SHAH ALAM, 30 Okt [11.32 am] - Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat. Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Kelang terhadap Badrul Hisham Abdullah (foto), ADUN kawasan itu yang bertindak keluar dari parti Keadilan Rakyat untuk menyokong UMNO BN. Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan. Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada UMNO untuk melanjutkan karier politiknya. Semua akhbar dan media eletronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama. Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak. Media kawalan UMNO BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN pelabuhan Kelang. Malah mereka memperkecilkan rasional MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan. Tindakan berani itu diambil kerana penduduk pelabuhan Kelang hilang kepercayaan terhadap adun yang dipilih mereka pada pilihanraya umum 2008. Susulan keluhan penduduk, Pakatan Rakyat, khususnya PKR mengambil pendirian tidak akan melindungi ADUN yang gagal membela rakyat. Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya. Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela rakyat. Friday, October 30, 2009
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
SHAH ALAM, 30 Okt [11.32 am] - Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat. Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Kelang terhadap Badrul Hisham Abdullah (foto), ADUN kawasan itu yang bertindak keluar dari parti Keadilan Rakyat untuk menyokong UMNO BN. Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan. Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada UMNO untuk melanjutkan karier politiknya. Semua akhbar dan media eletronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama. Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak. Media kawalan UMNO BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN pelabuhan Kelang. Malah mereka memperkecilkan rasional MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan. Tindakan berani itu diambil kerana penduduk pelabuhan Kelang hilang kepercayaan terhadap adun yang dipilih mereka pada pilihanraya umum 2008. Susulan keluhan penduduk, Pakatan Rakyat, khususnya PKR mengambil pendirian tidak akan melindungi ADUN yang gagal membela rakyat. Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya. Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela rakyat. Thursday, October 29, 2009
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
SHAH ALAM, 29 Okt [12.30 pm] - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto) hari ini, berkata beliau tidak peduli jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti. "Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, Umno, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor. Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini, hari ini. Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau. "Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke mana-mana tidak kira," katanya. Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat.ADUN PKR Keluar Parti, Jadi Wakil Rakyat Bebas
KUALA LUMPUR, 29 Okt [11.30 am] - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (foto), mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun tidak menyertai mana-mana parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Mengumumkannya di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi, Badrul Hisham berkata, keputusan keluar PKR kerana beliau sudah hilang keyakinan terhadap parti itu. Sementara itu Kerajaan Selangor dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap Badrul Hisham Abdullah jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu enggan melepaskan jawatan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata bentuk tindakan yang wajar diambil hanya akan diputuskan kemudian jika Badrul Hisham terus berdegil. Beliau berkata, kerajaan negeri tetap dengan keputusan mendesak Badrul Hisham meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Katanya, Badrul Hisham perlu melepaskan jawatan Adun Pelabuhan Klang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum tahun lalu demi keluarga beliau dan pengundi kawasan itu. "Kita hanya akan menerima Badrul Hisham jika beliau sanggup bekerjasama dan menjalankan tugas. "Jika tidak, beliau perlu berhenti (meletak jawatan) demi keluarga dan masyarakat di kawasan itu dan kita akan buat keputusan yang munasabah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) di sini, hari ini. Beliau ditanya mengenai usulnya kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan itu selepas gagal memberikan perkhidmatan.Wednesday, October 28, 2009
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
KUALA LUMPUR, 28 Okt [8.35 pm] - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto), berkata permohonan bagi mengeluarkan semula mayat Teoh Beng Hock untuk dibedah siasat bagi kali kedua perlu dibenarkan demi kepentingan untuk mencari kebenaran. "Jika ia memerlukan perkara seperti itu dan jika ada rasional di sebaliknya dan ianya dibenarkan undang-undang, saya lihat tiada sebab kenapa ia tidak boleh dibenarkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Semalam, keluarga Teoh memfailkan permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapat kebenaran bagi mengeluarkan semula mayatnya untuk dibedah siasat oleh pakar forensik Thailand, Dr Porntip Rojanasunand. Dr Ponrtip, yang dipanggil kerajaan negeri Selangor, merumuskan bahawa berdasarkan gambar bahawa Teoh tidak meninggal dunia kerana bunuh diri, sebaliknya mati dibunuh.Sivakumar, Notis Bubar DUN Perak Adalah Palsu
IPOH, 28 Okt [6.12 pm] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar (foto), hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa taktik kotor melalui penyebaran notis makluman sidang DUN palsu yang memaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP di sini, Sivakumar menafikan yang beliau mengeluarkan notis itu. "Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," kata Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang turut memberikan salinan contoh notis terbabit. Notis menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak bertarikh 23 Okt 2009 itu memaklumkan bahawa sidang DUN hari ini akan diadakan di Hotel Heritage bagi membentangkan Bajet 2010 dan usul pembuburan dewan oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa Sultan Azlan Shah telah berkenan menerima menghadap Mohammad Nizar di Istana Kinta di sini pada 3 petang hari ini bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Sivakumar berkata beliau hanya mengetahui perkara itu ketika menghadiri sidang DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini. Dalam perkembangan lain, Sivakumar mendakwa polis menggunakan kekerasan terhadap Adun pakatan pembangkang yang menghadiri sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini dengan merampas peralatan elektronik seperti kamera, kamera video dan komputer riba. Beliau turut mendakwa polis bertindak kasar semasa merampas Jubah Speaker yang dipakainya.KOTA KINABALU, 28 Okt [5.35 pm] - Datuk Dr Jeffrey Kitingan (foto), sahkan sudah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan. "Pada masa ini, saya terbuka kepada beberapa opsyen. Saya akan buat keputusan bila tiba masanya," katanya di sini. Dr Jeffrey ditanya sama ada beliau akan menyertai semula PBS, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah. Beliau berkata beliau akan berunding dengan ketua bahagian PKR yang lain, penyokongnya dan pemimpin akar umbi sebelum membuat keputusan muktamad. "Saya tidak terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan seterusnya yang akan kami ambil," katanya. Dr Jeffrey juga meletak jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi dan biro politik parti itu. Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengadakan pakatan dengan bekas timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang turut meletakkan jawatannya sebagai anggota majlis tertinggi, bagi meneruskan karier politik mereka, beliau berkata: "Ya, kami akan bekerjasama".
KOTA KINABALU, 28 Okt [4.30 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew (foto), mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Liew, yang digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata, bagaimanapun beliau kekal sebagai ahli parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu. "Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya. Liew berkata, selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah. "Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.
Dewan Rakyat Tolak Usul Jambatan Runtuh
KUALA LUMPUR, 28 Okt [3.30 pm] - Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (foto). Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan. Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang. "Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar. "Kita terikat dengan peraturan bahawa ia tidak akan dibaca dalam dewan. Saya tidak akan ulang lagi dan saya harap tiada lagi perbincangan lanjut mengenai perkara ini," katanya. Bagaimanapun, Ronald berkata, usul itu masih boleh dimasukkan sebagai isu untuk dibahaskan di dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 hari ini.
Sidang DUN Perak Ditangguhkan Sekali Lagi
IPOH, 28 Okt [11.30 am] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganeson menangguhkan Sidang DUN sebentar tadi ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian. Beliau menerima usul yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mencadangkan sidang DUN Perak ditangguh pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
MB Ambil Tempat, ADUN Pakatan Masih Tiada
IPOH, 29 Okt [10.30 am] - Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir sudah mengambil tempat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijangka memulakan persidangan jam 10 pagi ini. Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih belum kelihatan. Hanya beberapa Adun pembangkang kelihatan berkumpul sejak jam 8.55 pagi tadi di pekarangan bangunan pejabat DAP tetapi belum memasuki Bagunan Perak Darul Ridzuan.
Sidang DUN Perak Bermula, Keadaan Terkawal
IPOH, 28 Okt [9.20 am] - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula pagi ini dengan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sudah mengambil tempat di dalam dewan persidangan. Bagaimanapun, setakat jam 8.40 pagi ini, Adun pembangkang bagaimanapun masih belum lagi kelihatan. Sementara itu, keadaan di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan tenang dengan anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini. Persidangan DUN dijangka bermula jam 10 pagi ini.
Tuesday, October 27, 2009
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
KAMPAR, 27 Okt [11.05 am] - Sukarelawan kampung, Mohd Zarit Izwan Abd Razak, 19, menemui mayat pertama yang dihanyut air deras selepas jambatan gantung di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi. Katanya, beliau menemui mayat itu ketika menyelam di kawasan timbunan sampah kayu di kawasan Kampung Pasir dan terpegang kepala mangsa, sebelum menjerit dan mendapat bantuan daripada rakannya untuk menarik keluar mayat itu.
Jambatan Runtuh, 19 Terselamat 2 Hilang
KAMPAR, 27 Okt [11.00 am] - Seramai 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, kata polis Perak. Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar. Selain dua dilaporkan hilang, mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan ditemui jam 8.40 pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha berkata, disahkan satu mayat sudah ditemui, manakala dua lagi masih hilang. Katanya, beliau menafikan 22 pelajar hilang seperti laporan awal selepas pihak penganjur kem salah membuat kiraan pelajar.
[Nampaknya malapetaka besar menimpa kerajaan UMNO BN pimpinan Zambry Kadir. Ini kerana khabarnya pelajar sekolah yang bercamping di situ terlibat dalam aktiviti perkhemahan Satu Malaysia. Apa yang perlu diketahui ialah khabarnya keadaan cuaca ketika itu memang tidak mengizinkan perkhemahan itu berlangsung, namun bagi menunjukkan kononnya perkhemahan sekolah-sekolah tersebut telah berjaya memupuk semangat Satu Malaysia maka ia tetap juga dilaksanakan biarpun titi gantung yang dibina baru siap kira-kira dua minggu lalu itu. Itu pun dibina agak tergesa-gesa kerana mahu menjayakan program Perkhemahan Satu Malaysia Sekolah-Sekolah. Menurut sumber, Program di perkhemahan SK Kuala Dipang ini terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan dibawah anjuran PPD Kinta Selatan merupakan program pertama atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan. Jika ia berjaya, akan menaikkan nama MB Perak itu. Namun kini sebaliknya pula yang terjadi. Tragedi meragut nyawa ini adalah amat mendukacitakan sebenarnya. Cuaca yang tidak mengizinkan harus dijadikan ikhtibar agar program perkhemahan seperti ditebing sungai ini tidak dijalankan lagi pada masa akan datang. Nyawa melayang kerana kealpaan pihak tertentu].
Monday, October 26, 2009
Eksklusif: Malu Rasanya Melihat Si Saiful Bukhari Menggelarkan Dirinya Mayat Hidup Dan Merintih Kononnya Bagi Mengharap Simpati Masyarakat !!

Terkadang, kami juga merasa teramatlah lucunya melihat kerenah anak muda "jambu" seperti Saiful Bukhari yang sanggup menggelarkan dirinya seperti "mayat hidup" gara-gara ingin mengharapkan simpati masyarakat terhadap kes yang beliau hadapi sekarang ini. Apakah rakyat boleh menerima apa yang disuarakan oleh Saiful ini gamaknya?. Bukankah selama ini kita sudah dimalukan dengan satu adengan "Sandiwara Liwat 2" yang cukup menggemparkan seantero dunia. Apa tidaknya, mangsa liwat telah disahkan oleh pakar-pakar dari hospital swasta dan kerajaan sebenarnya "masih suci dan teruna" lagi. Ini bermakna, Saiful tidak diliwati oleh sesiapa pun. Makanya kenapa kes ini tidak dibuang dan diteruskan oleh mahkamah. Sungguh menghairankan kita, dalam kebanyakkan kes liwat atau rogol yang berlaku di negara kita sebelum ini. Jika ada mangsa yang mengadu dan melaporkan kepada pihak polis dia telah diliwat atau dirogol, sudah pasti polis akan menghantar mangsa ke hospital yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Maka, selepas disahkan oleh pakar-pakar perubatan bahawa mangsa diliwat atau dirogol, selepas memeriksa bahagian yang berkenaan barulah pihak polis akan menerima laporan kes berkenaan dan membuat siasatan. Suspek-suspek yang terlibat akan dicari untuk disiasat oleh pihak polis berdasarkan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pihak hospital. Maknanya mangsa sendiri akan mendedahkan siapakan suspek yang punya angkara terbabit. Barulah operasi besar-besaran akan dilakukan bagi menangkap dan menahan reman suspek berkenaan. Maknanya "laporan perubatan" adalah bukti kukuh seseorang itu telah dizalimi dalam kes jenayah seperti ini. Namun, apa yang menghairankan kita kenapa dalam kes "misteri liwat Saiful" ini, beliau pergi sendiri ke hospital terbabit untuk memeriksa duburnya (Pusrawi dan HKL) kemudian baru membuat laporan polis?. Siapakah yang memberi arahan sedemikian dikala mangsa yang sepatunya "trauma" dan gagal untuk berfikir dengan baik kerana menjadi mangsa kes seperti?. Apakah kerana kunjungan Saiful ke rumah Najib Razak sebelum itu menyebabkan beliau dapat ilham dan berkuasa melakukan segalanya?. Atau beliau ke rumah TPM ketika itu, untuk berbincang dan menghafal segala skrip yang telah disiapkan. Mungkin itulah sebabnya Saiful, biarpun telah ditendang dari meneruskan pengajiannya di IPT tempat beliau belajar, namun TPM bermurah hati berminat untuk menawarkan biasiswa kepada dirinya. Sedangkan ketika itu dia bekerja di pejabat Anwar Ibrahim. Bukankah di sini pun sudah wujud satu misteri yang amat menghairankan kita sebenarnya !
Bukankah ini sesuatu yang cukup aneh bukan?. Saiful pergi sendiri ke hospital untuk memeriksa duburnya dan selepas pihak hospital mengesahkan dia tidak diliwat kenapa dia tergamak membuat laporan polis kononnya telah diliwat oleh seorang manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim?. Apakah motifnya tindakan beliau itu dan kenapa pula polis tidak mengarahkan beliau membuat pemeriksaan perubatan selepas itu?. Walhal pihak polis yang menerima laporan itu boleh mengarahkan Saiful membuktikan dia diliwat menerusi laporan perubatan yang sah. Bahkan pihak polis boleh menghantar Saiful ke hospital yang berdekatan untuk diperiksa "duburnya" sebelum mengesahkan laporan tersebut. Atau pun setidak-tidaknya, jika Saiful berkata dia mengaku diliwat kerana sudah membuat pemeriksaan perubatan sendiri sebelum itu. Kenapa pihak polis tidak mengarahkan Saiful menunjukkan laporan perubatan sebagai bukti dia diliwat ketika itu. Apakah polis Malaysia yang begitu profesional boleh menerima laporan seorang anak muda seperti Saiful, hanya berasaskan kepada laporan polis yang dibuatnya di kaunter Balai Polis berkenaan (Jln Travers) ketika itu. Bukankah sepatutnya Saiful dihantar menjalani pemeriksaan perubatan, dan sementara menunggu laporan berkenaan polis tidak sepatutnya mengganas dan menangkap suspek yang dituduh tanpa ada bukti yang sah terhadap pertuduhan. Inilah yang menimbulkan keraguan kita sebenarnya. Nampak benar ada tangan-tangan ghaib yang merangka skrip "sandiwara liwat 2" ini bagi menghukum orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan. Ia jelas berdasarkan kepada bukti laporan perubatan oleh doktor pakar seramai empat orang yang mengesahkan dia tidak diliwat. Apabila dia tidak diliwat, makanya tiada asas dan kes yang kukuh untuk pihak polis menangkap dan menyiasat sesiapa ketika itu. Malahan, Saiful sendiri wajar disiasat kerana membuat laporan palsu dan menfitnah individu terbabit. Namun, kenapa ini semua tidak berlaku?. Kerana mereka semua termasuk pihak polis dan kini mahkamah terpaksa mengikut skrip yang telah disiapkan oleh pihak-pihak yang terbabit.[Lantaran itulah kita melihat kes ini banyak penipuan, kekeliruan dan misteri sebenarnya. Apakah kita harus mempercayai cerita "kartun" seperti ini. Malah, mahkamah sepatutnya tidak perlu membicarakan kes yang penuh dengan keraguan ini. Namun, mengikut skrip mereka terpaksa melakukannya jua. Maka itulah kita tidak hairan kes yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dihantar ke Mahkamah Sivil. Malah, dari Mahkamah Sesyen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan berbagai alasan dan kekeliruan yang nyata. Mereka mahu memperbodoh-bodohkan rakyat supaya mempercayai kes yang tidak masuk dek akal ini sebenarnya. Dari sinilah baru kita boleh mengkaji apakah sumpah Saiful itu boleh diterima, pengakuan, laporan polis dan kes yang sedang dihadapinya sekarang ini. Soalnya sekarang, siapakah yang menjadi mangsa sebenarnya? Saiful Bukhari atau Anwar Ibrahim agaknya. Anwar juga boleh dikatakan sebagai mangsa dalam kes mengarut seperti ini. Beliau menjadi mangsa keadaan, mangsa fitnah dan mangsa kerakusan manusia yang ingin menjatuhkan kerjaya politiknya secara jahat. Oleh itu, apakah layak anak muda seperti Saiful ini merintih simpati mengharap belas ihsan daripada masyarakat agar menyokong dirinya. Sedangkan terbukti secara klinikal dia adalah "jantan suci sesucinya". Fikir-fikirkanlah dan ambil pengajaran berguna dari kes seperti ini hendaknya].
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
KUALA LUMPUR, 26 Okt [3.55 pm] - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock (foto), mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa. Peguam Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga mahu patologis terkenal Dr Pornthip Rojanasunand dari Kementerian Undang-Undang Thailand menguruskan bedah siasat itu. Langkah ini perlu bagi melihat apakah ada unsur pembunuhan disebalik kematian mangsa. Gobind menambah pihaknya akan memfailkan permohonan untuk bedah siasat kehadapan Koroner Azmil Muntapha Abas selewat-lewatnya Selasa depan. “Kita tak mahu tunding jadi pada mana-mana pihak. Kita hanya mahu keadilan kepada mendiang. Keluarga mangsa bersetuju untuk menggali kubur mendiang dan kita akan hantar permohonan pada Mahkamah Majistret Shah Alam esok,” katanya. Mangsa ditemui mati pada 16 Julai lalu di bumbung tingkat 5 Plaza Masalam dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor. Mangsa yang merupakan pembantu kepada Exco Negeri Ean Yong Hian Wah dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran SPRM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disoal-siasat 10 jam tanpa henti oleh pegawai penyiasat SPRM.
Dr Pornthip (foto), dilantik kerajaan Selangor bagi membantu inkues menyiasat punca kematian mangsa. Beliau mencetuskan kegemparan di inkues Rabu lalu selepas penemuannya mendapati ada 80 peratus kemungkinan mangsa telah dibunuh. Penemuan Dr Pornthip bercanggah dengan laporan bedah siasat patologis tempatan dan polis yang mengumumkan bahawa mangsa telah membunuh diri. Dalam siasatannya mendapati ada kemungkinan mangsa dicekik terlebih dahulu, dan duburnya ditusuk sesuatu, sebelum terjatuh dari ibu pejabat SPRM. Penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat awal dan dokumentasi sekitar kematian mangsa. Peguam Gobind Singh Deo berkata Koroner Azmil Muntapha Abas mempunyai kuasa untuk membenarkan kubur mendiang digali semula mengikut Seksyen 335 Kanun Acara Jenayah. Keluarga mangsa yang meragui teori bunuh diri seperti yang ditawarkan pihak polis mahu Dr. Pornthip diberi kepercayaan untuk mengetuai bedah siasat kedua ini. Gobind bagaimanapun menambah pihak keluarga mahu pasukan patologis pertama menyertai bedah siasat ini. “Dr Pornthip akan buat pembedahan itu, dan dia berharap pasukan pertama datang dan lihat bagaimana doktor ini buat bedah siasat dan bincang kalau-kalau ada yang terlepas pandang dalam bedah siasat pertama," kata peguam itu. Dalam akuan Dr Pornthip di inkues tempoh hari, beliau menyatakan kesediaan untuk menjalankan autopsi keatas tubuh mangsa namun Koroner Azmil berkata ia mungkin sudah terlewat. Sementara itu, adik mendiang Teoh Lee Lan mewakili keluarga mendiang bersetuju supaya permohonan untuk kubur mendiang mangsa digali dan bedah siasat baru dijalankan. "Keluarga bersetuju untuk bedah siasat kedua, untuk mencari keadilan buat abang saya. Kami berharap kes ini akan berjalan lancar," katanya. "Kami terkejut melihat gambar kesan cekik pada leher Beng Hock," tambah Lee.[Bedah siasat semula adalah satu amalan biasa yang berlaku dalam mana-mana kes pembunuhan sebelum ini. Memang terdapat banyak kes dimana mayat digali semula untuk bedah siasat bagi membuktikan keadilan buat si mati. Namun, apakah dalam kes Teoh Beng Hick ini, pihak mahkamah dan polis akan bertindak profesional?. Apa yang pasti, sudah pasti arahan ini tidak akan dilayan kerana jika ia dibenarkan, maka segal bukti kukuh akan tertegak jua akhirnya. Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa. Memang benar, segala keraguan dan keadilan dapat ditegakkan jika ini berlaku. Tambahan pula pakar bedah adalah dari luar negara yang cukup berpengalaman dalam kes sebegini sejak 27 tahun yang lalu. Apakah kerajaan UMNO dan BN akan akur dengan desakan keluarga Teoh Beng Hock agaknya?. Ini kerana, jika mereka mengikut arahan ini bermakna sudah pasti ada pegawai SPRM Selangor yang akan "kecut perut" kerana bakal disabitkan dengan jenayah yang berlaku terhadap mendiang ini sebenarnya. Oleh itulah, mereka harus mencari helah untuk menggagalkan usaha ini !!. Mereka lebih suka membuat kenyataan dan mahu semua menerima hakikat bahawa Teoh mati kerana bunuh diri akibat tekanan, lalu terjun dari bangunan Plaza Masalam itu].
Sunday, October 25, 2009
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
[Nampaknya, kemelut politik yang melanda PAS ini semakin diperbesarkan oleh media arus perdana. Walhal isu tersebut adalah isu terpencil yang bersifat dalaman. Namun, ia telah dijadikan isu besar bagi melaga-lagakan pemimpin PAS. Amatlah tidak masuk dek akal bilamana seorang ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz boleh membuat kenyataan terbuka seperti itu. Tambahan pula, Tok Guru boleh menyebut pula nama-nama pemimpin seperti Nasharuddin, Mustafa dan Hassan Ali secara jelas. Apakah ini sifat seorang ulamak?. Maka itu, kami pasti ada pihak-pihak tertentu yang cuba memporak perandakan parti itu sebenarnya. Oleh itu, PAS harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut yang sedang bersedia untuk merosakkan mereka dalam masa terdekat ini. Teruskan perjuangan !!].
Exco Mahu Satu Siasatan Telus Kes Beng Hock
[Soalnya sekarang, apakah satu siasatan yang adil dan telus dapat dijalankan dalam keadaan rakyat melihat memang berlaku terlalu banyak penyelewengan dan penipuan ke sini. Malah, tindakan mengubah fakta dan kenyataan yang dilakukan oleh pihak polis, doktor serta pegawai SPRM Selangor yang disiasat juga boleh menjurus ke arah itu. Apakah kita dapat melihat keadilan dalam kes ini agaknya?. Justeru itu, adalah wajar satu Suruhanjaya Di Raja dapat ditubuhkan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat tentang isu ini nanti. Keadilan harus ditegakkan dan bukan cuba ditutup oleh mereka yang berkepentingan. Rakyat kini mula tahu bahawa kes Beng Hock ini adalah satu kes jenayah terancang yang pastinya melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan negeri terdahulu, yang cukup risau dengan penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat].
Saturday, October 24, 2009
Bajet 2010 Berjaya Menyerlahkan Lagi Kerapuhan Kewangan Kerajaan UMNO Dan BN Pimpinan PM Najib Razak Sejak Dulu, Kini Dan Buat Selamanya

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar. Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara. “Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi. “Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya. Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, semalam. Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.
"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini. "Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia," katanya. Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka. "Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas," katanya.
Friday, October 23, 2009
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
KOTA KINABALU, 23 Okt [11.35 am] - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali (foto), dijangka melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Sabah hujung minggu ini ekoran desakan sesetengah pemimpin di negeri tersebut. Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengumumkan pemimpin baru apabila mempengerusikan mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini. Azmin mendedahkan keputusan itu hari ini selepas bermesyuarat dengan semua 25 ketua bahagian PKR Sabah termasuk Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Bagaimanapun, beliau menafikan keputusan tersebut diambil ekoran desakan 18 daripada 25 pemimpin bahagian yang didakwa menyokong hasrat Dr Jeffrey meletakkan pemimpin Sabah sendiri untuk menerajui PKR Sabah. "Tidak terdapat sebarang memorandum. Tiada kebenaran dalam laporan itu. Itu bukan merupakan isu," kata Azmin kepada pemberita selepas mesyuarat itu. Azmin menjelaskan pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara dan bertujuan untuk memperkukuhkan parti.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, lantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi membantu memperkukuhkan parti. "Biro Politik lantik saya untuk bantu ahli di Sabah, malah dalam pertemuan pertama saya tiga bulan lalu dengan pemimpin Sabah juga saya sudah jelaskan bahawa lantikan saya hanya untuk sementara. "Masa yang diberikan untuk saya lebih kurang tiga hingga enam bulan, tapi kalau pencapaiannya baik, kedudukan PKR di Sabah makin mantap tempoh itu akan dikurangkan. "Saya sendiri katakan bahawa parti akan melantik pemimpin tempatan sebagai ganti saya nanti, tapi tugas saya pada ketika ini untuk kuatkan parti dahulu," katanya. Menurut Azmin, pemimpin PKR Sabah telah membuktikan mereka bertenaga untuk memimpin parti di sini dan Presiden akan menentukan Pengerusi PKR Sabah berikutnya. "Para pemimpin Sabah telah mengemukakan pandangan masing-masing dan akan menerima keputusan Presiden," katanya. Tambah Azmin, perubahan pucuk pimpinan itu bukan sahaja terhad di Sabah semata-mata bahkan ahli-ahli jawatankuasa penyelaras negeri di Semenanjung Malaysia. Azmin berkata para pemimpin PKR Sabah telah dilarang mengeluarkan kenyataan media dan dinasihatkan meluahkan pandangan mereka dalam parti sahaja. Sementara itu, Dr Jeffrey berkata pelantikan sebarang pemimpin PKR Sabah adalah budi bicara Presiden parti
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
IPOH, 23 Okt [10.45 am] - Ketika memuncak cerita dua ADUN PKR yang kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan DUN Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen. Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen. Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi (foto), ADUN Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar. Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut. Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak. Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu. “Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar,” kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman. Jamaluddin dan Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas. Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran. Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini. Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita Cina itu. Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Mereka berdua bersama ADUN BN yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.
[Nampaknya kisah politik Perak ini akan kembali bergegar dengan perkembangan terkini itu. Maknanya bekas Exco terbabit tidak bersalah dan segala tuduhan yang dibuat terhadapnya hanyalah rekaan semata-mata. Sememangnya angin kencang menyatakan bahawa kedua-dua ADUN bebas terbabit ingin kembali kepada Pakatan Rakyat, selepas mereka dipercayai telah ditipu dengan bayaran yang dijanjikan. Malah ada laporan mengatakan "orang tengah" yang menguruskan keluarnya mereka dari Pakatan Rakyat juga telah meninggal dunia. Kekecewaan mereka itu kini sudah ditahap paling maksima, dan memang terdapat ura-ura yang mengatakan mereka akan bersama Pakatan Rakyat semula. Soalnya sekarang, apa akan terjadi kepada kerajaan haram di Perak sekarang ini jika mereka kembali bersama Pakatan Rakyat. Bukankah senario politik juga akan berubah dan makin panas. Justeru itulah Sultan Perak wajar mempertimbangkan pembubaran DUN demi menjaga keharmonian dan memberi rakyat peluang untuk memilih kerajaan baru di negeri Perak].
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
KUALA LUMPUR, 23 Okt [6.39 am] - MALAYSIAN police are investigating a restaurant franchise chain after 10 investors, including a Singaporean, lodged a report claiming one of its directors had absconded with more than RM9 million (S$3.7 million). The investors are part of a group of more than 3,000 people, mostly Malaysians, who bought shares in the franchise known as Island Red Cafe. About 200 Singaporeans are said to have invested in the company, which claimed a monthly turnover of about RM2 million. Each lot of shares was sold for about RM6,000. The first Island Red Cafe opened in Kuala Lumpur in 2007. The cafe is known for its range of local and Western food and has 15 outlets throughout Malaysia. The 10 investors lodged their police report at the Nusa Bestari police station in Johor Baru on Sunday. The Malaysian Chinese Association Youth's consumer affairs bureau, which promotes and enforces consumer rights, is working with the police to deal with complaints.[Premis terbaru IRC ini baru sahaja dilancarkan di bandar Kuantan, yang mana lokasinya terletak di kawasan eksklusif East Coast Mall. Dapat dilihat begitu ramai warga Kuantan termasuk dari Kemaman yang menerjah menyertai program ini dan menikmati ganjaran keuntungan yang cukup lumayan. Malah ada sebilangan mereka yang memperolehi pendapatan mencecah empat angka setiap hari. Apapun, kes yang berlaku ini diharap tidak menjejaskan operasi perniagaan IRC di Kuantan hendaknya. Kepada ahli-ahli IRC yang terlibat diharap dapat bersabar dengan berita sensasi ini. Teruskan perjuangan dan lakukan yang terbaik untuk kejayaan hari esok yang gilang gemilang hendaknya. Pun begitu kami harapkan agar kes ini tidak akan menjadi seperti program Buluh Mas, Novalife, Rumpai Laut, Ternak Cacing dan banyak lagi yang telah menyusahkan ramai orang sebelum ini].
Thursday, October 22, 2009
Sekilas Pandang: Isu & Masalah Rakyat Pahang
KUANTAN, 22 Okt [3.45 pm] - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa membuat operasi yang lebih telus terhadap mana-mana pihak yang dipercayai melanggar undang-undang berhubung dengan kelulusan premis perniagaan Cyber Cafe di sekitar bandar ini. Terdapat maklumat awam daripada ramai pihak yang kecewa dengan sikap pengawai Peguatkuasa MPK yang dipercayai mengambil sikap acuh tidak acuh dengan kewujudan berpuluh Cafe Cyber yang menjalankan aktiviti judi "lumba kuda" secara haram sejak akhir-akhir ini. Difahamkan, lesen perniagaan terbabit te;ah diluluskan oleh pihak MPK sendiri dan kewujudannya kini dipercayai melebih 20 buah semuanya. Sama ada ia disedari atau tidak, perkara ini sudah menjadi buah mulut warga Kuantan. Malah, ada diantara mereka yang sudah tidak tertahan lagi dengan kerenah birokrasi pihak MPK sekarang ini. Apa tidaknya, Cyber Cafe biasa yang dikendalikan oleh orang Melayu (Bumpitera) acap kali diserbu dengan berbagai alasan. Kononnya menjalankan operasi lebih masa, menggunakan perisian tiruan, menyediakan PC Game yang menyalahi akta dan sebagainya. Sebaliknya, bagi Cyber Cafe Haram yang menyajikan permainan "judi lumba kuda" mereka tidak pula mengenakan tindakan yang tegas. Difahamkan juga ramai pegawai penguatkuasa MPK yang sekadar datang dan menjenguk premis terbabit, kemudian keluar ikut "pintu belakang" selepas mendapat habuan tertentu. Perkara ini disedari oleh ramai pihak dan ia berlarutan sehingga ke hari ini. Tambah menyedihkan lagi, kewujudan Cafe Cyber berkenaan juga tanpa papan iklan yang ditetapkan seperti biasa dan tanpa berbagai kemudahan lain. Namun, ia dipandang sebelah mata oleh pegawai penguatkuasa MPK kerana mulut mereka telah ditutup rapat-rapat oleh pihak berkenaan. Adalah dipercayai operasi Cafe Cyber berkenaan juga dibiarkan sehinga ke pukul 4 hingga 5 pagi. Sedangkan, bagi Cafe Cyber biasa yang dimiliki oleh orang Melayu akan disaman biarpun beroperasi hanya sekitar jam 12.15 tengah malam. Inilah yang tidak sewajarnya berlaku. Ternyata terdapat pegawai atasan MPK yang telah "makan suap" untuk melindungi operasi haram terbabit. Diharapkan siasatan rapi dapat dijalankan, siapakah yang meluluskan mesin judi berkenaan?.[Terkadang kita agak hairan dengan perangan Penguatkuasa MPK yang begitu profesional bila berhadapan dengan peniaga Melayu yang mengusahakan Cafe Cyber. Tetapi, menikus bila melakukan operasi Cafe Cyber haram yang melibatkan peniaga bukan Melayu. Apakah puak-puak UMNO tidak melihat perkara ini dengan serius. Faktor "jaga periuk nasi" dan "makan suap" memang wujud dalam kes ini. Pendedahan eksklusif bergambar akan dilakukan dalam masa terdekat ini, jika pihak Majlis Perbandaran Kuantan masih gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Tinjauan krew kami mendapati, majoriti pelanggan adalah orang-orang Melayu yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menang. Sebaliknya mereka akhir tewas ditangan "mesin kuda" terbabit, yang kaya ialah pengusaha cafe terbabit. Pihak MPK dipercayai telah melakukan operasi sebelum ini, namun mereka mendiamkan diri kerana sudah menerima habuan masing-masing selepas itu].
Penduduk Lubuk Puyu Kecewa Masalah Air
KUANTAN, 22 Okt [2.45 pm] - Para penduduk Kg. Lubuk Puyu dekat Taman Tas disini kecewa dengan sikap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang gagal memberi notis berhubung isu ketiadaan air di kawasan itu sekarang. Menurut seorang penduduk, beliau hanya mendapat maklumat tentang gangguan air berkenaan menerusi radio Pahang FM. "Pengumuman yang dibuat di radio hanya mengatakan masalah gangguan air akan berlaku selama satu hari sahaja. Namun, masuk hari ini sudah tiga hari masalah itu berlaku di kawasan kami" katanya. Apa yang amat dikesali ialah sikap pihak JBA yang langsung tidak peka dengan permasalahan rakyat tersebut. Sebelum ini PDO pernah mendedaskan isu penipuan bil air yang dilakukan oleh pihak terbabit. Difahamkan majoriti rakyat Pahang terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dari biasa selepas mendapat Subdisi Kerajaan Negeri. Perkara ini akan didedahkan secara eksklusif selepas kami berjaya mendapatkan banyak maklumat dan rugutan rakyat. Adalah diharapkan agar pihak JBA dapat menyegerakan isu air yang melanda penduduk Kg.Lubuk Puyu dan sekitar Taman Tas dengan segera. Ini kerana, masalah yang berlaku menyebabkan para penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah lain yang lebih besar sekarang. Menurut sumber JBA, masalah ini akan diselesaikan lewat hari ini. Namun apakah ia akan menjadi kenyataan atau sekadar alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab?[Masalah air yang melanda Kuantan sebelum ini sepeatutnya diwar-warkan sejak dari awal lagi. Pihak Jabatan Bekalan Air wajar mengeluarkan notis kepada para pengguna bagi menggelakkan mereka terkeliru. Langkah mengharapkan makluman yang disiarkan di radio Pahang FM masih tidak mencukupi, kerana tidak semua rakyat yang mendengar siara radio tersebut pada masa ini. Maka itu, adalah lebih wajar pihak JBA menghantar notis awal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Anehnya, makluman radio menyatakan gangguan air hanya berlaku satu hari di kawasan Kg.Lubuk Puyu ini. Namun, sehingga ke hari ini ia masih belum dipulihkan lagi. Apakah ini cara profesional pihak JBA menjalankan tugas mereka. Prihatin masalah rakyat demi kepentingan semua pihak].
Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media
KUALA LUMPUR, 22 Okt [1.30 pm] - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (foto) didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis, dua tahun lalu. Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000. Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan. Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberikan masa selama 14 hari untuk berbuat demikian. Tian Chua didakwa telah mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen pada 11 Disember 2007 dulu. Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit dengan kesalahan tersebut.[Pihak polis dan mahkamah memang bijak menghukum bila kes-kes melibatkan pemimpin atau penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi, polis dan mahkamah begitu lambat untuk bertindak jika kes itu melibatkan pemimpin atau penyokong kerajaan UMNO BN. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada polis yang menembak orang awam di Batu Buruk Trengganu dulu, hingga kini tidak ada seorang pun anggota polis yang disiasat atau didakwa oleh mahkamah. Begitu juga dalam kes yang melibatkan serangan beberapa orang ahli UMNO terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di parlimen dulu. Hingga kini tidak ada yang didakwa, bairpun didedahkan mereka ada membawa senjata api. Banyak lagi kes-kes lain yang dipendamkan begitu sahaja biarpun ada asas untuk pendakwaan. Inilah dia amalan undang-undang jahiliah yang kini diamalkan di negara kita. Sampai bilakah kita harus begini?. Selagi kerajaan yang ada tidak bertukar maka selagi itulah kita akan terus dibelenggu dengan undang-undang dan sistem yang mengarut seperti ini. Oleh itu, lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang].
Selangor Gesa Suruhanjaya Bebas Ditubuhkan
SHAH ALAM, 22 Okt [12.30 pm] - Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan segera ekoran pendedahan baru yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim (foto) berkata pendedahan baru itu seraya menimbulkan persoalan keatas penafian pihak berkuasa sebelum ini. "Kami berharap dengan bukti yang berkaitan yang dikemukakan oleh Dr Pornthip adalah memastikan keadilan diberikan Dr Pornthip yang berpengalaman dalam penyiasatan pembunuhan dan beliau telah perpengalaman membawa lebih daripada 10,000 kes semenjak 27 tahun lalu" "Kami juga menggesa Suruhanjaya Diraja untuk inkues kematian Teoh ditubuhkan bagi menyiasat cara SPRM mengendalikan kes tersebut," katanya. Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini. Pornthip, pakar lantikan Kerajaan Negeri Selangor, menyatakan kecederaan yang ditemui pada tubuh Beng Hock bukan semuanya disebabkan mendiang jatuh. Berdasarkan kepada laporan yang diterimanya, Beng Hock didapati mengalami keretakan pada tengkorak, dicekik, serta ditusuk oleh objek misteri pada duburnya. Dengan penemuan ini, Pornthip mengumumkan ada 80 peratus kemungkinan Beng Hock dibunuh. Menyentuh isu yang sama, majikan mangsa, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa kerajaan Malaysia akur kepada penemuan terbaru ini. "Kesimpulan beliau ialah 80 peratus kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri tetapi dibunuh oleh orang lain. Ini merupakan satu penemuan baru yang amat mengejutkan kerana sampai hari ini, pihak SPRM masih tidak mahu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh." katanya. Justeru, beliau juga menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera untuk menjalankan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock kerana pihak polis tidak mampu membuat siasatan dengan bebas.
[Anehnya terdapat pula puak-puak blogger pengampu yang menggelarkan diri mereka Blogger Pembela Negara mengatakan bahawa pakar forensik dari Thailand itu adalah "geng Pakatan Rakyat". Kononnya kenyataan dan keputusan hasil siasatan itu membuktikan bahawa Dr.Pornthip adalah diupah oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menentukan keputusan berkenaan. Laporan dalam blog Panglima Perang Siber UMNO yang berbunyi Pakar Patologi Thailand satu geng dengan Pakatan Rakyat ? jelas sekali membuktikan betapa dangkal dan bangangnya puak-puak pengampu ini. Mereka kononnya tidak percaya dengan hasil siasatan pakar tersebut, sedangkan pakar berkenaan telah melakukan lebih 10,000 kes bedah siasat terutamanya yang berkaitan dengan pembunuhan sejak 27 tahun yang lalu. Ternyata mereka kini gementar dan tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Hanya mereka sahaja yang betul dan sebetulnya. Apa saja yang dilakukan oleh pemimpin mereka dianggap betul belaka, sebab itulah jiwa mereka kini diracuni dengan darah merah pekat UMNO yang pekat menebal dan sukar untuk menerima kenyataan. Harapan kita agar siasatan bebas diraja dapat ditubuhkan segera bagi merungkai segala kekusutan ini. Pihak polis ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab dan lebih cenderung untuk menutup segala maklumat yang mereka perolehi sama seperti kes pembunuhan Altantunya, Noritta, Muktazilah, Kugan dan ramai lagi. Apakah rakyat harus berdiam diri dengan apa yang berlaku ini. Mereka melaksanakan tugas dan kerja untuk melindungi kepentingan pihak tertentu, mereka persetankan keadilan demi periuk nasi !!].Satu Lagi Kes Kejadian Sejadah Berdiri Berlaku
ALOR SETAR, 22 Okt [9.30 am] - Selepas kejadian sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan Selasa lalu, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini semalam. Kejadian itu disedari oleh seorang murid, Noor Zulaika Mohd Rashid, 9, ketika dia dalam perjalanan ke kelas Al-Quran di sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di belakang surau tersebut. "Saya nampak melalui tingkap surau yang terbuka, ada tiga sejadah yang berada dalam keadaan berdiri tetapi tidak bergerak dan saya terus memberitahu rakan saya," katanya. Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri itu kerana ia boleh membawa khurafat. "Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang ramai di kawasan berkenaan.[Terkadang perkara-perkara seperti ini tidak wajar dianggap sebagai khurafat, kerana kejadian yang berlaku ini sebenarnya menunjukkan kekuasaan Allah. Mungkin ia merupakan satu amaran atau peringatan terhadap hamba-hambanya yang lalai di muka bumi ini. Jika perkara seperti ini dianggap khurafat, bagaimana pula dengan kejadian penemuan nama-nama Allah pada pokok, tomato, awan, badan ikan, air, laut, lebah dan sebagainya sebelum ini. Apakah ini juga dikatakan khurafat. Bagi mereka yang melihat kejadian itu, mereka mahu jadikan sebagai ikhtibar bari meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Khurafat akan berlaku jika ada manusia yang jahil mengambil sejadah tersebut untuk diasap dan dipuja bagi menurun dan melakukan ilmu pembomohan. Apapun, kita harus yakin dengan peringatan Allah ini. Lakukan perubahan mulai sekarang demi kesejahteraan dan kebahagian masa depan].
Wednesday, October 21, 2009
Kontroversi: Insiden Kematian Misteri Teoh Beng Hock, Kenyataan Pakar Patologi Thailand Seolah-Olah Mengesahkan Lagi Ramalan Kita Selama Ini
SHAH ALAM, 21 Okt [8.35 pm] - Seorang ahli patologi terkenal Thai, Dr Porntip Rojanasunan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock (foto). Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi. Pakar berusia 54-tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi, Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar bedah siasat yang dibekalkan kepadanya. Teoh, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai di tingkat 5, Plaza Masalam selepas memberi kenyataan dalam kes mengenai dakwaan salahguna peruntukan negeri di pejabat MACC Selangor yang terletak di bangunan yang sama. Dr Porntip kini Ketua Pengarah Institut Sains Forensik Pusat, Kementerian Kehakiman, Thailand, dan mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik. Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya. "Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami panggil ''handle bruise'', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat. Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.[Kenyataan yang dibuat oleh pakar forensik dari Thailand ini jelas sekali amat mengejutkan. Ini membuktikan kepada kita bahawa memang selama ini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba menyembunyikan banyak fakta dan kenyataan kes ini. Tambah mengejutkan apabila pakar terbabit juga menyatakan bahawa laporan autopsi yang disediakan oleh Dr.Khairul Azman dan Dr.Prashant sebelum ini juga mengelirukan. Ternyata mereka berdua telah mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyembunyikan laporan kecederaan yang sepatutnya didedahkan. Mereka nytaa tidak profesional dalam menjalankan siasatan, atau takut menghadapi segala kemungkinan. Oleh itu, pakar forensik dari Thailand yang dilihat lebih profesional, telus dan adil itu diharap dapat menjadikan kes ini lebih mudah untuk diselesaikan. Apa yang penting, laporan yang dibuat itu seola-olah menepati ramalan kita selama ini bahawa Beng Hocl nyata telah dibunuh sebelum mayatnya diletakkan dilokasi berkenaan. Apakah laporan siasatan bebas ini juga akan dipertikaikan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya orang dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas ini?].
Memalukan: MB Perlu Bertanggungjawab Ke Atas Penyelewengan Penggunaan Kad Inden Minyak Dan Penyelenggaraan Kenderaan Rasmi Kerajaan
KUANTAN, 21 Okt [9.32 am] - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), digesa bertanggungjawab dan menjalankan siasatan yang telus terhadap isu penyalahgunaan dan penyelewengan yang melibatkan kenderaan Kerajaan Negeri Pahang seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini. Menurut laporan, dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu. Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di sini hari ini mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008. Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang. Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya. Contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95. Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100. Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya. Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya. Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.
Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat. Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan. Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut. Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya. Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.
[Sesuatu yang cukup memalukan rakyat Pahang sebenarnya. Kes ini jelas sekali membuktikan betapa lemahnya pentadbiran kerajaan negeri Pahang untuk menjaga harta dan wang rakyat daripada dirompak sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Amatlah malang buat rakyat negeri ini, kerana kes sebegini pun gagal untuk ditangani. Apa yang dikesali ialah sikap acuh tidak acuh pihak terbabit untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat. Sebelum ini telah banyak isu penyelewengan yang melibatkan kerajaan Negeri Pahang. Namun, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ini membuktikan segalanya. Apa yang berlaku ini jelas membuktikan kepada kita bahawa ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan wang rakyat untuk mengisi minyak kenderaan rasmi dan peribadi masing-masing. Ini berlaku di mana-mana sebenarnya dan tidak perlu mereka pertikaikan lagi].
Mudahnya Bekas Exco Beri Penjelasan Isu CBD88
KUANTAN, 21 Okt [10.20 am] - Sementara itu Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Pahang, Datuk Kan Tong Leong yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran CBD 88 telah tampil semalam untuk memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai penyelewengan penggunaan bahan api berlebihan. Menurut beliau, dia tidak lagi menggunakan kereta Proton Perdana milik kerajaan negeri sejak 2003 selepas tidak lagi menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco). "Kereta Proton Perdana itu adalah kereta rasmi yang disediakan kerajaan negeri kepada Exco untuk menjalankan tugas rasmi. "Bagaimanapun, saya tidak lagi menggunakan kereta itu selepas tidak menjadi Exco pada tahun 2003," katanya. Namun, kata beliau, nombor pendaftaran berkenaan terus diberikan kepadanya untuk digunakan. Katanya, beliau difahamkan bahawa kereta terbabit sudah dilupuskan. "Saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan dan kenalan bertanyakan mengenai laporan ini yang disiarkan akhbar kerana ramai yang tahu saya guna nombor (pendaftaran) ini," katanya. Kan berkata kekeliruan itu berlaku kerana kad inden yang didaftar pada kereta CBD 88 digunakan salah seorang ahli exco pada masa ini tetapi maklumat berkaitan kenderaan yang digunakan tidak dikemaskini. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang. Laporan itu menyatakan kenderaan yang didapati mengisi bahan api secara tidak munasabah adalah kereta Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008. Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat yang meragukan.[Bekas Exco atau sesiapa sahaja pemimpin UMNO dan BN akan mengelak daripada sebarang pertuduhan. Inilah yang berlaku sebelum ini, di Selangor misalnya segala pertuduhan yang dibuat terhadap bekas MB Khir Toyo biarpun siap dengan bukti pasti akan dinafikan serta dikatakan sebagai fitnah. Walhal, senatero dunia tahu kekoborokan kerajaan UMNO BN terdahulu. Inilah juga yang berlaku kepada bekas exco Pahang terhadap isu berkenaan, mereka mudah akan menafikan segala yang telah dibuktikan. Untung benar menjadi pemimpin UMNO dan BN, kerana mereka bebas daripada segala pertuduhan biarpun kes telah dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPM). Negara ini seolah-olah sudah menjadi puak-puak UMNO BN yang punya agaknya].











