Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Monday, August 31, 2009

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Gagal Hadir Sidang DUN, SPR Putuskan Selasa

PETALING JAYA, 31 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil. SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil. "Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi. Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau. SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008. Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah. "Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau. Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif (foto) dari BN digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.

[Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi]

Hadiah Hari Merdeka, Minyak Petrol Naik Lagi

KUALA LUMPUR, 31 Ogos Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok. Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75. Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini. Ketika mengumumkan keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). "Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini. Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97. Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini. Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya. "Ia akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi," katanya. RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi. Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan. Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

[Pandai benar kerajaan BN mahu menipu rakyat, minyak RON95 gantikan RON92 dan atas nama subsidi maka rakyat tidak akan teraniaya dengan kenaikan RON97. Itulah alasan bangang yang diberikan oleh puak-puak yang tidak mahu memahami masalah yang bakal dihadapi rakyat selepas ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob akhirnya menjadi "balaci" untuk melempiaskan nafsu serakah puak-puak UMNO dalam merompak wang rakyat. Atas nama prihatin dan menjaga kebajikan akhirnya rakyat juga yang tertipu. Malah, bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa, penyokong UMNO dan BN karat itu juga turut merana apabila kenaikan ini berkuatkuasa nanti. Apa yang pasti ialah dengan kenaikan minyak ini, maka barangan lain turut akan menyusul selepas ini. Rakyat juga yang terpaksa menanggung derita akibat keperihatinan BN ini].

Sunday, August 30, 2009

Eksklusif: BN Semakin Retak Menanti Belah, Dua Orang Ahli Parlimen BN Dari Parti MCA Di Johor Bersedia Untuk Tinggalkan Pakatan Karat Itu !!

Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri yang diperintah BN pasti akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.

Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR


Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek (foto). Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat.

Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor yang dikatakan bakal keluar dari pakatan karat itu. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong - foto (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang). Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, malah terdapat satu laporan yang mengulas perkara di blog umnojohor iaitu :-
"Terdapat beberapa sumber menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan Datuk Seri Najib Razak, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa. Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
[Sekiranya apa yang dilaporkan ini ada kebenarannya, maka sudah pasti kem UMNO BN pasti akan "meraung sendirian" selepas ini. Nampaknya, kini satu persatu rakan pemimpin komponen BN meninggalkan pakatan karat itu. Kemungkinan besar hanya pemimpin UMNO sahaja yang akan menjadi yang terakhir meninggalkan BN selepas ini. Ternyata BN sudah tidak relevan lagi untuk politik negara pada masa akan datang. Justeru itu, adalah diseru supaya para penyokong BN peringkat akar umbi untuk membuat keputusan yang pantas bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam hala tuju perjuangan mereka pada masa yang akan datang. Nasib dan masa depan mereka adalah lebih terjamin dengan Pakatan Rakyat. BN tidak lagi mampu untuk mengembalikan kepercayaan majoriti rakyat. Malahan rakyat bertambah bosan dan meluat melihat logo BN sejak akhir-akhir ini].

Link baru akan dimasukkan http://www.pasmaran.org , http://www.dhiela.com . Sila email kami jika berminat memasukkan link blog atau web anda di laman ini. Harap Maklum

Eksklusif: Pembongkaran Insiden Dera Tahanan, Apakah Ia Hanya Satu Fantasi Atau Realiti Yang Sengaja Mahu Dirahsiakan Daripada Mata Rakyat

Susulan daripada pendedahan Peguam Gobind Singh Deo bahawa tahanan SPRM, mendiang Teoh Beng Hock telah didera sebelum ditemui mati di pejabat agensi itu telah mengejutkan ramai pihak. Sememangnya itulah yang dibayangkan oleh rakyat Malaysia selama ini bahawa anak muda itu telah didera mental dan fizikal hingga akhirnya membawa kepada kematian beliau. Biarpun ada penafian berserta dengan saksi-saksi yang memberi berbagai alasan dan hujjah kononnya penderaan itu tidak berlaku. Namun rakyat lebih bijak menilai dan membuat rumusan tentang kes ini sebenarnya. Inkues yang dilakukan dan penubuhan Suruhanjaya Di Raja yang bakal dilaksanakan masih tidak akan menyakinkan satu siasatan yang adil dan saksama terhadap kes ini. Apa yang jelas, terdapat bukti-bukti yang pihak-pihak tertentu cuba menyembunyikan fakta sebenar kes dan sengaja tidak mahu pihak berkenaan dihukum atas kejadian yang cukup memalukan ini. Apakah siri penderaan ini akan berakhir selepas ini?. Sebenarnya, banyak lagi kes-kes berkenaan terus berlaku dan bakal menghantui rakyat Malaysia sebenarnya. Oleh itu, ikuti pendedahan berani oleh seorang pembaca PDO yang dihantar menerusi email (Hafiz) kepada pihak kami tentang isu yang cukup panas mutakhir ini.

Peguam Bakal Dedah Bukti SPRM Dera Saksi


Sudah menjadi resam setiap kali muncul kes yang melibatkan mereka yang berkuasa tidak kira sama ada kes besar atau kecil, kes rasuah, kes yang melibatkan kematian, kes pencurian pasti akan perlahan-lahan lenyap seolah kejadian tersebut tidak pernah berlaku. Beratus kematian dicatatkan dibawah tahanan polis dan baru baru ini kita dikejutkan kematian Kugan dan juga juga kematian Teoh dibawah tahanan SPRM. Method yang didakwa digunapakai oleh SPRM bagi mengambil keterangan kes dikatakan keras dan dakwaan sehingga ada yang menggunakkan besi untuk memukul. Tetapi adakah ini suatu perkara yang pelik bagi anda? Persoalannya adakah cuma pihak SPRM sahaja yang menggunakan method yang sedemikian dalam mendapatkan keterangan saksi? Apa yang akan saya catatkan merupakan senario dan proses yang saya fikir biasa yang perlu dilalui oleh orang yang ditangkap atau didakwa yang berada didalam tahanan Polis mahupun Penjara. Layanan yang mereka bakal terima berbeza-beza bergantung kepada kes dan juga sokongan kewangan yang mereka perolehi dari pihak keluarga. Misalnya seseorang yang ditahan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri akan dibawa kebalai bersama barang bukti, kemudian akan diletakkan didalam lokap sehingga keesokkan hari. Bagi mereka yang mempunyai duit dapatlah menikmati makanan luar yang lazat dan rokok yang berharga RM50 sekotak. Bagi mereka yang ditangkap kes dadah pula, jika mempunyai wang, mereka dapat menukar keputusan air kencing dengan mudah. Bagi mereka yang tiada wang, terpaksa bermalam di Hotel California atau lebih dikenali sebagai lokap. Pada keesokkan hari mereka akan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Setelah itu mereka akan pulang semula ke lokap. Hari ketiga biasanya mereka akan dibawa keluar untuk diambil keterangan oleh IO (Investigating Officer) Ketika waktu inilah mereka yang ditangkap akan merasai melalui seolah berada di neraka dunia.

Adakah Saya keterlaluan? Anda Nilai sendiri.


Jika anda pergi kemana-mana Balai Polis terutamanya Ibu Pejabat Polis, jika anda pergi ke bilik tempat mengambil keterangan pasti akan akan temui suatu rak atau almari khas tempat tersimpan segala peralatan yang sangat membantu mereka dalam mendapatkan keterangan daripada orang yang didakwa. Tak percaya? kalau anda punya keberanian pergilah periksa. Sepatutnya wartawan Al-Islam yang menceroboh gereja itu mengunakkan keberanian dia untuk masuk ke setiap balai untuk memeriksa kesahihan laporan dan penulisan ini. Peralatan dan method yang biasanya digunakan bergantung kepada kretiviti IO kes masing-masing. Mereka yang ditahan kes curi terutamanya terpaksa mengakui beberapa kes lain walaupun kes tersebut bukan dilakukan oleh mereka. Disebabkan diasak dan tidak tahan dipukul dan diseksa, akhirnya mereka terpaksa mengakui kesalahan orang lain. Yang menyedihkan mereka terpaksa menjalani hukuman bukan diatas kesalahan mereka. Tidak hairanlah dikatakan Polis Malaysia diantara Polis yang terbaik didunia dalam menyelesaikan sebarang kes. Tiub getah untuk dilibas dibawah tapak kaki dan bahagian belakang badan dengan perlahan tetapi tanpa henti untuk mengelakkan kesan ketara tetapi menghasilkan impak yang menyakitkan. Lilin untuk dititik ditempat-tempat yang sensitif termasuk kemaluan, besi dan kayu digunakan untuk memukul perut sehingga senak (tetapi cara ini tidak berapa glamour dan menyeronokkan), rotan pelbagai saiz dan kadang-kadang rotan kerusi lama juga digunakan dan macam-macam lagi. Walaubagaimanpun saya mengambil keputusan untuk memecahkan penulisan ini kepada beberapa bahagian memandangkan ia melibatkan proses yang panjang sehingga pesalah tersebut dibebaskan.


[Sebenernya apa yang didedahkan oleh penulis ini, memang sudah lama kita dengar dan ramai juga yang sudah mengalaminya. Polis di Malaysia bijak menyelesaikan sesuatu kes dengan mengugut tahanan yang tidak bersalah. Pengalaman ini berlaku sendiri kepada team PDO yang pernah ditangkap polis dulu. Dalam satu kes "dadah", polis sanggup memecah masuk ke rumah mangsa tanpa waran geladah yang sah hanya bila mendapat maklumat secara paksaan daripada beberapa orang suspek yang ditangkap. Mereka yang memaksa suspek menyenaraikan tiga orang rakan yang disyaki sebagai pengedar dadah atau terlibat dengan dadah. Dalam keadaan takut, suspek terpaksa memberi tahu sesiapa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. Malah pihak polis juga berjanji akan melepaskan suspek bila beliau bekerja sama dengan polis. Jika tidak suspek akan disimpan untuk beberapa hari sebelum dilepaskan atau tiba-tiba didakwa atas kesalahan yang tidak dilakukan. Polis sanggup membuat satu kerja yang begitu mudah, mereka tidak menyiasat dan mengintip suspek. Hanya dengan mendera suspek tertentu maka mereka akan mengejar pula suspek baru. Inilah yang banyak berlaku dan timbul masalah bila suspek yang didera menyebut apa saja nama yang terlintas. Akhirnya mereka yang tidak bersalah juga ditangkap, digari dan didera. Alasan yang diberikan untuk mencukupkan "kuota" harian pegawai polis terbabit. Begitu mudah kerja mereka sebenarnya. Wajarlah, mana-mana pihak yang melawan akan menerima nasib malang dan disiksa. Sila emailkan kepada pihak kami kiranya anda salah seorang mangsa penderaan polis selama ini].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Kerajaan Selangor Kutuk Kes Kepala Lembu

SHAH ALAM, 30 Ogos - Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23, di sini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto), dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. “Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia." Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu. Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan. Terdahulu semalam, kira-kira jam 10 pagi, empat wakil rakyat pakatan mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.

[Sewajarnya tindakan mengheret kepala lembu yang dilakukan oleh pihak terbabit jelas sekali menghina kaum tertentu di negara ini. Walhal mereka sepatutnya tahu binatang terbabit dianggap suci bagi kaum terbabit. Padah yang lebih besar akan menimpa selepas ini. Biar pun UMNO menafikan pembabitan mereka dalam hal ini. Namun, melihat kepada gambaran wajah-wajah penunjuk perasaan dan juga tindakan pihak polis yang "melihat sahaja" perhimpunan haram ini berjalan tanpa halangan, jelas sekali menggambarkan kepada kita bahawa ia mendapat "lampu hijau" daripada pihak tertentu. Apapun. kes ini akan menambahkan lagi sokongan rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya].

Kontroversi: Isu Kepala Lembu, Ternyata Khairy Jamaluddin Lebih Bijak Bermain Kata Daripada Beberapa Kerat Pemimpin Melayu UMNO Sendiri

Susulan isu "paling mengarut" dan ternyatanya sungguh "menjijikkan" seperti apa yang dilakukan oleh beberapa kerat puak-puak Pemuda UMNO Selangor yang bertopengkan NGO Melayu baru-baru ini, maka ternyata kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (foto), seakan-akan ada sedikit nada "bijak dan berani" beliau itu. Biarpun ia dilakukan oleh anak-anak buah sendiri, ternyata Khairy nampak lebih telus dan mengeluarkan kenyataan terhadap perkara yang cukup memalukan ini. Namun, apa yang pasti gara-gara kes ini sudah tentu ia akan membawa perpecahan yang lebih besar kepada Barisan Nasional selepas ini. Malah, perpecahan yang berlaku dalam MCA pasti akan memberi ruang untuk ia wujud pula dalam MIC gara-gara kes ini. Kemarahan rakyat Malaysia yang berketurunan India pasti akan memuncak gara-gara sikap melatah puak-puak Pemuda UMNO tersebut. Segalanya berkemungkinan, dan perpecahan pasti akan terus wujud dalam BN dek kerana pelbagai isu-isu panas yang berbentuk perkauman yang dimainkan oleh mereka sendiri. Sila ikuti penjelasan terperinci apa yang diperkatakan oleh Khairy.

Menurut Khairy"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan. "Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar. "Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya. Yang menyedihkan, katanya ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan. "Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.


Hina, Kepala lembu diheret ke pejabat SUK Selangor

Sungguh memalukan serta mencemarkan bulan Ramadan
Boleh bangkit kemarahan Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu. "Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran? "Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara? "Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya. Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan itu tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius lagi selepas ini.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam. "Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."
Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran." "Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy Jamaluddin lagi.

[Pandangan yang diluahkan oleh Khairy dan pemuda BN itu nampak agak neutral, namun sesuatu yang harus diingat bahawa kejadian itu sebenarnya dilakukan sendiri oleh beberapa kerat pemimpin UMNO setempat yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai NGO Melayu. Mereka kemungkinan besar mendapat permit dan arahan daripada pihak polis sendiri. Tambahan pula, semasa perhimpunan haram itu dijalankan pihak polis langsung tidak menggunakan FRU, menyembur gas pemedih mata atau water canon bagi menghalang ia berlaku. Malah terdapat segelintir anggota polis yang dilihat bertindak mengawasi perhimpunan haram tersebut. Apakah ini yang dikatakan keadilan buat rakyat Malaysia agaknya?. Polis hanya berselera untuk meratah dan menzalimi rakyat jika mereka dipihak pembangkang, sebaliknya jika di pihak kerajaan pihak polis sengaja menutup sebelah mata. Mana pergi suara lantang Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar (foto) yang selama ini nampak beriya-iya benar dalam soal perhimpunan haram tanpa permit ini. Rakyat diharap dapat menilai perkara ini dengan bijak bagi membolehkan perjuangan mempertahankan hak mereka dapat terus dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kes ini wajar dijadikan ikhtibar bahawa memang polis di Malaysia bersikap "double standard" dan tidak adil terhadap rakyat sebenarnya].

Friday, August 28, 2009

Cyberita: Dari Meja Editor Pahang Daily Online

Ramai Terkejut SMS Ismail Kamus Meninggal

Orang ramai hari ini keliru dengan SMS yang banyak disebarkan perihal kematian tokoh agama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Dato' Ismail Kamus (foto). Dalam laporan SMS itu mengatakan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung. Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah Al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Kami cuba menyiasat kesahihan laporan SMS itu dan ternanti-nanti pengumuman yang dibuat dalam media massa. Namun, setakat ini tiada berita rasmi berkaitan kematian Ustaz Ismail Kamus. Apa yang ada ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam. Soalnya, benarkah Ustaz Ismail Kamus turut meninggal atau sekadar khabar angin semata-mata. Adalah diharapkan supaya ada pihak tertentu yang dapat mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Tambahan pula SMS tersebut kini tersebar meluas di seluruh negara. Masalah yang timbul ialah mereka yang menerima SMS itu, tanpa usul periksa terus menghantarkan pula kepada rakan-rakan yang lain. Ia amat mengejutkan dan menyebabkan peminat tokoh agama terkenal itu terkejut dengan laporan berita berkenaan.

[Kami memohon maaf atas penyiaran maklumat ini. Ia memandangkan ramai rakan-rakan yang mengadu serta bertanya apakah Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Mereka mahukan kepastian daripada PDO. Oleh itu kepada anda yang menerima SMS yang sama, harap tidak disebarkan sebelum maklumat sahih diterima. Ia akan menyebakan berlaku kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia yang menerima SMS tersebut sebenarnya]

Cyberita: Senator Pertama Orang Kurang Upaya Dan Cacat Penglihatan, Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

KUALA LUMPUR - Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh (foto), meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri allahyarham Hasnah Wahab. Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlentuk kepalanya ke atas bahunya. "Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya semasa ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis, Singapura sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan. Hasnah berkata suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi. Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech. Mereka bertolak 25 Ogos dan pulang malam keesokannya dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini. Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk dimandi dan dikafankan.

Senator Pertama Orang Kurang Upaya Malaysia

Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail. Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama para pegawai kedutaan dan jemaah masjid. Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang. Hasnah berkata jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di No. 7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang. Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak. Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini. "Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami," kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah. Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.

Jenazah Dikebumikan Di Kajang Malam Tadi

Allahyarham juga ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah doktor falsafah. Sementara itu di Kajang, abang allahyarham Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba di rumahnya petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan malamnya. Katanya, adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing. Bagaimanapun, Isnin lepas, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur. Zakaria bertindak sebagai "mata", penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil. "Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selamanya," kata beliau,

[PDO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat negara kita. Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan ditempattkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh].

Thursday, August 27, 2009

Kenyataan Media Oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Berhubung Isu Hukuman Sebat Kartika !!

KUANTAN - Saya selaku mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan segala sukacitanya merujuk kepada polemik yang timbul hasil daripada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda dan juga enam (6) kali sebatan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) atas kesalahan meminum arak. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) melihat segala polemik, terutamanya bantahan dan kritikan yang dilemparkan oleh kalangan tertentu, seperti Majlis Peguam dan juga NGO-NGO wanita, adalah timbul disebabkan mereka melihat dan mengukur undang-undang jenayah Islam dari kacamata undang-undang sivil. Inilah masalahnya apabila peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Acara Jenayah yang dikuatkuasakan di mahkamah sivil, dijadikan kayu pengukur dalam menilai perlaksanaan undang-undang jenayah Islam. Sedangkan adalah jelas dengan berdasarkan semangat dari Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apa jua keputusan dan perjalanan prosiding di Mahkamah Syariah adalah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil. Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa, iaitulah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 kali sebatan. Bagi sesiapa yang menyatakan hukuman ini sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan atau mendikskriminasikan wanita seperti yang cuba dibayangkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, maka pihak-pihak yang berkenaan bolehlah memberikan cadangan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang dikuasai Barisan Nasional supaya meminda atau memansuhkan peruntukan tersebut dengan cara membentangkan usul berkaitan dengannya di Dewan Undangan Negeri Pahang.

Namun, selagi peruntukan berkaitan dengan kesalahan meimnum arak tersebut dan juga hukumannya tidak dipinda atau dimansuhkan oleh DUN Pahang, maka peruntukan di dalam enakmen tersebut adalah kekal menjadi undang-undang yang sah yang boleh dikuatkuasakan. Begitu juga dengan hujah yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan juga beberapa NGO, bahawa hukuman sebat ke atas Kartika adalah berlawanan dengan peruntukan di bawah Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah yang melarang hukuman sebat dijatuhkan ke atas wanita. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa peruntukan Seksyen 289 (a) tersebut hanya terpakai dan berkuatkuasa di dalam kes jenayah yang dibawah bidangkuasa mahkamah sivil dan peruntukan tersebut tidak mengikat mahkamah syariah disebabkan peruntukan sedemikian tidak terdapat di dalam enakmen undang-undang Islam. Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat ini adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa :

Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Berdasarkan kepada peruntukan terperinci di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002 tersebut, jelas menunjukkan hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Bahkan peruntukan Seksyen 125 di atas jauh lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan peruntukan berkaitan dengan cara perlaksanaan hukuman sebat yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah. DPPNP selanjutnya juga berpendapat segala kritikan dan kecaman yang dihamburkan kepada Mahkamah Syariah Kuantan dan juga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersabit dengan isu Kartika ini adalah lahir daripada sikap prejudis dan buruk sangka terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam, meskipun hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman yang menurut hukum Islam sebenar yang berkait dengan minum arak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum hudud. Sikap prejudis dan buruk sangka ini telah lama tertanam di dalam minda mereka yang anti kepada perlaksanaan hukum Islam ke atas umat Islam di negara ini dan pelbagai alasan dikemukakan bagi menggambarkan betapa zalim dan buruknya hukuman yang dibuat atas nama Islam.

Saranan Perdana Menteri supaya Kartika merayu di atas hukuman yang dijatuhkan adalah satu saranan yang melucukan dan ill advised. Bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan saranan sedemikian sedangkan Kartika sendiri memilih untuk tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah di atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya di dalam tempoh masa yang dibenarkan iaitulah dalam tempoh 14 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah Pahang 2002. Kartika yang diwakili Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi sudah tentulah mengetahui akan haknya untuk mengemukakan rayuan. Namun, jika beliau sendiri memutuskan untuk tidak merayu, maka kenapa Perdana Menteri pula yang sibuk-sibuk ? Justeru, DPPNP dengan ini menyeru kepada Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Syarie supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah serta tidak tunduk dengan ‘serangan psikologi’ yang dibuat oleh pihak-pihak yang memang sentiasa bersikap prejudis terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam dengan memberikan pelbagai gambaran negatif.

[Pada masa yang sama, usaha dakwah bagi memberi penerangan berkaitan dengan hukum Islam harus terus dijalankan bagi mendidik masayarakat dan menghapuskan sebarang kesangsian dan pandangan buruk mereka terhadap undang-undang Islam.
DPPNP juga menyokong titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang yang menyeru semua pihak bersabar dan menyerahkan kes ini untuk diselesaikan oleh Mahkamah Syariah sendiri. Bagi DPPNP, ini adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan polemik yang timbul. ABDULLAH ABDUL KARIM Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek Di Pecat

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (foto), secara rasmi dipecat dari parti perkauman itu atas tuduhan mencemar imej parti dengan skandal seks beliau. Presiden MCA Ong Tee Keat mengumumkan keputusan ini dibuat berdasarkan kepada saranan jawatankuasa displin parti MCA. Keputusan diumumkan 12.15 pagi semalam. Ong menambah keputusan ini diambil dengan rasa berat hati dan dibuat demi kepentingan parti. Beliau menambah Chua bagaimanapun mempunyai 14 hari untuk merayu keputusan itu, namun perlembagaan parti tidak membenarkan keputusan itu dicabar di mahkamah. Chua ketika diminta mengulas keputusan jawatankuasa displin itu, beliau berkata semoga Ong dapat tidur yang nyenyak. Chua dalam blog beliau menulis, keputusan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ada usaha dari Presiden MCA itu sendiri untuk membunuh kerjaya politik beliau. Sementara itu, bekas Naib Presiden Fong Chan Onn menggesa kepimpinan parti MCA untuk mempertimbang semula keputusan memecat Chua. Fong berkata Chua telah memohon maaf dan memikul tanggungjawab diatas perilakunya dengan meletak jawatan sebagai menteri dan ahli parlimen. Fong juga menegaskan MCA harus akur kepada keputusan perwakilan yang melantik Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden.

[Satu keputusan drastik yang amat mengejutkan. Ternyata kini parti komponen BN iaitu MCA sedang menghadapi masalah dalaman yang cukup besar yang pasti akan membenamkan masa depan parti itu. Sudahlah sebelum ini bekas Timbalan Presiden MCA, Chua Jui Meng bertindak menyertai Pakatan Rakyat bila mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR. Apakah Chua Soi Lek jugaakan membuat tindakan yang sama selepas ini?. Segalanya berkemungkinan selepas melihat apa yang berlaku dalam parti terbesar kaum Cina itu. Apapun, keputusan memecat Chua Soi Lek adalah cukup berbahaya kerana beliau menang dalam pemilihan jawatan parti itu. Ini sudah pasti akan mengecewakan para penyokong beliau. Tindakan ini pasti akan memakan diri puak-puak BN itu sebenarnya].

Wednesday, August 26, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Ahmad Said Yakin Kemelut UMNO Akan Selesai

K.TERENGGANU, 26 Ogos [4.10 pm] - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (foto), yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang. Katanya hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini. "Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini. Ditanya mengenai sikap wakil-wakil BN yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?" "Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka" katanya. Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan berkerjasama dengan beliau mempimpin negeri itu dan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO.

[Kemelut UMNO Terengganu ini sebenarnya tidak akan selesai selagi Mat Said masih berlembut dengan seteru beliau iaitu Idris Jusoh. Dalam UMNO kuasa adalah segalanya. Maka itu, Idris tidak akan berdiam diri selagi belum memperolehi semula kuasa. Tambahan pula beliau tahu yang kerajaan pusat lebih memerlukan beliau sebagai MB bukannya Mat Said. Namun penderhakaan puak-puak Mat Said terhadap Sultan Trerengganu dipandang sepi oleh pemimpin UMNO, lantaran mereka mahukan Idris naik. Jika Mat Said tidak berhati-hati maka beliau yang akan terhumban selepas ini akibat diterajang oleh puak Idris].

Rosol Nafi Lapan ADUN BN Akan Sertai PKR


K.TERENGGANU, 26 Ogos [3.50 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (foto), menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau berkata, laporan portal The Malaysian Insider itu semata-mata untuk menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR. Ketika ditemui pemberita pada persidangan DUN Terengganu di sini hari ini, Rosol berkata beliau bersama ADUN UMNO yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu walaupun beliau mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu. Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita. "Apa yang pasti, kita masih lagi wakil rakyat BN...itu tiada kompromi. Apa yang berlaku sebenarnya bagi memastikan kerajaan kita kuat dan kita yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

[Team Idris Jusoh terutamanya Rosol ini menafikan perkara ini kerana mereka tahu akan berhadapan dengan tindakan yang lebih besar jika ia diketahui oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Lagi pun, mana mungkin puak-puak Idris ini dapat bergabung dengan PAS semata-mata untuk kuasa, ini kerana jika berjaya membentuk kerajaan baru dengan PAS di Terengganu sekali pun nasib mereka bagai telur dihujung tanduk. Ini kerana mereka tidak boleh lagi untuk menipu dan merompak wang rakyat. Inilah yang tidak dapat diterima oleh puak-puak Idris Jusoh yang memang kemaruk untuk kuasa dan kemewahan itu sebenarnya. Maka itulah Rosol terpaksa berselindung dan menafikan perkara ini].

Inkues, Teoh Dikatakan Bergaduh Dengan Tan


SHAH ALAM, 26 Ogos [3.12 pm] - Pendedahan oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah (foto), bergaduh, telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian Teoh di Mahkamah Koroner di sini. Mohd Anuar Ismail, Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, berkata pergaduhan itu berlaku pada jam 2 pagi di tandas pejabat SPRM Selangor. "Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada jam 2 pagi bertempat di tandas SPRM," katanya kepada peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

[Sesuatu yang amat mengejutkan bilamana laporan seperti ini timbul. Apakah ia berkaitan dengan surat misteri yang menjelaskan secara terperinci pembabitan orang kanan SPRM Selangor, maka mereka terpaksa mereka cipta berbagai alasan bagi menyelamat diri masing-masing. Malah, mana mungkin Tan boleh bergaduh dalam pejabat SPRM sehingga membawa kepada pembunuhan. Nampak benar SPRM dalam ketakutan sekarang ini, dan cuba mencari berbagai usaha untuk menafikan pembabitan puak mereka. Pasti selepas ini akan terjelma banyak lagi alasan-alasan bagi menafikan perkara ini].

SPRM Dedah Teoh Terbabit Lulus Projek Palsu


SHAH ALAM, 26 Ogos [2.35 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock (foto dengan tunang) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lepas. "Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," kata Mohd Anuar saksi ke-16 prosiding itu.

[SPRM nampaknya mahu mengalih pandangan rakyat terhadap isu pembunuhan yang berlaku sebenarnya. Jika pun terdapat unsur rasuah yang melibatkan Teoh dalam hal ini, kenapakah kejadian "mati" itu boleh berlaku dalam kawasan pejabat SPRM. Isu Teoh rasuah dengan projek palsu itu perkara lain. Masalah yang rakyat ingin tahu sekarang ialah siapakah yang membunuh Teoh dan siapakah orang terakhir yang menyiasat Teoh sehingga membawa kepada kematian misteri anak muda itu. SPRM cuba lari daripada tajuk kini !!].

Exco, Sultan Perkenan Gugurkan ADUN Lunas


ALOR SETAR, 26 Ogos [2.00 pm] - Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkenan melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh (foto), kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak. Azizan berkata, Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik ADUN Kulim, Lim Soo Nee, sebagai pengganti Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia. "Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya.

[Kasihan benar melihat ADUN Lunas, ini kerana rezekinya tidak sama dengan dua exco Perak yang turut melompat parti dulu. Jika di Perak, perbuatan terkutuk itu berakhir dengan rampasan kuasa oleh BN. Namun, nasih Md Radzhi agak malang sekali kerana perbuatan beliau itu langsung tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Malah PAS masih terus menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang pasir 25 Ogos lalu. Apakah akan terjadi kepada beliau selepas ini agaknya. Terhina dimata BN dan juga rakyat di kawasan beliau sendiri. Mungkinkah ini akan membawa kepada perletakan jawatannya dari politik?].

Cicit Tok Janggut Mahu Jasa Moyang Dihargai


PASIR PUTEH, 26 Ogos [1.23 pm] - Cicit kepada Allahyarham Tok Janggut, pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1914, mahu kerajaan memberi perhargaan yang setimpal terhadap jasa moyangnya sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52. Sulaiman Ismail, 85, berkata sekiranya kerajaan sanggup memberi penghargaan kepada pejuang kemerdekaan seperjuangannya di negeri-negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dengan membina memorial mengenai mereka kenapa tidak pada moyangnya. "Ini penting kepada generasi sekarang dan akan datang supaya mereka tidak hilang jati diri," katanya di Kg. Batu Hitam hari ini.

[Sebenarnya apa yang diharapkan oleh Cicit Tok Janggut ini hanya akan membuang masa beliau sahaja. Kerana, sejak akhir-akhir ini kerajaan UMNO dan BN sudah banyak memadamkan laporan sejarah Melayu tentang perjuangan pahlawan terdahulu dalam menuntuk kemerdekaan atau menghalau penjajah Inggeris dari bumi tercinta ini. Mereka malah mengaku bahawa kemerdekaan negara ini diperolehi tanpa pertumpahan darah. Padahal ia jelas bertentangan dengan hakikat sebenar. Malah mereka lebih suka mempopularkan kononnya kemerdekaan negara itu hanya diperolehi oleh pejuang UMNO sahaja. Akhirnya lipatan sejarah lama pahlawan Melayu akan dipadamkan dari kamus kemerdekaan].

Kontroversi: Kes Kartika, Mana Yang Lebih Zalim Antara Hukum Orang Islam Minum Arak Dengan Menahan Rakyat Tanpa Bicara Mengikut Akta ISA

Susulan daripada kes minum arak model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Kuantan baru-baru ini, maka kini heboh orang memperkatakan isu ini. Malah, banyak pandangan yang jelas sekali mengelirukan telah dikeluarkan oleh beberapa orang tokoh agama di negeri Pahang ini sendiri. Namun, sehingga ke hari ini PDO masih belum mendengar komen daripada Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang tentang perkara "kontroversi" ini. Kekecohan berlaku bilamana tertuduh iaitu Kartika yang sudah dijatuhkan hukuman setelah mengaku salah, malah beliau sanggup pula mahu menerima hukuman tersebut tiba-tiba dihalang oleh "tangan-tangan ghaib". Malah lebih mencemaskan, beliau sudah dijemput oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di rumahnya dekat Sungai Siput Perak untuk dibawa menjalani hukuman sebatan di Penjara Kajang. Anehnya, kenderaan JAIP baru bergerak sejauh 200 meter tiba-tiba pihak terbabit mendapat arahan agar beliau dibebaskan. Alasan yang diberikan, hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati kesucian bulan Ramadan Al-Mubarak. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba semua ini berlaku?. Apakah puncanya yang menyebabkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah itu tiba-tiba mahu dipertikaikan oleh semua pihak?. Kenapa sejak dari awal-awal kes itu dibicarakan tiada pula pihak yang mahu cuba untuk membela Kartika?.

Malukan Malaysia, Mana Yang Lebih Zalim

Kekeliruan ini menyebabkan nama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Negeri Pahang malah agama Islam itu sendiri kini tercalar malah terhina. Maka muncullah mereka-mereka yang cuba mempertahankan tindakan terhadap Kartika ini amatlah zalim. Suara-suara daripada Ustazah UMNO seperti Sharizat Jalil (foto) mula kedengaran. Kononnya penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini. Malah Sharizat juga menegaskan bahawa Apa yang kita beliau risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim. Itulah alasan mudah yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO itu, tanpa berlandaskan nas-nas dan undang-undang Islam itu sendiri. Bercakap menggunakan akal fikiran yang waras. Hukuman meminum arak dianggap memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem zalim. Maka, mana yang lebih zalim hukuman terhadap orang minum arak atau hukuman terhadap orang yang ditahan tanpa bicara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?. Apakah Sharizat faham tentang hak-hak asasi manusia di dunia ini. Minum arak itu adalah salah dalam hampir semua agama, tetapi tahan tanpa bicara itu hanya hukum agama Islam Hadhari sahaja yang menganggap ianya tidak zalim. Bagi agama lain, hukuman tersebutlah sebenarnya yang lebih zalim dan memalukan Malaysia sebenarnya? Kenapa ulamak UMNO berdiam diri dan tidak mengeluarkan komen?.

Hukum Minum Arak, Kenapa Perlu Ditakuti

Bercakap soal hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Kartika ini sebenarnya, kenapa yang mahu diperdebatkan sangat sehingga mengundang keraguan rakyat terhadap agama Islam itu sendiri. Apakah puak-puak UMNO takut dengan hukuman tersebut lantaran kerana mereka tahu ramai dikalangan anak bini dan kroni-kroni mereka yang cukup gemar meneguk minuman keras yang jelas haram itu agaknya?. Maka itulah, mereka khuatir jika hari ini ia terkena kepada Kartika pasti suatu hari nanti akan terkena pula atas batang hidung mereka. Inilah hakikat sebenarnya yang menyebabkan puak-puak UMNO ini begitu menggelabah bagai "cacing kepanasan" melihat isu Kartika. Walhal, jika hukuman itu dilaksanakan maka ia dapat mengajar umat Islam yang lain agar takut untuk membuat kerja yang sama seperti yang dilakukan oleh Kartika. Malah, ramai orang dapat diselamatkan akidah dan iman mereka dengan kaedah Islam ini. Namun, dek kerana dalam jiwa puak-puak UMNO ini sudah tertanam dasar sekular yang begitu sebati dalam hati nurani mereka, maka itulah mereka tidak mahu ia diteruskan. Malah jika boleh mahukan hukuman terhadap Kartika itu dibatalkan terus dan bukan sahaja ditangguhkan seperti yang berlaku sekarang. Akhirnya, ramai mereka yang melakukan perbuatan terkutuk seperti Kartika ini tidak akan takutkan undang-undang lagi. Bagi mereka kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kes seperti ini. Maka sia-sia sahajalah undang-undang Syarie yang telah termaktub selama ini.

Ramai kecewa dengan kenyataan beberapa orang tokoh agama dan politik seperti Mahathir Mohamad, Sharizat Jalil, Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya (Ketua Hakim Syarie Terengganu) dan ramai lagi yang dilihat begitu hebat mengeluarkan kenyataan dan hujjah dengan tidak berlandaskan fakta yang sebenarnya. Maka itu sila rujuk fakta ini bagi memperjelaskan tentang isu Kartika iaitu :-
"Hukuman terhadap Kartika adalah berdasarkan satu undang-undang yang sah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan adalah undang-undang yang berkuatkuasa iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Begitu juga dengan tatacara menjalankan hukuman itu adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002. Tambahan pula Ini bukan masanya bagi semua pihak untuk mempersoalkan kesahihan undang-undang itu. Selagi tiada undang-undang lain yang membatalkan undang-undang itu samada melalui Akta Parlimen atau pengistiharan oleh Mahkamah Persekutuan, hujjahan mereka adalah cetek dan tidak boleh diterima" [ Dongtalk ]
Malah Kartika pula telah menyatakan persetujuan untuk menjalani hukuman yang dikenakan keatasnya. Dalam istilah undang-undangnya ini dipanggil "submit to the jurisdiction of the Court". Adakah perintah untuk memanggil Kartika berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman sebat itu satu hukuman lain seperti yang hujjahkan oleh Prof Shad Faruqi & Datuk Ismail Yahya? Seksyen 125 (3) (c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 itu memperuntukan "Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana seperti diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu". Mahkamah telah menetapkan bahawa tempat menjalankan hukuman sebat itu adalah di Penjara Kajang. Kartika mesti dipanggil untuk berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman itu. Kenapa pula dikatakan itu sebagai satu lagi hukuman yang berbeza atau tambahan dari hukuman asal?. Tiada double jeopardy atau functus officio dalam hal ini. Hakim telah mengikuti apa yang termaktub didalam undang-undang yang sah. Samada undang-undang mengenai minum arak itu bertentangan dengan perjuangan Prof. Shad Faruqi, Datuk Ismail Yahya serta lain-lain maka ia tidak sepatutnya timbul. Mereka yang memperjuangkan tentang kezaliman hukuman bunuh juga ramai, tetapi hukuman bunuh tetap kita jalankan kerana hukuman itu ada dalam peruntukan undang-undang yang sah di negara kita. Kalau mereka mahu mempersoalkan kewujudan undang-undang yang ada kuatkuasa di Negeri Pahang, mereka nampaknya telah tersilap. Forum yang sesuai bagi mereka ialah mengemukakan ke Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan undang-undang yang ada di Negeri Pahang ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Rujukan: "Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diperolehi dari blog Dato' Shamsuddin Nawawi (Setiausaha Politik MB Pahang) ini. Sekurang-kurangnya pandangan beliau itu berjaya menyelamatkan sedikit maruah UMNO dan mana-mana pihak yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Syariah Kuantan ini sebenarnya. Tahniah PDO ucapkan!" klik ke blog beliau
[Semua yang berlaku ini adalah petanda besar untuk menyedarkan rakyat bahawa mereka telah tersalah pilih kerajaan Islam Hadhari yang ada hari ini. Hukuman Islam menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan dipertikaikan. Ini kerana, hukuman dan undang-undang Hudud yang telah diperturunkan Allah untuk dijadikan panduan manusia di muka bumi ini telah diabaikan. Bayangkan hukuman Islam berbeza-beza mengikut negeri. Padahal hukuman tersebut diambil dari kitab yang sama iaitu Al-Quran. Maka itulah akhirnya kes seperti Kartika ini berlaku, bagi menyedarkan manusia dan rakyat Malaysia supaya kembali ke jalan kebenaran dan melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala larangaNya. Itulah hikmah disebalik kejadian Kartika di bulan Ramadan yang mulia ini. Hanya mereka yang diberika akal fikiran yang waras sahaja dapat berfikir seperti ini. Bagi mereka yang tetap tidak mahu menerima kebenaran dan kembali ke jalanNya maka mereka melihat kes yang berlaku terhadap Kartika Sari Dewi itu adalah pencabulan hak-hak asasi manusia akhirnya].