Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Friday, July 31, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

SPR Umumkan Pilihanraya Selewatnya 10 Ogos

GEORGETOWN [11.45 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selewat-lewatnya 10 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain. "Surat makluman berkenaan kemungkinan akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu SPR akan mengadakan mesyuarat membincangkan tarikh penamaan dan pengundian," katanya.

[Apakah SPR akan bersikap telus dalam menentukan tarikh pilihanraya kali ini. Langkah mengadakan pilihanraya pada hari bekerja (Selasa) amatlah "jahat". Ini kerana mereka merancang untuk menangkan BN sebenarnya. Sepatutnya tarikh pilihanraya mestilah dipilih pada hari cuti umum dan bukannya hari bekerja. Namun, atas desakan kerajaan UMNO dan BN, SPR rela menyatakan keputusan itu tepat. Tepak "kepala hotak" SPR !! Inilah yang amat kita "murkakan" sebenarnya. Penentuan tarikh adalah penting untuk memastikan pengundi luar dapat balik dengan selesa. Jika hari bekerja, kenapa tidak dibuat hari Isnin?. Kerana SPR tidak mahu orang ramai mengambil cuti Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin untuk balik berkempen dan mengundi. Sebab itu dipilih hari Selasa, susah untuk diluluskan oleh majikan dan ini akan memberikan peluann kepada BN].

Jenazah ADUN Dikebumikan Selepas Solat Asar

KUALA LUMPUR [11.12 am] - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (foto), akan dikebumikan di kampungnya di Permatang Pasir, Pulau Pinang selepas solat Asar petang ini. Jenazahnya sudah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 9.30 tadi dan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir, 2 petang ini. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir. Turut menziarahi Allahyarham di IJN pagi tadi ialah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selama 14 tahun itu menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal mulai 1999 dan kini satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang memang sinonim sebagai kubu kuat pakatan rakyat dan Anwar.

Terkini: ADUN Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abd Rahman Dari PAS Meninggal Dunia Pagi Ini

GEORGETOWN [8.30 am] - Satu pilihanraya kecil bakal diadakan sekali lagi di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang. Ia berikutan satu berita mengejutkan telah kami terima sebentar tadi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abd Rahman (foto), dikatakan telah meninggal dunia pagi ini. Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. ADUN PAS dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh. Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmat dariNya.

[Bagai ada yang tersirat, nampaknya satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan dalam kawasan yang sama iaitu Parlimen Permatang Pauh. Jika di Penanti baru-baru ini UMNO dan BN tidak meletakkan calonnya atas alasan yang pelbagai. Kini, apakah mereka berani mempetaruhkan nasib mereka di Permatang Pasir agaknya?. Melihat sokongan rakyat "hantu" di Manek Urai, pemimpin UMNO mendabik dada kononnya mereka menang dihati rakyat. Walhal, mereka hanya syok sendiri sebenarnya. Selamat bertemu kembali, Permatang Pauh. Perjuangan rakyat masih belum selesai !!].

Thursday, July 30, 2009

Cyberita: Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA Tetap Akan Diadakan Walau Pun Pihak Polis Beri Amaran Agar Penganjur Membatalkan Hasrat Itu

PETALING JAYA - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan masing-masing - pro dan anti-ISA - Sabtu ini walaupun polis memberi amaran keras agar membatalkannya. Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini dan bersedia menerima sebarang tindakan termasuk ditahan polis. "Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis. "Demi mahu tegakkan pendirian agar ISA terus dikekalkan, kami sanggup teruskan misi kami ini," katanya. Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong ISA merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun Mohd Khairul berkata pendirian mereka itu bergantung kepada GMI kerana jika pihak berkenaan membatalkan hasrat untuk berhimpun, mereka juga akan mengambil langkah yang sama. "Buat masa ini kita akan teruskan juga apa yang telah dirancang, tapi jika GMI batalkan niat mereka, kita juga akan batalkan...ia bergantung kepada mereka. "Kita beri mereka tempoh sehingga pukul 5 petang esok untuk nyatakan pendirian mereka, kalau mereka tarik diri, kita sedia tarik diri," katanya. Sementara itu Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka akan teruskan juga perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penggunaan ISA. Beliau berkata perhimpunan yang bakal diadakan tersebut merupakan kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan. "Kita akan teruskan juga, perhimpunan ini telah kita rancang begitu lama. "Malah ini adalah kemuncak kepada apa yang kita bantah sebelum ini kerana kita sudah menggunakan pelbagai cara termasuk menghantar memorandum, dialog, referendum dan mengumpul tandatangan rakyat yang membantah penggunaan ISA."Pelbagai kaedah diplomasi telah kita gunakan, jadi inilah kemuncaknya," katanya.

Beliau berkata, walaupun GMI tidak mendapat permit daripada pihak polis, namun beliau yakin perhimpuan berkenaan tidak akan mencetuskan masalah kerana ia adalah perhimpunan aman. "Kita minta polis hormati hak kita untuk berhimpun secara aman, malah kita kita minta polis membantu kita mengawal keadaan lalulintas agar perhimpunan itu nanti berjalan dengan aman dan teratur," katanya. Mengenai permintaan Magaran yang memberi tempoh kepada GMI sehingga pukul 5 petang esok bagi membuat pendirian sama untuk membatalkan atau meneruskan misi mereka, Kamaruzaman berkata keputusan GMI adalah muktamad. "Kita tegas dengan pendirian kita sebelum ini, Magaran tak perlu tunggu hingga pukul 5 petang esok kerana sekarang juga saya ingin tegaskan kami tetap akan teruskan. "Jadi kita minta mereka hormati hak kita untuk berhimpun sepertimana kami menghormati hak mereka untuk mengadakan perhimpunan," katanya.

[Maklumat diterima, sekatan demi sekatan telah diadakan oleh pihak polis bagi menggagalkan perhimpunan terbesar rakyat selepas BERSIH ini]

Wednesday, July 29, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Inkues Kematian Teoh Ditunda Rabu Depan

Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam, telah ditangguhkan kepada 5 Ogos depan.


DNA Misteri Pada Baju Dan Tali Pinggang Teoh


SHAH ALAM [5.10 pm] - Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock (foto), setiausaha politik seorang Ahli Exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang. Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan, ketika prosiding itu disambung semula pada jam 11.45 pagi tadi di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas. Katanya lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu. Apakah DNA itu milik pegawai SPRM?

PKFZ, Pengurusan Syarikat Tidak Berdaya Saing


KUALA LUMPUR [5.00 pm] - Siasatan awal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati pengurusan syarikat yang melaksanakannya tidak berdaya saing. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid (foto), berkata ia adalah sebahagian daripada hasil penemuan yang diperoleh PAC dalam inkuiri projek itu setakat ini. “Kita akan memanggil lagi pegawai kerajaan bagi mendapatkan penjelasan antaranya Peguam Negara, bekas Ketua Setiausaha dan pegawai kanan kementerian (pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen di sini.

[Dengan penemuan terbaru ini, maka amatlah jelas bahawa memang terdapat penyalahgunaan kuasa yang telah berlaku dalam pengurusan PKFZ hingga membawa kepada pembaziran wang rakyat. Biarpun ada pemimpin UMNO yang cuba mengelakkan diri daripada dikatakan terlibat dengan kes ini, namun rakat lebih mengetahui apa yang berlaku].


Tuesday, July 28, 2009

Krew PDO Dan Suara Keadilan TERJAH Pekan !!

Adalah dimaklumkan bahawa Krew PDO hari ini akan berkerjasama dengan Team Suara Keadilan dan TV Antara akan mengadakan kunjungan serta lawatan eksklusif untuk meninjau permasalahan rakyat dan projek pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan hari ini. Antara kawasan yang akan ditinjau ialah tapak pembinaan kem tentera di Sg.Miang dan pengkalan marin di Tanjung Agas. Kami juga akan berusaha untuk menyelinap masuk ke beberapa kawasan strategik yang dijadikan "batu loncatan" oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk meraih undi besar dalam setiap kali pilihanraya umum, selepas beliau ditewaskan secara mengejut pada tahun 1999 dulu. Kepada orang ramai dan rakyat di kawasan Pekan yang mempunyai permasalah yang ingin didedahkan kepada umum, sila bertemu krew kami di lokasi yang berkenaan. Tujuan lawatan eksklusif ini ialah bagi melihat sendiri beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh Najib Razak, selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

[Laporan eksklusif hasil daripada TERJAHAN kami ke Bandar DiRaja Pekan sungguh menakjubkan. Kebenaran semakin terbukti, rakyat Malaysia dianaktirikan tetapi "warga asing" diberi tempat tinggal dan kehidupan yang selesa hanya kerana untuk undi pilihanraya di Parlimen Pekan. Ikuti pendedahan ini dalam Suara Keadilan dan TV Antara].

Monday, July 27, 2009

Suara Rakyat: MPK Kemaruk Duit Saman Parking, Arahkan Peguatkuasanya Bermaharajalela Ketika Ribuan Rakyat Hadir Ke Program Hari Pengguna !

KUANTAN - Orang ramai yang berkunjung ke program Sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan di Padang MPK 2 dekat sini, kecewa dengan "Pesta Saman Parking" yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Selama ini, memang sudah banyak rungutan yang diterima daripada penduduk bandar ini berkenaan tindakan "mendera rakyat" atas nama "undang-undang" yang dilakukan oleh pihak terbabit. Banyak laporan yang diterima berkenaan kes yang melibatkan "saman menyaman parking" ini. Malah, terdapat juga kejadian dimana orang awam telah "menumbuk" Pegawai Penguatkuasa MPK gara-gara sikap tidak bertimbang rasa mereka tentang isu saman parking ini. Sangkaan kami, peristiwa ini tidak akan berlaku terutamanya disaat "Hari Peristiwa" diadakan di Kuantan. Namun, ternyata ia meleset sama sekali. Malah, pihak MPK dikatakan telah mengandakan "operasi saman menyaman" ini ketika hari tersebut. Maklumlah, pada hari itu rakyat dari pelusuk negeri dan negara akan berbondong-bondong hadir ke acara seperti itu. Agak menghairankan, kerana kehadiran ramai pengunjung ke program itu telah dihadiahkan dengan "resit saman parking" pihak terbabit. Ini amatlah tidak adil buat rakyat dan ternyata Majlis Perbandaran Kuantan tidak peka dengan keperihatinan rakyat sebenarnya. Tambah malang lagi, operasi tersebut turut diadakan sehingga lewat malam.

"Kami hadir untuk memberi sokongan kepada sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan yang diadakan di sini, namun kami tidak sangka tiba-tiba dihadiahkan surat saman parking oleh pihak MPK. Walhal, kami terpaksa meletakkan motorsikal kami dimerata tempat akibat kekurangan kawasan parking yang disediakan serta kehadiran ramai orang ke sini. Bayangkan kami terpaksa membayar kompuan RM20 semata-mata kesalahan terbabit, sedangkan kenderaan kami langsung tidak menghalang lalu lintas dan diletakkan secara teratur di hadapan sebuah restoran mamak" luah beberapa orang pengunjung yang kecewa dengan tindakan itu. Krew kami sempat meninjau dan mengambil beberapa keping gambar di lokasi terbabit. Ternyata, sikap dua orang pegawai Penguatkuasa MPK bersama ketua mereka amatlah mengecewakan. Dengan berpakaian seragam MPK, mereka langsung tidak prihatin dengan masalah rakyat dan sanggup mengeluarkan saman parking kepada deretan motorsikal yang diletakkan secara teratur di situ. Ketika ditanya, ketua penguatkuasa terbabit menjawab "kami melaksanakan undang-undang, jika tidak puas hati sila berhubung dengan Yang Dipertua MPK !!" katanya dengan nada keras. Teguran krew kami langsung tidak diendahkan, malah mereka itu terus dengan "rakus" mengeluarkan saman parking terhadap deretan motorsikal berkenaan. Sedangkan kenderaan terbabit diletakkan dengan teratur dan langsung tidak menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sebenarnya. Inilah yang dipertikaikan, sikap bertimbang rasa langsung tidak wujud di kalangan mereka. Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa kehadiran ribuan rakyat sempenan Hari Pengguna Kebangsaan, menyebabkan kekurangan kawasan meletak kenderaan. Maka sepatutnya hari tersebut diberikan keizinan kepada orang ramai meletakkan kenderaan mereka dikawasan yang didapati selamat, dengan syarat ia tidak menghalang lalu lintas.


Zalim, dua orang peguatkuasa MPK sedang berpesta saman parking
sambil disaksikan dengan bangga dan gembiranya oleh ketua mereka

Tersusun, motorsikal yang diletakkan teratur ini pun mahu disaman,
ternyata penguatkuasa MPK gagal bezakan "kuasa" dan "timbang rasa"
Tidak salah mengikut undang-undang sebenarnya, tetapi mereka juga harus bertimbang rasa. Ini kerana tarikh 24 hingga 26 Julai adalah hari peristiwa besar di kawasan itu. Maka itulah, sepatutnya mereka boleh mengambilkira situasi itu. Tambahan pula, ada pengunjung yang datang dari jauh (luar Kuantan). Ketika kejadian jam sudah menunjukkan 5.30 petang (Sabtu, 25 Julai). Ini bermakna, hari itu adalah hari cuti. Tambah mengecewakan operasi saman menyaman itu diteruskan sehingga lewat malam di lokasi yang sama. Difahamkan, bukan sahaja pemilik motorsikal menjadi mangsa malah banyak juga kenderaan biasa yang turut di saman. "Saya datang dari Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi sokongan kepada Hari Pengguna peringkat kebangsaan yang diadakan di bandar ini. Malah ketika sampai di Kuantan, jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Makanya saya terpaksa meletakkan kenderaan di mana-mana ruang kosong kerana semua petak letak kereta telah dipenuhi dengan kenderaan. Anehnya, selepas selesai menyaksikan acara yang diadakan saya dihadiahkan pula resit saman parking. Ini tidak adil, dan amat zalim" kata seorang pengunjung dari Cheras, Kuala Lumpur. Beliau ternyata amat kecewa, kerana terpaksa membayar kompoun RM50 atas saman terbabit. Sebenarnya ramai lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerakusan pihak Majlis Perbandaran Kuantan ini sebenarnya. Malah, difahamkan penguatkuasa juga diarahkan berkerja 24 jam sehari semalam, dari hari Isnin hingga Ahad untuk tujuan tersebut. Ini kerana mereka tahu bahawa dengan "kompaun saman" itulah, akan membolehkan "kantung pihak berkuasa tempatan" itu bertambah dari masa ke semasa. Malah, mereka juga diberikan "target" agar setiap peguatkuasa terbabit membawa balik bilangan saman parking dalam jumlah tertentu. Inilah yang menyebabkan penguatkuasa terpaksa bermaharajalela, biar pun ketika diluar waktu pejabat dan hari cuti umum. Malah, terdapat kejadian saman parking yang dilakukan selepas jam 12.00 malam di bandar ini.


Memalukan, biarpun jam sudah menunjukkan hampir 9.20 malam
namun operasi pesta saman itu tetap diteruskan tanpa belas kasihan

[Apapun, tindakan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan ini amatlah tidak adil buat rakyat. Mereka terpaksa hidup dalam tekanan akibat tindakan saman parking. Tambah mengejutkan tindakan saman juga sering dilakukan di kawasan Hospital, Masjid dan ketika hari-hari perayaan dan peristiwa seperti Jom Heboh TV3 dan sebagainya. Malah, kejadian terbaru ketika sambutan Hari Pengguna itu membuktikan betapa rakus dan kemaruknya pihak terbabit mahu mengaut duit secara mudah dari rakyat. Jika tiada aral melintang, kami akan menganjurkan satu demontrasi aman di ibu pejabat MPK Jalan Tanah Putih dekat sini, bagi mendesak pihak terbabit membatalkan sistem bayaran parkir berkomputer yang ternyata menipu rakyat serta mengenyang tembolok pihak terbabit. Desakan supaya sistem baru ini dikembalikan kepada sistem lama iaitu "resit kuning" kerana ia lebih relevan dan adil kepada rakyat. Bahkan, majoriti rakyat Kuantan sebenarnya sudah mengalami tindakan saman parking apabila gagal meletakkan tiket terbabit, lebih tempoh, tidak bergores dan sebagainya. Jika ia dikembalikan kepada asal, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Kerana berapa jam kenderaan diletakkan di kawasan terbabit, maka semakin banyak resit kuning akan diterima. Ia berbeza dengan keadaan sekarang, yang lebih banyak menguntungkan pihak terbabit. Jika tradisi mendera rakyat ini terus berlarutan, maka sudah pasti mereka akan semakin benci dengan dasar-dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Harapan untuk menyaksikan kemenangan yang lebih besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan tercapai. Justeru itu, adalah disyorkan agar Menteri Besar Pahang dapat memantau perkara ini].

Eksklusif: Program Usahawan Rakyat SVR Bakal Meletup Di Pasaran Sekarang, Pelancaran Telah Dilakukan Oleh Menteri Berkaitan Di Kuantan !!

KUANTAN - Rakyat Malaysia di seluruh negara diseru untuk mengambil peluang keemasan bagi menyertai "Projek usahawan Rakyat SVR (Shooping Voucer Reward)" yang sedang meletup di pasaran sekarang. Tidak kira siapa anda dan apakah jawatan anda, asalkan anda adalah pengguna kenderaan maka wajarlah anda mendaftar segera dengan program ini. Jadilah pengguna yang bijak mulai sekarang, tanpa perlu banyak alasan lagi. Inilah sahaja caranya untuk anda mendapat faedah serta ganjaran atas apa yang anda gunakan. Ia bermakna, anda isi minyak anda dapat duit dan anda membeli belah anda juga dapat duit. Bukankah ia sesuatu yang luar biasa dan menarik?. Majlis pelancaran proram hebat ini telah pun disempuranakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto), ketika sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan di Kuantan Sabtu (25 Julai) lalu. Turut hadir semasa pelancaran itu ialah Dato' Mohd Firdaus Abdullah (Penasihat SVR), Encik Mohd Raflee Md Yassin (Pengarah Eksekutif SVR) serta wakil merchant berkaitan seperti dari Kamdar, Giant dan lain-lain lagi. Gimik pelancaran pada hari tersebut, bila menteri terbabit telah ditawarkan kad ganjaran yang tertera nama khas beliau. Gerai promosi SVR telah dikunjungi oleh orang ramai yang tidak sabar-sabar untuk menjadi pengguna kad yang ditawarkan. Disamping itu juga SVR telah mengadakan prebiu program ini di Hotel Vistana Kuantan dua malam berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Julai. Kehadiran orang ramai juga amatlah membanggakan. Masing-masing hadir untuk menjadi pengguna dan seterusnya mengetahui rahsia bagaimana ada usahawan boleh mendapat pendapatan sehingga mencecah RM40,000 dalam masa hanya tiga minggu sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

[Projek Usahawan Rakyat SVR2u kini semakin mendapat sambutan luar biasa dari kalangan rakyat Malaysia. Pihak kami sedang membuat proses pendaftaran mengikut giliran sekarang. Jika anda tidak mendapat sebarang SMS dari kami dalam tempoh 48 Jam selepas pendaftaran nama, sila hantar semula SMS ke talian 012-3854400 dengan menaip [SVR2_Nama_Alamat_IC]. Kesulitan berlaku kepada server kami. Roadshow akan bermula awal Ogos ini. Kepada anda yang berminat untuk membuat taklimat kelompok di tempat anda sila hubungi kami segera. Tawaran terbuka kepada mana-mana NGO, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Jabatan Kerajaan, Persatuan, Kelab, Koperasi, Parti Politik, Serta sesiapa sahaja yang berminat. Dengan syarat di kawasan terbabit ada semua yang hadir menggunakan minyak setiap hari dalam kehidupan mereka. Jadual kami semakin padat dan tempahan awal amatlah dialu-alukan. Klik sini untuk info lanjut program terhebat ini. Jangan berlengah lagi, sertai kami sekarang sebagai pengguna yang bijak. Usahawan diperlukan di seluruh negara untuk memasarkan produk hebat ini. Ganjaran dan pendapatan lumayan menanti anda setiap hari, minggu dan bulan. Leader MLM yang sudah "pencen" amatlah digalakkan untuk menyertai kami].

Suara Rakyat: Operasi Funfair Hadhari Akhirnya Di Teruskan Jua, Mana Perginya Kuasa Pemimpin Islam UMNO Seperti MB Pahang Serta YDP MPK !!

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob sekali lagi dirayu agar menggunakan kuasanya untuk membatalkan penganjuran "Funfair Hadhari Euro 2009" yang kini nampaknya telah menjalankan operasi biarpun mendapat kecaman dan bantahan rakyat. Jika seorang Ketua Menteri Pakatan Rakyat iaitu, Lim Guang Eng dari Pulau Pinang boleh menggunakan kuasanya untuk tidak membenarkan pemaju kawasan penempatan Kg.Buah Pala membuat apa-apa pembinaan atas tanah terbabit, setelah mendapat bantahan daripada penduduk. Maka kenapa pemimpin UMNO dan BN seperti MB Pahang ini masih gagal menggunakan kuasanya untuk menghalang operasi tersebut diteruskan. Tinjauan krew kami mendapati operasi funfair Hadhari itu masih tetap dijalankan, biarpun dalam keadaan yang mencurigakan. Pendedahan kami tentang penyelewengan yang berlaku dalam kelulusan projek itu sengaja dipandang sebelah mata oleh pihak yang berkenaan. Lantaran itu, akhirnya ia tetap diteruskan tanpa rasa bersalah. Bahkan, rakyat juga kecewa dengan sikap "dayus" Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato' Azizan Ahmad (foto) untuk menarik balik lesen kebenaran operasi funfair hadhari tersebut. Ini jelas menunjukkan yang beliau sebenarnya telah terlibat seara langsung dalam projek berkenaan. Justeru itu, kami dengan ini menyarankan agar Yang Dipertua MPK terbabit meletakkan jawatan secara terhormat kiranya beliau merasakan bahawa kuasanya yang ada atas dirinya sudah tidak "relevan" lagi. Malah, sejak operasi itu dijalankan kami dapati beberapa masalah dan adengan yang tidak ingin kita lihat telah berlaku di depan mata.


Biarpun mencetuskan kontroversi, namun operasi funfair hadhari
tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang halangan pihak terbabit

Kesesakan Lalu Lintas Yang Amat Kritikal

Difahamkan, telah berlaku kesesakan lalu lintas yang agak kritikal dari pusat bandar ke jalan Gambang. Malah, tinjauan kami mendapati kesesakan telah bermula dari Taman Espalanade berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan hingga ke hadapan pasaraya besar Giant. Manakala, dari arah jalan Gambang pula, kesesakan berlaku dari kawasan taman perumahan Tanah Putih hingga ke lampu isyarat berhadapan dengan pejabat Celcom. Ia menjadi lebih teruk pada haru Sabtu (25 Julai) yang lalu. Akibat gangguan itu, ia telah menghalang kelancaran perjalanan kenderaan awam termasuk ambulan yang membawa pesakit. Malah kesesakan ini amat ketara dan cukup menyakitkan hati.

Terdapat Laporan Kemalangan Di Tapak

Pihak kami juga telah menerima maklumat bahawa terdapat satu kemalangan di tapak funfair hadhari ketika orang ramai sedang berasak-asak untuk bermain dengan permain-permainan yang disediakan. Namun maklumat kejadian ini sengaja dirahsiakan bagi menjaga nama baik funfair hadhari itu sendiri. Kami sedang menyiasat perkara ini bagi mendapatkan maklumat sebenar yang lebih jelas. Difahamkan juga, pihak penganjur mengenakan tiket kepada orang ramai yang berkunjung dan ingin bermain dengan bermacam permainan yang disediakan di dalam funfair hadhari itu.

Operasi Berlarutan Selepas Jam 12.00 Malam

Maklumat diterima bahawa operasi funfair hadhari juga didapati melanggar syarat yang dikenakan ke atas mereka. Biarpun operasi sepatunya tamat sekitar jam 12.00 tengah malam, namun pihak penganjur masih tidak memberhentikan operasi tersebut malah terus membiarkan ia beroperasi bagi mengaut keuntungan yang lebih.

Operasi Funfair Tidak Hormati Malam Jumaat

Kami juga difahamkan bahawa operasi funfair hadhari tetap dijalankan biarpun pada malam Jumaat. Ini amat mengecewakan orang ramai terutamanya umat Islam di kawasan ini. Operasi yang dijalankan tanpa mengambil sensitiviti umat Islam ini jelas sekali bertentang dengan prinsip Islam Hadhahri itu sendiri. Makanya adalah wajar ia tidak diteruskan.


Anehnya, biarpun funfair hadhari dicemuh rakyat namun pihak MPK
boleh berkerjasama pula menganjurkan Kuantan Jamm Fest 2009


[Justeru itu, peranan pihak terbabit amatlah diperlukan bagi menghalang perkara yang lebih buruk berlaku. Tindakan YDP MPK cuba bersekongkol dengan projek yang menjurus ke arah "kemaksiatan" seperti ini amatlah mengecewakan. Malah, kami difahamkan juga Majlis Perbandraan Kuantan (MPK) juga telah berkerjasama dalam menjayakan satu acara hiburan muzik "underground" yang dinamakan "Kuantan Jamm Fest 2009" di Stadium Darul Makmur pada 25 Julai lalu. Sungguh malang nasib rakyat Kuantan apabila pemimpin Islam UMNO lebih gemar untuk berhibur daripada memikirkan masalah umat Islam sejagat. Program yang diadakan di dalam Stadium Darul Makmur yang bertembung dengan konsert Hari Pengguna di Padang MPK 2 itu jelas menunjukkan betapa "bengapnya" keperibadian pemimpin Islam Hadhari ini].

Sunday, July 26, 2009

Cyberita: Samy Vellu Bermimpi Di Siang Hari, Bila Terpaksa Sedapkan Hati Dengan Mengatakan MIC Tidak Rugi Bila Bekas Naib Presidennya Serta PKR

BUTTERWORTH [1.53 pm] - Parti MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas Naib Presidennya Datuk S S Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (foto). Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan "tahniah" kepada Subramaniam dengan tindakannya itu. "Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India. "Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR)," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini hari ini. Semalam, Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat. Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat. "Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini," katanya. Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata MIC bercadang meminda perlembagaan parti itu berhubung jumlah minimum anggota bagi mewujudkan sesebuah cawangan MIC. "Ketika ini jumlah minimum diperlukan adalah seramai 110 orang dan jika dipersetujui oleh parti pada mesyuarat agung 12 dan 13 September depan, ia akan dikurangkan kepada 60 orang. "Kita jangkakan dengan pindaan berkenaan, ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat India menyertai MIC terutama di kawasan tidak ramai penduduk India," katanya. MIC kini mempunyai 3,700 cawangan (630,000 ahli).

[Samy Tol ini sebenarnya "mengigau" agaknya. Kononnya beliau tidak takut bekas Naib Presidennya itu sertai PKR. Baginya SS Subramaniam tidak membela nasib kaum India. Masalahnya semasa itu SS Subramaniam duduk dibawah pentadbiran siapa?. Bukankah Samy Tol?. Ini bermakna, semasa dalam MIC memang jelas menunjukkan bahawa Subramaniam tidak dapat berbuat apa-apa kerana Samy Tol tidak berminat ke arah itu. Samy hanya berminat naikkan TOL dan kemudian merompak wang rakyat dengan sesuka hati, termasuk mengadkaan majlis perkahwinan anaknya dengan belanja mencecah RM2 juta ketika itu. Samy sepatutnya sudah dikapankan, kerana beliau tidak lagi diterima masyarakat kaum India. Malah, dirinya ditolak oleh rakyat di Parlimen Sungai Siput gara-gara perkara itu. Namun, Samy ini jenis manusia yang tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Baginya, biarpun hanya seorang menyokong beliau bermakna dirinya masih mendapat sokongan. Sampai kiamat pun Samy akan terus memegang kuasa. Dia langsung tidak melihat, pemimpin BN seangkatan dengannya satu persatu mengundur diri seperti Mahathir (UMNO), Lim Kim Yeik (GERAKAN) dan Lim Liong Sik (MCA). Namun, hanya beliau sahaja yang masih mahu terus berkuasa dan ada hati ingin menarik golongan muda India menyertai parti karat itu. Samy memang "bermimpi disiang hari", dan ramai lagi sebenarnya masyarakat kaum India akan tinggal MIC selepas ini. Ketika itu barulah Samy Vellu tahu bahawa dirinya kini sudah tidak berguna lagi!!].

Eksklusif: Kerajaan UMNO Dan Barisan Nasional Kini Diambang Kehancuran, Seeorang Lagi Bekas Naib Presiden Parti Komponen Mereka Sertai PKR

Kerajaan Barisan Nasional kini diambang kehancuran pabila seorang lagi bekas Naib Presiden Parti komponen BN mengumumkan pendiriannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Pemimpin terbabit ialah Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam yang pernah bertanding merebut jawatan Presiden MIC, Samy Vellu yang akhirnya disingkirkan oleh pemimpin MIC yang tidak sedarkan diri itu. Kejutan demi kejutan yang berlaku ini, seolah-olah memberi isyarat bahawa BN itu sendiri akan "tamat riwayatnya" dalam menjelang pilihanraya umum akan datang. Senario ini jelas membuktikan bahawa pemimpin yang benar-benar "berjiwa rakyat" dalam BN, kini sudah semakin meluat dan benci dengan pakatan "dacing karat" itu. Malah, dari masa ke semasa mereka juga telah mula memahami hala tuju sebenar BN kini sudah jauh tersasar. Kezaliman dan penyelewengan terhadap rakyat terus berlaku. Malah, sengaja ditutup rapat-rapat bagi menipu rakyat. Hanya mereka yang "bangang" dan "buta mata serta hati" sahaja yang masih percaya BN adalah sebuah kerajaan yang adil, berwibawa dan saksama. Mereka terpaksa mengampu demi "sesuap nasi", sedangkan mereka lebih tahu hakikat sebenar perjuangan yang dibawa oleh BN itu sendiri. Maka itulah, penyertaan beberapa orang tokoh dalam BN ke dalam Pakatan Rakyat jelas sekali bakal "mempercepatkan lagi kereputan" parti karat itu. Dalam pada itu juga, kemasukan Datuk SS Subramaniam seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng jelas sekali mencerminkan bahawa PKR sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Tambah mengejutkan, kemasukan beliau itu juga turut disertai oleh adiknya bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke PKR memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup. Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat. Dalam pada itu Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu."Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya. "Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. Menurut Subramaniam lagi, beliau amat yakin dengan segala dasar-dasar dan pendekatan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat itu. Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama." "Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

[Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Naib Presiden MIC itu. Kemasukan beliau melengkapkan lagi kekuatan Parti Keadilan Rakyat serta menjadi petanda bahawa kekuatan Barisan Nasional sudah pasti bakal tergugat bilamana pemimpin seperti ini bersama rakyat. Dengan kemasukan beliau ke dalam PKR juga, bakal memberi lonjakan sokongan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, kemasukan beliau kali ini menyebabkan pemimpin BN "tidur tak lena". Sudahlah sebelum ini tokoh-tokoh dalam BN dilihat semakin kecewa dengan parti itu. Maka adalah diharapkan agar gelombang kebangkitan ini akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang. Rakyat hanya menunggu tokoh dan pemimpin UMNO pula membuat keputusan yang pasti mengejutkan ini, terutamanya Ku Li].

Saturday, July 25, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

MCA Nafikan Ramai Ahlinya Ikut Chua Jui Meng

KUALA LUMPUR [5.45 pm] - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha (foto), menafikan dakwaan lebih ramai anggota parti itu akan menyertai bekas ketua MCA Bahagian Bakri, Muar Datuk Chua Jui Meng untuk keluar parti dan menyertai parti pembangkang. "Dalam urusan parti ini, hari ini orang masuk (menyertai parti), hari esok orang keluar, itu proses biasa, bukan perkara baru. Malah dalam BN sendiri satu masa dulu, ramai yang keluar dari parti komponen masing-masing," katanya. Sambil menafikan dakwaan Chua kononnya terdapat kelompok dalam MCA, Kong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata anggota parti itu cukup matang dan memahami perjuangan dan peranan yang dimainkan MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional. Kong juga berkata tindakan Chua, yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden parti serta memegang jawatan Menteri Kesihatan, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 18 Julai lepas berkemungkinan sebagai penyataan rasa kecewa beliau terhadap parti. Kong juga tidak menolak kemungkinan ketiadaan jawatan, menjadikan Chua kecewa dan sertai pembangkang.

[Kenyataan Naib Presiden MCA ini tidak lebih hanya untuk mengampu dan membodek pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka yang kini amat takut bila seorang demi seorang pemimpin BN bertindak menyertai Pakatan Rakyat, mula gusar dan resah apakah pilihanraya umum ke-13 adalah tempoh terakhir untuk mereka menjadi kerajaan pusat. Gelombang kebangkitan rakyat kini dilihat di mana-mana, dan pastinya ia bakal memberi tekanan kepada puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Lantaran itu, kemasukan Chua Jui Meng ke dalam PKR jelas sekali memberikan kekuatan serta semangat baru buat parti itu. Malah, sokongan kaum Cina pasti akan terus meningkat selepas ini. MCA bakal menerima nasib yang sama seperti UMNO jika senario ini terus berlaku].

Konspirasi: Pelancaran Sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan Di Kuantan, MB Pahang Di Pinggirkan Sebagai Dif Terhormat Di Bumi Sendiri


KUANTAN [1.45 pm] - Sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan dekat sini, hari ini sedikit tercemar bila dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah gagal untuk "mengundang Ketua Kerajaan Negeri Pahang" untuk hadir bersama dalam perasmian yang diadakan pagi tadi. Agak menghairan bila kelibat Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato' Syafiq Fauzan pula dilihat berada di situ. Biarpun mungkin beliau menggantikan MB, namun program peringkat kebangsaan itu sepatutnya perlu dihadiri oleh Ketua Kerajaaan Pahang sebagai "Tuan Rumah" sebenarnya. Bahkan, beliau wajar membatalkan segala program lain, kerana pelancaran Hari Pengguna itu yang lebih utama dari yang lain. Perasmian program ini telah dibuat secara gilang-gemilang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaakob. Maklumat dalaman yang diterima daripada pihak "protokol" mengatakan pihak penganjur "tidak membuat jemputan rasmi" kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Ini menyebabkan pihak terbabit keliru dengan program berkenaan, kerana secara terang-terangan telah membelakangkan ketua kerajaan Pahang itu sendiri. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, kami sendiri pun masih belum dapat memastikan. Namun apa yang berlaku jelas sekali amatlah memalukan. Ini kerana tindakan tidak menjemput Menteri Besar dalam program besar-besaran seperti itu jelas sekali amat keterlaluan. Ini kerana kerajaan Negeri Pahang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ini menggambarkan bagai ada sesuatu yang tidak kena, atau pun mungkin ini adlaah satu "konspirasi terancang untuk menidakkan keupayaan Dato' Seri Adnan Yaakob" sendiri sebenarnya. Tambah menarik lagi, sebelum ini memang kami ada mendengar "khabar angin" dan "desas desus" bahawa kedudukan Adnan sebagai MB akan berakhir penggal ini sahaja. Ini kerana, pemimpin UMNO pusat sudah bersedia untuk mengetengah Dato' Safiq Fauzan, ADUN Inderapura itu sebagai Menteri Besar Pahang yang baru selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika telahan ini benar, maka sudah pasti ia merupakan tamparan hebat buat Dato' Seri Adnan Yaakob. Tambahan pula, memang dimana-mana program besar yang dianjurkan di Pahang, hanya kelibat Dato' Syafiq Fauzan sahaja yang dilihat berada disitu.

[Memang diakui bahawa Dato' Syafiq Fauzan layak untuk menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakob berdasarkan latar belakang pendidikannya serta rekod perkhidmatan yang bersih dan cemerlang. Bahkan beliau berkelulusan dalam bidang agama dan masih tidak terlibat dengan berbagai skandal serta kontroversi. Berdasarkan perkara inilah, beliau memang berupaya menjatuhkan Dato' Seri Adnan Yakob di Pahang. Tambahan pula, beliau turut mendapat restu dan lampu hijau daripada ramai pemimpin tertinggi pusat dan UMNO Pahang sendiri. Maka itu juga, kami tidak hairan pihak penganjur Sambutan Hari Pengguna di Kuantan sengaja tidak mahu mengundang YAB Menteri Besar Pahang hadir dalam pelancaran program berkenaan pagi tadi. Terima kasih atas maklumat dalaman "protokol SUK" ini. Terkadang, kasihan pula melihat senario ini. seolah-olah MB Pahang itu bukannya dari UMNO dan BN. Jika Ahli Parlimen Kuantan dari PKR tidak diundang, itu mungkin tidak menggemparkan. Ini tidak, MB UMNO dinafikan hak untuk bersama dalam program anjuran kerajaan BN sendiri. Bukankah ia merupakan satu perkara yang amat melucukan. Apakah ini merupakan satu konspirasi bagi menjatuhkan Menteri Besar Pahang itu agaknya].

Friday, July 24, 2009

Eksklusif: Permohonan Gugur Kes Liwat Dan Beri Bahan Bukti Ditangguhkan Ke Tarikh Keramat 2 September, Apakah Ini Petanda Baik Buat Anwar

Sememangnya tidak dijangkakan, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan supaya kes sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan pemberian bahan bukti ditangguhkan ke 2 September 2009. Apakah ini petanda gembira buat rakyat, susulan tarikh 2 September adalah tarikh keramat di mana Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan 11 tahun yang lalu. Maka itu, mungkin ia secara kebetulan atau mungkin juga sebagai isyarat jelas buat para "konspirator liwat II" bahawa adengan itu akan berakhir pada tarikh tersebut. Apapun, keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perlaksanaan keputusan mahkamah yang sama (16 Julai 2009) berhubung dengan perintah membenarkan peguambela Anwar mendapatkan sebahagian bahan bukti kes adalah amat dicurigai. Ini kerana keputusan lalu, yang membenarkan semua dokumen dan barangan terbabit diserahkan kepada Anwar sebelum perbicaraan bermula itu pun sudah dianggap melanggar peraturan dan undang-undang. Apatah lagi jika hakim tiba-tiba menerima pula rayuan pihak pendakwa agar ia ditangguhkan. Sedangkan, umum mengetahui bahawa perlunya pihak yang tertuduh mendapatkan dokumen serta barangan tersebut adalah termaktub dalam perlembagaan. Mana mungkin, pihak tertuduh dilarang untuk memeriksa semua dokumen terbabit. Bagaimana peguambela tertuduh ingin membela anak guamannya jika ini berlaku. Bukankah ia telah mencemarkan keadilan buat pihak tertuduh. Inilah yang dikhuatiri akan menjerat Anwar sebenarnya. Apapun, perbicaraan yang pada awalnya diarahkan dalam satu perbiaraan kini bakal berpanjangan selepas keputusan penangguhan ini. Diharap, ia memberi masa dan ruang yang luas untuk peguambela Anwar merangka strategi baru untuk menghadapi kes itu nanti. Semoga tarikh 2 September bakal menjadi satu lagi sejarah buat Anwar dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kelak.

[Harapan baru buat rakyat, teruskan perjuangan dan pastikan ketuanan rakyat dapat ditegakkan. Apapun kami tetap menganggap perbicaraan kes ini bakal memalukan mahkamah Malaysia. Kerana tidak pernah berlaku perbicaraan dijalankan bersandarkan kepada bukti DNA semata-mata, sedangkan mangsa telah disahkan tidak diliwat oleh sesiapa pun. Kes liwat sepatutnya "mesti berlaku adengan liwat", tetapi jika doktor pakar mengesahkan ia tidak berlaku maka sepatutnya kes ini digugurkan. Malah pihak polis boleh menahan Saiful atas alasn telah membuat laporan palsu terhadap Anwar. Bahkan Saiful juga telah menipu polis dan rakyat Malaysia. Mana yang lebih relevan? Kenyataan mulut laporan Saiful atau kenyataan doktor menerusi laporan perubatan yang telah dikelaurkan?. Kenapa polis tidak menyisat dan memastikan kesahihan perkara ini. Kenapa harus ada orang lain yang perlu jadi mangsa?. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang munasabah di kalangan rakyat. Bayangkan jika ia berlaku kepada orang lain, sudah pasti kes ini akan digugurkan. Tetapi kes ini penuh dengan konspirasi, sebab itulah ia mahu diteruskan demi masa depan politik seseorang. Rakyat perlu sedar dengan segala penipuan dan penyelewengan kes yang berlaku terhadap Anwar ini].

Eksklusif: Perbicaraan Permohonan Gugurkan Tuduhan Liwat Didengar Hari Ini, Saiful Semakin Gila Meroyan Gara-Gara Takut Hilang Habuan !!

Hari ini maka bermula kembali isu mendebarkan rakyat iaitu, kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur. Anwar bakal mendengar apakah mahkamah membenarkan permohonannya untuk menggugurkan kes sebelum perbicaraan sebenar dijalankan. Semua ini bakal terjawab selepas prosiding bermula petang ini. Namun sesuatu yang amat melucukan ialah, dalam kegelisahan sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk melihat kes ini tiba-tiba "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan tiba-tiba merasa gelisah pula. Dalam posting terbaru dalam blognya hari ini, beliau dengan jelas amat kecewa dengan tindakan Anwar Ibrahim yang kononnya bermati-matian untuk berjuang bagi menegakkan keadilan terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Sedangkan dirinya yang teraniya tidak dipertahankankan. Menurut Saiful keadilan dan usaha mencari kebenaran tentang apa yang berlaku kepada mendiang Teoh memang perlu dan wajib dilakukan. Ia bukan sahaja untuk kes mendiang Teoh, malah yang lain juga. Diharap, dengan tertubuhnya Suruhanjaya Di Raja dan Inkues baru-baru ini, semua pihak dapat mengetahui kebenaran yang sebenar kelak.

"Seperti diduga, dalam kekalutan kes mendiang Teoh ini, tertuduh (Anwar Ibrahim) mahu menjadi juara memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk mendiang. Namun, pada hemat saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal keadilan dan kebenaran untuk mendiang Teoh kerana dalam masa yang sama, beliau cuba untuk menafikan hak saya sebagai pengadu/saksi utama untuk memberi keterangan(bersuara) di Mahkamah" katanya. Menurut Saiful lagi, beliau bukannya mahu mencampuri urusan dan keputusan mahkamah. Namun katanya, apa yang dilakukan ialah dia mempersoalkan tindakan Anwar menfailkan permohonan bagu menggugurkan kes tersebut bulan lalu. "Adakan layak tertuduh (Anwar) digelar pejuang Keadilan dengan tindakannya itu?" Janganlah apabila nasib yang sama(mati) terjadi pada saya seperti apa yang berlaku pada mendiang Teoh, barulah masing-masing kelam-kabut mahu mencari kebenaran. Ketika itu, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Peranan kami sama, iaitu sebagai Saksi Utama, cuma saya juga adalah pengadu dan skop kes kami berbeza" tambahnya.

Daripada kenyataan mamat Saiful ini, jelas sekali beliau amat gusar sekiranya kesnya dibatalkan. Mungkin kerana, jika ia terbatal bermakna beliau sendiri tidak akan dapat bagi habuan yang dijanjikan oleh pihak-pihak berkenaan. Lantaran itulah Saiful perlu merayu dan merintih agar kes itu diteruskan, kerana beliau tahu kemenangan akan berpihak kepadanya. Ini berasaskan kepada keputusan mahkamah untuk meneruskan kes biarpun Saiful disahkan oleh empat orang doktor bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa. Maknanya "tidak berlaku sebarang tusukan atau kemasukan z**ar Anwar ke dalam dubur Saiful seperti yang dilaporkan". Apa lagi yang mahu dirintih oleh Saiful agaknya, melainkan kerana ganjaran kemewahan yang bakal diterima. Oleh itu, beliau mahu menyamakan perjuangan mempertahankan kes Teoh Beng Hock harus dilakukan terhadap dirinya pula. Saiful "buta mata" agaknya !! Kes Teoh ialah "Kisah Benar" dan ia berlaku didepan mata rakyat. Tetapi "Kes Liwat" beliau sebenarnya adalah "Khayalan" semata-mata, bahkan ia tidak berlaku didepan empat orang saksi yang sepatutnya. Bahkan sudah ada laporan perubatan yang mengatakan dia masih "Suci Dalam Debu". Soalnya kenapa Saiful nampak begitu "gila meroyan" mahu kes yang tidak masuk dek akal ini diteruskan? Bukankah ada "sesuatu yang menanti" beliau jika ia diteruskan kelak. Barangkali pihak terbabit mahu konspirasi ini berjaya dan Anwar harus dihumbankan ke Penjara Sg.Buloh, barulah habuan dikeluarkan sepenuhnya untuk Saiful. Jika ini gagal, maka Saiful akan kempunan dan ketandusan buat selamanya. Bahkan, kelibatnya juga sudah pasti akan "dicemuh dan dihina" oleh sekalian rakyat yang boleh membaca perjalanan kes ini.

[Inilah yang dikatakan takdir sebenarnya. Terkadang kita agak hairan dengan apa yang berlaku terhadap Saiful. Sudah terang lagi bersuluh beliau disahkan masih "suci dan teruna" berdasarkan laporan perubatan hospital, tetapi kenapalah dia masih mahu memalukan dirinya dengan menjaja "cerita katun liwat" ini agaknya?. Apakah beliau terfikir, rakyat akan memperjuangkan nasibnya itu?. Menyamakan dirinya sebagai saksi seperti Teoh Beng Hock sebenarnya "menjatuhkan maruah" beliau itu sendiri. Teoh memang saksi, tetapi Saiful bukan saksi kerana dia mengaku jadi mangsa. Jika beliau saksi, siapakah pula yang menjadi mangsa?. Saiful kini semakin bercelaru dengan perbuatan sendiri. Namun, nantikan sahaja apakah keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah hari ini. Sama-samalah kita doakan agar sinar harapan baru bakal tercipta jua akhirnya].

Thursday, July 23, 2009

Eksklusif: Misteri Kematian Teoh, Suruhanjaya Di Raja Yang Akan Ditubuhkan Perlulah Profesional Dan Bukan Hanya Sekadar Jadi Orang Suruhan !!

Mungkin ada benarnya pandangan sesetengah pihak supaya Suruhanjaya DiRaja yang bakal ditubuhkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional perlulah benar-benar "bersih dan telus". Kita tidak mahu nanti, senario yang sama terus berlaku. Suruhanjaya DiRaja perlulah menyatakan kebenaran biarpun pahit untuk ditelan. Ini kerana kes kematian mendiang Teoh Beng Hock kini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat, bahkan masih lagi menjadi misteri yang belum terjawab. Biarpun pihak polis sudah mengadakan siasatan mereka, namun rakyat masih sangsi dengan apa yang dilakukan. Ini kerana, kreadibiliti pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu sendiri sebenarnya masih dipertikaikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Malah terdapat banyak kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam agensi itu selama ini, masih belum dapat diselesaikan. Banyak kes-kes jenayah yang tidak berpenghujung seperti kes pembunuhan dan penculikan Adik Nurin Jazlin, Adik Sharlinie, Adik Asmawi dan ramai lagi yang masih menjadi tandatanya. Sehingga ke hari ini, tidak ada mana-mana penjenayah terbabit yang ditangkap dan didakwa melakukan kesalahan tersebut. Sama juga dengan kes pembunuhan peragawati terkenal Noritta Shamsuddin dulu. Biarpun kes itu berprofail tinggi, namun "ending" siasatan polis mendapati "terdapat dua lembaga msiteri" yang melakukan pembunuhan tersebut. Keputusan itu menyebabkan tertuduh Haniff Basree akhirnya dibebaskan, sedangkan penjenayah sebenarnya masih belum ditangkap atau didakwa sehingga ke hari ini. Bukankah ini menimbulkan keraguan dikalangan rakyat?

Kes Teoh, Siasatan Biarlah Ada Penghujungnya

Banyak lagi sebenarnya kekeliruan yang berlaku. Malah, polis di Malaysia dilihat lebih "berselera" untuk mencengkam pengaruh politik parti pembangkang sebenarnya. Mereka akan bertindap "cepat, pantas dan adil" jika terdapat mana-mana laporan yang dibuat berkenaan salah laku pemimpin pembangkang. Tetapi mereka akan "menikus dan terkedu" bila ada laporan yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Inilah masalahnya yang menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap sebahagian besar anggota polis. Bukan semuanya begitu, namun takdir sudah menentukan bahawa mereka terpaksa melakukan tugasan yang diamanahkan oleh "Boss" hatta terpaksa melakukan kekerasan terhadap kaum keluarga dan saudara mara mereka sendiri. Sejarah ini sukar untuk dilupakan. Maka itulah, bila terwujudnya satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat kes-kes tertentu, rakyat amatlah mengharapkan ianya bersifat adil dan telus sepenuhnya. Tidak ada unsur-unsur ugutan dan kekangan daripada pihak berkenaan. Bahkan Suruhanjaya DiRaja yang bakal menyiasat kes Teoh Beng Hock ini juga diharap tidak hanya menfokuskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata. Malah mereka juga harus melakukan siasatan kepada pihak polis, yang sehingga kini masih melakukan siasatan kes Teoh itu sebagai "kematian mengejut". Soalnya, kenapa istilah itu digunakan sedangkan banyak kemusykilan yang sepatutnya dihuraikan oleh mereka.

Suruhajaya DiRaja Jangan Jadi Orang Suruhan

Sususlan dari itu, rakyat juga amatlah berharap agar Suruhanjaya DiRaja yang bakal ditubuhkan itu tidak seperti mereka yang bertanggungjawab menyiasat kes "Mata Lebam Anwar" dan "Pita Video Linggam" sebelum ini. Lihat apa yang berlaku, biarpun suruhanjaya telah ditubuhkan dan menyiasat kes tersebut, bahkan mereka sudah mengenalpasti punca sebenarnya. Namun hingga ke hari ini, masih belum ada pihak yang didakwa dalam kes "Pita Video Linggam". Sedangkan pihak suruhanjaya telah mengeluarkan senarai beberapa nama mereka yang dipercayai terlibat secara langsung dalam percaturan menentukan kedudukan hakim-hakim dalam negara kita. Kenapa ini berlaku?. Maknanya, suruhanjaya terbabit akhirnya menjadi "orang suruhan" pihak-pihak atasan yang tidak mahu kroni-kroni mereka didakwa atas kesalahan yang dilakukan. Begitu juga dalam kes "Mata Lebam Anwar", tertuduh Ketua Polis Negara, hanya ditahan beberapa bulan di penjara kemudian dibebaskan kerana bersikap baik. Sebaliknya, individu yang memalsukan laporan perubatan kes "mata lebam" itu, sehingga kini belum ditangkap dan didakwa iaitu Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Di mana keadilan mahu ditegakkan sebenarnya?. Malah, bila kes itu dibawa ke mahkamah mudah sahaja ia diputuskan oleh pihak terbabit bahawa kedua-dua tertuduh itu tidak bersalah. Sedangkan, ketika kes mata lebam Anwar digemparkan dulu mereka berdua sewenangnya mengatakan Anwar menumbuk matanya sendiri dan sebagainya. Apakah kita masih mahu percaya segala penipuan dan peyelewengan fakta ini berlaku di depan mata kita lagi agaknya?

[Sesungguhnya, rakyat Malaysia di seluruh dunia kini mengharapkan semoga Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan oleh kerajaan itu nanti tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah. Kita takut, apabila sesuatu keputusan dikeluarkan nanti tiba-tiba tidak ada pula pihak yang didakwa di mahkamah seperti kes "Pita Video Linggam". Sejarah lama membuktikan segalanya, maka kita amatlah terharu jika segalanya ini berlaku lagi. Oleh itu, rakyat diminta bersabar sehingga hasil siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja dikeluarkan nanti. Apapun sama-sama kita pastikan bahawa keadilan tetap akan tertegak di bumi tercinta ini buat mereka yang teraniaya dan dizalimi. Rakyat perlu bangkit dan berjuang mempertahankan hak mereka. Jangan biarkan selamanya kita ditipu oleh puak-puak yang zalim dan dila kuasa untuk terus memerintah. Pastikan kesedaran timbul dikalangan rakyat dari segenap lapisan, agar membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Isu PKFZ, Kesemua Menteri MCA Sokong Ong

KUALA LUMPUR
[1.10 pm] - Kesemua tiga menteri dan tujuh timbalan menteri daripada MCA hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Presiden MCA dalam tindakannya menangani isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Dalam satu kenyataan bersama, menteri dan timbalan menteri itu, berkata mereka bersetuju dengan pendirian Ong bahawa kepentingan orang ramai perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian kepada isu itu yang timbul akibat kos penyediaan zon berkenaan yang dilaporkan melambung melebihi RM4 bilion.

[Memang sudah menjadi tradisi Barisan Nasional, mereka akan menyokong "perompak dan penyangak" untuk terus berkuasa. Inilah yang berlaku kepada MCA sebenarnya. Kepentingan rakyat yang dicanang-canangkan itu hanyalah satu "simbolik" mereka untuk terus melaksanakan sesuatu projek yang menjadi pertikaian semua. Walhal, sudah menjadi dasar puak-puak BN mereka sebenarnya ingin menipu rakyat terutamanya orang-orang kampung yang tidak berdosa. Maka itulah projek ini diteruskan demi memperkayakan mereka].

Perhimpunan Haram, Ketua Pemuda MIC Ditahan


GEORGETOWN
[11.20 am] - Ketua Pemuda MIC, T Mohan dan lima ahli parti itu yang lain ditahan polis di Jalan Datuk Keramat dekat sini kerana didapati mengadakan satu perhimpunan haram. Mereka dipercayai mahu menyerahkan memorandum berhubung isu Kampung Buah Pala kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sekiatar jam 10.00 pagi tadi.

[Nampaknya, selepas isu Teoh hangat diperkatakan, kini "sudah terbalik". Puak-puak BN pula ditahan gara-gara "perhimpunan haram". Walhal selama ini, banyak dilihat sikap "double standard" pihak polis dalam menangani kes seperti ini. Apakah kini mereka sudah mula sedar bahawa tanggungjawab itu harus adil kepada semua pihak. Tahniah diucapkan kepada pihak polis yang bertindak berlandaskan undang-undang itu. Semoga selepas ini lebih banyak keadilan akan dinikmati oleh rakyat bila agensi-agensi berkenaan mula berubah].

Kes Teoh, Khalid Akui Siasatan Hampir Selesai


KUALA SELANGOR [9.05 am] - Siasatan ke atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, minggu lalu kini hanya tinggal 10 hingga 15 peratus lagi untuk siap, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. "Siasatan kita diteruskan dan kita akan bantu suruhanjaya (diraja) nanti jika diperlukan kerana inkues akan tetap diadakan minggu depan. "Jadi siasatan ini adalah untuk inkues, kena siapkan sebelum inkues," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kontinjen Polis Selangor di sini, malam tadi.

[Siasatan polis hampir selesai kerana mereka tidak menumpukan kepada punca sebenar kes dan hanya mernyiasat berdasarkan kepada "kematian mengejut". Lantaran itu ahli keluarga dan tunang Teoh turut disiat oleh pihak polis. Namun, apakah siasatan ini boleh selesai secepat mungkin bilamana ia turut melibatkan faktor keresahan rakyat sebenarnya berhubung dengan isu tersebut iaitu "Teoh dibunuh sebelum mayatnya diletakkan dilokasi ia jatuh". Tambahan pula polis sendiri menegaskan tiadanya kesan kecedaraan luaran, percikan darah serta lain-lain biar pun Teoh jatuh dari tingkat 13 bangunan berkenaan. Inilah yang menimbulkan syak wasangka dan kemusykilan di kalangan majoriti rakyat].

Kes Teoh, Suruhanjaya Diraja Perlu Siasat Punca

KUALA LUMPUR [8.35 am] - Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Presidennya, Ragunath Kesavan (foto), berkata ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja. "Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya adalah seorang pegawai yang paling junior."Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian," katanya ketika dihubungi. Najib mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi meneliti prosedur soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di samping itu, beliau juga mengarahkan supaya satu inkues yang diketuai seorang majistret dimulakan minggu depan bagi menentukan punca sebenar kematian Teoh.

[Kenyataan Majlis Peguam Negara ini bakal memberi tamparan hebat kepada pihak polis yang kini sedang mengadakan siasatan terhadap kes itu. Justeru itu, kewujudan Suruhanjaya Diraja ini bakal memberi satu tamparan hebat terhadap Cuma rakyat mengharapkan agar tidak ada unsur-unsur kecuaian atau "apa yang disiasat oleh pihak polis".menutup sesuatu" dalam kes yang cukup menghantui puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini sebenarnya]

SPRM Setuju Keputusan Tubuh Suruhanjaya

PUTRAJAYA [8.05 am] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menerima keputusan Jemaah Menteri berhubung inkues awam dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peraturan soal siasat yang digunakan suruhanjaya itu, termasuk semasa menyoal siasat setiausaha politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock. SPRM, dalam kenyataannya petang ini, berkata ia berharap dengan adanya inkues awam dan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu kebenaran dalam isu yang dibangkitkan orang ramai akan terbukti akhirnya. "SPRM juga berharap agar tidak akan timbul lagi manipulasi, spekulasi dan dakwaan mana-mana pihak terhadapnya sehingga satu keputusan dibuat oleh kedua-dua badan berkenaan. "Keputusan yang dibuat kedua-dua pihak berkenaan kelak hendaklah diterima baik oleh semua pihak yang terbabit," kata satu kenyataan pihak SPRM.

[Pihak SPRM terpaksa setuju menerima keputusan kerajaan ini, biarpun "pahit untuk ditelan" sebenarnya. Siasatan ini nanti pasti akan membongkarkan "siapakah SPRM ini sebenarnya" dan kenapa mereka begitu rakus serta berselera untuk menyiasat segala laporan yang dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata?. Sedangkan dalam masa yang sama segala laporan penyelewengan yang dibuat terhadap pemimpin UMNO dan BN disimpan baik-baik oleh mereka tanpa ada sebarang penyiasatan dijalankan terhadap individu terbabit. Walhal ia melibatkan jumlah wang rakyat yang bernilai jutaan ringgit berbanding dengan kes yang sedang disiasat oleh SPRM sehingga membawa kematian Teoh itu].