Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Tuesday, June 30, 2009

Eksklusif: Gara-Gara Publisiti Isu Saman, Pahang Daily Online Bakal Failkan Saman Balas RM2 Juta Terhadap Si Mangsa Liwat Saiful Bukhari Azlan !!

Susulan kenyataan "angkuh" oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau telah difitnah oleh blog ini, atas dasar kemanusiaan dan keyakinan maka pihak kami tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap beliau dalam masa terdekat ini. Dalam laporan polis dan kenyataan terdahulu Saiful dan peguamnya, beliau secara jelas menyatakan Pahang Daily Online (PDO) telah menfitnah beliau berhubung dengan laporan "penyakit misteri"nya. Pihak kami telah dikecam hebat oleh ramai pihak berhubung dengan perkara itu. Malah banyak email yang diterima dari kalangan pembaca seluruh dunia yang mengutuk tindakan kami. Malah, apa yang lebih aneh ialah tindakan pihak polis yang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang begitu cepat dan pantas menghantar beberapa orang pegawai mereka untuk menyiasat salah seorang Krew Editor kami di Kuantan iaitu Blogger Cucumatkilau beberapa hari selepas laporan dibuat. Siasatan yang dilakukan lebih lima jam itu jelas sekali menumpukan kepada siapakah yang telah menulis enam artikel yang dikatakan menfitnah Saiful itu. Soalnya sekarang, pihak polis begitu "drastik" dan cukup cemerlang dalam tindakan mereka ketika itu. Malah, siasatan itu lebih menjurus kepada "membantu" Saiful menyediakan bukti-bukti bagi membolehkan beliau menyaman pemilik blog ini. Inilah yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, gara-gara Saiful membuat laporan polis beliau diliwat maka pihak polis didapati begitu "bertenaga" dan "rakus" untuk menangkap dan menyiasat Anwar. Walhal sebenarnya pihak polis sendiri yang sebenarnya telah membantu menyediakan "bukti-bukti rekaan" bagi memastikan Saiful menang perbicaraan kes itu nanti sebenarnya.

Tindakan Cekap Dan Pantas Pihak Polis Diragui


Tambah mengecewakan ialah pihak polis juga dipercayai telah masuk dan menggeledah secara "berhemah" rumah Cucumatkilau ketika itu, biarpun tanpa menunjukkan waran geledah yang sah. Mereka juga kemudian telah merampas dua buah PC "hard disk" komputer daripada sebuah siber cafe yang sering dikunjungi oleh Cucumatkilau. Biarpun beliau tidak ditahan dan hanya siasatan biasa dilakukan. Namun, ianya jelas sekali merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Malah, selepas kejadian itu juga Cucumatkilau telah membuat laporan polis terhadap Saiful berhubung dengan tindakan berkenaan. Namun, pihak polis sehingga ke saat ini masih belum membuat sebarang siasatan malah mengambil serius kes tersebut. Seolah-olah, hanya laporan Saiful sahaja yang benar dan diterima oleh pihak polis. Lain-lain laporan yang dibuat terhadap dirinya semuanya akan dianggap sebagai satu fitnah. Malah pihak polis masih menerima pakai laporan yang dibuat oleh Saiful kononnya beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sedangkan laporan Hospital Pusrawi dan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan jelas dan menunjukkan bukti kukuh dirinya tidak pernah diliwat oleh sesiapa. Untung benar menjadi manusia seperti Saiful Bukhari Azlan ini sebenarnya. Gara-gara beliau berada dipihak "seteru Anwar" maka segala kenyataannya dianggap benar belaka biarpun ternyata ia palsu dan dusta semata-mata. Inikah dia imej pihak polis di negara kita yang kononnya cekap, adil dan telus?. Apakah agaknya yang dipelajari oleh mereka ketika di Maktab Polis atau Pusat Latihan Polis di seluruh negara selama ini?. Semuanya kini dilihat semakin bercelaru !!


Laporan siaran muka hadapan Sinar Harian tentang PDO tunggu saman
Justeru itu atas dasar keadilan, pihak kami akan menfailkan saman malu "balas" berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman ini. Saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini. Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta terhadap blog ini. Malah, beliau juga telah mewar-warkan kepada pihak media tentang perkara ini sehingga menyebabkan berlaku banyak kekeliruan kepada pembaca setia blog ini. Seolah-olah kami telah melaporkan satu perkara yang tidak benar tentang Saiful berhubung dengan penyakit misteri yang dialaminya itu. Laporan kami dibuat selepas beliau membuat akuan "sumpah laknat" di Masjid Wilayah pada tahun lalu. Terdapat beberapa artikel yang telah disiarkan tentang perkara itu, setelah maklumatnya diterima daripada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat Saiful sendiri. Saiful selepas itu muncul selepas beberapan bulan artikel itu disiarkan, dan dengan bangganya mengatakan beliau sihat walafiat. Sedangkan laporan yang kami terima beliau memang sudah "termakan sumpah laknat" . Kami juga tidak hairan bila beliau muncul di kaca TV dan menerangkan kononnya beliau sihat dan tidak sakit. Ini kerana dalam laporan berkenaan juga pihak kami dengan jelas menyatakan bahawa beliau memang menjalani proses perubatan di sana-sini bagi memulihkan penyakitnya. Maka, bila ia agak pulih sekejap Saiful kemudian muncul dan mendakwa dia sihat. Selepas itu beliau kembali berubat dan melalui proses yang amat "sulit" dan "misteri", kerana lokasinya adalah dirahsiakan atas faktor keselamatan. Semua ini bagai mengundang kebenaran selepas beliau disahkan tidak diliwat oleh tiga orang doktor pakar HKL baru-baru ini.

Saiful Bukhari Bakal Di Saman Balas RM2 Juta


Atas keterlanjuran Saiful yang dilihat lebih gemar mencari publisiti murahan daripada hakikat yang berlaku sebenarnya, maka pihak kami akan mengarahkan Blogger Cucumatkilau untuk menfailkan saman terhadap Saiful sebelum 15 Julai 2009 ini. Ia bagi memberi pengajaran supaya beliau lebih berhati-hati dengan segala tindakannya selepas ini. Susulan daripada tindakan Saiful yang telah menjejaskan kreadibiliti Pahang Daily Online serta menyebabkan krew-krew kami dianggap sebagai penyampai "berita sampah" sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah kami menganggap perbuatan Saiful itu telah menjejaskan resputasi kami sebagai sebuah portal berita bebas di negara ini. Tindakan saman ini dibuat bagi menjaga imej dan maruah kami yang telah tercalar akibat kelantangan dan keangkuhan Saiful membuat laporan polis dan menghebahkan kepada pihak media tentang perkara ini. Bagi kami segala laporan yang telah dibuat itu adalah berpandukan kepada maklumat sahih yang telah diterima secara sah daripada pihak-pihak berkenaan. Tindakan saman itu kemungkinan besar akan difailkan di Kuantan. Justeru itu kepada para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di Kuantan khasnya dan seluruh negeri Pahang amnya untuk beramai-ramai pada hari itu nanti.

[Pahang Daily Online mengharapkan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan demokrasi untuk menyokong tindakan Cucumatkilau itu nanti. Kami juga akan menghantar beberapa orang krew panas kami untuk bersama beliau di sana nanti. Kini difahamkan Cucumatkilau telah mula mengadakan siri ceramah isu-isu semasa ke seluruh negara. Kepada mana-mana pihak Pakatan Rakyat yang ingin mengundang beliau bolehlah menghubungi kami untuk tindakan selanjutnya. Kami juga akan turut berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 8 Julai ini untuk sama-sama mendengar dan mengetahui perkembangan terkini perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful yang dijangka hangat dan penuh dengan debaran buat seluruh rakyat Malaysia itu nanti].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Hakim, Mahkamah Boleh Dengar Rayuan Anwar

PUTRAJAYA [9.20 pm] - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ia boleh mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kes liwatnya hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi. Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, ketika menolak bantahan awal pendakwa, berkata di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu boleh dirayu. Mahkamah kemudian menetapkan esok untuk mendengar merit rayuan itu. Hakim Abdull Hamid yang bersidang bersama hakim Datuk Abu Samah Nordin dan hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan permohonan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah, bagi penangguhan prosiding berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi sehingga selesai rayuan. "Esok kedua-dua pihak perlu ke sini (Mahkamah Rayuan). Sila beritahu hakim Mahkamah Tinggi bahawa anda akan ke sini esok. Tak apa, anda oleh menyebut nama saya," kata Abdull Hamid. Esok, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar permohonan awal Anwar supaya pihak pendakwaan menyediakan beberapa bahan termasuk rakaman asal televisyen litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di kondominium berkenaan, sampel DNA dan kenyataan saksi-saksi, termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

[Nampaknya, masih ada lagi hakim yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya. Hanya itulah yang kita harapkan dalam memberi keadilan yang sebenarnya buat rakyat yang teraniaya. Justeru itu, kita amatlah berharap agar Mahkamah Rayuan mendengar kes ini dengan sewajarnya tanpa dipengaruhi pihak lain].

Kudus
Dipenjara 11 Tahun 10 Bulan Dan Denda

KUALA LUMPUR [12.32 pm] - Bekas pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 10 bulan serta denda RM370,000 kerana menerima rasuah berjumlah RM59,000. Hakim Mahkamah Sesyen, Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas pendakwaan membuktikan kesalahan terhadap tertuduh tanpa keraguan munasabah.

[Kejadian yang berlaku kepada Kudus ini bukanlah seperti apa yang kita harapkan sebenarnya. Kudus boleh didapati bersalah kerana beliau tidak terlibat dengan UMNO. Bayangkan jika beliau adalah merupakan orang kuat UMNO, sudah pasti beliau akan dibebaskan daripada pertuduhan ini sebenarnya. Banyak lagi "jerung-jerung besar" yang kini bebas bermaharajalela dan terus merompak wang rakyat dan terlibat dengan rasuah yang perlu dibenteras sebenarnya. Inilah dia amalan undang-undang di negara kita, mereka yang ada hubungan dengan pihak atasan terutamanya politik pasti bebas melakukan apa sahaja].

Najib, Pelabur Asing Kini Boleh Miliki Hartanah

KUALA LUMPUR [10.30 am] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pelabur asing kini boleh memiliki hartanah milik Bumiputera atau kerajaan di Malaysia dengan mudah tanpa perlu kelulusan Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC). Transaksi ini hanya] - membabitkan hartanah bernilai RM20 juta dan ke bawah saja, manakala bagi RM20 juta ke atas kelulusan daripada FIC diperlukan. Beliau berkata demikian pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, hari ini.

[Nampaknya inilah yang sering dialunkan oleh puak-puak UMNO dalam lagu popular mereka "Warisan @ Anak Kecil Main Api" selama ini. Mereka sering memperkatakan bahawa "Bumi Di Pijak Milik Orang", dan kini tindakan yang dilakukan oleh Najib bakal menjurus ke arah itu. Jelas sekali tindakan Najib ini bakal menyebabkan negara kita akhir terjual kepada bangsa asing selagi UMNO dan BN dibenarkan terus berkuasa].

Pesawat Yaman Terhempas, 150 Dikhuatri Mati

SAN'A [10.12 am] - Laporan awal menyebut 150 penumpang dikhuatiri terkorban apabila pesawat Yaman, Yemenia Air terhempas di Lautan India ketika dalam penerbangan dari Yaman ke Kepulauan Comoros, awal pagi ini. Pegawai berkata, kebanyakan penumpang pesawat jenis Airbus 310 itu dipercayai warga Comoros yang pulang dari Paris. Naib Presiden Comoros, Idi Nadhoim memberitahu pesawat terbabit membawa 150 penumpang. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan mengenai lokasi sebenar nahas berlaku. Nadhoim berkata, kejadian berlaku awal pagi ini tetapi tidak dapat memberikan butiran lanjut. Jurucakap Lapangan Terbang Paris berkata, pesawat Yemenia Air itu meninggalkan Paris pada pagi Isnin sebelum mendarat di Yaman dan kemudian meneruskan penerbangan ke Moroni. Comoros terletak di timur laut Afrika antara Madagascar dan Mozambique.

[Pihak kami amatlah bersimpati dengan nasib mangsa yang terkorban itu. Mujurlah kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita. Semoga apa yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar supaya mereka yang mengendalikan sistem penerbangan di negara kita dapat lebih berhati-hati bagi menggelakkan insiden seperti ini daripada ia berlaku].


Monday, June 29, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Artikel PDO Di Siarkan Dalam Suara Keadilan

KUALA LUMPUR [7.59 pm] - Susulan laporan eksklusif kami mengenai terdapatnya "Panggilan Terakhir Saiful Ke Mindef" dan "Doktor Forensik HKL Dipindahkan Ke Kuantan Gara-Gara Enggan Mengikut Skrip Liwat" baru-baru ini, maka kami difahamkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan telah menyiarkan laporan artikel tersebut dalam keluaran terbarunya bertarikh 23-30 Jun 2009. Laporan tentang Saiful disiarkan di muka belakang manakala laporan tentang Dr.Zahari di mukasurat dua akhbar terbabit. Pihak kami telah dimaklumkan tentang perkara ini. Justeru itu kepada semua pembaca yang tertinggal artikel terbabit, bolehlah mendapatkan akhbar itu di pasaran sekarang. Antara berita utama muka hadapan yang dipaparkan juga ialah kenyataan Majlis Peguam Negara supaya kes Anwar digugurkan kerana tiada bukti dia telah diliwat.

Mahkamah Tangguh Rayuan Kes Liwat Anwar

PUTRAJAYA [7.37 pm] - Rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya kes liwat yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi ditangguhkan esok bagi membolehkan Anwar menghadiri persidangan Parlimen. Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdull Hamid Embong, bersama panel Hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha, menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama, Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan itu. Sulaiman berkata Anwar perlu menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi membolehkan beliau menyertai perbahasan Kod Etika Hakim, yang dijadual dibentangkan hari ini. Pihak pendakwaan, yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden tiada bantahan terhadap penangguhan itu, membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis dan dokumen-dokumen tertentu kepada mahkamah.

Royalti Minyak, Kelantan Guna Saluran Politik

KOTA BHARU [12.48 pm] - Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada Kerajaan Pusat. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (foto), berkata kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan daripada beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal namun langkah itu masih di peringkat strategi. Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi. "Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor (Pas), Datuk Noor Zahidi Omar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Sunday, June 28, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Bantu Pakatan Rakyat, PAS Akan Bertemu Blogger

PULAU PINANG [8.20 pm] - PAS Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan dengan semua blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak lagi untuk menyampaikan misi terbaru sesuai dengan perkembangan hari ini. Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak berkata, pertemuan itu membawa banyak erti kepada PAS kerana peranan blogger tidak dinafikan membantu mengembangkan pengaruh Pakatan Rakyat dalam masa yang singkat. "Melalui pertemuan itu nanti kita akan menerangkan misi dan visi terbaru PAS Negeri bagi diketengahkan dalam blog mereka. Kita juga berharap rakyat akan menerima corak dan persembahan PAS selari dengan perkembangan masa kini," ujarnya. Beliau yang juga bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas menambah, apa pun tempat dan waktu akan diberitahu kelak kerana buat masa ini Penerangan PAS Negeri sedang merancang mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Lajnah Penerangan PAS seluruh negeri untuk memperjelaskan misi dan visi terbaru itu. Beliau berharap semua blogger di Pulau Pinang dapat bekerjasama dengan PAS untuk membuktikan PAS sebenarnya boleh merealisasikan perjuangan di negeri ini hasil kemenangan bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. Menyedari hakikat itulah sambungnya, PAS memerlukan blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan peranan yang selama ini agak malap padahal semua tahu PAS lahir di Pulau Pinang. "Tempat lahir PAS mestilah kuat bukan macam sekarang tidak menyengat. Oleh itu, satu pembaharuan mesti dilakukan demi perjuangan kita masa depan," terangnya. Menurut Zulkiply lagi, selepas ini beliau yakin PAS di Pulau Pinang dapat nafas baru dan beliau juga berharap semua lajnah lain melonjakkan produktivi dan kreativiti supaya perkembangan dan imej PAS dapat dibawa dengan baik.

[Kami amat menyokong daya usaha yang dilakukan oleh PAS Pulau Pinang atas perkembangan terbaru ini. Memang benar, blogger memainkan peranan yang cukup besar dalam perjuangan ini. Namun terkadang blogger dipinggirkan dan sering dinafikan hak untuk terlibat dalam mana-mana program rasmi hatta yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sekali pun. Kononnya mereka ini tidak berdaftar secara sah sebagai "pengamal media". Ini berlaku di Muktamar PAS baru-baru ini, ramai rakan-rakan kami telah dianaktirikan oleh pihak penganjur atas alasan yang berkenaan. Justeru itu adalah diharapkan lebih banyak kerjasama dapat dilakukan dengan para blogger dalam merealisasikan hasrat untuk mengambilalih kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang. Lebih banyak program perlu diadakan bagi merapatkan hubungan pemimpin Pakatan Rakyat dengan para blogger semua boleh diatur untuk tujuan tersebut selepas ini hendaknya. Salam perjuangan buat para blogger di Malaysia].

Empat Tercedera
Bergaduh Di Kem PLKN Chini

PEKAN [7.45 pm] - Empat pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Chini, Pekan, cedera ringan setelah terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut di antara dua pelatih. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Yahaya Othman, berkata dalam kejadian jam 8 malam tadi itu pelatih terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan pesakit luar. Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila dua pelatih lelaki yang berusia 17 dan 18 tahun bertengkar kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain ketika sedang berkumpul dalam satu perhimpunan anjuran pihak kem. "Apabila suasana menjadi semakin tegang dan tidak terkawal, maka berlaku tolak-menolak antara mereka sehingga menyebabkan pelatih lain turut masuk campur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, dua pelatih terbabit dibantu oleh rakan masing-masing dan saling berbalas tumbuk sehingga empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan lengan. Yahaya berkata, jurulatih PLKN yang bertugas berjaya meleraikan pertelingkahan itu beberapa minit kemudian dan mengumpulkan semua pelatih di padang itu bagi mengelak lebih ramai lagi pelatih terbabit selain memberi rawatan kepada mereka yang cedera.

[Sesuatu yang amat memalukan dan jelas menunjukkan bahawa program PLKN ternyata membuang masa dan merosakkan minda para pelajar generasi muda semua. Kajian kami menunjukkan bahawa PLKN jelas merupakan agenda tersirat kerajaan UMNO dan BN untuk memastikan bekas pelatih yang menjadi pengundi berdaftar kelak mengundi mereka dalam setiap kali musim pilihanraya di adakan. Lantaran itulah penekanan terhadap PLKN lebih menjurus kearahan semangat cintakan negara dan bukannya agama. Malah, penekanan terhadap agama terus terpinggir dalam setiap aktiviti yang diadakan. Pergaduhan yang berlaku di Kem Chini Pekan ini memberi tamparan hebat kepada "Tokey PLKN" iaitu isteri Najib Razak sendiri yang banyak merompak segala macam kontrak PLKN itu sejak awal-awal ia ditubuhkan lagi sebenarnya].

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia

JOHOR BAHRU [7.30 pm] - Lee Chong Wei (foto), meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan pemain muda China, Chen Long, bagi menjuarai Kejohanan Grand Emas Terbuka Malaysia di Stadium Tertutup Johor Bahru petang tadi. Chong Wei yang menerima rawatan fisioterapi setiap hari selepas mengadu sakit belakang ketika pusingan pertama lalu, hanya memerlukan 31 minit untuk menundukkan Chen Long 21-15, 21-9. Ia adalah gelaran kedua berturut-turutnya selepas memenangi Siri Super Terbuka Indonesia, minggu lalu. Turut melakar gemilang ialah gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang muncul juara beregu lelaki selepas menundukkan pasangan senegara, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen 21-11, 21-13. Bagaimanapun, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui gagal untuk turut bergelar juara berganda selepas tumpas 9-21, 11-21 kepada pasangan muda China, Ma Jin-Wang Xiaoli pada final beregu wanita.

[Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei, kerana dua kemenangan berturut-turut ini ia telah dapat menaikkan kembali imej dan maruah negara kita Malaysia yang telah tercalar dengan berbagai skandal sebelum ini. Perjuangan yang ditunjukkna oleh beliau harus dijadikan ikhtibar buat semua rakyat yang cintakan demokrasi agar memastikan kerajaan yang sudah rosak "akhlaknya" seperti UMNO dan Barisanan Nasional ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN DUN Manek Urai


KUALA KRAI [5.45 pm] - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, petang tadi. Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

[Nampaknya, pandai benar puak-puak UMNO memilih calon mereka di Manek Urai. Calon yang namanya seakan nama Menteri Besar Kelantan itu jelas sekali bakal mengelirukan para pengundi atas pagar nanti. Apapun pastikan UMNO dan BN dibenamkan dalam pilihanraya kecil Manek Urai nanti. Semoga dengan ini, ia akan terus memberi malu yang lebih besar kepada pemimpin mereka yang semakin "kurang ajar" mutakhir ini].

KRT Pahang Bakal Gunakan Frekuansi Khas


KUANTAN [3.45 pm] - Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri Pahang bakal menggunakan frekuensi khusus dikenali "Radio Perpaduan" bagi meningkatkan keberkesanannya dalam mencegah kegiatan jenayah. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz, berkata Radio Perpaduan yang dijangka beroperasi Ogos ini membolehkan sesuatu KRT berkomunikasi dan memohon bantuan dengan KRT yang lain serta pihak polis jika berlaku sebarang jenayah atau bencana alam. "Sebelum ini, KRT lebih menggunakan radio amatur, namun penggunaannya agak terbatas kerana seseorang itu perlu lulus ujian tertentu bagi mengendalikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kenegaraan Dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan dan Perpaduan Negara di sini, hari ini. Selain itu menurutnya melalui frekuensi itu juga KRT terbabit boleh menghebahkan sebarang program yang akan dianjurkan dengan lebih cepat berbanding penggunaan surat dan faks ketika ini. Sebagai permulaan 15 KRT berisiko tinggi jenayah di Kuantan akan mempunyai akses untuk menggunakan kemudahan frekuensi berkenaan dengan setiap KRT itu dibekalkan tiga Walkie Talkie membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM150,000.

[Satu perkembangan baru yang amat menarik bagi memberi peluang kepada anggota Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) untuk bekerja dengan lebih efisyen lagi dalam menjaga keselamatan rakyat dan penduduk setempat. Dalam isu ini kami amat menyokong apa yang dilakukan oleh pihak terbabit. Mungkin dengan cara ini ia dapat memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat. Inilah yang kita mahukan, bukan hanya sekadar berpolitik semata-mata. Tahniah dan syabas diucapakan kepada pihak terbabit. Ia harus dicontohi oleh negeri-negeri lain demi memberi jaminan keselamatan rakyat keseluruhannya].



Cyberita: Keputusan Untuk Menolak Permohonan Majoriti 11 Hakim Oleh Nizar, Terbukti Mahkamah Rayuan Cuba Rombak Amalan Sistem Demokrasi !

KUALA LUMPUR [1.38 pm] - Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari (foto). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus. Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan. "Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari. "Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi. tvantara

[Nampaknya Profesor Aziz Bari, seorang pakar dalam undang-undang telah mengeluarkan kenyataannya yang jelas menunjukkan terdapatnya kepincangan nyata dalam sistem perundangan negara. Beliau yang telah banyak melahirkan pakar undang-undang negara kini nampaknya banyak menimbulkan kontroversi susulan beberapa kenyataan "neutral"nya yang dilihat lebih cenderung kepada pembangkang. Apakah beliau akan dipecat dan disenarai hitamkan oleh kerajaan agaknya. Sesungguh, ramai pelajar jurusan undang-undang di negara ini kini memang amat pening dan keliru melihat kerajaan memperkotak-atikkan perlembagaan dan undang-undang negara. Ini amatlah memalukan dan bakal menjerumuskan kita ke lembah kehinaan sebenarnya, pabila sistem yang sedia ada tidak diikuti. Apatah lagi yang mahu mereka lakukan kini, jika undang-undang dan perlembagaan yang sudah termaktub itu pun dikotorkan. Ini bermakna, kerajaan UMNO dan BN memang sudah "kemaruk untuk berkuasa". Justeru itu, rakyat diseru untuk menghumbankan keegoan mereka dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai dan Pilihanraya Umum ke-13 nanti].


Saturday, June 27, 2009

Cyberita: Isu Siapa Menteri Besar Perak Yang Sah, Permohonan Ir.Nizar Supaya Kes Rayuannya Itu Di Dengari 11 Orang Hakim Ditolak Tanpa Sebab !!

PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng. "Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim. "Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah. Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar. Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas. "Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong. "Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.

[Satu keputusan yang menang sudah dijangka sejak awal-awal lagi. Mana mungkin Najib selaku "master mind" kes rampasan kuasa di Perak mahu melihat negeri Perak yang sudah berada dalam gengaman UMNO dan BN dirampas semula oleh Pakatan Rakyat. Tiada alasan diberikan kerana mereka takut segala kebobrokan itu akan terserlah. Langkah terbaik ialah membuat keputusan "ikut suka mulut" seolah-olah mereka telus kepada undang-undang. Bagi kita rakyat biasa, amat takut dengan undang-undang dan mereka kerahkan supaya mengikut undang-undang. Tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri "melacurkan" undang-undang ikut sesedap rasa mereka tanpa memikirkan ia betul atau salah. Inilah yang berlaku di Perak sebenarnya, mana mungkin Najib selaku PM akan membiarkan Nizar berkuasa kembali di Perak. Maka itu, terimalah hakikat bahawa Perak kini ditangan mereka. Apa yang penting rakyat perlu berdoa agar pilihanraya umum ke-13 akan datang, Nizar dan kuncu-kuncunya wakil rakyat BN akan dihumbankan dan dijadikan rakyat biasa semula].


Cyberita: Isu Kerajaan Perpaduan Yang Masih Dicanangkan Oleh UMNO, MB Kelantan Jemput PM Najib Razak Adakan Debat Secara Terbuka !!

KOTA BHARU [1.20 pm] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara UMNO dan PAS. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden UMNO, untuk mengadakan perdebatan itu sudah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. "Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno," katanya selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, pagi ini. Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

[Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul apa yang berlaku kepada UMNO, memang saling tak tumpah mereka membawa ajaran baru yang sesat dan menyesatkan. Umpamanya mereka melaksanakan "Islam Hadhari" yang kononnya untuk membawa umat Islam ke arah kebaikan. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya dimana rakyat makin punah dan rosak akhlaknya. Islam baru yang dibawa itu memang sesat lagi menyesatkan. Apa tidaknya, mereka mahukan Islam ditegakkan tetapi kemungkaran tidak ditegah dan dibenteras. Akhirnya umat Islam di Malaysia semakin hari semakin keliru dengan ajaran tersebut. Bukankah ini menyesatkan?. Islam mahu diterapkan, dalam masa yang sama pusat-pusat perjudian dan hiburan terus dibiarkan bersepah-sepah tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Maka, tidak salah Tuan Guru Nik Aziz menegur senario ini sebenarnya. Lebih aneh lagi, Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Nik Aziz tetapi membawa bersama sepanduk mengutuk Anwar Ibrahim. Ini jelas menunjukkan mereka hanya berlakon dan bermain wayang untuk mengelirukan rakyat terutamanya para pengundi di DUN Manek Urai. Oleh itu, teruskan keyakinan dan jangan dibiarkan diri kita terus dirosakkan oleh Mazhab UMNO ini. Mereka telah memesongkan minda dan hati orang tua kita sejak sekian lama].

Edisi Pahang: Isu Pencemaran Asap Serta Habuk Kilang Batu Bata, Penduduk Kecewa Dengan Janji Manis YB ADUN Panching Mengatasi Masalah Ini

KUANTAN [9.15 am] - Para penduduk sekitar perumahan Taman Tas Ria 2, dekat sini amat kecewa dengan sikap "acuh tak acuh" dengan "janji manis" Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Panching, YB Zaili Besar (foto), kerana dikatakan masih gagal menangani masalah yang dihadapi mereka. Ia berikutan kelewatan dan kegagalan beliau memberi perhatian atas segala urusan perpindahan sebuah kilang bata yang dikenali sebagai Bee Leong Brickwork Sdn Bhd seperti yang dijanjikan sebelum ini. Tinjaun krew kami mendapati kilang bata yang terletak bersebelahan dengan taman itu menyebabkan pencemaran alam sekitar yang amat teruk dimana ia melepaskan asap hitam hasil pembakaran untuk operasi penghasilan batu-bata. Pencemaran seperti habuk dan asap itu telah menyebabkan para penduduk mengalami masalah kesihatan yang amat merungsingkan. Tambah memeritkan lagi, rumah yang berdekatan dengan kilang itu senantiasa diselubungi habuk dan asap tebal yang banyak setiap hari kilang itu beroperasi. Ini menyebabkan para penduduk terutamanya kanak-kanak mengalami masalah kesihatan yang amat ketara seperti batuk-batuk dan gatal-gatal yang berlarutan sejak sekian lama.


Inilah kilang bata Bee Leong Brickwork Sdn Bhd yang menghantui penduduk

Adalah difahamkan, tanah tapak kilang terbabit adalah hak milik sebuah sekolah agama yang berdekatan iaitu KAFA As-Syarif. Ini menyebabkan masalah timbul, bilamana diajukan persoalan tentang pencemaran terbabit maka pihak sekolah seringkali menyatakan bahawa kilang bata itu akan ditutup dalam masa terdekat. Namun, setelah beberapa tahun berlalu namun ceritanya masih tetap sama. Sampai bilakah mereka harus begini?

Yuran Sekolah Naik, Kilang Terus Beroperasi

Para penduduk terus mengalami masalah yang berkaitan. Malah pihak sekolah juga sering memberi kenyataan berupa amaran "lisan" kepada para penduduk setempat, sekiranya kilang bata itu dipindahkan maka pihak sekolah akan kehilangan sewa sebanyak RM14,000 setahun. Malah, pihak sekolah juga mengatakan bahawa sekiranya kilang itu dipindahkan maka mereka terpaksa menaikkan kadar yuran bulanan sekolah sebanyak RM2, dari RM10 kepada RM12 sekarang. Perkara ini dinyatakan oleh seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan. "Saya amat kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang seolah-olah tidak melihat masalah pencemaran udara dan kesihatan dan keselamatan pelajar itu yang lebih diutamakan. Malah mereka lebih melihat keuntungan semata-mata. Sedangkan mereka sanggup membiarkan para pelajar menghirup udara kotor, habuk serta asap setiap hari" tambahnya lagi. Malah, kami juga difahamkan kadar yuran sudah pun dinaikkan tetapi kilang bata tersebut tetap juga beroperasi seperti biasa.


Inilah Keadaan KAFA dan perumahan Taman Tas Ria 2 yang berdekatan
Kewujudan kilang bata itu juga telah menyebabkan beberapa jalan utama disekitar taman perumahan terbabit turut mengalami masalah kerosakan. Ini kerana kenderaan berat mengangkut bata seringkali melalui jalan tersebut. Menurut sumber, kilang itu sepatutnya telah ditutup pada bulan Jun 2008 tetapi telah ditangguhkan sehingga Jun 2009. Malah, tambah mengecewakan penduduk kerana difahamkan operasi kilang tersebut khabarnya akan dilanjutkan sehingga tahun 2010 berdasarkan kepada permohonan pihak kilang yang telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Walau bagaimana pun permohonan itu tidak diluluskan oleh MPK. Ini menyebabkan pihak kilang telah memohon kerjasama dan menggunakan kuasa ADUN Panching, YB Zaili Besar untuk tujuan tersebut. Inilah yang mengecewakan penduduk!

Pemaju Perumahan Menipu Para Penduduk

Kini masalah yang berlarutan itu bukan sahaja menyusahkan penduduk setempat, malahan juga orang ramai yang melalui jalan kawasan tersebut. Tindakan berdolak dalih ADUN Panching berkenaan perkara ini amatlah dikesali, kerana itulah janji beliau semasa kempen Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu. Kini segalanya bagai sudah menjadi sebati dengan para penduduk. Mereka sudah tiada tempat lagi untuk mengadu dan membantu. Justeru itu difahamkan kini tindakan terakhir telah dilakukan oleh Pengerusi Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan itu, Encik Mohd Saad untuk mengumpul tandatangan penduduk bagi membantah penyambungan operasi kilang tersebut. Adalah difahamkan, masalah ini amat sukar di atasi penduduk kerana kilang tersebut telah sedia beroperasi sebelum taman berkenaan wujud disitu. Malah turut terlibat ialah taman yang berdekatan seperti Taman Tas Ria Fasa I, Taman Tas Mewah, Taman Tas Perdana dan sekitarnya. Difahamkan, penduduk juga kecewa dengan sikap lepas tangan pemaju perumahan kawasan terbabit iaitu Syarikat Perumahan Liew Seng. Ini kerana, ketika membuat promosi jualan rumah di kawasan itu mereka "menipu" pembeli dengan mengatakan kilang tersebut akan dipindahkan dalam masa terdekat. Namun selepas pembeli (penduduk) mendiami kawasan itu sejak sekian lama kini masalah itu terus berlarutan.


Tercemar, keadaan lokasi tapak yang menimbulkan masalah penduduk
Difahamkan juga, pihak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar telah beberapa kali memantau keadaan yang berlaku itu. Namun, tindakan saman yang dikenakan oleh agensi terbabit telah dibayar oleh pihak kilang tanpa banyak masalah. Inilah yang membingungkan dan membelenggu sebahagian besar para penduduk Taman Tas Ria 2 dekat sini. Harapan mereka hanya satu, agar pihak Kerajaan Negeri Pahang prihatin dengan masalah ini dan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya. Jika keadaan ini terus dibiarkan, adalah dikhuatiri tahap kesihatan penduduk setempat akan terus bermasalah akibat pencemaran kilang terbabit.

[Pahang Daily Online amatlah berharap agar perkara ini dapat diatasi dengan seberapa segera. Ini adalah masalah rakyat dan tidak harus dipolitikkan. Malah, mereka yang terlibat juga adalah terdiri dari kalangan penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Malah Pengerusi KRT taman terbabit juga dikatakan proksi rapat ADUN Panching, YB Zaili Besar. Jangan menunggu sehingga menjelang pilihanraya umum akan datang, barulah pihak berkenaan turun padang konon mahu menyelesaikan masalah ini. Sampai bilakah rakyat harus ditipu dengan janji manis pemimpin terbabit. Perkara ini akan dibawa kepada pihak atasan dan media arus perdana TV3 jika tidak diselesaikan dengan segera. Usahlah berdiam diri dan lakukan kerja kebajikan yang dijanjikan untuk rakyat. Harga undi yang diberikan oleh rakyat haruslah dibalas dengan tindakan sewajarnya. Jika tidak, para penduduk setempat yang jumlahnya mencecah ribuan orang itu pasti akan "berpaling tadah" dan memberi undi kepada parti lawan dalam pilihanraya umum akan datang. Belalah rakyat yang ditimpa musibah ini dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Harapan rakyat adalah satu doa untuk kesejahteraan yang berpanjangan].

Friday, June 26, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mohd Fauzi Abdullah Calon PAS DUN Manek Urai

KUALA KRAI [11.50 pm] - Bendahari PAS Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah (foto), 50, dipilih sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini. Pengumuman nama Fauzi yang juga seorang pemborong ikan di Pasar Kuala Krai di sini, dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini, jam 11.45 malam tadi. Pemilihan Mohd. Fauzi dibuat berdasarkan komitmennya terhadap parti itu selain beliau amat mesra serta dikenali oleh kebanyakan penduduk terutamanya di Manek Urai. Beliau adalah bekas penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil untuk parti tersebut ketika kerusi itu dimenangi oleh Barisan Nasional pada 2004 tetapi kerusi itu diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya umum lepas

[Tahniah diucapkan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atas amanat yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS negeri bagi menghumbankan keegoaan puak-puak UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini. Semoga pemilihan beliau ini akan memberi harapan baru untuk melihat kemenangan berpihak kepada PAS. Teruskan perjuangan dan pastikan Islam terus berada di hati rakyat].

Hakim, Tindakan Sultan Tidak Bubar DUN Betul

PUTRAJAYA [7.45 pm] -Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah betul kerana dewan itu baru sahaja berumur setahun, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Raus Sharif (foto). Dalam penghakiman 49 muka surat bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan hari ini, Hakim Raus berkata bagi membolehkan dewan itu dibubarkan mengikut Artikel 36 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak seperti yang dimohon oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dewan itu perlu menamatkan tempoh lima penggal apabila satu pilihan raya bakal diadakan. "Faktanya sudah diketahui umum bahawa pilihan umum baru sahaja diadakan setahun lalu," katanya dalam penghakiman bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan Jumaat. Hakim Raus berkata peruntukan yang dipohon Nizar adalah tidak betul apabila memohon supaya DUN Perak itu dibubarkan.

[Satu jawapan yang sudah boleh dibaca oleh sekalian hamba rakyat, dari seorang hakim mahkamah yang sudah hilang kreadibilitinya ini. Beliau masih lagi menyatakan perkara yang sama, walhal ia sudah diketahui umum punca sebenar kenapa BN mendapat majoriti diluar DUN. Iaitu ADUN yang "melompat dan diperdagangkan". Maka itulah BN dapat majoriti, maka itu bagaimana harus orang yang berpendidikan tinggi seperti Hakim Md.Raus ini berfikiran macam budak-budak tadika. Tindakan Sultan Perak (foto), itu memanglah betul dimata puak-puak UMNO dan Hakim durjana seperti itu. Tetapi, hakikatnya rakyat Perak telah dipermainkan dengan satu tindakan jahat oleh pemimpin UMNO yang pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. Hakim Md.Raus perlu selidik, apa puncanya BN mendapat majoriti?. Majoriti diluar dewan tidak melambangkan kekuatan sebenarnya. Kenapa BN tidak berani mengadakan undi tidak percaya di DUN terhadap Nizar jika mereka rasa berada di pihak yang benar. Sultan sebagai payung negeri, haruslah bertindak adil daripada melihat negeri Perak kacau bilau dan berada dalam situasi yang tidak menentu. Maka, langkah terbaik ialah bubarkan DUN dan berikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan. Puak UMNO dan BN takut, kerana mereka tahu ramai diantara mereka akan kembali menjadi "rakyat biasa" jika pilihanraya kecil negeri Perak diadakan semula. Itulah puncanya!]

Sembur Lada, Timbalan Speaker Perak Di Saman

IPOH [4.55 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Yew Tian Hoe (foto), hari ini memfailkan saman terhadap Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong bagi menuntut ganti rugi berhubung kecederaan yang dialaminya akibat didakwa diserang dengan botol penyembur serbuk lada pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 7 Mei lalu. Dalam writ saman itu, Yew juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Hee, atau pekerja atau ejennya daripada melakukan salahguna, ancaman atau serangan terhadapnya dengan apa juga cara sekalipun. Writ saman itu yang menamakan Hee sebagai defendan difailkan melalui firma guaman, Tetuan Leong & Tan pada jam 11 pagi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

[Satu tindakan kebudak-budakan dan tidak sewajarnya dilakukan oleh wakil rakyat sebenarnya. Inilah bukti mana-mana wakil rakyat yang bersekongkol dengan UMNO dan Barisan Nasional maka mereka bebas melakukan apa sahaja terhadap wakil rakyat pembangkang. Tetapi, apabila wakil rakyat pembangkang pula, dek kerana ingin mengadakan jamuan dan program di premis sendiri pun mereka dihalang oleh puak-puak yang tidak berperikemanusiaan ini. Maka, tindakan saman yang dibuat oleh ADUN Aulong ini adalah wajar demi memberi pengajaran kepada mereka yang bebas bertindak sesuka hati di dewan yang mulia DUN Perak].

Isu PKFZ, ADUN Sementa Mahu Failkan Saman


SHAH ALAM [3.15 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (foto), akan menyaman firma audit Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PWCAS) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berikutan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikeluarkan bulan lalu. Abdul Rahman berkata, laporan itu memberi persepsi negatif masyarakat terhadap beliau selaku Ketua Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Kapar serta bekas ahli Exco negeri. Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, malah penulis blog melaporkan seolah-olah beliau yang bertanggungjawab dalam isu PKFZ sedangkan itu adalah keputusan muktamad Kabinet dan LPK.

[Inilah akibatnya bila kuasa sudah tiada ditangan. Ketakutan yang teramat sangat, gusar akan dipersalahkan makanya orang seperti Rahman Palil ini awal-awal lagi sudah memberi isyarat dan amaran kepada pihak-pihak yang berani mendedahkan butir-butir terperinci tentang penglibatan beliau dalam kes tersebut. Memang semua tahu keputusan meluluskan projek PKFZ adalah tertakluk kepada kabinet dan LPK sendiri. Namun, masalahnya Rahman Palil turut terlibat menipu rakyat dalam isu membeli tanah dengan harga murah kemudian menjualkannya dengan harga yang mahal kepada pihak terbabit. Ini bermakna Rahman Palil "kembung perut" kerana "makan atas angin" gara-gara menipu rakyat di kawasannya sendiri. Dan sebagai exco yang terbabit, beliau memang wajar dipersalahkan dalam hal ini. Jika semua tidak mengaku, siapa yang salah?].

Lima Anggota Polis Ditahan Positif Dadah

KUALA LUMPUR [1.02 pm] - Seorang Cif Inspektor adalah antara lima anggota polis yang ditahan kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kepong, Jinjang, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan (foto), berkata kelima-lima mereka itu adalah antara 15 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai cawangan dan daerah sekitar bandar raya ini yang ditahan dalam serbuan itu. "Lima anggota polis itu didapati positif dadah jenis methamphetamin, ketamin dan amphetamine selepas ujian air kencing diambil...mereka (anggota polis) berumur dalam lingkungan 20 dan 40 tahun," katanya.

[Apalah malangnya nasib Malaysia tanahairku ini, sudahlah jenayah terus meningkat dari masa ke semasa, Kini semakin ramai pula anggota polis yang didapati terlibat dengan berbagai jenayah yang cukup memalukan ini. Rakyat sebenarnya sudah hilang keyakinan kepada anggota polis yang lebih "politik" daripada melakukan kerja hakiki mereka sejak mutakhir ini. Lantaran itulah, akhirnya ramai dikalangan mereka yang terpalit dengan noda-noda najis seperti dadah ini setelah menyedari tugasan mereka sudah jauh tersasar dari matlamat asal semasa mula berkhidmat dengan PDRM dulu. Wajarlah kita memberi "cemuhan" yang berterusan daripada apa yang telah dilakukan oleh anggota polis terbabit].

Mahkamah Perintahkan Felda Bayar RM11 Juta

PUTRAJAYA [12.35 pm] - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan. Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 2-1, dengan Abdul Malik menentang. Felda memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang disampaikan pada 13 Januari tahun lalu memerintahkan lembaga itu membayar RM7.8 juta dengan faedah kepada peserta itu selepas peguamnya gagal hadir untuk pendengaran saman itu. Amaun berkenan sejak itu telah meningkat ke RM11 juta dengan faedah terkumpul tetapi peserta tidak lagi mendapat wang itu oleh kerana mahkamah meluluskan permohonan Felda bagi penangguhan pembayaran bergantung pada permohonan lembaga itu bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan. Ketika meluluskan penangguhan, mahkamah memerintahkan amaun itu kekal dalam akaun bersama di bawah nama peguam cara kedua-dua pihak. Kira-kira 200 peserta berada di mahkamah hari ini. Sesetengah mereka dilihat menadah tangan sebagai tanda kesyukuran bila keputusan dibacakan.

[Kemenangan yang cukup bermakna buat keseluruhan masyarakat Felda yang telah ditipu sejak sekian lama ini. Kemenangan ini juga diharap dapat memberi harapan baru kepada Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) pimpinan Saudara Mazlan Aliman untuk lebih bersemangat bagi berhadapan dengan tindakan saman yang dibuat oleh Felda terhadap pengeluaran dan pengedaran buku kontroversinya "Felda: Dulu Tolong Sekarang Along". Diharap juga dengan kemenangan ini, agar pihak Felda lebih berhati-hati dengan segala tindakan yang dilakukan oleh mereka. Jika tidak sudah pasti maruah Felda akan terus tercalar di mata rakyat. Syabas buat semua para peneroka Felda terbabit].

Thursday, June 25, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Guang Eng Nafi Isi Borang DAP Dapat Saguhati

GEORGETOWN [3.15 pm] - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menafikan dakwaan bahawa warga emas di negeri ini diminta mengisi borang pemberian sagu hati tetapi disyaratkan supaya menjadi ahli DAP. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata pihaknya tidak pernah meletakkan syarat seperti itu dan borang berkenaan juga tidak memerlukan warga emas menyatakan keahlian mana-mana parti bagi mendapatkan sagu hati berkenaan. Katanya dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, berhubung perkara itu dilihat berunsur fitnah ke atas kerajaan negeri. "Beliau (Azhar) jangan buat tohmahan atau fitnah yang melampau seperti ini kerana borang pendaftaran berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan DAP dan ia dikeluarkan dengan lambang kerajaan negeri dan bukan lambang roket (DAP)," katanya di sini, hari ini.

Pemuda UMNO Lapor Polis Terhadap Nik Aziz

KOTA BAHARU [3.00 pm] - Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat. Laporan itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian (foto), di Balai Polis Kota Baharu pada jam 10.30 pagi tadi. Beliau diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lalu menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan UMNO sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas. "Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan UMNO dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya. "Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya. Kenyataan itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa ahli Umno serta rakyat dan beliau perlu dikenakan tindakan.

Waran Tangkap S.Manikavasagam Dibatalkan

KUALA LUMPUR
[2.45 pm] - Mahkamah Koroner di sini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam untuk membatalkan waran tangkap ke atasnya kerana gagal hadir sebagai saksi dalam perbicaraan inkues kematian pelakon K Sujatha Isnin dan Selasa lalu.