Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Wednesday, September 30, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mahathir Merajuk, Isa Samad Jadi Calon BN

KUALA LUMPUR, 30 Sept
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. "Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN. Semalam, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

[Soalnya sekarang, apakah Mahathir akan membiarkan dirinya dihina sekali lagi oleh pemimpin yang dianggap proksinya iaitu Najib Razak. Nampaknya kes calon di Bagan Pinang ini menyebabkan Mahathir seolah-olah pandangan Mahathir tidak dihormati pada kali ini. Apakah beliau akan berdiam diri dan membenarkan Isa Samad kembali dipersada?. Jika beliau yang memerintah Malaysia selama 22 tahun boleh mengundur diri secara terhormat. Maka apakah beliau sanggup melihat Isa naik semula. Jika ini keadaannya, kami yakin yang Mahathir juga akan bertanding dalam pilihanraya selepas ini. Kerana beliau lebih banyak menyumbangkan jasa kononnya kepada agana, bangsa dan negara].

Eksklusif: Awas! Jelmaan Semula Virus Mahathir Lebih Berbahaya Daripada Zaman Si Mahafiraun Dan Mahazalim Buat Seluruh Rakyat Malaysia !!

Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dan berwaspada dengan gelombang kebangkitan semula "Rejim Mahathir" di negara ini. Ternyata, nampak jelas mutakhir ini, mantan PM itu kini seolah-olah diagung-agungkan dan diberi penghormatan semula oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Entah apakah alasan lagi yang mahu diberikan, PM Najib Razak nampak benar cuba untuk mengangkat kedudukan "sifunya" itu ke tahap yang tertinggi. Apakah benar telahan suluruh rakyat bahawa Mahathir bakal dinobatkan sebagai Menteri Kanan Malaysia, sama seperti Lee Kuan Yew di Singapura?. Biarpun pengumuman perkara itu belum lagi dibuat secara rasmi oleh Najib, namun ternyata harapan besar ke arah itu bakal terlaksana jua akhirnya. Malah, sejak awal Najib diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-6 lagi beliau telah melaksanakan agenda Mahathir iaitu menghumbankan menantu Pak Lah dan menaikkan anaknya sebagai Menteri Kabinet Najib yang baru. Biarpun Khairy dilihat tidak menganggap itu semua adalah bertujuan untuk menjahamkan karier politiknya, namun yang jelas Khairy tidak lagi akan dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang. Ura-ura ini jelas kedengaran, malah dikalangan Pemuda UMNO sendiri mereka langsung tidak menghormati Khairy sebagai ketua sayap kiri parti itu. Justeru itulah kita tidak hairan Khairy terpaksa membina "MyTeam"nya dalam Pemuda UMNO sekarang. Apa pun, tindakan Khairy itu sebenarnya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Amat tidak logik, calon yang kalah bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO diangkat sebagai Menteri. Sedangkan calon yang menang hanya jadi "barua UMNO" semata-mata. Inilah dia penangan awal Mahathir dalam menguatkan lagi cengakamannya terhadap "seteru politik" beliau selama ini. Khairy bakal terjerat sama seperti terhumbannya "bapa mertua" beliau dari kerusi empuk Perdana Menteri Malaysia selepas ini.

Gelombang kebangkitan semula Mahathir, jelas dapat dilihat disana sini. Entah apa mimpi yang melanda dan terjadi agaknya, saban hari kini media arus perdana seolah-olah mendapat arahan untuk mempopularkan semula mantan PM yang dilabelkan sebagai "mahafiraun" dan "Kamal Altartuk" itu. Baik di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar mutakhir ini, media seolah-olah dipaksa untuk memaparkan begitu banyak gambar, cerita dan artikel tentang Mahathir. Apakah ini agenda terakhir Mahathir sebelum beliau dipanggil mengadap Illahi tidak lama lagi. Terkadang kita merasa kecewa melihat senario ini sebenarnya. Sangkaan kita selepas beliau melepaskan jawatannya dulu, maka beliau akan insaf dan kembali ke pangkal jalan. Rupanya tidak, selepas terbuang di zaman Pak Lah maka kini Mahathir kembali bernafas lega bilamana proksi beliau Najib Razak berada di tampuk kuasa. Rakyat kini tertanya-tanya, apakah Mahathir kini sudah lupa apa yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia sejak sekian lama. Atau mungkin juga benar bagai dikata "Melayu Mudah Lupa" !! Sebenarnya beliaulah yang telah lupa untuk pulang ke asalnya. Dalam umur yang sudah semakin senja dimamah usia, beliau masih ingin membina kembali kuasanya. Oleh itu rakyat Malaysia digesa berhati-hati dengan virus Mahathir ini. Jika tersilap langkah, sudah pasti kita akan sekali lagi akan menjadi mangsa. Mahathir tidak layak untuk menjadi Penasihat sebenarnya, apatah lagi untuk Proton, Petronas malah negara Malaysia ini sendiri. Inilah "wawasan 2020" beliau sebenarnya.

[Jika beliau tergamak mengutuk Presiden MIC, Samy Vellu supaya melepaskan jawatannya kerana terlalu lama memegang kuasa. Maka, beliau juga tidak sepatutnya menerima jawatan penasihat seperti sekarang ini. Beliaulah yang telah menyebabkan rakyat menderita dengan berbagai penswastaan. Malah tindakan Mahathir yang jelas menyebabkan rakyat berada dalam keadaan carca merba, apatah lagi soal agama dan sebagainya. Selama 22 tahun berkuasa, berbagai khazanah negara telah dirompak oleh beliau. Justeru itu, kini kita tidak hairan beliau terpaksa bermastautin dalam kawasan Seri Kembangan yang lebih selamat dan selesa. Jelmaan semula virus Mahathir perlu diawasi, jika tidak mahu masa depan kita terus terancam. Kes Anwar Ibrahim juga berpunca daripada kerakusan beliau untuk mempertahankan kuasa. Semua ini masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya].

Tuesday, September 29, 2009

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Di Bagan Pinang, Sah Tan Sri Isa Samad Akhirnya Menjadi Calon Bukan Pilihan Yang Akan Saksikan BN Ditewaskan Lagi !!

Satu tamparan hebat buat Penasihat UMNO dan Kerajaan Malaysia, Mahathir Mohamad bila tiba-tiba nama Isa Samad dipilih juga sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Oktober ini. Apakah, Najib cuba untuk melawan sifunya itu dengan tidak mendengar arahan dan nasihat beliau?. Sungguh tidak disangka-sangka, telahan yang dibuat oleh ramai pihak bahawa Isa Samad adalah calon BN menjadi kenyataan. Bekas MB Negeri Sembilan, yang punyai rekod buruk itu kini benar-benar menghantui puak-puak UMNO. Apakah Najib sengaja cuba menjolok "sarang tebuan" dengan mencalonkan Isa?. Atau, mungkinkah Isa menggertak andainya namanya tidak naik sebagai calon BN pasti beliau akan membuat onar dan menyuruh penyokongnya melakukan protes besar-besaran bagi memastikan BN kalah di Bagan Pinang. Tambahan pula Isa adalah Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sendiri. Kemungkinan besar juga Najib terpaksa akur untuk menerima kembali Isa Samad, kerana gusar Isa akan dedahkan isu "Khalwat Najib Di Port Dickson" dengan artis terkenal suatu ketika dulu. Ramai yang tahu skandal itu sebenarnya. Isa Samad adalah orang yang telah menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Najib Razak. Semua ini bagai memberi makna besar menyebabkan Najib terpaksa akur dengan suara rakyat dan memilih Isa, biarpun beliau sendiri tahu pemimpin itu pernah dikenakan tindakan displin dan digantung selama tiga tahun atas kesalahan rasuah politik wang dalam pemilihan UMNO satu ketika dulu. Jika rakyat mahu didahulukan, Najib tidak sepatutnya mencalonkan Isa Samad yang sudah terpalit dengan isu rasuah itu. Namun, kini Isa yang diutamakan. Soalnya sekarang, apakah para penyokong Mat Hassan MB Negeri Sembilan akan berdiam diri?. Kembalinya Isa ke Dewan Undangan Negeri Sembilan pasti bakal menggugat ketokohan Mat Hassan. Malah Isa dilihat lebih popular daripada Mat Hassan sebenarnya. Inilah yang bakal menjadi kemelut kem UMNO BN dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Apakah undi protes daripada puak-puak Mat Hassan bakal menyebabkan BN terbenam. Umum mengetahui bahawa harapan besar BN untuk menang di Bagan Pinang hanya bergantung harap kepada undi pos tentera dan ditambah dengan pengundi hantu yang sudah pasti akan "melancong" ke sana awal pagi 11 Oktober nanti. Jika di tempat lain, alasan bas pelancong dikatakan tidak masuk akal kerana kawasan terbabit bukanlah lokasi pelancongan. Namun, ia sudah pasti berbeza dengan Bagan Pinang, kerana kawasan itu menempatkan pusat pelancongan terkenal di Negeri Sembilan iaitu Pantai Teluk Kemang dan Port Dickson. Maka itu, harapan untuk jentera Pakatan Rakyat menahan bas-bas yang membawa pelancong sudah pasti tidak semudah yang disangka kali ini. Oleh itu sesuatu perlu diambil, disamping sibuk memperkatakan soal undi pos yang amat diragui ketelusannya itu. Apa yang penting sekarang, pencalonan Isa Samad bakal menjadi liabiti buat BN. Tambahan pula ia jelas melanggar prinsip parti itu sendiri yang beriya-iya benar ingin menghapuskan politik wang. Karier politik Isa dilihat kembali menyinar, kiranya beliau menang dalam pilihanraya itu nanti. Semua ini adalah satu platform yang jelas untuk melihat kejatuhan UMNO dan BN di Negeri Sembilan secara keseluruhannya selepas ini. Najib sengaja mencari padah dengan meletakkan Isa Samad sebagai calon. Namun, apakah para penggundi awam di Bagan Pinang bijak kali ini dan menghumbankan Isa Samad? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya selepas ini.

[Sebagai permerhati dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kami melihat bahawa pencalonan Isa Samad adalah satu peluang besar untuk menyaksikan kerusi terbabit jatuh kepada Pakatan Rakyat. Hanya pengundi sahaja yang bakal menjadi penentu kejayaan ini. Biarpun undi pos dilihat bakal menjadi penghalang, namun harapan kita agar undi awam akan menjadi faktor penting untuk menjatuhkan BN di Bagan Pinang. Oleh itu, teruskan usaha dan perjuangan untuk memastikan kemenangan calon PAS bagi menghilangkan keegoan pemimpin UMNO dan BN yang sudah mula menghantar isyarat pembangunan dan projek mee segera di kawasan itu sejak beberapa hari yang lalu. Inilah dia budaya BN, apa yang penting Isa Samad bukanlah calon pilihan MB Negeri Sembilan sebenarnya !!].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Calon DUN Bagan Pinang Diumumkan Hari Ini

SEREMBAN, 29 Sept - Teka-teki siapa calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang bakal terjawab apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkannya, petang ini. Muhyiddin dijangka mengumumkan nama calon yang dipilih BN itu ketika majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson, jam 4 petang ini. Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka mengumumkan calon parti itu di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Bagan Pinang, di Teluk Kemang, jam 9 malam.

[BN nampaknya bakal berhadapan dengan gelombang protes penyokong mereka sendiri jika kesilapan meletakkan calon berlaku kali ini. Amat mengejutkan bilamana Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad yang sepatutnya secara tradisi diangkat sebagai calon kini diperlekehkan oleh puak-puak mereka sendiri. Malah Penasihat UMNO dan Kerajaan, Mahathir Mohamad secara jelas tidak mahu Isa jadi calon. Namun, apakah Najib akan memilih calon lain bagi menidakkan keupayaan Isa. Jika calon MB dipilih, sudah pasti penyokong Isa akan protes dan jika Isa dipilih sudah pasti penyokong MB Negeri Sembilan akan membuat undi protes. Ini menunjukkan bahawa, BN pasti bercelaru biarpun ada kelebihan].

Status Quo Selcat Dikekalkan Dan Diteruskan

SHAH ALAM, 29 Sept - Mesyuarat khas tiga penjuru selama dua jam malam tadi memutuskan status-quo Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) dikekalkan walaupun tatacaranya dipertikaikan keras oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan pegawai-pegawai daerah negeri itu sejak lebih dua minggu lalu. Justeru, Selcat akan menjalankan sesi inkuiri secara terbuka manakala keanggotaannya yang kini terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kekal, tidak akan dirombak untuk disertai mereka yang bukan merupakan wakil rakyat. Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat susulan pilihan raya umum tahun 2008 tidak akan dibubarkan sama sekali, kata Menteri Besar Selangor,

[Selcat memang wajar diteruskan, cuma harapan rakyat agar ia dapat melibatkan sama ADUN yang berkenaan. Malah siasatan yang keterlaluan terhadap pegawai kerajaan terbabit sebenarnya tidak akan memberi sebarang jawapan, kerana mereka tetap merahsiakan siapakah yang memberikan arahan supaya peruntukan wang berkenaan dilepaskan. Oleh itu, Selcat juga wajar memanggil terus mantan MB Selangor, Khir Toyo sebagai seorang lagi saksi penting kes ini. Siaran langsung Selcat juga wajar dihentikan demi keharmonian semua pihak].

Sunday, September 27, 2009

Artikel Eksklusif Daripada Laman Blog Alternatif

Saiful Muncul Lagi Menjelang Pilihanraya Kecil

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya Pilihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi. Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak. Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang. Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock. Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut. Wujudnya Saiful menjelang Pilihanraya Kecil Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa di Permatang Pauh dulu. Begitu juga dengan munculnya Mahathir semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini. sesamaislam

[Apa yang menarik kali ini, nampaknya Saiful sering mengeluarkan video klipnya untuk menarik perhatian rakyat supaya bersimpati kepadanya. Seandainya Saiful Bukhari benar-benar menyerang Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, kemungkinan besar PDO akan menghantar krew kami untuk memantau keadaan ini. Tambahan pula kami juga pernah ingin disaman oleh Saiful gara-gara pendedahan panas tentang kesihatan beliau satu ketika dulu. Oleh itu, kami berharap agar rakan-rakan di Bagan Pinang dapat memberi ruang kepada PDO untuk turun berkempen sama dalam pilihanraya kecil kali ini, jika benar Saiful Dan Ezam turun membawa isu liwat ini disana nanti. Sokongan semua amatlah dialu-alukan. Kami akan berkerjasama untuk mendedahkan beberapa "Fakta Auta" yang didedahkan oleh Saiful dalam kes liwat yang amat kontroversi ini nanti].


Isu Selcat: Tindakan Displin Terhadap Hassan Ali Bakal Mengeruhkan Keadaan, Lebih Wajar Siaran Langsung Dihentikan Untuk Elakkan Kekeliruan!

Isu Selcat nampaknya semakin dihangatkan lagi pabila terdapat desas desus mengatakan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali bakal dikenakan tindakan displin oleh parti itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin kanan PAS, jelas menyebut dan mengatakan tindakan Hassan Ali itu "salah" dan tidak wajar dibuat atas nama menjaga keharmonian Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi "amaran" secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini. Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya "mempertikaikan" isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu. Biarpun ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang kecewa dengan tindakan Hassan Ali itu, namun beliau terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi. Nampaknya tindakan beliau itu, tidaklah terlalu bercanggah dengan pandangan lain-lain pemimpin tertinggi PAS itu sendiri.

Soalnya, wajarkan Dato' Dr.Hassan Ali diambil tindakan oleh PAS dalam hal ini. Kesalahan beliau ialah mengeluarkan pendapat selepas ditanya oleh wartawan ketika Majlis Rumah Terbuka MB Selangor. Jika beliau tidak menjawab soalan itu, sudah pasti isu ini tidak panas seperti sekarang ini. Makanya, sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau kita juga harus melihat dan mengkaji kesan-kesan dan impaknya terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Hassan Ali adalah satu nama yang cukup dihormati oleh segenap lapisan rakyat sebenarnya. Oleh itu, jika beliau dikenakan tindakan maka ia akan lebih membuka ruang yang luas kepada perpecahan sebenarnya. Maka, eloklah kes ini ditangani secara berhemah seperti krisis yang berlaku antara Presiden PAS, Hj.Hadi Awang dengan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa satu ketika dulu. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Nescaya semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Pandangan dan pendapat memang ada kalanya akan menyinggung perasaan orang lain. Namun, tidak wajar pimpinan PAS sendiri menuduh Hassan cuba bermain tarik tali dan bersekongkol untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor. Tuduhan tidak berasas dengan mengatakan beliau kononnya akan bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambilalih tampuk kepimpinan kerajaan negeri adalah satu provokasi jahat yang bakal mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya.

[Mentaliti pemimpin Pakatan Rakyat perlu diubah, tidak semestinya mempertikaikan sesuatu keputusan itu bermakna ingin menyertai UMNO. Bukan semua tindakan yang dilakukan itu dapat diterima oleh sekalian rakyat. Tambahan pula Selcat diadakan secara terbuka dan disiarkan secara langsung menerusi saluran media alternatif. Langkah terbaik ialah meneruskan kaedah siasatan seperti biasa secara terbuka, tetapi Selcat tidak membenarkan mana-mana pihak menyiarkan siaran langsung prose siasatan menerusi media online di internet. Inilah puncanya yang menyebabkan ia memalukan pegawai yang berkenaan. Maka adalah wajar, siasatan terbuka yang dijalankan tidak disiarkan secara langsung selepas ini. Nescaya kes ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin].

Saturday, September 26, 2009

Kontroversi: Isu Selcat Di Selangor, Kenapa Harus Melenting Dengan Kenyataan Dato' Dr.Hassan Ali Jika Ia Mungkin Sekadar Satu Teguran Membina !

Nampaknya, dalam kemeriahan meraikan Aidil Fitri dana keghairahan menanti pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak lama lagi, tiba-tiba isu panas kini melanda Pakatan Rakyat di Selangor. Ia gara-gara kenyataan "panas" yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali (foto) baru-baru ini. Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Hassan telah menegaskan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan. Kenyataan tersebut telah mengundang kontroversi, hingga ada yang mahu supaya beliau meletakkan jawatannya jika tidak mampu untuk berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Malah beberapa kenyataan terbuka yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat Selangor seperti Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali jelas sekali mengundang kemarahan sesetengan penyokong PAS di negeri itu. Malah kenyataan balas terhadap Hassan itu turut disuarakan oleh pemimpin PAS sendiri seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ramai lagi yang kononnya kecewa dengan isu ini.

Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan, kerana susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh Dr.Hassan Ali menyebabkan seolah-olah akan berlaku sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini. Dalam pada itu Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataannya PAS negeri sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut. Soalnya sekarang, apakah krisis pandangan peribadi ini bakal menjadi "bencana besar" buat Pakatan Rakyat di Selangor. Tambahan pula Hassan Ali adalah antara pemimpin yang amat dihormati oleh kawan mahu pun lawan. Soalnya, kenapa terdapat ramai pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang "melenting" dengan teguran "membina" yang dibuat oleh bekas tokoh Forum Perdana Hal Ehwal Islam RTM itu?. Walhal, beliau hanya memberikan pandangan peribadi selepas mendengar beberapa komen atau maklumat dalam tentang perkara ini. Mungkin ada pihak yang tidak setuju dengan kaedah yang digunakan oleh Selcat sekarang. Maka itu, Selcat perlu membuat perubahan demi menjaga keharmonian dan tidak mengaibkan sesiapa dalam siasatan yang dilakukan. Apapun kita tunggu apakah agaknya yang akan berlaku dengan senario terbaru ini.

Pegawai Daerah Takut Untuk Berkata Benar


Pihak kami terpanggil untuk memberi pandangan atas apa yang berlaku ini. Malahan kami sempat mengikuti siaran langsung Selcat menerusi TV Antara yang turut disiarkan dalam blog ini. Pada awalnya, kami merasakan memang amat berpatutsan Selcat dijalankan secara terbuka kerana ia dapat memberi peluang kepada pegawai terbabit untuk memberi kenyataan dengan lebih berhati-hati dan tidak mengelirukan. Namun hasilnya dilihat tetap juga sama, beberapa orang Pegawai Daerah tetap memberikan alasan yang sama dalam meluluskan peruntukan yang dimaksudkan biarpun beberapa kali ditekan oleh jawatankuasa Selcat. Mereka tidak berani untuk bercakap apa yang mahu "didengar" oleh Selcat iaitu mengaitkan nama mantan MB Selangor, Khir Toyo yang mengarahkan segala peruntukan ADUN terbabit dilepaskan biarpun parlimen sudah dibubarkan. Kenapa ini berlaku?. Sedangkan semua pegawai berkenaan telah mengangkat sumpah untuk memberi keterangan yang benar melainkan benar belaka. Jawapannya adalah mudah, kerana mereka tidak mahu menanggung risiko kerana mendedahkan nama Khir Toyo kepada Selcat. Berbagai risiko akan dihadapi kerana biarpun Khir Toyo sudah tidak berkuasa, namun kelibatnya masih menghantui sebahagian besar pegawai kerajaan terbabit. Tambahan pula Khir dilihat begitu beriya-iya benar untuk menjatuhkan semula Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini. Mereka mungkin takut jika apa yang berlaku di Perak bakal terjadi pula di Selangor. Oleh itulah mereka tetap mempertahankan kenyataan bahawa kelulusan peruntukkan terhadap ADUN-ADUN terbabit dibuat tanpa arahan mana-mana pihak. Malah pemilihan tarikh kelulusan yang seiring dengan pembubaran parlimen juga tidak diketahui puncanya. Bukankah ini jelas menunjukkan yang mereka semua "takut kepada seseorang" untuk berkata benar.

Jawapan Yang Sepatutnya Gagal Untuk Dijawab


Oleh itu, apakah Selcat berjaya mencapai matlamatnya?. Bahkan kami yakin semua Pegawai Daerah di Selangor yang disoal pasti akan memberi jawapan yang sama biarpun didesak oleh jawatankuasa Selcat itu sendiri. Oleh itu, apakah hasilnya siasat Selcat ini sebenarnya. Bukankah ia akan sekadar membuangkan masa sahaja. Mungkin bagi jawatankuasa Selcat mereka amat berbangga kerana berjaya membongkarkan satu penyelewengan yang berlaku dalam agensi kerajaan. Tetapi mereka juga harus memahami bahawa setiap kakitangan kerajaan tertakluk dengan arahan yang dibuat oleh kerajaan negeri ketika itu. Adakalanya mereka terpaksa melakukan tugasan yang tidak sepatutnya. Tetapi apakah mereka ini berani untuk menentang? Biarpun mereka tahu perkara itu salah dari segi undang-undang. Bahkan mereka juga boleh dituduh "pecah amanah" kerana membiarkan wang rakyat dirompak begitu sahaja. Namun, Selcat juga harus sedar bahawa kerajaan negeri ketika itu ialah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka itu, apakah menjadi kesalahan yang terlalu besar bagi mana-mana kakitangan kerajaan yang terpaksa menghormati dan mengikuti arahan yang dibuat oleh pimpinan kerajaan ketika itu. Memang diatas kertas, parlimen sudah dibubarkan dan mereka sewajarnya tidak boleh meluluskan peruntukan tersebut. Namun, mereka juga mungkin takut dan gusar seandainya BN masih memerintah negeri Selangor selepas pilihanraya, sudah pastilah mereka akan dikenakan tindakan tatatertib kerana engkar dengan arahan kerajaan. Selcat harus mengkaji semua ini, dari berbagai sudut sebelum membuat penilaian sebenarnya. Pegawai terbabit juga mungkin tidak terfikir bahawa kerajaan BN akan jatuh dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor sekarang.

Selcat Tidak Salah Jika Tiada Siaran Langsung

Kenapa Pegawai Daerah terbabit takut untuk berkata benar biarpun sudah diberikan peluang? Jawapannya cukup mudah, ini kerana mereka tahu Selcat disiarkan secara langsung oleh media alternatif terutamanya TV Antara. Akibat siaran langsung, menyebabkan kesemua pegawai berkenaan gagal untuk menyatakan kebenaran. Ini kerana mereka takut akan dipersalahkan jika menjadi orang yang mendedahkan penglibatan Khir Toyo dengan isu penyelewengan wang peruntukan ADUN menjelang pilihanraya umum ke-12 lalu. Memang kita tahu, Kerajaan Negeri Selangor ingin membuktikan kepada dunia bahawa mereka melaksanakan satu tindakan yang betul dengan perlaksanaan Selcat. Pendengaran secara terbuka yang dibuat tidak salah, namun kesalahan besar dalam Selcat itu adalah mengadakan siaran langsung yang disaksikan oleh berjuta-juta orang dari seluruh duni. Bukankah ini menakutkan pegawai yang disoal-siasat untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Akhirnya mereka terpaksa menjawap setaip soalan berdasarkan apa yang terlintas difikiran masing-masing sahaja. Hingga ada pegawai akauntan yang hanya mengatakan beliau mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Dan ada juga pegawai yang mengatakan mereka tidak tahu bahawa parlimen sudah dibubarkan. Bukankah semua jawapan ini amat memalukan dan menjatuhkan aib mereka. Sedangkan bukanlah itu jawapan yang mahu mereka kemukakan sebenarnya. Siaran langsung yang dibuat jelas sekali "mengaibkan semua pegawai kerajaan terbabit". Tambahan pula mungkin kesalahan mereka ialah terpaksa akur dengan arahan kerajaan negeri terdahulu, walhal mereka merupakan pekerja cemerlang hingga layak menjadi Pegawai Daerah selepas bertahun-tahun berkhidmat. Bukankah ini semua memainkan peranan utama dalam siasatan Selcat.

Pengerusi Selcat Terlalu Emosi Dan Perlu Diganti


Adalah lebih elok Selcat dibuat secara "terbuka" tetapi bukan "siaran langsung". Inilah kesalahan besar yang sebenarnya. Ia jelas menjatuhkan maruah dan imej semua pegawai yang disoal-siasat itu. Walhal, jawatankuasa Selcat dan Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah tahu jawapan bahawa semua pegawai berkenaan mendapat tekanan dan terpaksa akur dengan arahan kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Khir Toyo. Kenapa tidak dipanggil sahaja Khir Toyo sebagai saksi dan orang yang dituduh mengarahkan semua peruntukan segera itu diluluskan?. Kenapa harus menekan pegawai kerajaan berkenaan untuk bercakap benar, jika kebenaran itu sudah diketahui mereka. Dalam Islam sendiri, jika kita mahu mendidik eloklah dengan berhemah dan tidak mengaibkan orang lain. Memang kita tahu bahawa pegawai kerajaan terbabit bersalah. Tetapi sepatutnya Selcat tidak membuat siaran langsung yang menyebabkan mereka yang dipanggil itu takut untuk berkata benar dengan setulus hati dan perasaan mereka. Jangankan pegawai terbabit, siapa sahaja akan takut untuk mendedahkan sesuatu rahsia besar jika ia didengari dan disaksikan pula oleh semua orang. Selcat boleh dibuat secara terbuka, dalam bilik yang tertutup. Keputusan atau pun maklumat yang diperolehi barulah didedahkan kepada umum selepas itu. Jika dibuat secara terbuka, tiada siapa yang akan berani sebenarnya untuk membuat pendedahan berani seperti itu. Maka wajarlah Selcat itu dikaji semula, konsepnya pendengarannya jika tidak mahu dipersalahkan. Cara menyoal juga tidak perlulah terlalu emosi dan melenting seperti yang dilakukan oleh Pengerusi Selcat, Theng Chang Kim itu sendiri sebenarnya. Maka adalah wajar, jika mahu Selcat terus dihormati pengerusinya haruslah diganti dengan mereka yang lebih profesional dan mempunyai rasa hormat sesama sendiri.

Kenapa Melatah Dengan Teguran Hassan Ali

Soalnya sekarang kenapa ada pihak yang melenting dan menuduh yang bukan-bukan terhadap Dato' Dr.Hassan Ali. Kenapa harus meminta beliau meletakkan jawatan, jika kenyataan yang dibuat itu adalah satu teguran yang membina?. Memang benar Hassan Ali menyuarakan pandangan itu kepada media tanpa merujuk kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Masalahnya itu adalah pandangan peribadi beliau sendiri. Apakah kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak boleh ditegur langsung. Selama ini mereka menuduh bahawa kerajaan BN tidak demokrasi kerana tidak boleh ditegur dalam melaksanakan sesuatu projek untuk rakyat. Kini, apakah Hassan Ali mahu dipersalahkan. Sepatutnya mereka melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak terlalu "kebudak-budakkan" hingga memaksa Pesuruhjayta PAS Selangor itu meletakkan jawatannya baru-baru ini. Apakah mereka mahu melihat Pakataan Rakyat Selangor berpecah belah?. Sewajarnya perkara seperti ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Kenapa jawatankuasa Selcat tidak berbincang terlebih dahulu sebelum mengkaji kesan positif dan negatif mengadakan siaran langsung Selcat?. Oleh itu, diharapkan perkara ini dapat ditangani dengan segera tanpa wujudnya perpecahan. Tambahan pula menjelangnya pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak lama lagi. Sesuai dengan suasana Hari Raya Aidil Fitri sekarang ini, diharapkan semua pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dapat duduk semeja untuk berbincang ke arah kebaikan buat semua termasuk rakyat di Negeri Selangor secara keseluruhannya.

[PDO tidak memihak kepada sesiapa dalam hal ini, cuma kami bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan. Adalah lebih elok Selcat tidak diadakan secara "siaran lansgung", tetapi tetap dibuat secara terbuka. Ini akan lebih menyakinkan pegawai kerajaan yang disiasat untuk meluahkan segala yang terbuku dihati dan perasaan mereka. Bukan semua pegawai terbabit bersetuju dengan apa yang mereka lakukan. Tetapi mereka takut untuk bercakap benar dan mendedahkan siapakah dalang yang telah memaksa mereka, kerana gusar akan mendapat ancaman daripada pihak-pihak terbabit. Tambahan pula, mungkin pihak berkenaan juga menyaksikan siaran langsung tersebut. Cuma, cara Dato' Dr.Hassan Ali ialah beliau bercakap secara terbuka kepada media tanpa merujuk kepada Selcat terlebih dahulu. Tetapi tidak semestinya kenyataan itu mendapat restu daripada UMNO dan Barisan Nasional sendiri seperti yang dinyatakan oleh setengah pemimpin Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Teruskan usaha dan semangat perjuangan yang lebih besar selepas ini, iaitu bagi mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat dalam pilihanraya umum akan datang].


Friday, September 25, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Dr.Mahathir Kata Pembangkang Tidak Sehaluan

BANTING, 25 Sept - Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad (foto), menyifatkan gabungan parti pembangkang sebagai satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti terbabit mempunyai haluan berbeza selepas pilihan raya umum lepas. "Parti pembangkang bukanlah satu alternatif. Amat malang jika parti pembangkang menang dan membentuk kerajaan (Persekutuan)," katanya ketika diminta mengulas mengenai perbalahan dalaman di kalangan gabungan parti Pakatan di Selangor. "Mereka tidak akan dapat mentadbir negara sebaliknya asyik berbalah sesama sendiri. PAS akan berbalah dengan DAP, DAP akan bertegang urat dengan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melawat limbungan NGV Tech Sdn Bhd di sini semalam. mStar

[Nampaknya Penasihat UMNO ini memang "mudah lupa" agaknya. Bercakap tanpa berpijak di bumi yang nyata menambahkan lagi "betapa nyanyuknya" mantan PM yang pernah digelar "mamak firauan @ Mahazalim" ini. Beliau dibutakan mata dan hati selepas melihat BN tersungkur dalam pilihanraya umum lalu serta melihat parti karat itu ditolak oleh majoriti rakyat dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat tidak sehaluan, walhal BN kini yang retak menanti belah. Bahkan, bila-bila masa sahaja kapal BN akan karam dipukul gelombang Tsunami "rakyat" dalam pilihanraya ke-13 nanti].

Hormati Kartika, Hukuman Mahu Diteruskan

SUNGAI SIPUT, 25 Sept - Semua lapisan masyarakat termasuk pihak media dipohon supaya menghormati pendirian jururawat, Kartika Sari Dewi Shukarno (foto), 32, untuk meneruskan hukuman sebatan ke atasnya selepas mengaku bersalah meminum arak di Pahang. Peguam Kartika, Adham Jamalullail Ibrahim berkata isu yang melibatkan anak guamnya itu sepatutnya menjadi pengajaran serta wadah peningkatan institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam di Malaysia. "Saya juga meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu hukuman sebat berkenaan kerana ia hanya membabitkan institusi kehakiman syarie di Pahang sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kartika di Kampung Jawang di sini semalam. Kartika pada minggu lepas melantik lima peguam sivil dan syarie, daripada firma guaman Tetuan Adham & Associate iaitu Marlina Amir Hamzah, Adham Jamalullail Ibrahim, Siti Razasah Abd Razak, Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdullah bagi mewakilinya. Menurut Adham Jamalullail, sehingga kini, pihaknya masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar hukuman sebatan itu akan dijalankan.

[Hairan benar melihat apa yang berlaku dalam amalan undang-undang syariah di Malaysia. Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan diterima sepenuh hati oleh tuan badan, tiba-tiba pula ada pula orang Islam yang cuba menghalang. Jika beginilah dia perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, maka terbuktilah kepada kita bahawa negara kita tidak mengamalkan hukum Islam yang sebenarnya seperti dituntut oleh agama. Jika ini keadaannya, maka ramai lagilah orang Melayu akan minum arak selepas ini. Malah jika kes Kartika ini dihalang sedemikian rupa, pasti menyebabkan maruah agama Islam itu tercalar akhirnya].

Sultan Mahu Rakyat Pahang Sokong Kerajaan BN?

KUALA KRAU, 25 Sept - Sultan Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (foto), mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka. Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka. Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan. "Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer. "Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya selepas di Kuala Krau semalam. mStar

[Sesuatu yang tidak menghairankan rakyat Pahang bilamana "sultan kami" berkata begini. Kerana baginda sejak 50 tahun lalu hanya kenal UMNO dan BN sahaja yang memerintah dan tidak pernah merasai nikmat berada dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Lantaran itulah kami tidak hairan ramai pemimpin UMNO dan perompak hutan balak di Pahang sanggup menggunakan nama "Tuanku Sultan" untuk tujuan mengeluarkan kayu balak secara "runding terus" dengan pejabat hutan Pahang. Terkadang pihak istana tidak tahu menahu sepenuhnya apa yang berlaku di dalam negeri. Tambahan pula bila banyak fakta dan penyelewengan yang berlaku di depan mata, cuba pula disembunyikan].

Pancing Undi, PM Lancar Parti Baru Kaum India


PETALING JAYA, 25 Sept - Perdana Menteri, Najib Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia iaitu parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini. Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu. Setiausaha Agung parti, Kannan Ramasamy berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan untuk melancarkan parti itu. "Kami gembira beliau menerima jemputan kami dan ia permulaan yang baik untuk mempunyai Perdana Menteri melancarkan parti kami," kata Kannan. Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang. Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu. Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran (foto) merupakan Presidennya. mStar

[Aneh benar bunyinya, parti baru kaum India mahu dilancar sehari menjelang hari pengundian pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. Apakah ini bermakna Najib mula terdesak untuk membeli undi kaum India di sana agaknya?. Lantaran itu bersedia merasmikan parti baru yang sebenarnya bakal menghuru-harakan lagi kaum India berhaluan kiri di negara ini. Belum pun habis isu Samy Vellu yang dikatakan gagal membawa MIC memimpin kaum India, kini Najib pula beriya-iya benar untuk tujuan itu. Apa pun, memang muslihat ini mudah untuk kita baca sebenarnya. Sememangnya Najib terlalu risau jika kaum India menyokong calon PAS dan Pakatan Rakyat. Malahan "Makhal Sakthi" adalah laungan keramat kaum India dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Soalnya, kenapa nama ini digunakan?. Bukankah ia bertujuan untuk mengelirukan rakyat terutamanya kaum India. Malu benar melihat apa yang berlaku ini. Macamlah tidak ada tarikh lain untuk Najib merasmikan parti itu].

Kontroversi: Persaraan Yang Luar Biasa Panglima Angkatan Tentera, Siapa Sepatutnya Disalahkan !!

Peralihan kepimpinan Angkatan Tentera baru-baru ini memeranjatkan kebanyakan orang, manakala bagi sebahagian lagi ianya seperti dijangkakan. Saya terpaksa mengambil masa untuk memahami mengapa pemergian secara tiba-tiba Panglima Angkatan Tentera. Tan Sri Abd Aziz Zainal (foto), yang kelihatan bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya Negara-negara ASEAN. Saya cuba untuk mendapatkan penjelasan dari beberapa pegawai yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara mengenai persaraan mengejut Jen. Aziz Zainal, tetapi ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan menyuruh Jen. Aziz zainal bersara secara mengejut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Angkatan Tentera dimana seorang Panglima Tentera diperlakukan demikian. Sekurang-kurangnya, Angkatan Tentera memberikan perbarisan kehormat untuk mengucapkan selamat jalan kepada Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara. Saya tidak mahu membuat spekulasi ataupun berkata apa-apa yang boleh menyinggung perasaan Jen. Aziz zainal. Tetapi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dan ini akan menyebabkan pegawai-pegawai yang masih bertugas dan pegawai kanan tentera yang sudah bersara untuk membelanya, dan menganggap kerajaan tidak memberikan penghargaan atau penghormatan yang sepatutnya, kepada seorang Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara.

Sudah semestinya, saya adalah diantara mereka yang beranggapan sama seperti mereka. Saya diberitahu bahawa Jen. Aziz Zainal sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun pada masa itu, tetapi selepas dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera, yang sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008. Sekali lagi beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009. Saya diberitahu bahawa beliau sekarang didalam cuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan. Saya tidak faham, bagaimana kerajaan, terutamanya Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen Abd. Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru beberapa sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang. Pengalaman saya sebelum ini ialah, sebarang keputusan Majlis Angkatan Tentera tentang perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa.

[Walau apapun alasan yang membawa kepada perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, saya berpendapat bahawa persaraan Jen Aziz Zainal adalah secara mengejut dan tidak memenuhi etika tentera yang biasanya diberikan kepada semua Panglima Angkatan Tentera sebelum ini. Seseorang itu perlu faham tentang status dan kedudukan Panglima Angkatan Tentera didalam tentera dan juga dikalangan masyarakat, dan amat mengecewakan apabila mengetahui cara Jen Aziz meninggalkan perkhidmatan tentera. Adalah diharapkan, bahawa tidak ada lagi peristiwa sebegini berulang lagi dan setelah berkhidmat didalam Bahagian Perjawatan Angkatan Tentera, adalah tidak salah kalau saya katakan, bahawa Bahagian tersebut patut dipersalahkan. Begitu juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,yang juga Setiausaha kepada Majlis Angkatan Tentera. Artikel diatas diterjemahkan dari artikel asal yang bertajuk, THE SUDDEN DEPARTURE OF THE ARMED FORCES CHIEF IS ABNORMAL, tulisan Mohd. Arshad Raji. Seorang bekas pegawai tentera. Apa yang berlaku ini sebenarnya menyerlahkan lagi kecelaruan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Adalah wajar Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dipertanggungjawabkan dalam hal ini].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Bekas Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 25 Sept - Bekas Menteri Besar Pahang yang juga Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Bakar (foto) meninggal dunia di kediamannya, Jalan U-Thant di sini, pada pukul 7.45 malam semalam dipercayai akibat sakit jantung. Kami mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, kerana beliau merupakan salah seorang MB Pahang yang paling "bermaruah" dan diyakini oleh rakyat daripada pemimpin UMNO lain di Pahang sebelum ini. Beliau sangat terkenal di seluruh Pahang pada tahun 1979 itu setelah beliau berkrisis dengan Sultan Pahang berkaitan kawasan balak dimana beliau dikatakan enggan menandatangani bagi meluluskan beberapa kawasan balak untuk Sultan, akibatnya beliau berdepan dengan kemurkaan Sultan. Beberapa bahagian UMNO diseluruh negeri Pahang menyokong beliau didalam krisis tersebut, namun apalah sangat dengan sokongan dari golongan bawahan tersebut, akhirnya beliau terpaksa akur dengan kehendak Presiden parti, lantas beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Pahang dengan digantikan oleh Datuk Abdul Rashid Abd.Rahman sebagai MB yang baru. Semasa menjadi Menteri Besar beliau cukup terkenal dengan keberaniannya merampas kawasan perkebunan sawit haram di Triang, Pahang, yang beribu-ribu ekar luasnya dan diusahakan oleh taukeh-taukeh Cina dari Singapura. Diatas keberaniannya itulah maka wujudnya rangkaian Felda Triang, Mayam, Purun dan lain-lain, adalah diyakini jika beliau tidak berani bertindak merampas tanah-tanah haram tersebut ketika itu, mungkin tanah tersebut masih menjadi milik taukeh-taukeh Cina itu sampai hari ini.

[Rakyat Pahang mengetahui bahawa Allahyarham adalah antara MB yang paling singkat berkhidmat, dek kerana beliau tidak sebulu dengan pihak istana. Malah, kepentingan rakyat yang amat diutamakan telah menyebabkan beliau terhumban lebih awal dari kerusi panas MB Pahang itu. Kelibatnya amat berbeza dengan Menteri Besar yang terkemudian terutamannya Khalil Yaakob dan Adnan Yaakob. Di zaman merekalah bermulanya aktiviti "rompakan berhemah" hasil mahsul rakyat terutamanya hutan balak di bumi Pahang ini. Al-Fatihah buat Allahyarham, semiga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta mendapat rahmat dariNya].

Thursday, September 24, 2009

Cyberita: Najib Bakal Terjerat Lagi Di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Apabila UMNO Teluk Kemang Tetap Mahukan Mantan MB Isa Samad Jadi Calon

SEREMBAN, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto), sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini. Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya. Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

[Ternyata kini, UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan masalah calon dalam pilihanraya kecil. Apakah, senario di Permatang Pasir bakal berlaku di Bagan Pinang pula selepas ini. Biarpun DUN Bagan Pinang dikatakan "kubu kuat BN", namun hakikatnya adalah tidak sama. Ini kerana BN hanya kuat atas "ehsan undi pos" yang jelas amat dipertaikaikan oleh semua pihak. Oleh itu, BN tidak kuat sebenarnya di Bagan Pinang. Lantaran itulah masalah calon dijangka bakal menjerat parti karat itu untuk berdepan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat. Atas kertas, kemenangan sudah pasti berpihak kepada BN. Namun, jika masalah calon ini tidak selesai maka harapan untuk melihat perubahan besar pasti akan berlaku jua akhirnya. Isa Samad tidak disenangi oleh MB Negeri Sembilan hatta Penasihat UMNO iaitu Mahathir Mohamad. Tetapi, beliau pasti menjadi pilihan Najib Razak selaku PM. Jika ini berlaku, sudah pastilah gelombang protes akan terjadi. Begitu juga jika MB memilih calon beliau, sudah pasti juga penyokong Isa Samad dan UMNO Teluk Kemang pula akan membuat protes. Akhirnya BN pasti akan terkubur bersama "labu-labunya" di DUN Bagan Pinang nanti].

Saturday, September 19, 2009

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini, kami di Pahang Daily Online memohon ribuan ampun dan kemaafan kepada semua pembaca yang berkunjung ke blog ini, kiranya ada artikel-artikel panas yang disiarkan bisa menyinggung hati dan perasaan. Sesungguhnya PDO berpegang prinsip kepada "Berani Kerana Benar & Takut Kerana Salah". Kami juga tidak gentar dengan berbagai halangan dan ancaman yang diberikan oleh sesetengah pihak akibat kecewa dengan beberapa artikel kontroversi yang disiarkan. Malah terdapat juga beberapa artikel yang menyebabkan blog ini disaman oleh pihak-pihak yang berkenaa, gara-gara tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. Apapun kami masih berpegang kepada prinsip kebenaran dan akan menegur "biarpun pahit untuk ditelan". Kami tahu, ada sesetengah pembaca terutamanya penyokong Pakatan Rakyat yang tidak mahu artikel berkenaan disiarkan, namun atas dasar kemanusian dan keadilan maka yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Kami juga amat berbangga atas sokongan yang diberika oleh para pembaca terhadap blog ini. Malahan kini semua peringkat umur dan golongan singgah ke sini untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Hatri Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Analisis Isu: Menyingkap Kembali Perjalanan Kes Liwat Siri Dua Anwar, Siapakah Sebenarnya Yang Cuba Melengahkan Perbicaraan Itu Sebenarnya !!

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh. Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan BN dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual di dengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi. Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden itu.

Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat. Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A. Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini. Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini. Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut. Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan. Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun kesemua mereka enggan untuk berbuat demikian.

Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui. Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar. Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya. Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan baru. Ketua Pendakwaan, Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Sulaiman memang sakit. Menuduh beliau dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat di wad hospital selama 2 minggu! Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut. Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, apa yang berlaku Anwar mendapat layanan yang berbeza dalam kes ini.

Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan. Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau. Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk melengah-lengah kes ini :-

  • Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!
  • Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.
  • Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas pemimpin PKR yang telah membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Tetapi anehnya, mereka yang paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!
  • Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil. Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) iaitu suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi (foto) dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan. Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau. Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan BN.

[Artikel diatas adalah dipetik daripada tulisan Latheefa Koya iaitu salah seorang pemimpin PKR yang juga merupakan Peguam terkenal. Segala hujjah dan kenyataan yang dibuat ini adalah berdasarkan fakta-fakta yang munasabah dan masuk dek akal fikiran manusia yang waras. Hanya puak-puak UMNO BN sahaja yang tidak mahu menerima kenyataan tentang kes ini. Malah mereka beriya-iya benar untuk membawa kes ke mahkamah, sedangkan kes tersebut sepatutnya digugurkan lantaran kerana yang menuduh telah disahkan "masih teruna dan suci" malah tiada kesan serta tanda-tanda diliwat oleh sesiapa. Susulan daripada itu, kami juga yakin bahawa DNA Anwar akan dimasukkan ke dalam dubur Saiful nanti untuk membuat bukti-bukti palsu bagi mensabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu dengan kes ini. Ia jelas satu penganiayaan dan rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkan keadaan. Anehnya Si Saiful kini beriya-iya benar mahu mengaku dia diliwat tanpa rasa bersalah melihat fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh 4 orang doktor pakar termasuk tiga dari Hospital Kuala Lumpur sendiri. Bukankah kes ini penuh dengan muslihat politik untuk menghancurkan karier Anwar sebenarnya].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Dr.Mahathir Gesa Jangan Calonkan Isa Samad

PUTRAJAYA - Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad meminta UMNO untuk tidak mencalonkan Isa Samad (foto) sebagai jagoan BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Dr Mahathir berkata imej UMNO akan tercalar sekiranya seseorang yang terbukti perasuah seperti Isa Samad dipilih. Beliau berkata demikian mengulas usul UMNO Bahagian Teluk Kemang supaya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Beliau menjelaskan Isa Samad telah pun didapati bersalah bergelumang dalam politik wang. Dr Mahathir memberi amaran sekiranya perasuah ini dipilih - samada menang atau kalah - maka rakyat akan melihat UMNO tidak serius melawan politik wang. Isa di gantung enam tahun dari 24 Jun 2005 atas kesalahan politik wang dalam pemilihan UMNO 2004. Hukuman ini bagaimanapun dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan. Penamaan calon Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan hari pengudian pada 11 Oktober. Umno akan mengumumkan calonnya selepas Hari Raya Aidilfitri. Sementara itu, seorang lagi pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran Isa Samad atau mana-mana calon yang tercemar akan mengugat peluang BN. Razaleigh berkata sekiranya UMNO tidak mengambil iktibar dari kekalahann lampau, maka masyarakat akan buat kesimpulan bahawa kekalahan UMNO adalah baik untuk Malaysia.

[Tamparan hebat buat Isa Samad, biarpun disokong sebulat suara oleh AJK UMNO Bahagian Teluk Kemang namun Mahathir pula tidak mahu beliau dicalonkan. Soalya sekaran, apakah Najib akan mengikut nasihat Mahathir ini agaknya?. Sedangkan Najib tahu bahawa Isa telah menyelamatkan beliau dalam kes tangkapan khalwat dengan seorang artis terkenal suatu ketika dulu. Jika tiada Isa Samad, sudah pasti masa depan Najib akan musnah. Nampaknya BN bakal karam dek kerana calon dalam pilihanraya kecil kali ini. Dipilih slah tak pilih salah, akhirnya jadi serba salah. Teruskan usaha menggempur kubu mereka di Bagan Pinang!!]

ADUN Kerdau Cedera Akibat Kemalangan Di LPT

TEMERLOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim (foto) cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 116.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat hentian rehat Lanchang, malam Khamis. Dalam kemalangan kira-kira 10.15 malam itu, Zaharuddin, 63, bersama seorang rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan melawat kawasan DUN Kerdau di Temerloh. Setiba di lokasi kejadian, kenderan jenis Perdana V6 yang dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Zaharuddin yang dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh menerima lima jahitan di kepala selain turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan, manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan.

[Pahang Daily Online bersimpati dengan apa yang berlaku kepada ADUN Kerdau ini. Tambahan pula di saat menjelangnya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba. Semoga beliau akan cepat sembah dan dapat berkhidmat kepada rakyat seperti biasa. Diharap pihak LPT dapat memastikan jalan-jalan dil lebuhraya itu lebih elok dan tidak bergelombang serta membahayakan orang ramai hendaknya].

Anak Bekas SU Sulit Pak Lah Dituduh Miliki Bom

PETALING JAYA - Anak bekas Setiausaha Sulit Pak Lah mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas tiga pertuduhan termasuk memiliki sebutir bom tangan di rumahnya. Muhammad Ezra Rusli, 27, didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 1 petang, 8 September lalu di rumahnya di alamat C2-07, D'Shire Villa, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara di sini. Pendakwaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibuat di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Aslam Zainuddin. Sementara itu di Mahkamah Majistret, Muhammad Ezra minta dibicarakan atas tuduhan mengugut membunuh bapanya, Rusli Abd. Malik, 61, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock. Perbuatan itu dilakukan di antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 5 September lalu di alamat yang sama. Tertuduh didakwa di hadapan Majistret Aishah Hijriah Arshad mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Selain itu, pada masa yang sama tertuduh juga didakwa mencederakan bapanya. Timbalan Pendakwa Raya, Shah Rizal Abdul Manan mengemukakan sepucuk surat daripada Pusat Perubatan Sunway bertarikh 8 September lalu berhubung keadaan mental tertuduh.

[Apa yang berlaku ini, membuktikan kepada kita bahawa terdapat satu kelebihan besar kepada anak-anak orang besar di negara ini. Mereka bebas menyimpan bom dan pistol untuk kegunaan sendiri. Bukankah ia sesuatu yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan huru-hara kepada negara. Namun, apakah orang-orang seperti ini akan ditahan ISA kerana perbuatan tersebut. Inilah bukti bahawa negera kita mempunyai dua undang-undang yang berbeza dan perlu diperbetulkan dalam piliharaya akan datang].

Mahathir Tegaskan Samy Vellu Liabiliti Buat BN

PUTRAJAYA – Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC. Dalam satu temu bual, Dr. Mahathir berkata, Samy perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah. “Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri. “You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah,” katanya. Dr. Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah, “Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?” Tindakan Dr. Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

[Kenyataan Mahathir ini jelas sekali membuatkan Samy Vellu menggelabah dan mncari helah. Malah beliau juga mengatakan pelan persaraannya sudah diatur, masalahnya bila?. Inilah dia harapan besar untuk kia melihat MIC terkuburdari kancah politik negara selepas ini. Samy Vellu jenis tidak tahu malu dan masih mahu berkuasa biarpun sudah ditolak rakyat. Mahathir juga sepatutnya mengundur diri selepas meletakkan jawatan. Beliau kini menjadi Penasihat Negara, Petronas, Proton dan sebagainya. Jika beliau menegur Samy, maka Samy juga boleh menegur supaya Mahathir berehat dan tidak mencampuri hal ehwal negara].