PETALING JAYA [6.05 pm] - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) menyifatkan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Najib Tun Razak sebagai "sekadar kosmetik" semata-mata. "Setelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia," kata beliau. Malah, Anwar juga mendakwa konsep 1Malaysia juga mirip Malaysian Malaysia yang dituntut oleh DAP sekian lama tetapi diserang oleh Umno sebagai perkauman Cina. "Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman," katanya. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seterusnya mengatakan jika ditinjau secara mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Selain itu, Anwar juga menyentuh dasar pembaharuan Najib, antaranya liberalisasi yang diumumkan minggu lalu dan baru-baru ini. "Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka," katanya lagi. Selain itu, beliau menambah, ia berbeza dengan gagasan Pakatan merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India. "Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani," katanya lagi.
[Ternyata konsep 1Malaysia yang diwar-warkan itu hanyalah indah khbar dari rupa, bila kerajaan masih mengamalkan dasar yang sama iaitu hanya memberi muka kepada rakyat yang menyolong dan mengundi mereka dalam setiap kali pilihanraya. Buktinya, rakyat yang menyokong parti lawan, akan disisihkan daripada menikmati segala projek pembangunan dan kebajikan yang sepatutnya mereka terima. Begitu juga peruntukan kerajaan pusat yang patut disalurkan kepada semua rakyat, hanya diberikan kepada puak-puak mereka sahaja. Jika beginilah caranya, apakah bukti yang paling kukuh dan rasional yang mengatakan konsep 1Malaysia ini boleh berjaya sebenarnya].
PUTRAJAYA [5.35 pm] - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, gagal dalam usaha terakhir untuk menetap di Malaysia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk rayuan. Chin Peng atau nama sebenar Ong Boon Hua, membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2008 yang memutuskan bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang.[Orang seperti Chin Peng sebenarnya tidak mungkin dapat kembali ke Malaysia. Tapi anehnya, kenapa pula Shamsiah Fakeh yang juga anggota PKM boleh diterima oleh kerajaan?. Apa yang berlaku kepada Chin Peng, sesuatu yang normal selepas beliau memimpin PKM yang tidak berdaftar itu. Tapi, amat mengecewakan bila rakyat dan pemimpin yang menyertai dan menyokong parti yang berdaftar seperti PAS, PKR dan DAP juga kini dilayan seperti bukan rakyat Malaysia. Hak mereka dinafikan untuk menikmati kehidupan di negara yang kononnya mengamalkan sistem pentadbiran ala demokrasi ini. Syabas juga kepada Hakim "Coklat Hacks Augustine Paul" yang kini menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. Kenangan pahit pahit semasa anda mengendalikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim versi yang pertama dulu kini masih tetap dalam ingatan rakyat Malaysia].
Rayuan MB Tangguh Saman RM63 Juta 6 Mei
KUANTAN [4.38 pm] - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Mei ini bagi mendengar permohonan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini. Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh itu selepas mahkamah diberitahu bahawa peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah, terbabit dalam kes lain di Mahkamah Rayuan. Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakili peguam Rajoo D Moothy tidak membuat bantahan pelaksanaan perintah mandamus yang sepatutnya berakhir 4 Mei ini ditangguhkan. Pada 20 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) kepada syarikat pembalakan tersebut. Pada 17 September tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang diperintah membayar RM60 juta kepada syarikat itu selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.[Nampaknya isu panas tentang saman RM63 juta Menteri Besar Pahang ini semakin sensasi sekarang. Apakah ada jalan penyelesaianya bila ramai pihak yang mempersoalkan kewajaran Adnan untuk mempertikaikan bahawa syarikat berkenaan adalah syarikat RM2, kes ada penipuan, hakim juga tidak layak dan sebagainya. Walhal ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Bukankah sepatutnya rundingan diadakan untuk mencari kaedah membayar hutang terbabit, bukannya mencari berbagaialasan untuk tidak mahu membuat pembayaran segala saman berkenaan sebenarnya].
MB Selangor Nafi Manoharan Letak Jawatan
SHAH ALAM [4.30 pm] - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini menafikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, yang kini dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahu meletakkan jawatan. Bercakap kepada pemberita di sini, Beliau juga berkata desas desus mengenai perkara itu hanyalah sekadar spekulasi semata-mata.
[Pada pandangan PDO pula, seeloknya Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada Manoharan berehat dan menyelesaikan kesnya itu dulu. Berada di dalam tahannan ISA dan kemudian menjadi Wakil Rakyat adalah dua senario yang berbeza dan tidak wajar berlaku. Bahkan sudah lebih setahun, Manoharan tidak dapat bersama rakyat yang mengundi beliau. Adalah lebih elok, beliau turut mengambil tindakan yang sama seperti bekas ADUN Penanti, Fairus Khairuddin baru-baru ini].
[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]


































