SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi. Beliau berkata, selain itu, dalam isu lembu korban yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Sultan tidak mempunyai halangan terhadap usaha sedekah malah menggalakkan segala usaha kebajikan seperti itu diteruskan. "Saya telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah mematuhi segala proses undang-undang yang telah ditetapkan berhubung penyelenggaraan kereta tersebut. "Dalam isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Khalid berkata demikian ketika mengulas hasil majlis menghadap beliau dengan Sultan Selangor semalam di Istana Mestika di sini yang antara lain membincangkan isu dakwaan penyalahgunaan wang rakyat oleh beliau bagi penyelenggaraan kereta persendirian dan 46 ekor lembu korban yang diderma di kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak pada Aidiladha tahun lalu. Khalid berkata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan beliau sebelum ini bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh mengenai kedua-dua dakwaan tersebut. "Dalam pada itu, salah satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan media," katanya. Gerak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa yang dikatakan dilakukan oleh Khalid.
[Maka kini terbuktilah bahawa orang-orang macam Khir Toyo perlu di sekolahkan semula. Mungkin dek kerana beliau "meraban" akibat menjadi terlalu singkat menjadi Menteri Besar Selangor maka beliau "tidak lena tidur" kerana takut segala rahsia dan fail-fail sulitnya bakal didedahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Justeru itulah sebelum apa-apa berlaku, beliau mengarahkan rakyat negeri itu membuat apa jua laporan polis dan SPRM terhadap pentadbiran Tan Sri Khalid yang dikatakan banyak menyeleweng. Khir Toyo lupa bahawa dirinya hanya "doktor gigi" jika mahu dibandingkan dengan Tan Sri Khalid yang pernah membawa kegemilangan kepada Perbadanan Nasional Berhad dan Guthrie suatu ketika dulu itu. Maka tahniah juga kita ucapkan kepada Tuanku Sultan Selangor yang telah berjaya menjadi raja yang benar-benar adil dan saksama kepada rakyatnya. Bahkan keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu mungkin amat mengecewakan Khir Toyo dan juak-juaknya. Kepada pihak SPRM, diharap agar dapat lebih "profesional" dan tidak "double Standard" dalam melaksanakan segala tugasannya selepas ini nanti]. - takbernama

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, WR81, WR61, WR76 dan WR67. Harga dari RM10K-RM20K (boleh runding). Berminat sila email pahangdaily@yahoo.com