiden PAS Mati Dilanggar Polis, Tapi Pesalah Terbabit Tidak Pula Ditahan Reman !!

KUALA TERENGGANU - Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam. Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV (foto hiasan) nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu. Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut. "Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya. "Malah, menurut anggota polis di beliau (Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan." Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya. Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian. Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian. Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.


[Ini satu lagi kejadian aneh dan double standard pihak polis. Mentang-mentanglah pesalah adalah polis dan menaiki kereta yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, maka beliau tidak direman biarpun menyebabkan kemalangan maut. Sungguh geram bila kita melihat perkara ini. Tambah marah lagi bila anggota polis terbabit bertindak sombong dan ego tatkala diminta memberikan kerjasama setelah kejadian itu berlaku. Sungguh malang bila kita sering menyaksikan adengan-adengan sebegini dalam pada polis mahu mempertingkatkan integriti mereka. Soalnya sekarang, kenapa anggota polis terbabit tidak ditahan reman untuk siasatan? Apakah beliau membuat laporan polis selepas kejadian?. Beliau meninggalkan kenderaannya tanpa berkunci dan terus lari ke Kuala Lumpur jelas menunjukkan mereka kurang ajar. Maka rakyat harus melakukan sesuatu dalam hal ini. Nyawa manusia mati tetapi mereka anggap seperti nyawa "binatang" dan tidak mahu langsung bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Jika terjadi kepada orang awam, sudah pasti kita akan ditahan reman untuk bantu siasatan].

Eksklusif: 11 Cawangan UMNO Dibubar Dan Lebih 15,000 Hadir Dalam Ceramah Pertama ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim Selepas Menyertai PKR

BOTA - Nampaknya segala keputusan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar dari UMNO dan menyertai PKR untuk bersama Pakatan Rakyat adalah satu tindakan yang bijak dan direstui sebenarnya. Beliau tidak keseorangan dan mendapat sokongan padu daripada rakyat di kawasannya. Semalam, lebih 15,000 rakyat datang berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan. Sementara itu kami difahamkan terdapat 11 cawangan UMNO yang dibubarkan iaitu Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg.Selat Bota Kanan dan lain-lain lagi. Kesemua ahli UMNO terbabit bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat selepas ini. Senario ini merupakan satu lagi tamparan hebat tatkala Najib Razak mengambil alih tampuk pemimpinan UMNO Negeri menggantikan Tajol Rosli sebelum itu. Sementara itu Datuk Nasaruddin dalam ucapannya menyatakan bahawa tiada pangkat dan duit yang dijanjikan untuk beliau bersama Pakatan Rakyat. Semua itu adalah lahir dari keikhlasan hati setelah melihat berbagai kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam UMNO sejak akhir-akhir ini. Beliau juga terkejut dengan kehadiran ribuan rakyat dan secara sini menyatakan "jika dalam UMNO ketika saya berceramah, hanya kerusi sahaja yang lebih banyak dari orang yang datang. Tetapi dalam ceramah malam ini begitu ramai rakyat yang memberi sokongan" katanya.

[Senario yang berlaku ini jelas membayangkan kepada kita bahawa jenama UMNO sudah tidak laris di pasaran sebenarnya. Hanya puak-puak UMNO yang "bangang" sahaja yang masih percaya UMNO akan terus hidup subur selepas ini. Walhal mereka sendiri pun malu untuk memperagakan jenama UMNO itu di mana-mana. Di Pahang kami mendapat maklumat beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Jerantut dipercayai telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan kempimpinan PKR di Kuala Lumpur. Apakah satu lagi kejutan akan berlaku di negeri Pahang selepas ini. Khabarnya ramai AJK Bahagian yang akan melompat ke PKR kerana mereka tahu dengan rasuah yang melibatkan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda dalam pemilihan bahagian itu baru-baru ini. Nantikan kejutan ini].

Program terbaru dan terhebat, sedang meletup di pasaran . Pengiklanan SMS (K-Advertising) dengan modal hanya RM90 sahaja anda berpeluang jana income sehingga 4 angka setiap hari. Anda boleh hantar SMS menggunakan Server Percuma, Guna Nama Korporat Anda kepada semua. Telefon Percuma untuk anda yang layak. Panggilan percuma (Unlimited) kepada semua ahli ads4bucks. Juga Dapatkan E-Book Percuma serta lain-lain kemudahan. Anda juga boleh mengiklankan produk anda dilaman ini secara percuma setelah berdaftar sebagai ahli kami. Usahawan diperlukan di seluruh Malaysia untuk bernaung di bawah PDO Network. Cepat daftar segera sekarang !! Sila SMS Nama_Alamat Ke 018-2206761. Mahasiswa dan Graduan Menganggur digalakkan sertai program ini. Klik imej untuk info dan refresh untuk kembali ke Blog Pahang Daily Online. Sertai kami sekarang, Nama, Lokasi dan H/P anda akan dipaparkan di blog ini dan iklaneka akhbar.


Eksklusif: Perlantikan Dato' Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak Yang Baru Bakal Mempercepatkan Lagi Hancurnya Parti Itu

Perlantikan Dato' Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak biarpun dianggap baik oleh puak-puak mereka, namun percayalah bahawa senario ini bakal mempercepatkan "kehancuran parti UMNO Perak" itu nanti. Semalam, Najib dilantik bagi menggantikan Tajol Rosli untuk mengetuai UMNO negeri itu setelah dilihat gagal menangani permasalahan dalam parti itu mutakhir ini. Tambah mengharukan apabila ADUN Bota dari UMNO dan BN, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari parti karat itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Biarpun UMNO mengatur strategi bagi menarik balik beliau, namun ADUN Bota dalam sidang medianyua baru-baru ini mengesahkan bahawa keputusannya itu adalah muktamad demi kepentingan majoriti rakyat. Maka, membawa Najib bagi menggantikan Tajol Rosli sebenarnya bakal mengundang pada yang lebih besar. Tambahan pula Najib kini bukanlan "pemimpin harapan rakyat" yang diperlukan sangat di mana-mana sekalipun. Ramai rakyat sebenarnya tidak mahu pemimpin seperti Najib Razak yang dilihat penuh "skandal dan kontroversi". Biarpun semua skandal dan kontroversi itu dijawab sebagai "fitnah" oleh beliau, namun rakyat lebih yakin ianya adalah kebenaran bila melihat kepada perjalanan dan fakta kes berkenaan.

Maka itulah rakyat mengharapkan agar Najib Razak membersihkan dirinya di mahkamah dan bukannya "berkokok di luar gelanggang" bagi menjawab segala tohmahan. Kaitannya dengan kes-kes berprofail tinggi seperti Altantunya, Helikopter Caugar, Kapal Selam Scorpene, Jet Pejuang Sukhoi dan banyak lagi jelas membuktikan imej Najib sudah tercalar dan sukar untuk dibersihkan lagi. Lantaran itulah, sekalian hamba rakyat lebih rela Pak Lah terus memimpin negara daripada menyerahkannya kepada anak mantan PM Tun Razak itu. Imej Najib dengan Tun Razak, jauh panggang dari api. Ayahandanya itu lebih berjiwa rakyat dan merupakan pejuang UMNO sejati yang berhasrat untuk membela agama, bangsa dan negara. Tapi, Najib sudah jauh tersasar dari itu. Pejuangannya lebih kepada memperkayakan diri serta kaum kerabatnya dan langsung tidak nampak jelas hasrat nurani seperti Allahyarham bapanya itu. Memang wajarlah rakyat tidak mahu Najib jadi Perdana Menteri. Jika tidak, sudah pastilah Malaysia akan dimalukan sekali lagi. Maruah negara akan terus tercalar di persada antarabangsa jika perkara ini tidak dihalang. Bulan Mac ini maka segalanya ini bakal terjawab. Masa kian hampir dan kita sudah tiada masa lagi untuk bertindak.

[Apapun yakinlah bahawa perlantikan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sebenarnya bakal mengahncurkan terus parti itu di sana. Rekob buruk Najib di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu menjadi bukti itu semua. Maka tidak hairanlah ramai rakyat yang sebenarnya gembira dengan senario ini. Di peringkat pusat pula kata mereka, perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri juga bakal mempercepatkan lagi kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah sebenarnya yang amat kita nantikan sangat. Maka itu, janganlah gusar atas segala apa yang bakal terjadi ini].

Eksklusif: Sasterawan Negara Dijangka Hadir Ke Himpunan Bantah Pembelajaran Matapelajaran Matematik Dan Sains Ke Dalam Bahasa Inggeris !!

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok. Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta. Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (foto) turut diura-urakan akan menyertai majlis pelancaran itu. Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun masih berteka-teki dengan berkata: "Awak tengoklah esok." Setiausaha GMP Hasni Abas memberitahu, tokoh-tokoh itu akan berucap menolak PPSMI dan program ringkas ini yang bermula jam 3 petang diakhiri dengan acara pelancaran oleh Dr Hassan sebagai pengerusi jawatankuasa induk GMP.

GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran awal Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis pelancaran itu yang turut disertai beberapa ahli politik PKR dan PAS akan dimeriahkan dengan bacaan sajak bertemakan perjuangan bahasa. Hasni, juga presiden Kesatuan Pekerja-pekerja DBP berkata, sebanyak 2,000 risalah menentang PPSMI akan turut diedarkan kepada orang ramai di sekitar kompleks tersebut. Mengulas sebab Sogo dipilih sebagai tapak pelancaran perhimpunan GMP dua bulan lagi, beliau berkata: "Tempat itu ramai orang. Perjuangan kita perjuangan rakyat. Kita kena pergi kepada rakyat." Tambahnya, majlis pelancaran itu tetap dilangsungkan walaupun tanpa permit polis. "Polis kena lebih faham. Kita pun warganegara juga yang ada hak (berhimpun)," katanya. Ahad ini, PAS yang bergabung dalam GMP akan mengadakan ceramah berhubung isu PPSMI di Markaz Tarbiyyah PAS, Gombak.

[Dalam negara Malaysia ini, memang sepatutnya mana-mana himpunan yang bertujuan untuk membela rakyat sepatutnya mendapat sokongan dan pemantauan daripada pihak berkuasa terutamanya pasukan polis. Namun, dek kerana kepentingan politik mengatasi segalanya maka akhirnya pihak polis dijadikan "kambing hitam" untuk menyerang dan melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak berdosa dan hanya menyatakan suara mereka untuk didengari. Maka itu, kami yakin himpunan PPMSI yang bakal dilakukan di Sogo petang esok bakal menjadi satu lagi medan pertarungan antara pihak polis terutamanya FRU dengan rakyat marhaen].

Eksklusif: Isu Ahli UMNO Dikasari Pegawai SPRM, Satu Pasukan Khas Terpaksa Ditubuhkan Untuk Menyiasat Kesahihan Tentang Laporan Tersebut

KUANTAN - Nampaknya ahli UMNO yang membuat laporan bahawa beliau ditendang serta dikasari oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Halimi Kamaruzzaman yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran bakal berhadapan pula dengan tindakan selepas ini. Sama ada apa yang dilaporkannya itu benar atau tidak, namun kami tetap mempertahankan bahawa "tidak mungkin" pihak SPRM tergamak memperlakukan beliau sedemikian rupa. Jika SPRM itu adalah polis, mungkin juga ia masuk dek akal. Namun SPRM tiada kuasa hingga ke tahap itu untuk membelasah, mendera dan menyiksa mana-mana pesalah rasuah. Kami yakin dengan pihak SPRM dan tidak yakin dengan kenyataan serta laporan polis yang dibuat oleh Halimi. Tambahan pula mana-mana individu yang mengenali beliau sama ada di Bahagian Maran atau pun Pahang amnya pasti akan mengatakan memang Halimi adalah antara "perasuah tegar" yang perlu dihapuskan sebenarnya. Kami sudah mendedahkan siapakah Halimi sebelum ini. Justeru itu tidak ada keraguan lagi dan sememangnya terbukti bahawa laporan yang dibuat itu adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kononnya dengan laporan tersebut kerajaan akan mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan SPRM campurtangan dalam hal dalaman UMNO. Menerusi sepanduk ahli-ahli UMNO yang membuat demonstrasi di Bangunan UMNO di lobi Menara Dato' Onn yang antaranya berbunyi "Jangan Ambil Hak Kami". Puak-puak UMNO ini takut SPRM mengambil hak mereka, iaitu menganggu mereka untuk "suburkan rasuah sebagai darah daging parti karat" itu sebenarnya. Maka itulah kes Halimi dijadikan sebagai "main point" untuk mereka mendesak pucuk tertinggi UMNO menghalang SPRM terlibat dan campur tangan hal dalaman UMNO kononnya. Inilah dia mentaliti dangkal puak-puak UMNO ini sejak dulu, kini dan selamanya jika tidak dibenteras dari sekarang. Mereka seboleh-bolehnya mahu mempertahankan hak-hak mereka untuk melakukan rasuah. Bagi mereka, tidak perlu ada mana-mana pihak yang menghalang aktiviti tersebut. Mereka mahu supaya amalan "rasuah" terus disuburkan dalam UMNO, justeru itulah mereka pasti akan menghalang dan memburuk-burukkan SPRM demi kepentingan politik.

SPRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Laporan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan seorang pemimpin Umno Maran didera oleh pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu. Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menyatakan ia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi dengan pegawainya yang terlibat sekiranya dakwaan itu berasas. "SPRM juga memberi jaminan penyiasatan ini akan dilakukan secara profesional dan adil. "Penyiasatan dalaman itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Aduan yang dibentuk di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009," katanya. Jawatankuasa Aduan itu terdiri daripada lima ahli yang dilantik (bukan pegawai SPRM) bagi memastikan sebarang aduan salah laku yang dikendalikan dengan bebas dan telus mengikut prosedur ditetapkan. Menurut agensi berita itu, SPRM juga meminta polis mengambil tindakan segera ke atas laporan Halimi Kamaruzzaman kelmarin berhubung dakwaan serius dan mengejutkan itu. "Sekiranya dakwaan itu tidak benar dan berunsur fitnah, satu tindakan wajar diambil ke atas pengadu yang telah membuat laporan palsu itu," katanya. Katanya, pegawai SPRM Pahang juga turut membuat laporan polis berikutan terdapatnya ugutan-ugutan bagi tujuan memburukkan imej suruhanjaya kepada pihak tertentu.

Dalam aduan polisnya, ahli jawatankuasa bahagian itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi". Halimi juga mendakwa beliau ditendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel. "Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," lapornya di balai polis Damansara, Petaling Jaya. "Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut. "Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya." Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

[Kami yakin bahawa laporan yang dibuat oleh Halimi ini adalah direka-reka oleh beliau sendiri memandangkan rekod peribadi beliau tidaklah sebaik yang disangka. Justeru usahlah beliau beriya-iya cuba untuk menajdi juara. Anehnya, setakat ini tidak kita tidak dapat melihat wajah sebenar Halimi Kamaruzzaman ini sebenarnya. Mungkinkah beliau takut untuk berhadapan dengan media agaknya. Atau beliau tahu yang segala yang dilakukan itu adalah hanya gimik semata-mata untuk menjatuhkan nama baik SPRM. Kami amat berharap agar pihak SPRM dapat menyiasat perkara ini dengan telus dan jangan benarkan pihak polis yang tidak jujur serta boleh dijual beli untuk terlibat sama dalam siasatan tersebut. Ini kerana, kita takut UMNO sudah membayar mana-mana pegawai polis untuk membuat laporan yang akan menjejaskan nama baik SPRM biarpun perkara sebenarnya adalah berbeza daripada yang dihebahkan].

Isu Samseng: Kerajaan Perlu Pantau Dan Siasat Isu Kekerasan Serta Paksaan Peniaga Terhadap Pelanggan Di Kompleks Pertama Kuala Lumpur !

KUALA LUMPUR - Apa sudah jadi dengan kempen "nilai-nilai Murni" yang dianjurkan oleh kerajaan selama ini. Kami memandang serius apa yang berlaku terhadap seorang remaja yang dibelasah gara-gara tidak jadi membeli telefon bimbit di sebuah kedai alat telekomunikasi terbabit di Pertama Kompleks (foto) baru-baru ini. Kami menghantar beberapa orang krew kami untuk memantau perkara ini. Ternyata dari maklumat orang awam yang diterima menyatakan bahawa memang kejadian "samseng" ini kerap berlaku di sana. Peniaga kedai telefon di Pertama Kompleks bertindak demikian bagi menggertak mana-mana pelanggan yang berkunjung ke situ. Akibatnya ramai pelanggan yang takut dan terpaksa membeli set telefon yang mereka "lihat dan pegang" itu. Senario ini amatlah memalukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Soalnya mengapakah ini terjadi? Kenapakah perkara seperti ini tidak dipantau oleh pihak berkuasa? Mana perginya polis yang kononnya ingin membenteras jenayah?. Jika kejadian seperti ini boleh berlaku kepada rakyat Malaysia, bayangkan jika ada pelancong pula yang berurusan di situ. Bukankah ianya akan menjejaskan nama baik Malaysia di persada dunia. Sila lihat video dibawah ini sebagai bukti bahawa perkara ini memang benar-benar terjadi dan bukan omongan kosong semata-mata.


Video ini adalah ikhsan dari blog sahabat Tugubangsa .

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Sebenarnya kejadian seperti ini memang banyak berlaku di mana-mana dalam negara kita, bahkan yang paling popular ialah di sekitar kawasan Petaling Street dekat Kuala Lumpur. Ramai yangs udah menjadi mangsa, cuma terkadar perkara ini tidak dihebahkan demi keselamatan masing-masing. Tambahan pula ramai yang menjadi mangsa adalah terdiri dari kalangan mereka yang melancong dan bukan warga kota Kuala Lumpur. Inilah masalahnya, diharapkan agar pihak kerajaan terutamanya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis dapat menyiasat dan memantau perkara ini demi kepentingan awam secara keseluruhannya].

Friday, January 30, 2009

Cyberita: InfoTerkini Dari Pelbagai Sumber Media

MB Perak Nafi Dua Exco PKR Akan Sertai BN

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai Barisan Nasional. “Spekulasi mengenai Jamaluddin dan Mohd Osman itu adalah tidak benar. Saya berusaha untuk berhubung dengan mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa terdapat dua wakil rakyat daripada PKR akan keluar parti dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai parti UMNO karat itu nanti.

[Dalam orang sedang sibuk-sibuk berbicara soal kemasukan Wakil Rakyat BN ke PKR atau PAS, tiba-tiba akhbar arus perdana itu membuat laporan yang salah tentang perkara ini. Semunya bertujuan sebagai provokasi bagi menghilangkan keyakina rakyat terhadap kepimpinan sedia ada sekarang].

Nik Aziz Anggap UMNO Pokok Hampir Mati

KOTA BAHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah. Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati. “UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

[Apa yang disuarakan oleh TG Nik Aziz itu ada kebenaran sebenarnya. UMNO sekarang memang sudah mereput di perngkat akar umbi dan memanti masa untuk tersungkur ke bumi. Bahkan puak-puak UMNO sendiri kini malu untuk mengaku mereka UMNO. Baik deri segi berpakaian atau sebagainya. Lantaran itulah masa untuk berubah kian menjelma].

MB N.Sembilan Nafi Ada ADUN Akan Lompat Parti

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan khabar angin kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menyertai pembangkang. “Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam akhbar berbahasa Cina kononnya ada beberapa orang ADUN dari Negeri Sembilan yang akan melompat parti.

[Pepatah mengatakan "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang". Maknanya, jika tiada berita mengapa perkara ini dihebahkan. Samalah yang berlaku kepada ADUN Bota Perak, mula-mula khabar angin akhirnya jadi kenyataan. Sama juga dengan bekas MB Perak, mula-mula khabar angin dan beliau mati-mati nafikan akan letak jawatan. Tapi akhirnya perkara itu terbukti. Maka itu khabar angin biasanya akan berakhir dengan kenyataan kini].

Video Khas Kes Kematian Kuhan Di Lokap Polis

Edisi Bongkar: Isu SPRM, Laporan Polis Terhadap Kes Keganasan Suruhanjaya Itu, Kenali Siapakah Sebenarnya Ahli UMNO Halimi Kamarulzaman Itu

MARAN - Laporan beliau dikasari oleh pegawai SPRM amatlah teruk dan memang berniat "jahat" untuk menggagalkan usaha badan bebas itu menyiasat rasuah yang dilakukan oleh puak-puak UMNO karat ini sebenarnya. Mereka kini terlalu takut dengan SPRM. Seolah-olah badan itu akan menjadi penghalang untuk mereka terus berkuasa. Walhal SPRM itu digubal dan diluluskan oleh parlimen atas iniseatif pemimpin mereka sendiri. Maka kini akibat ketakutan tersebut, puak-puak karat ini terpaksa membuat pengakuan dan menuduh pegawai SPRM yang bukan-bukan. Semua itu sebagai satu jalan bagi membolehkan ia dibubarkan atau dihalang dari menyiasat rasuah yang berlaku dalam UMNO. Amatlah hairan, bila Majlis Tertinggi UMNO pula boleh bermesyuarat dengan ahli UMNO yang membuat demonstrasi terhadap SPRM itu. Apa maknanya semua ini. Lebih mengharukan ialah laporan yang dibuat oleh ahli UMNO Halimi Kamarulzaman. Soalnya siapakah beliau ini?. Kenapa tiba-tiba sahaja nama beliau popular? Kami cuba menyiasat latar belakang peribadi beliau. Halimi adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Maran yang kini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran. Semasa dalam pemuda dulu, beliau telah banyak menggunakan "rasuah dan politik wang" untuk menang. Ketika pertandingan merebut jawatan itu suatu ketika dulu, beliau pernah merasuah dengan menaja perwakilan pemuda UMNO bahagian Maran untuk bersantai dan bersuka ria di pusat peranginan Dhe'Rhu Beach Resort Kuantan selama beberapa hari menjelang pemilihan.

Di sediakan dengan "minuman keras" dan "perempuan" sebagai habuan dan kemudian duit rasuah untuk memancing undi. Difahamkan, beliau kalah dalam pemilihan itu. Namun telah menghabiskan lebih RM120,000 untuk memberi rasuah kepada perwakilan pemuda bahagian Maran supaya menyokong dirinya. Namun beliau terpaksa akur dengan kroni Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Tan Aminuddin yang meletakkan anak saudaranya berlawan dengan Halimi. Duit yang ditaburkan oleh musuhnya itu lebih besar dari yang disediakan oleh Halimi. Akhirnya beliau tewas. Sejak itu namanya sedikit tenggelam. Apapun, beliau masih lekat lagi dalam jawatankuasa bahagian kerana sanggup berkompromi pula dengan Ketua UMNO Bahagian dalam projek-projek tertentu termasuk mengeluarkan saki baki kayu balak di sepanjang projek Lebuh Raya Pantai Timur satu ketika dulu. Halimi kaya dengan merompak balak dan projek-projek runding terus setelah berkompromi dengan Dato' Tan Aminuddin. Tambahan pula beliau berasal dari Chenor dan satu kampung dengan Wakil Rakyat terbabit. Kereta Mercedes kelabunya CAL19 amat popular di Maran dan Kuantan. Ternyata beliau pandai bermain projek sejak zaman MB Khalil Yaakob lagi.

Buat masa ini, kami difahamkan bahawa Halimi lebih banyak menghabiskan masa dengan projek-projek di Kuala Lumpur. Beliau merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat Kurnia Pasifik Construstion Sdn Bhd (624892-V) yang beroperasi di Suite 613, Level 6, Block B3, Leisure Commerce Square, No 9 Jalan PJS 8/9 Selangor Darul Ekhsan. Kami sebenarnya tidak hairan dengan laporan rasuah "politik wang" yang melibatkan dirinya itu. Kerana beliau memang sudah sinonim dengan amalan itu sejak mula-mula berpolitik lagi. Justeru itu usahlah Halimi ingin cuba membuat laporan yang "bukan-bukan" semata-mata untuk menutup kelemahan dirinya. Jika beliau bersih itu tidak mengapa, jangan sampai kami dedahkan tentang segala rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh beliau selama ini. Kami tahu siapakan musuh dan kroni-korni beliau yang kaya dengan projek dan rasuah yang dilakukannya. Justeru itu, usahlah beliau cuba membuat-buat cerita bagi menggelakkan isu sebenarnya yang membabitkan rasuah yang telah berlaku dalam parti karat UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

[Kami mendapat maklumat dalam pemilihan UMNO Bahagian Maran baru-baru ini memang banyak unsur rasuah yang perlu disiasat. Calon Ketua Pemuda UMNO bahagian itu yang tewas dikatakan telah berbelanja lebih RM130,000 untuk memancing undi. Kini beliau merana akibat kekalahan itu dan terus dipinggirkan. Bagi yang menang pula sebenarnya jumlahnya lebih besar lagi. Itu belum melibatkan pucuk tertinggi pimpinan UMNO bahagian ini. Rasuah yang paling besar berlaku apabila Mantan MB Selangor, Khir Toyo dipercayai menyogokkan sejumlah wang kepada perwakilan untuk mencalonkan namanya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Kami difahamkan setiap perwakilan disuap sebanyak antara RM200-RM300. Maka itu SPRMsila siasat apakah kes Halimi Kamarulzaman ini juga ada kaitannya dengan wang Khir Toyo?].



IKLANEKA: PROGRAM USAHAWAN K-ADVERTISING 2009

Program terbaru dan terhebat, sedang meletup di pasaran . Pengiklanan SMS (K-Advertising) dengan modal hanya RM90 sahaja anda berpeluang jana income sehingga 4 angka setiap hari. Anda boleh hantar SMS menggunakan Server Percuma, Guna Nama Korporat Anda kepada semua. Telefon Percuma untuk anda yang layak. Panggilan percuma (Unlimited) kepada semua ahli ads4bucks. Juga Dapatkan E-Book Percuma serta lain-lain kemudahan. Anda juga boleh mengiklankan produk anda dilaman ini secara percuma setelah berdaftar sebagai ahli kami. Usahawan diperlukan di seluruh Malaysia untuk bernaung di bawah PDO Network. Cepat daftar segera sekarang !! Sila SMS Nama_Alamat Ke 018-2206761. Mahasiswa dan Graduan Menganggur digalakkan sertai program ini. Klik imej untuk info dan refresh untuk kembali ke Blog Pahang Daily Online. Sertai kami sekarang, Nama, Lokasi dan H/P anda akan dipaparkan di blog ini dan iklaneka akhbar.


Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.



Eksklusif: Wayang Trick UMNO Nampak Menjadi, Laporkan Kes Keganasan SPRM Untuk Pastikan Badan Itu Tidak Dibenarkan Siasat Politik Wang!

KUANTAN - Nampaknya "Wayang Trick" yang mahu dilakukan oleh puak-puak UMNO seakan mahu menjadi. Selepas salah seorang pemimpin mereka Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang. Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel. Maka semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno dikatakan telah bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang. Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini. Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka. Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda. "Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis," kata beliau.

Sebahagian ahli UMNO yang buat "trick demo" bantah SPRM semalam
Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah". Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Menara Dato Onn kira-kira pukul 8.40 malam untuk mempengerusikan mesyuarat MT. Sebelum mempengerusikan mesyuarat MT beliau melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno atas talian di lobi Menara Dato Onn. Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak turut hadir. Semalam, salah seorang daripada 39 orang terbabit, Hilmi Kamaruzzman memfailkan laporan polis di Balai Polis Damansara kerana mendakwa didera oleh pegawai penyiasat SPRM semasa disoal siasat. Tambah Zuraidi, pucuk pimpinan parti perlu memandang serius mengenai perkara tersebut dan meneliti penubuhan SPRM. Katanya, masalah parti harus diselesaikan di peringkat dalaman. "Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga," katanya. Memorandum tersebut diserahkan kepada PM dan TPM serta anggota MT. Kumpulan itu beredar dari kawasan Menara Dato Onn selepas Abdullah dan timbalannya memasuki lif untuk ke dewan mesyuarat.

[Kami amatlah berharap agar SPRM bersedia dengan berbagai "trick" lagi yang akan dilakukan oleh puak-puak UMNO untuk menjatuhkan imej mereka. Jika benar Halimi ditendang dan diterajang, sila buat laporan doktor pakar untuk membuktikan kesnya itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim yang mengatakan dirinya ditendang dan diteranjang. Akhirnya siasatan mendapati ia dilakukan oleh mantan Ketua Polis Rahim Noor. Justeru itu, jangan terpengaruh dengan strategi licik puak-puak UMNO untuk memastikan SPRM tidak mengganggu hal dalaman mereka. Mereka fikir itu hal dalaman? Walhal pemimpin UMNO yang rasuah itu jugalah yang dilantik sebagai Wakil Rakyat dan Menteri untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan. Apakah ini bermakna hal dalam parti?. Punyalah bangang alasan yang diberikan oleh mereka dalam menutup isu sebenarnya yang sedang berlaku mutakhir ini sebenarnya].

Eksklusif: Kes Liwat Saiful, Jangan Harap Beliau Mimpikan Satu Perbicaraan Yang Adil Jika Bahan Bukti Yang Beliau Kemukakan Itu Pun Bercelaru !

PETALING JAYA - Bekas pembantu khas kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh majikannya, berharap kesnya akan didengar tanpa penangguhan bagi membolehkan keadilan dipertahankan. "Minggu depan menandakan enam bulan sejak kes ini didengar," kata Mohd. Saiful dalam tulisan terbaru blognya. "Sehingga kini tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar kes ini. "Saya berharap dan berdoa agar kali ini tiada sebarang kelewatan untuk membolehkan keadilan dipertahankan," katanya lagi. Mahkamah Tinggi akan mendengar selama dua hari bulan depan bagi permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pendengaran bagi permohonan pendakwaan itu pada 5 dan 6 Februari ini. Anwar, 62, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful , pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Anwar dibenarkan bebas doleh mahkamah Seysen dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000.

[Nampaknya sekali lagi adengan melucukan dan menghairankan berlaku. Saiful kemaskini blog peribadinya, terus media arus perdana melaporkan apa yang ditulis itu. Soalnya sekarang, apakah benar dia yang kemaskini atau ada orang lain yang diupah. Ternyata, Saiful tidak pernah mengemaskini blognya tapi ada wartawan yang mengambil alih peranan tersebut bagi pihaknya. Sebab itulah terus dipublisitikan bila sudah dikemaskini. Tentang perbicaraan yang mahu dijalankan secara adil, Saiful sebenarnya "buta sejarah" agaknya. Macam mana perbicaraan mahu dilakukan secara adil jika segala bukti dan keterangan yang dibuat oleh beliau sendiri "bercelerau dan mengelirukan". Saiful sebenarnya takut jika kesnya itu "basi" maka "wang yang dijanjikan" oleh pihak-pihak tertentu juga akan ditahan. Tambahan pula jika Anwar berjaya pula menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Justeru itu usahlah Saiful berangan-angan untuk dibicarakan secara adil kerana kes itu sendiri memang sudah tidak adil].

Kontroversi: Majlis Tazkirah Lebih Diutamakan, Pengurusan Masjid Tidak Membenarkan Upacara Memandi Dan Solat Jenazah Anak Ketua UMNO !!

KUANTAN - Nampaknya, kini isu politik sudah menjadi semakin parah bila hal-hal kematian turut dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Kejadian berlaku di perumahan Indera Mahkota I dekat sini semalam. Kejutan berlaku, apabila pihak Masjid Tengku Ampuan Afzan tidak membenarkan mandi dan solat jenazah diadakan di situ. Kes ini melibatkan anak kepada Ketua UMNO Cawangan III Indera Mahkota I iaitu Encik Ghazali Bin Sulaiman. Beliau yang sudah berpuluh tahun mendiami dan bermukim di kawasan itu telah dinafikan hak untuk mendapat kebenaran bagi mengadakan upacara mandi dan solat jenazah di masjid berkenaan. Menurut makluman, jenazah yang bakal diuruskan itu adalah arwah anaknya sendiri iaitu Allahyarham Sharizam Ghazali, 33 tahun. Beliau yang dipercayai meninggal dunia akibat penyakit paru-paru dan disahkan meninggal dunia di rumahnya petang semalam. Sekitar jam 5.00 petang selepas itu, pihak keluarga Allahyarham telah memohon dengan pegawai masjid untuk mengadakan upacara terbabit di masjid berkenaan. Namun, jawapan yang menghampakan diterima apabila permohonan tersebut tidak dibenarkan walhal jarak rumahnya dengan masjid tidak sampai pun 300 meter sahaja.


Daif, keadaan lokasi mandi jenazah di ruang depan rumah yang sempit

Sebagai orang lama dan pemimpin politik UMNO di kawasan terbabit, beliau amat kecewa dengan perkara ini. "Saya terpaksa menguruskan jenazah di rumah kediaman yang sempit dan ruang yang tidak cukup. Ini amat menyukarkan urusan berkaitan" katanya. Sementara itu, menurut anak lelaki beliau yang juga adik kepada arwah iaitu Sharul 23, berkata "Arwah abang saya menetap di Sg.Petani Kedah dan berkerja sebagai penoreheh getah membantu ibu di kampung. Sebelum ini arwah telah dimasukkan selama dua bulan di Hospital Sg.Petani, kemudian sebulan lagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan sebelum dibawa balik ke rumah. Arwah tetap dibawa menerima rawatan di hospital berkenaan biarpun keadaannya sudah semakin tenat ketika itu. Akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir petang semalam". Menurut Shahrul lagi, beliau amat terkejut dan kecewa bila dimaklumkan oleh pihak masjid bahawa mereka tidak membenarkan jenazah diuruskan di situ. Akhirnya terpaksalah diruruskan upacara tersebut di perkarangan hadapan rumah yang agak sempit. Ini amatlah menyedihkan, sedangkan bapa beliau adalah merupakan pemimpin UMNO setempat di kawasan itu. "Saya hairan kenapa urusan kematian juga mahu dipolitikkan oleh pihak berkenaan" tambah Shahrul lagi.


Tazkirah, kelihatan jemaah kusyuk mendengar tazkirah di masjid berkenaan


Menurut maklumat hanya terdapat beberapa kerat pemimpin UMNO yang hadir, itupun yang bertaraf biasa untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Turut hadir petang itu ialah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Saudara Zulkamal, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan. Menurut YB Azan beliau amat hairan dengan apa yang berlaku. "Tidak munasabah dan masuk dek akal langsung, bila urusan kematian yang wajib dilaksanakan terlebih dahulu tidak diberi keutamaan. Sebaliknya urusan tazkirah Maghrib yang lebih diberi perhatian oleh pihak pengurusan masjid" katanya. Kami sempat singgah di Masjid Tengku Ampuan Afzan untuk memantau perkara ini. Ternyata, waktu yang sama terdapat seorang penceramah yang sedang memberi tazkirah berhubung dengan "Isu Palestin". Semua jemaah Maghrib didapati kusyuk mendengar tazkirah berkenaan, tanpa menikirkan bahawa ada perkara wajib yang perli diberi keutamaan. Akhirnya terpaksalah pihak keluarga dan jiran-jiran terdekat menguruskann jenazah sendiri dalam keadaan yang serba kekurangan. Jenazah di percayai dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Bukit Ubi, Kuantan malam semalam.

[Dalam hal ini kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Namun kematian adalah wajib dari mendengar tazkirah. Ia perlu didahulukan sebenarnya. Biarpun terdapat pertikaian urusan antara pihak Perkim dengan masjid berkenaan. Kononnya pengurusan masjid tidak bertanggungjawab kerana urusan itu telah diamanahkan kepada Perkim. Namun dek kerana keselesaan dan kesesuaian, tambahan pula jarak yang dekat dengan rumah terbabit apalah salahnya jika ia dibenarkan diadakan di situ. Bukankah ianya lebih afdal sebenarnya. Langkah tidak membenarkan ia dilakukan di masjid berkenaan amatlah memalukan sebenarnya. Tambahan pula ayahanda arwah adalah salah seorang pemimpin UMNO setempat yang amat dihormati. Jika hal-hal kematian seperti ini pun mahu dipolitikkan, maka lama kelamaan rakyat akan semakin terkeliru dan takut untuk membuat perubahan yang diharapkan. Semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di mana-mana tempat dalam Malaysia ini hendaknya].

# Untuk makluman lebih dari 100 orang ahli UMNO di kawasan terbabit dipercayai akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Nantikan laporan seterusnya selepas ini.

IKLANEKA: PROGRAM USAHAWAN K-ADVERTISING 2009

Program terbaru dan terhebat, sedang meletup di pasaran . Pengiklanan SMS (K-Advertising) dengan modal hanya RM90 sahaja anda berpeluang jana income sehingga 4 angka setiap hari. Anda boleh hantar SMS menggunakan Server Percuma, Guna Nama Korporat Anda kepada semua. Telefon Percuma untuk anda yang layak. Panggilan percuma (Unlimited) kepada semua ahli ads4bucks. Juga Dapatkan E-Book Percuma serta lain-lain kemudahan. Anda juga boleh mengiklankan produk anda dilaman ini secara percuma setelah berdaftar sebagai ahli kami. Usahawan diperlukan di seluruh Malaysia untuk bernaung di bawah PDO Network. Cepat daftar segera sekarang !! Sila SMS Nama_Alamat Ke 018-2206761. Mahasiswa dan Graduan Menganggur digalakkan sertai program ini. Klik imej untuk info dan refresh untuk kembali ke Blog Pahang Daily Online. Sertai kami sekarang, Nama, Lokasi dan H/P anda akan dipaparkan di blog ini dan iklaneka akhbar.


Kontroversi: Ahli Parlimen Indera Mahkota Minta Pihak SPRM Menyiasat Isu Penyelewengan Projek ICT Perkeso Yang Bernilai Lebih Dari RM152 Juta

INDERA MAHKOTA - Sebelum ini kami telah mendedahkan secara rambang berkenaan isu penyelewengan dan unsur kronisme yang masih diamalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO dalam pengagihan projek-projek kerajaan. Laporan tentang penyelewengan ini adalah sebagai bukti betapa "rakus" dan "tamak"nya sikap mereka dalam merompak harta rakyat untuk diberikan kepada kroni-kroni yang tidak sepatutnya. Biarpun umum mengetahui bahawa Pak Lah akan melepaskan jawatannya kepada Najib Razak Mac ini, namun sikap ini rupanya masih terus berleluasa dalam keadaan beliau yang kononnya sudah mula "insaf" dan menyedari kesilapannya selama ini. Justeru itu di sini kami siarkan laporan media oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) berhubung dengan perkara yang lebih detail mengenai kes ini. Kami juga mempunyai salinan dokumen yang berkaitan untuk dipaparkan selepas ini. Semoga dengan pendedahan ini akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional daripada terus menerajui negara ini pada masa akan datang. Berikut adalah kenyataan media Ahli Parlimen Indera Mahkota ;

Di atas kesedaran betapa kedudukan pertumbuhan negara yang kurang memberangsangkan dan di atas desakan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan para pekerja seluruh negara terutamanya yang mencarum dan menyumbang kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), maka saya mewakili rakan-rakan di dalam pakatan rakyat INDERA MAHKOTA menyatakan kebimbangan terhadap :

1) Kerakusan Pentadbiran kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membuat keputusan untuk mengeluarkan tawaran tender secara runding terus kepada sebuah syarikat Precision Portal untuk melaksanakan projek ICT 'CORE SYSTEM' yang bernilai lebih RM152juta, meskipun bertentangan dengan keputusan prosedur serta keputusan-keputusan Lembaga Tender termasuk pandangan ahli-ahli Lembaga Perolehan PERKESO.

2) Mengenepikan terus perakuan-perakuan yang di sediakan oleh pihak Lembaga PERKESO yang jelas bertanggungjawab melindungi kepentingan Pertubuhan dan ahli-ahlinya iaitu pekerja-pekerja secara keseluruhannya.

3) Wujudnya desakan daripada pihak Bahagian Perolehan Kerajaan untuk menentukan syarikat yang mesti dilantik meskipun jelas bertentangan dengan produr adan keputusan perolehan yang telah ditetapkan

4) Memandangkan syarikat yang didesak kuat untuk dipilih melalui campur tangan pihak kerajaan iaitu Precion Portal hanya mempunyai keupayaan yang meragukan untuk melaksanakan projek tersebut, dengan hanya 18 orang kakitangan dan hanya 3 orang kakitangan IT sahaja, maka kebimbangan yang amat sangat akan berlaku ketidakcekapan pelaksanaan tugas serta berkemungkinan tergendala malah kegagalan perlaksanaan projek tersebut.

[Di atas kesedaran dan kebimbangan serta kepentingan melindungi kebajikan pekerja terutama dana awam yang bakal dimanafaatkan oleh seluruh para pekerja di negara kita,maka saya serta rakan-rakan mendesak supaya keputusan dan perkara ini diteliti semula serta di pertimbangkan dengan wajar]



IKLANEKA: PROGRAM USAHAWAN K-ADVERTISING 2009

Program terbaru dan terhebat, sedang meletup di pasaran . Pengiklanan SMS (K-Advertising) dengan modal hanya RM90 sahaja anda berpeluang jana income sehingga 4 angka setiap hari. Anda boleh hantar SMS menggunakan Server Percuma, Guna Nama Korporat Anda kepada semua. Telefon Percuma untuk anda yang layak. Panggilan percuma (Unlimited) kepada semua ahli ads4bucks. Juga Dapatkan E-Book Percuma serta lain-lain kemudahan. Anda juga boleh mengiklankan produk anda dilaman ini secara percuma setelah berdaftar sebagai ahli kami. Usahawan diperlukan di seluruh Malaysia untuk bernaung di bawah PDO Network. Cepat daftar segera sekarang !! Sila SMS Nama_Alamat Ke 018-2206761. Mahasiswa dan Graduan Menganggur digalakkan sertai program ini. Klik imej untuk info dan refresh untuk kembali ke Blog Pahang Daily Online. Sertai kami sekarang, Nama, Lokasi dan H/P anda akan dipaparkan di blog ini dan iklaneka akhbar.


BENGKEL ASAS BLOGGER : Orang ramai di sekitar negeri Pahang adalah dijemput untuk menyertai satu Bengkel Asas Blogger yang akan diadakan tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat terutamanya parti-parti politik. Antara lain bengkel akan menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan blog, cara dan kaedah untuk mengendalikan blog, promosi, kepentingan blog pada masa kini, blog sebagai media informasi, pemilihan tema dan imej blog, kaedah penulisan dan banyak lagi yang berkaitan. Justeru itu semua pihak terutamanya pemimpin, penyokong, pejuang parti politik di Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai. Tempat adalah terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja. Yuran penyertaan ialah RM80.00 sahaja. Pendaftaran adalah dibuka sekarang. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila SMS Nama_Alamat_Pekerjaan_Umur ke talian hotline 012-385 4400. Bengkel akan diuruskan oleh Blogger Cucumatkilau yang sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Tarikh dan lokasi akan dimaklumkan melalui SMS setelah penyertaan sessi pertama mencukupi 50 orang . [Semua peserta disyaratkan membawa laptop].

[ PROJEK BENGKEL ASAS BLOGGER KINI DIBUKA KE SELURUH NEGARA ]

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke Email Kami Iaitu pahangdaily@yahoo.com.


Eksklusif: Pergolakan Politik Perak Makin Parah, Biarpun Dinafikan Akhirnya Tajol Rosli Sah Letak Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri !!

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta. Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini. Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini. Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi. "Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi mulai sekarang Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak," kata beliau. Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, alasan yang diberikan oleh Tajol ialah "adalah lebih baik orang lain memimpin Perak selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyertai pembangkang. Kita hanya menghormati kehendak dan keputusan yang dibuat (Tajol)," katanya lagi. Selain itu, Abdullah yang juga Pengerusi BN memberitahu, MT juga memberi penjelasan Tajol mengenai kedudukan Umno dan BN Perak khususnya mengenai ADUN Bota keluar parti.

[Pening melihat senario yang berlaku ini. Apa dah jadi dengan Tajol Rosli?. Dengan bersemangatnya beliau sebelum ini menafikan laporan muka depan Berita Harian bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. Namun, tidak sampai beberapa jam selepas itu akhirnya berita itu rupanya adalah benar belaka. Berbelit-belit macam "ular kena palu". Pelik benar melihat apa yang berlaku ini. Seakan benar telahan semua pihak bahawa UMNO Perak memang akan "Karam" tidak lama lagi. Bahkan laporan yang mengatakan adanya beberapa orang lagi ADUN BN yang akan melompat ke PKR, biarpun dinafikan oleh pemimpin UMNO namun segalanya bagaikan akan terjadi selepas ini. Apakah mungkin dalam keadaan yang gawat ini maka Tajol Rosli sendiri akhirnya akan lompat parti].