Pahang Daily Online | Suara Keadilan Untuk Rakyat | Peole's Justice Voice (PJV) | Suara Rakyat Suara Keramat

Monday, November 30, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Penyokong BN Merusuh Di Sidang DUN P.Pinang
GEORGETOWN, 30 Nov [12.32 pm] - Kurang dari 100 orang menyertai tunjuk perasaan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. Tunjuk perasaan ini terdiri dari gerombolan Pemuda Umno, Gerakan, MCA dan MIC menggesa Guan menyerahkan jawatannya itu kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman. Perhimpunan ini ternyata mencemarkan sidang dewan sempena 50 tahun Jubli Emas Dewan Dun Pulau Pinang. Ketika kekecohan berlaku, Guan Eng sedang merasmikan Pameran Maklumat Sivil 2009 DUN Menghubungkan NGO dan Penggubal Dasar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di perkarangan dewan. Guan Eng dalam satu sidang akhbar selepas itu mengkritik perbuatan demonstrasi tersebut yang dianggap mencemarkan imej Pulau Pinang, dan hanya memburukkan imej parti itu sendiri dengan kekasaran dan kelakuan yang tak ubah seperti sebuah parti samseng.
[Dalam undang-undang di Malaysia, ada satu perkara yang paling pelik dan ajaib. Bila puak-puak UMNO BN merusuh serta mengadakan perhimpunan, pihak polis mengawal keadaan dan tidak menggunakan kekerasan termasuk water canon, gas pemedih mata dan sebagainya. Tapi bila penyokong Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan aman, dikatakan pula perhimpunan haram, maka diserang dari berbagai arah. Tidak cukup dengan dihambat, dipukul, diterajang, disembur gas pemedih mata dan water canon. Pendek kata, Malaysia ada dua undang-undang sebenarnya. Inilah yang amat mengecewakan rakyat dan tidak sepatutnya berlaku. Pihak polis dilihat lebih cenderung untuk menjada kepentingan politik kepartian semata-mata daripada kepentingan dan keselamatan rakyat itu sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan brgitu drastiknya kejadian jenayah berlaku di sana sini].

Sunday, November 29, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Dua Orang Pemimpin PKR Sabah Sertai UMNO

PAPAR, 29 Nov
[3.10 pm] - Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri, Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno. Kedua-dua ‘orang kuat’ PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini. Pada majlis itu, Awang Mumin dan Faizal berikrar akan taat setia kepada Barisan Nasional (BN). Sementara itu, Abdul Rahim berkata rakyat khususnya penyokong pembangkang kini mulai sedar dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan BN dan Umno. Katanya ini kerana mereka yakin hanya dengan BN sahaja akan dapat menjamin kestabilan pembangunan, ekonomi dan politik di Sabah.

[Di Sabah khususnya, rakyat tidak hairan dengan berita keluar masuk parti ini sebenarnya. Mungkin dek kerana faktor geografi dan senario politik Sabah yang tidak menentu agaknya. Oleh itu, keluarnya dua pemimpin tadi tidak memberi apa-apa kesan buat Pakatan Rakyat melainkan mereka itu keluar dengan membawa ratusan atau ribuan penyokong. Justeri itu, rakyat Sabah tidak perlu gusar untuk melakukan perubahan, jika tidak mahu masa depan mereka terus terpinggir di negara ini. Malahan, jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mencecah ke angka ribuan amat membimbangkan rakyat Sabah sepatutnya. Difahamkan, kemasukan beramai-ramai terutamanya dari Selatan Filipinan yang bertujuan untuk membantu BN menang besar dalam pilihanraya umum akan datang].

Saturday, November 28, 2009

Edisi Pahang: Razali Alias Kembali, Yakin Dengan Kepimpinan Dato' Fauzi Abd Rahman Mengambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri Dalam PRU-13 !!

KUANTAN, 28 Nov - Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, Razali Alias (foto), secara terbuka hari ini menyatakan sokongan padunya terhadap kepimpinan Dato' Fauzi Abd Rahman menerajui Pakatan Rakyat di negeri ini. Beliau yang baru sebulan mengambil alih jawatan tersebut, selepas berhijrah dan berkhidmat di Trengganu menyatakan demikian dalam perutusan khas Aidil Adhanya semalam. Dalam kenyataannya, Razali turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Dato' Fauzi mengamalkan politik ekstrem dan tidak diterima rakyat. Malahan katanya, sejak bekas Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Kuantan dan ADUN Beserah itu memimpin PKR, ternyata parti ini cukup kuat dan utuh di negeri Pahang. "Saya melihat sendiri apa yang berlaku di Pahang hari ini. Kepimpinan beliau (Dato' Fauzi) semakin diterima dan mendapat sokongan padu ahli dan rakyat. Antara tiga sebab utama ialah kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik negeri dan negara, menunjukkan ciri kepimpinan yang baik dan mampu membawa kejayaan kepada PKR Pahang dan beliau juga amat disegani oleh kawan mahupun lawan" kata Razali. "Atas tiga asas inilah saya yakin kewibaan Dato' Fauzi untuk memimpin parti malahan negeri Pahang ini sendiri sebenarnya" tambahnya lagi.

Menurut Razali, beliau amat berterima kasih atas perlantikannya sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Negeri (SUP) sebulan yang lalu. Malah beliau sedang merangka berbagai agenda untuk membawa kegemilangan PKR negeri. "Dalam masa terdekat ini, saya akan menjelajah ke seluruh cabang (bahagian) di negeri ini bagi meninjau gerak kerja yang dilakukan. Saya juga akan mengadakan mesyuarat khas dengan semua setiausaha cabang dalam usaha untuk mengemaskini pengakalan data dan maklumat terkini PKR di kawasan masing-masing." kata Razali. Beliau secara jelas mengatakan, amat yakin dengan kemampuan PKR untuk mengambilalih tampuk pentadbiran negeri dari UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. "Kerjasama dengan PAS dan DAP kini juga kian mantap. Malah, dapat dilihat saban hari ada sahaja kemasukan ahli baru menyertai Pakatan Rakyat. Jika dulu, BN boleh berbangga kerana Pahang mempunyai kawasan Felda dan Orang Asli yang luas serta ramai pengundi. Kini, Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR telah berjaya memasuki kawasan tersebut, malahan di kubu kuat UMNO sendiri. Ini memberi tamparan cukup hebat buat parti itu sebenarnya" tambah Razali lagi. Ketika ditanya, tentang desas-desus kewujudan krisis dalaman PKR Pahang mutakhir ini, Razali menegaskan bahawa beliau masih terlalu awal untuk mengambil tahu hal tersebut.

"Bagi saya setiap pemimpin harus duduk semeja dan berbincang segala apa masalah yang berlaku. Berkrisis adalah lumrah dalam berpolitik, makanya ia tidak dapat dielakkan. Cuma, perjuangan adalah tetap sama untuk menegakkan keadilan, menghapuskan penyelewengan, rasuah dan korupsi serta membela rakyat itu adalah yang lebih utama. Saya amatlah berharap mereka yang berkrisis dapat mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya bagi tidak mengganggu perjalanan parti. Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu, kerana ia adalah perkara kecil yang sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak"
katanya. "Di kesempatan ini juga, saya mewakili Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, kepada seluruh muslimin dan muslimat semua. Teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat dan yakinlah perubahan besar pasti akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang" tambah Razali Alias mengakhiri perbualannya.

[Razali Alias adalah merupakan pemimpin awal yang bersama dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) di Pahang, selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dulu. Malah, beliau banyak memegang jawatan penting dalam mengerakkan parti di peringkat negeri. Beliau pernah bertanding dalam beberapa pilihanraya sebelum ini, sehinggalah beliau berhijrah untuk menabur bakti di bumi Terengganu. Atas usaha kepimpinan negeri, akhirnya beliau dibawa balik ke Pahang untuk kekuatan Pakatan Rakyat di negeri ini. Kini, Razali Alias kembali ke bumi Mat Kilau, Pahang Darul Makmur dan bakal menggunakan segala kepakaran dan kelicikan politiknya untuk membantu Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Selamat berjuang !].

Thursday, November 26, 2009

Eksklusif: Program Biro Tata Negara Sewajarnya Dimansuhkan Segera, Kerana Ia Jelas Membakar Sentimen Perkauman Serta Perpaduan Rakyat !!

Mutakhir ini, isu Biro Tata Negara semakin hangat diperkatakan. Ia berikutan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pelajar dari IPT dan kakitangan kerajaan negeri tidak lagi dibenarkan menyertai kursus anjuran BTN. Banyak pandangan yang telah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang telah menyertai program ini ketika belajar dan bekerja kerajaan satu ketika dulu. Ternyata, BTN banyak menimbulkan kontroversi dikalangan mereka yang pernah menyertainya dulu. Semangat "cintakan negara" yang mahu ditanamkan kepada peserta akhirnya bertukar menjadi propaganda UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Selain api perkauman yang dimainakan, terkini BTN lebih menjurus kepada meyakinkan peserta tentang isu ketuanan Melayu, PKR Agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Lantaran itulah tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang perkara ini amatlah munasabah sekali, dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negeri itu. Dalam satu kenyataan di Pagoh hari ini, TPM Muhyiddin mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Kenyataan Muhyiddin itu jelas untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya. Ini kerana peserta yang hadir itu, bukanlah majoriti mereka yang menyokong UMNO dan BN.


Aktiviti senaman dan riadah hanya penghias agenda tersembunyi
kerajaan UMNO dan BN menerusi program BTN sebenarnya
Maka atas maklumat daripada peserta terbabitlah, maka ia membuktikan sebaliknya dan bukan seperti apa yang disuarakan oleh TPM Muhyiddin itu sebenarnya. Oleh itu kami ingin mengajak pembaca menilai antara kesalahan besar yang berlaku dalam kursus BTN sejak sekian lama. Semoga dengan ini, rakyat boleh mendesak agar BTN turut dimansuhkan sama seperti ISA itu. Jelas sekali program ini tidak menggalakkan perpaduan kaum di negara ini. Malah, mereka dimomok-momokkan dengan berbagai cerita mengarut yang sukar diterima oleh peserta terbabit. Lantaran itulah, bagi mereka yang telah melaluinya akan merasainya. Bukankah Misi BTN itu sendiri berbunyi "BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika". Bukankah ini bukti jelas BTN bertujuan membuat propaganda kepada rakyat agar mempunyai semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih?. Makanya, bukankah Kerajaan Selangor dipilih oleh rakyat, wajarlah larangan ini dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu sebenarnya.

Kenyataan Pengerusi GPMS Wajar Disanggah


Kenyataan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh (foto), kononnya tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi. Beliau berkata kerajaan Selangor yang kononnya menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain. "Jangan heret mereka ke kancah politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran pengumuman mengenai larangan itu yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali semalam. Menurut Faizal lagi "Salah satu fungsi BTN adalah untuk menerangkan dasar- dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan?" kata Mohd Faizal. Katanya beliau pernah mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) dan berterima kasih kepada biro itu kerana membantu membangunkan dirinya menjadi warga negara yang baik. "Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik," kata Mohd Faizal. Kenyataan Faizal ini jelas sekali melambangkan betapa dangkal dan jumudnya minda anak muda ini. Umum mengetahui bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebenarnya dimonopoli oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Maka itu, kita tidak hairan pabila Faizal mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana beliau mungkin salah seorang darinya.

Biro Tata Negara Itu Wajar Dimansuhkan

Bagi kami, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja perlu melarang kakitangan kerajaan dan pelajar negeri ini menyertainya, malah program Biro Tata Negara itu sendiri wajar dimansuhkan sebenarnya. Jika tidak, maka semakin ramai rakyat Malaysia terutamannya golongan muda yang akan rosak minda mereka akibat dihenyak bertubi-tubi oleh fasilator Biro Tata Negara yang dilatih khas untuk memesongkan minda mereka. Pada pandangan kami, program BTN memang tidak ada matlamatnya melainkan untuk memecah belahkan rakyat Malaysia semata-mata. Ada banyak bukti-bukti kukuh tentang konsep yang diamalkan dalam program BTN itu jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi berbilang kaum di negara ini. Sebelum ini, pemimpin parti kaum Cina terbesar di negara ini iaitu MCA pernah mempertikaikan peruntukan besar dalam setiap kali pembentangan Bajet yang diberikan oleh kerajaan kepada program itu.



Memang kita tahu dalam kursus ini turut menerapkan dasar-dasar kerajaan. Namun semua itu hanya selingan semata-mata. Malah dalam sesetengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), tajuk-tajuk dan isu yang diberikan juga amat tidak relevan dengan konsep BTN itu sendiri. Mereka lebih mementingkan agenda kerajaan itu sendiri, ia itu untuk memesongkan minda peserta agar percaya bahawa segala yang berlaku diluar harus diubah. Misalnya dari sudut perkauman benci kepada parti pembangkang dan sebagainya. Malah, mereka langsung tidak boleh memikirkan betapa ada juag peserta kursus yang terdiri dari kalangan anak-anak orang Pakatan Rakyat dan bukan UMNO BN semata-mata. Inilah yang menyebabkan kerajaan terutamanya rakan-rakan dari GPMS amat suka dengan BTN. Kerana mereka semua adalah berkiblatkan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan pasti buat selamanya.

Tanam Sentimen Perkauman Kepada Peserta

Pada awal kewujudan Biro Tata Negara (BTN) di negara ini, sememangnya isu perkauman sering menjadi fokus utamanya. Peserta ditanamkan sikap kebencian kepada kaum lain terutamanya kaum Tionghua di negara ini. Lagu "Warisan" anak kecil main api sering dinyanyikan bagi menunjukkan betapa ruginya memberi muka kepada kaum Tionghua yang akhirnya akan menjajah negara ini. Kononnya, habis harta benda dan tanah pusaka terjual kepada orang Cina yang mana akhirnya akan menyebabkan orang Melayu menjadi hamba di bumi sendiri. Ditanamkan sikap benci yang membuak-buak agar memandang hina kepada kaum Cina yang menjadi musuh orang-orang Melayu. Inilah yang ditanamkan kepada peserta kursus Biro Tata Negara dulu. Malah ada peserta yang terkejut dengan senario ini, dan menganggap ianya amat tidak wahar berlaku. Sikap anti perkauman ditanamkan dengan jelas kepada peserta, hingga menyebabkan mereka menjadi benci kepada kaum Tionghua selepas keluar daripada Kem BTN di seluruh negara. Apakah ini namanya menerapkan dasar-dasar kerajaan seperti yang dimaksudkan oleh Saudara Faizal itu agaknya.


Awalnya hanya bangsa Melayu yang dibenarkan hadir kursus BTN
Maka senanglah dimainkan sentimen perkauman itu sebenarnya

Bukankah ini membuktikan bahawa Biro Tata Negara menerapkan sikap anti perkauman sesama rakyat Malaysia sebenarnya. Atas dasar itulah program ini wajar dimansuhkan dengan segera !! Cuba lihat lirik dan semangat lagu Warisan disini . Lagu ini sering dimainkan dalam kursus Biri Tata Negara sejak sekian lamanya. Malah, lagu ini juga wajar diharamkan kerana ia menanamkan sifat anti perkauman sebenarnya.

Tanamkan Sikap Benci Parti Pembangkang


Selepas era pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), dari kerajaan UMNO dan BN penghujung tahun 1998 dulu, agenda BTN telah mula ditukar sedikit demi sedikit. Sentimen anti perkauman yang ditanam pada awalnya mula ditukar selaras dengan hasrat untuk memesongkan minda rakyat supaya menerima apa jua yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu. Akhirnya mereka mula menyusun strategi supaya peserta ditanamkan sikap benci kepada parti pembangkang terutamanya parti yang didokongi oleh Anwar itu sendiri. Malah, dalam sesetengah kursus, memang fasilitatior secara terang-terangan membuat topik yang menjurus kepada membenci pembangkang. Topik akan dibincangkan dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk dipersembahkan. Dari situ, mereka akan menilai kumpulan manakah yang dilihat cenderung kepada parti pembangkang sebenarnya. Jika dulu ditanamkan sentimen kaum Tionghua mahu jajah Malaysia dan menghalau orang Melayu dari negara ini. Kini tidak lagi, apa yang ditanamkan ialah PKR agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Maka, ia ditanamkan dalam jiwa setiap peserta dengan berbagai topik yang dibincangkan. Inilah yang amat mengecewakan sebenarnya. Jiwa rakyat mahu dipesongkan seolah-olah hanya kerajaan UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini. Jika PKR, PAS atau DAP memerintah, sudah pasti negara akan terjajah semula dan dijual kepada orang asing. Inilah yang dilakukan oleh mereka dalam usaha supaya mereka cinta kepada negara dan kerajaan BN. Biarpun kerajaan itu banyak melakukan penyelewengan, rasuah, korupsi dan menindas rakyat itu sendiri. Apakah ini bukan namanya menanamkan agenda UMNO dan BN dalam kursus BTN itu agaknya?. Justeru itu, amat wajarlah Kerajaan Negeri Selangor membuat larangan terbabit demi masa depan rakyat.

[Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah kepada kita bahawa Program Biro Tata Negara (BTN) adalah satu program yang lebih menjurus kepada kepentingan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri sebenarnya. Biar apa pun alasan yang diberikan oleh pemimpin politik atau NGO yang berpaksikan UMNO seperti GPMS, namun bagi sebilangan besar peserta yang terlibat dan mempunyai semangat perjuangan untuk membela rakyat, ternyata program ini tidak wajar diteruskan dan harus dimansuhkan sama sekali. Ia ternyata satu agenda tersirat kerajaan untuk memastikan rakyat terus menyokong mereka buat selamanya. Malah, BTN juga dijadikan landasan utama untuk kerajaan memastikan sokongan yang diterima daripada rakyat itu sendiri. Mansuhkan BTN, jika mahu keharmonian dikekalkan. Artikel ini mungkin mengundang kemarahan sesetengah pihak, namun kebenaran harus ditegakkan jua akhirnya].

Kontroversi: Kerajaan Negeri Pahang Amat Tidak Bertanggungjawab, Apabila Meluluskan Kawasan Balak Tanpa Lalui Penilaian Kesan Alam Sekitar !!

KUANTAN, 26 Nov [4.30 pm] - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kebimbangan dengan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang meluluskan aktiviti pembalakan di negeri itu tanpa melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). “Saya nak tunjukkan peta, ini adalah kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dalam tempoh setahun setengah di Pahang yang melibatkan dua hutan simpan, Dia punya total ialah 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar secara total tetapi ianya dipecahkan kepada kompartmen-kompartmen yang diluluskan kurang daripada 500 hektar maksudnya tidak perlu EIA. Dan mereka melanggar sistem tanpa membuat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Ia terlepas dari kerajaan negeri tetapi apabila kita petakan, ia kelihatan seperti ini," katanya. Ujar Fuziah, tindakan tidak bertanggungjawab ini akan mengakibatkan hutan yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air menjadi gondol dan menyebabkan kejadian banjir lumpur dan banjir kilat.

Malah menurut Fuziah, sekiranya tiada kawalan yang sewajarnya dilakukan, bandar Kuantan yang kecil berbanding dengan kawasan pembalakan tersebut mungkin akan tenggelam akibat bencana alam yang tidak dijangka.
“Saya tahu, negeri Pahang memang ada masalah dari segi penguatkuasaan dan inilah masalahnya yang akan menimpa di Pahang. Jadi, setakat ini kerajaan negeri memberitahu saya ianya tidak mungkin akan berlaku," katanya. Namun ujar Fuziah, meskipun kerajaan negeri menafikan tindakan mereka itu, Fuziah mempunyai bukti keterlibatan kerajaan negeri dalam meluluskan kompartmen-kompartmen yang berjumlah 17 ribu hektar. “Tapi di sini, saya ada surat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Pahang, mesyuarat exco dan sebagainya dan total semuanya ada di sini. Daripada Oktober 2007, Oktober 2008 dan Mac 2009. Luluskan sedikit demi sedikit dan kini menjadi sebegitu banyak," katanya.


[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan dan tidak masuk akal sama sekali. Masih kita ingat lebih 8,000 rakyat Pahang di Kuantan terpaksa bergelumang dengan banjir besar gara-gara pembalakan yang tidak mengikut EIA ketika itu. Perkara ini biarpun tidak diumumkan, namun senatero dunia sudah tahu iaany berpunca daripada aktiviti pembalakan yang melanggar syarat. Namun, kenapakah ia dibiarkan terus berlaku lagi sekarang ini. Apakah kerajaan negeri sudah terlalu kemaruk untuk mendapatkan wang segera, lantaran membenarkan kawasan seluas itu diluluskan tanpa melalui mesyuarat Exco dan EIA?. Tambah mengejutkan, kawasan yang diluluskan itu dipercayai turut diserahkan kepada Mentiga Corporation Sdn Bhd yang telah kami dedahkan dulu tentang operasinya yang sudah "bankrap". Bukankah, ini menimbulkan prasangka buruk dikalangan rakyat Pahang. Justeru itu, rakyat diminta bertenang dan yakinlah bahawa perubahan harus dilakukan dalam pilihanraya umum akan datang jika tidak mahu negeri ini terus muflis dan dilanda masalah].

Edisi Pahang: Pengguna Kecewa, Jalan Masuk Ke Kuantan Sesak Teruk Di Batu 10 Gara-Gara Kerja Penyelenggaraan Yang Tidak Sesuai Pada Masa !!

KUANTAN, 26 Nov [2.15 pm] - Gara-gara kerja tidak tentu masa, ramai pengguna jalanraya yang mahu ke bandar ini tersangkut dalam kesesakan. Kejadian berlaku diantara Kem Batu 10 simpang masuk ke Felda Gugusan Panching hingga ke Batu 12 Jalan Gambang. Menurut sumber, kesesakan yang berlaku amat teruk sekitar jam 1.00 petang tadi. Banyak kenderaan yang tersangkut berjam-jam lamanya, gara-gara kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak terbabit tidak kena pada masanya. Menurut salah seorang pengguna jalanraya yang menghubungi PDO sebentar tadi beliau sudah hampir satu jam tersangkut dalam kesesakan di Batu 12 menghala ke bandar Kuantan. "Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku. Sepatutnya pihak berkenaan tidak membuat kerja pada waktu puncak seperti ini. Tambahan pula menjelang Hari Raya Aidil Adha esok. Ini menyusahkan kami yang mahu berurusan segera di bandar Kuantan" katanya. Sementara itu, difahamkan kesesakan berlaku kerana ada kerja-kerja membaik pulih jalan dan menebang pokok sedang dilakukan oleh pihak kontraktor yang berkenaan. Masalahnya, kenapa kerja-kerja dilakukan pada waktu tengahari yang mana orang ramai sedang bersesak-sesak untuk masuk ke bandar Kuantan melalui Jalan Gambang.

[Sebenarnya, memang sejak pembinaan Trafik Light di persimpangan jalan masuk ke Felda Gugusan Panching berhampiran Kem Batu 10 Kuantan itu ternyata berlaku kesesakan yang amat luar biasa di kawasan tersebut. Malah, banyak rugutan yang diterima daripada orang ramai tentang perkara ini. Pihak JKR perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dalam hal ini. Tambahan pula Jalan Gambang itu adalah jalan utama ke bandar Kuantan. Adalah lebih baik jika dibina satu "fly over" disitu bagi menggelakkan kesesakan dan memudahkan semua pihak. Jika keadaan sekarang ini terus berlarutan, nescaya ia akan menyusahkan rakyat. Ahli Parlimen Paya Besar dan ADUN Panching sila pantau perkara ini].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Sertai BTN, MB Selangor Tiada Kuasa Halang

PAGOH, 26 Nov [11.20 am] - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ada kuasa untuk menghalang kakitangan Kerajaan Persekutuan di negeri itu mengikuti program Biro Tata Negara (BTN). Timbalan Perdana Menteri, berkata program BTN diadakan untuk menerap semangat patriotisme dan kerajaan tidak pernah mempunyai agenda tersembunyi termasuk mengajak peserta menjadi ahli Umno atau Barisan Nasional (BN). "Apa kuasa yang ada pada beliau (Tan Sri Khalid) untuk mengharamkan program BTN. "Kalau dia nak buat juga pada kakitangan kerajaan negeri, terpulanglah, tetapi jangan pada kakitangan Kerajaan Pusat," katanya selepas majlis penyerahan lembu korban di Dewan Sri Pekembar, di sini hari ini. Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, arahan itu dikeluarkan kepada kakitangan kerajaan negeri dan penuntut institusi pengajian tinggi kerana kursus BTN sekadar 'sesi membasuh otak' yang sengaja diada-adakan Kerajaan Barisan Nasional tanpa memberi kebaikan kepada peserta.

[Kursus Biro Tata Negara ini sebenarnya tidak banyak membina jatidiri rakyat Malaysia, malah ia menjadi alat kerajaan UMNO dan BN untuk memecahbelahkan masyarakat terutamanya perpaduan kaum itu sendiri. Pada awal penubuhannya, ia lebih menjurus kepada sikap anti perkauman antara orang Melayu dan Cina. Ini dapat dilihat dengan mengalunkan lagi "warisan, anak kecil main api". Kononnya negara ini akan dijajah dan tergadai ke tangan bangsa lain jika Melayu tidak bersatu dalam UMNO. Kini skripnya berbeza selepas Anwar dipecat 1998 dulu. BTN dijadikan alat untuk melakukan propaganda terhadap pembangkang. Malah, peserta ditanamkanrasa benci kepada pembangkang, kononnya akan menjual negara ini jika dapat memerintah, walhal selama ini UMNO BN yang menjual negara contohnya Singapura dilepaskan. Mereka cuba memesongkan minda peserta akan percaya hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah dan menjadi kerajaan di negara ini buat selamanya].

Wednesday, November 25, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Speaker DUN Terima Perintah Penggantungan

ALOR SETAR, 25 Nov [12.35 pm] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail (foto), menerima dengan terbuka perintah penggantungan sementara Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh. Beliau berkata keputusan penggantungan yang dibuat semalam, ada rasionalnya kerana mahkamah telah memberi alasan yang munasabah. "Mahkamah Tinggi telah membuktikan saya betul tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan keputusan Mahkamah Rayuan nanti," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. kes itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana segalanya terletak dalam bidang kuasa mahkamah. "Tetapi secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan sepatutnya ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat perlu ada wakil mereka," katanya. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga menerima penggantungan sementara itu dan Kerajaan Negeri juga menerimanya dengan terbuka tanpa bantahan. Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan nanti, PAS akan bersedia bertanding dengan siapa pun calon yang akan diletakkan oleh UMNO dan BN.

[Perintah yang tidak wajar dilakukan akhirnya menyebelahi SPR. seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang memberi arahan kepada hakim Mahkamah Rayuan supaya menggagalkan hasrat untuk diadakan pilihanraya umum ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Terdapat alasan kukuh bahawa SPR dan BN memang bersekongkol untuk mempermain-mainkan hak rakyat dan cuba menggagakan pilihanraya kecil ini nanti].

Bekas Presiden PRM, Hassan Karim Sertai PKR


KUALA LUMPUR, 25 Nov
[10.32 am] - Bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim (foto) secara rasmi mengumumkan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kemasukan beliau itu memberi makna baru kepada perjuangan parti. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat. “Kemasukan Hassan Karim ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, tambahnya lagi. Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR. Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini. “Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap". “Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor"“Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan Syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor” Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak. Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang lalu.

[Kemasukan Hassan Karim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) diharap akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan Pakatan Rakyat untuk menyerang kubu kuat UMNO di negeri Johor. Hassan telah membuat keputusan bijak, membela rakyat sejak sekian lama dan tidak langsung terpengaruh dengan berbagai desakan mahupun tawaran daripada pelbagai pihak terutamanya puak-puak UMNO BN. Adalah dijangkakan, ramai lagi pemimpin rakyat akan bersama PKR selepas ini. Semua ini timbul dari sikap untuk melihat rakyat terus dibela dan tidak diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sebuah kerajaan yang alpa dan lalai itu].


Siasatan SPRM Terhadap Menantu MB Siap 90%


MELAKA, 25 Nov [10.30 am] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap menantu MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaan salah guna kuasa ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kalantan (PMBK), kini 90 peratus siap. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata siasatan SPRM terhadap dakwaan itu tetap diteruskan meskipun menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman (foto), sudah meletakkan jawatan beliau.

[Tahniah diucapkan kepada SPRM kerana berjaya bertindak dengan begitu cepat untuk menyiasat menantu MB Kelantan itu. Tetapi, dalam masa yang sama kita amat terkejut SPRM begitu lambat untuk menyiasat banyak laporan penyelewengan dan rasuah yang melibatkan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin serta pemimpin lain seperti Khir Toyo yang sudah terang lagi bersuluh terlibat dalam aktiviti tersebut selama ini].

Tuesday, November 24, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

PAS Selangor, Tiada Perletakan Jawatan Diterima

SHAH ALAM, 24 Nov
[8.47 pm] - PAS Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali (foto). Beliau berkata PAS Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang. "Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita kini berjalan seperti biasa tanpa satu pun yang tertangguh mahu pun akan ditangguhkan," katanya.

[Isu tentang perletakan jawatan sebenarnya sengaja diada-adakan oleh musuh dalam usaha untuk mengkucar-kacirkan PAS Selangor. Terdapat serangan terancang yang dilakukan oleh puak-puak UMNO Selangor pimpinan Khir Toyo sekarang ini. Oleh itu PAS Selangor harus berhati-hati dan perkukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat, agar mereka terus cemburu dengan senario yang bakal terjadi ini hendaknya].

Hj.Hadi, Isu Nik Aziz Dan Menantunya Selesai

KUALA LUMPUR, 24 Nov [8.20 pm] - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto), hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah selesai. Beliau berkata campur tangan PAS pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti. "Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat."Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini. Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu. Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan PAS pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan.

[Pemimpin PAS terutamanya yang bergelar Tok Guru, perlu berhati-hati selepas ini dalam usaha melantik atau mempertimbangkan sesuatu jawatan yang adak kaitan dengan kerajaan negeri itu sendiri. Jika keadaan ini berterusan, nescaya ia akan menjadi senjata untuk pihak musuh membuat serangan balas dengan begitu cepat sekali. Awas dan berhati-hati].

SPR Berjaya Dapat Penangguhan Sementara

PUTRAJAYA, 24 Nov
[7.55 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.
Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.

[Terkadang, hairan ada lucu pun ada melihat kerenah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas sekali menggambarkan mereka adalah salah satu dari parti komponen BN itu sebenarnya. SPR sepatutnya, menguruskan pilihanraya yang adil dan saksama dan bukannnya menggagalkan usaha tersebut. Malahan, kes Wakil Rakyat tidak hadir atau ponteng dalam dua sidang DUN Kedah adalah satu perbuatan yang serius dan tidak sewajarnya berlaku. Namun, kenapa SPR mahu mempertahankan "kaki ponteng" terbabit, dan tidak suka rakyat untuk membuat pilihan yang tepat siapakah yang akan mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Kedah agaknya?].


Polis Nafi Batalkan Ceramah Anwar Di Kulai


JOHOR BAHRU, 24 Nov
[3.45 pm] - Polis hari ini menafikan ia membatalkan ceramah yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai dua hari lalu adalah kerana desakan Umno. Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata pembatalan ceramah itu dilakukan kerana polis tidak meluluskan permit dan bukannya polis mengikut telunjuk Umno seperti yang didakwa oleh Anwar. "Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya hari ini.

[Polis memang kerjanya menafikan sesuatu hal yang sudah terang lagi bersuluh. Sama juga dengan bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor menafikan beliau menumbuk dan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu. Akhirnya, terpaksa ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja, yang mana akhirnya terbukti beliau yang lakukan. Justeru itu, kita hanya mampu tersenyum bila Ketua Polis daerah Kulaijaya mengeluarkan kenyataan itu sebenarnya].

BN Bersedia Untuk Pertahan DUN Kota Siputeh


PUTRAJAYA, 24 Nov
[12.45 pm] - Barisan Nasional (BN) bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah, jika pilihan raya kecil perlu diadakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto). Timbalan Perdana Menteri juga menolak khabar angin mengatakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan dicalonkan di pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh.

[BN sebenarnya bukan bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh ini sebenarnya. Mereka bersedia untuk menggunakan kuasa mahkamah bagi membatalkan segala keputusan yang sepatutnya. Inilah yang berlaku di tiga DUN Perak dulu. Mahkamah digunakan sewenangnya untuk menghalang rakyat membuat pilihan. Akhirnya rakyat terpaksa menahan amarah yang berpanjangan].


Kota Seputeh, Rayuan SPR Didengar Petang Ini

PUTRAJAYA, 24 Nov [10.32 am] - Permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang isytihar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah akan didengar di Mahkamah Rayuan, jam 2.30 petang ini. Sementara itu, Bekas Adun Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif (foto), turut memfailkan permohonan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi 16 November lalu. Permohonan itu difailkan peguam Abu Hassan, Abu Bakar Isaramat, pagi tadi.

[Rayuan yang sudah dapat diagak keputusannya. Pasti akan menyebelahi SPR kerana memang kerajaan UMNO dan BN terlalu takut untuk berhadapan dengan suara rakyat dalam setiap kali pilihanraya kecil. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai kelebihan "undi pos" seperti di Bagan Pinang baru-baru ini. Mahkamah sekali lagi bakal menjadi penghalang rakyat untuk membuat pilihan di DUN Kota Siputeh Kedah].

Eksklusif: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Tan Kee Kwong Seru Masyarakat Tionghua Agar Tinggalkan BN Dan Segera Sertai Pakatan Rakyat

KUANTAN, 24 Nov [11.32 am] - Kerajaan Barisan Nasional kini semakin tenat dan bila-bila sahaja akan berkubur ditelan gelombang "Tsunami Politik kedua" tidak lama lagi. Biar pun pemimpin mereka banyak menuding jari ke arah perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutamkanya PKR dan PAS. Namun, apa yang jelas ianya tidak seserius apa yang terjadi kepada pakatan karat biru itu sebenarnya. Bermula dengan pergolakan dalam MIC, kemudian Gerakan dan kini terbaru dalam parti terbesar kaum Cina iaitu MCA sendiri. Belum pernah terjadi dalam sejarah, perbalahn besar berlaku dalam MCA. Malah, kekalutan itu memungkinkan parti tersebut digantung atau dibatal pendaftarannya. Perkara ini didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat iaitu Datuk Dr.Tan Kee Kwong (foto), ketika mengakhiri lawatan seharinya ke Pahang baru-baru ini. Beliau mendedahkan bahawa semakin ramai pemimpin kaum Cina akan bersama Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang. Malah katanya, banyak faktor yang menjadi penyebab mengapa pemimpin seperti beliau meninggalkan BN. "Ramai yang mempertikaikan keputusan saya untuk bersama Pakatan Rakyat. Tambahan pula saya merupakan bekas pemimpin kanan Gerakan dan juga Timbalann Menteri BN sendiri. Tetapi keputusan telah dibuat, BN sudah jauh tersasar daripada matlamatnya. Malah, mana mungkin orang-orang seperti Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan ramai lagi tokoh-tokoh besar sanggup meninggalkan BN dengan sia-sia" katanya di hadapan masyarakat kaum Cina dekat Restoran Tanjung dekat sini baru-baru ini.

Lanun Selamatkan Dua Kapal MCA Yang Karam

Beliau menambah, MCA bakal karam bila-bila masa sahaja. Maka itu beliau menyeru masyarakat kaum Tionghua di negara ini agar bertindak cepat menyertai Pakatan Rakyat sebelum kapal MCA itu benar-benar karam. "Dalam MCA kini ada dua kapal besar yang dipukul gelombang dan akan karam, namun tiba-tiba ada kapal yang datang untuk menyelamatnya. Namun, kapal yang datang itu adalah kapal lanun. Bukankah MCA akan rosak dan bermasalah juga akhirnya bila berada ditangan lanun-lanun tadi" katanya. Sinis yang dimaksudkan itu ialah berkenaan masalah yang berlaku dalam MCA sekarang ini. Dimana ketika ini perlaku perbalahan antara dua pemimpin besar Team Ong Tee Keat dan Team Chua Soi Lek. Dua kumpulan ini kemudiannya bersatu tenaga bertempur pula dengan Team Liow Tong Lai. Akibat gagal untuk diselesaikan, akhirnya datang bantuan daripada pemimpin tertinggi BN iaitu Perdana Menteri dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin. Masalahnya, yang akan memberi bantuan itu adalah juga pemimpin "lanun" yang telah lama merompak wang rakyat. Maka, jika lanun ini membantu MCA, maknanya parti itu akan bertambah parah selepas ini. Oleh itu, Dr.Tan menyeru rakyat menilai segala apa yang berlaku ini. Kerana kuasa, pemimpin BN akan berbalah sesama sendiri dan tidak sehaluan lagi. Apakah mereka boleh memikirkan masalah dan kebajikan untuk rakyat dalam keadaan pergolakan yang semakin meruncing sekarang ini. Apa yang penting ialah kuasa mereka!

Pemimpin BN Banyak Membazirkan Wang Rakyat

Dr.Tan, yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam politik bertindak menyertai PKR selepas melihat BN tidak lagi amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat. Beliau yang beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen BN itu menegaskan, terdapat banyak kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di depan mata dan tidak dapat disembunyikan lagi pada masa ini. Malah, beliau hairan banyak projek-projek dan kontrak yang diberikan kepada pemimpin BN dengan harga yang jauh melambung dari harga asal. "Saya melihat sendiri banyak projek pembangunan yang dibina menelan belanja yang berlebihan serta membazir. Malah, ada sesetengah projek yang sengaja menggunakan konsultan swasta yang dibayar sehingga mencecah RM5 juta sedangkan ia tidak perlu sebenarnya. Saya juga pernah meminta pihak Petronas untuk membentangkan penyata kewangan mereka untuk dinilai. Banyak wang Petronas yang hilang dan dirompak begitu sahaja oleh pemimpin BN terutamanya daripada UMNO. Semua ini berlaku dan terus berlaku tanpa halangan. Mereka bebas melakukanya apa sahaja dan sesuka hati tanpa memikirkan ianya adalah wang rakyat dan perlu dibelanjakan secara berhemah. Maka itulah, saya rela meninggalkan BN demi survival politik yang lebih jauh untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat. Saya menyeru rakan-rakan yang masih sayangkan BN agar bertindak segera demi masa depan rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini," kata Dr.Tan lagi.

[MCA bakal karam, Gerakan juga sama, PPP juga sama dan MIC kini bercelaru. Maka, hanya yang tinggal ialah UMNO sebatang kera. Apakah yang mahu ditunggu lagi agaknya. Ini menggambarkan kepada kita bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi untuk menjadi kerajaan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jika terus dibiarkan, maka semakin banyaklah harta dan wang rakyat akan dirompak sesuka hati mereka. Rakyat hanya mendapat habuan tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. Akhirnya, rakyat juga yang tertipu dan terus diperbodohkan oleh mereka. Tahniah kepada Dr.Tan, yang berani membuat keputusan. Kemasukan beliau ke dalam PKR jelas sekali mengukuhkan parti itu. Malahan, kini terus diterima oleh masyarakat kaum Tionghua di negara ini. Masa untuk berubah telah tiba, jangan tunggu lagi. Fikirkan masa depan generasi akan datang].

Monday, November 23, 2009

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

MPV Pertama Perodua Alza, Mulai Dijual Esok

KUALA LUMPUR, 24 Nov
[9.45 pm] - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dikenali Alza (foto) dan akan berada di pasaran mulai esok. Pelancarannya dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi . Alza versi 1.5 liter akan ditawarkan dalam empat varian pada peringkat permulaan, iaitu versi standard dengan gear manual dan automatik serta versi premium dengan gear manual dan automatik dengan harga atas jalan antara RM56,000 hingga RM64,000 seunit. Versi mewah Alza dengan dengan gear manual dan automatik akan ditawarkan mulai Mac tahun depan pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit. Kenderaan yang menampilkan reka bentuk dinamik dan menyerlah itu antara lain dilengkapi ciri keselamatan terkini, termasuk sistem brek antikunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) bagi varian terpilih. Ia juga dilengkapi stereng dengan suis audio bagi varian premium dan sports; tempat rehat kaki dan tuil gear di panel papan pemuka untuk varian automatik, serta meter di bahagian tengah papan pemuka, juga yang pertama bagi sebuah MPV nasional.

[Nampaknya kecanggihan teknologi Perodua kini mengatasi keunggulan Proton. Malah jika dilihat kepada penghasilan kenderaan yang lebih teliti serta menarik perhatian ramai pihak, jelas menunjukkan bahawa Perodua kini bakal mengungguli industri automobil di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini mereka menghasilkan kenderaan Perodua MyVi yang cukup menarik, kini MPV pula. Bahkan kehebatan MPV Alva ini jauh sekali mengatasi MPV Proton Exora keluaran Proton. Apapun, sudah pasti ramai yang akan menempah kenderaan MPV Alva ini. Syabas buat Perodua!].


Mayat Mendiang Teoh Dikebumikan Semula Esok

KUALA LUMPUR, 23 Nov [8.50 pm] - Mayat mendiang Teoh Beng Hock (foto), yang digali semula Sabtu lalu untuk tujuan siasatan berhubung kes kematiannya, akan dikebumikan semula pagi esok di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, dekat sini. Adik perempuannya, Teoh Lee Lan, 29, berkata upacara pengebumian mendiang akan dilakukan oleh pihak pengurusan Taman Peringatan Nirvana pada 10 pagi esok. Beliau berharap dengan bedah siasat kali kedua itu, punca kematian abangnya akan dapat diketahui. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai selepas memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan kerajaan negeri oleh Exco Selangor. Mahkamah Koroner Shah Alam pada 4 November lalu membenarkan mayat Teoh digali semula ekoran permintaan keluarganya bagi menjalankan bedah siasat kedua setelah pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanansuan yang dijempuit oleh kerajaan Selangor, memberitahu inkues kematian Teoh, bahawa wujud 80 peratus kemungkinan mendiang telah didera dan dicekik sebelum mati. Semalam, bedah siasat kali kedua selesai dilakukan oleh sekumpulan pakar patologi termasuk pakar patologi bebas dari United Kingdom yang mewakili Prof Dr Peter Vanezis dan Dr Porntip.

[Rakyat yang mengharapkan keadilan, kini terntanya-tanya apakah keputusan hasil siasatan dan bedah siasat kedua ini dapat mentungkai segala kekusutan yang melanda selama ini. Teoh harus dibela dan keadilan wajar diberikan kepadanya. Orang yangb ersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan. Jika tidak ramai lagi rakyat akan menerima nasib yang sama seperti Teoh. Banyak kekeliruan yang kini bekal terjawab. Nantikan sahaja keputusan hasil bedah siasat kedua yang bakal diumumkan nanti].

Kerusi DUN Kota Seputeh, UMNO Rayu Esok

KUALA LUMPUR, 2 Nov [6.12 pm] - UMNO akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (foto), berkata Umno melalui peguamnya, Datuk Hafarizam Harun akan mengemukakan rayuan berkenaan. "Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini," katanya hari ini. Ahmad berkata jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk melaksanakan segala persiapan sekiranya perlu menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Kota Siputeh. "Oleh kerana kawasan itu ialah kawasan Umno dan BN, sudah tentu kita akan mengusahakan kemenangan parti dan usaha untuk memastikan, jika boleh ... peningkatan majoriti setelah usaha-usaha di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan tidak dapat berusaha ke arah itu. Maka kita akan bersiap sedia (untuk pilihan raya kecil)," katanya.

[Betulkah UMNO BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh itu agaknya. Jika benar mereka sudah bersedia, maka kenapa perlu merayu untuk mempertahankan seorang wakil rakyat yang "kaki ponteng" dan tidak berkualiti seperti itu?. Bukankah mereka juga sepatutnya gembira kerana dapat menggantikan wakil rakyat sedia dengan yang bearu yang lebih berketerampilan dan diterima rakyat. Namun, anehnya UMNO BN seolah-olah takut untuk berhadapan dengan keadaan. Sebelum ini mereka menggunakan SPR untuk menggagalkan pilihanraya kecil itu, namun kini segalanya sudah tersirat "yang salah tetap salah" dan kuasa diberikan semula kepada rakyat. Jika UMNO BN sudah bersedia, mereka tidak perlu merayu lagi. Ayuh! buka gelanggang dan bertempur satu lawan satu dengan Pakatan Rakyat. Itu baru dikira anak jantan sebenarnya. Bukan dengan rayuan yang menjurus ke arah membatalkan pilihanraya kecik DUN Kota Seputeh itu nanti!].

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Permohonan Ditolak, Pilihanraya Perlu Diadakan

KUALA LUMPUR, 23 Nov
[4.45 pm] : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini.

[Nampaknya keputusan terbaru ini bakal menjadi tamparan hebat buat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang amat takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil DUN Kota Seputeh sejak sekian lama. M
ereka tahu, kemenangan besar Isa Samad di Bagan Pinang kerana undi pos yang banyak. Jika tiada undi pos, sudah pasti Isa juga akan terhumban di situ. Kini, Kota Seputeh menyaksikan kekuatan sebenar BN. Apakah rakyat memang menyokong mereka atau sebaliknya].

CEO PMBK, Nik Aziz Arah Menantu Letak Jawatan

KOTA BHARU, 23 Nov [4.30 pm] - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman (foto), supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO). Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit."Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Pemuda UMNO Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu.

[Satu keputusan bijak yang agak terlambat dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sepatutnya dalam keadaan sekarang, segala tindakan yang akan menjurus kearah serangan musuh wajar dielakkan. Adalah lebih elok anak, menanti atau saudara mara tidak dilibatkan dengan pentadbiran kerajaan negeri itu sendiri. Jika menantu Nik Aziz memang hebat orangnya, maka beliau wajar memohon kerja di agensi swasta yang sudah pasti tidak akan menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat. Biarpun Nik Aziz tidak menggunakan kuasanya untuk melantik menantu beliau itu, namun hakikatnya orang pasti menuduh perkara yang sama. Inilah yang berlaku kepada Khairy Jamaluddin sewaktu Pak Lah bergelar Perdana Menteri Malaysia dulu. Maka itulah keputusan mendesak menantu beliau letak jawatan adalah tindakan yang amat baik dilakukan pada masa ini, bagi menggelakkan spekulasi yang lebih panas dan besar tentang isu itu kelak].

Mahkamah: Bicara Kes Liwat Anwar Berniat Jahat Dan Tidak Boleh Diterima Kerana Tiada Penetrasi Ke Dalam Dubur Mangsa Si Saiful Bukhari Azlan !!

KUALA LUMPUR, 23 Nov [5.45 pm] - Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini. Peguam R Sivarasa, yang mewakili Anwar berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras. Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal," katanya sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku. Oleh itu, beliau berhujah hakikat itu cukup untuk mahkamah membatalkan dakwaan terhadap Anwar memandangkan jelas bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan. Sivarasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dakwaan itu.

Dakwaan Terhadap Anwar Satu Konspirasi Jahat

Pada 10 Mac, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lalu. Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah. Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar. Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden "mata lebam" ketika Anwar ditahan 1998 dulu.

Mahkamah Ada Kuasa Batal Atau Tangguh Kes

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu, bagi membetulkan salah laksana keadilan jika dakwaan itu benar-benar merupakan penyalahgunaan proses mahkamah. "Bagaimanapun kami berpendapat dalam tindakan ini, ia hanya untuk menghentikan prosiding atau untuk menghalang mahkamah daripada terus mendengar kes ini," katanya. Mohamed Yusof berkata berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar. "Ini bukanlah kes yang sewajarnya untuk mahkamah menggunakan kuasa sedia ada bagi membatalkan atau menangguhkan dakwaan memandangkan pendakwaan tidak tahu bagaimana kes itu memudaratkan Anwar," katanya. Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 1 Disember depan untuk keputusan.

Anwar Persoalkan Cara Pendakwaan Kes Liwat

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), sendiri hairan dengan sikap pihak pendakwa yang masih mahu meneruskan kes ini, sedangkan ternyata ia tidak mempunyai asa untuk mensabitkan beliau dengan kesalahan yang didakwa. “Permohonan peguam saya untuk membuktikan kes ini dimanipulasi oleh peguam dan dari awal lagi memang tidak ada bukti. Dia beri contoh bahawa mahkamah punya kuasa untuk menghentikan cara kotor dan politik yang dimainkan oleh peguam negara," katanya. Anwar juga turut mempersoalkan di mana lojiknya kes liwat II beliau ini sekiranya keterangan dari doktor cukup jelas. “Tidak ada kesan sama sekali adanya kemasukan maka hendak terus bicara soal apa? Tidak pernah dalam mana-mana kes jenayah seks dunia di mana keterangan doktor begitu jelas termasuk pihak doktor yang ditentukan oleh pendakwa dan juga polis," katanya. Dalam sesi prosiding tersebut, Sivarasa turut menambah sikap berat sebelah pihak pendawaraya juga antara sebab mengapa pihak mahkamah perlu membatalkan pertuduhan ke atas Anwar.

Saiful Nafi Tawaran RM5 Juta Tarik Dakwaan

Dalam pada itu, timbul pula satu kontroversi apabila wujud pula dakwaan yang mengatakan Anwar menawarkan wang sejumlah RM5 juta kepada Saiful supaya menarik kembali dakwaannya. Beberapa laman blog hari ini menyiarkan dakwaan yang mengatakan Anwar telah mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Soh Chee Wen untuk mengadakan perbincangan dengan Mohd Saiful berhubung perkara berkenaan. Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut. Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu. "Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful. "Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya. Menurut Zamri, beliau yakin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan. "Saya sendiri tak pasti bagaimana perkara ini boleh timbul, tapi apa yang pasti ia memang tidak benar... mungkin ia sengaja dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya. Ditanya sama ada Saiful sudah mengetahui mengenai perkara ini, Zamri berkata: "Ya, Saiful juga menyedari mengenai artikel berkenaan, dia sudah baca... malah dia sendiri terkejut dengan kenyataan itu." tambahnya.

[Apapun yang berlaku, ternyata rakyat yang cintakan keadilan amat berharap kes ini dibicarakan secara adil dan saksama. Kenyataan Pihak pendakwa hanya berdasarkan laporan DNA tidak boleh dijadikan asas dakwaan kes ini. Malah memang sudah menjadi satu syarat wajib bagi dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara yang paling utama untuk dikenalpasti. Makanya, jika tiada penetrasi kes ini haruslah ditangguhkan dan dibatalkan. Jika tidak, sudah pasti akan ada manusia yang tidak bersalah bakal menerima hukuman. Dalam kes ini, asas yang paling utama ialah bukti kejadian tersebut dan bukannya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari semata-mata. DNA adalah perkara kedua bagi menguatkan lagi dakwaan yang dibuat, dan ia bukan merupakan satu asas untuk pendakwaan. Jika mahkamah Malaysia masih mengamalkan sikap tidak profesional seperti ini, maka sudah pasti rakyat akan terus hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap badan itu. Apapun kita amatlah berharap, keputusan kes ini sama ada diteruskan atau tidak haruslah dibuat secara ikhlas, jujur dan bertanggungjawab serta tidak mendapat tekanan daripada mana-mana pihak hendaknya].

Eksklusif: Felda Kian Tersasar, Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Serahkan Memorandum Lima Tuntutan Kepada Menteri Besar Pahang !!

KUANTAN, 23 Nov [3.30 pm] - Susulan daripada kekecewaan ramai peneroka terhadap Felda mutakhir ini, maka berbagai persepsi dan pandangan mula timbul terhadap agensi itu. Felda yang pada awal penubuhannya oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dulu adalah bermatlamatkan kebajikan untuk rakyat. Di mana, golongan miskin dan berpendapatan rendah diberikan lot tanh rumah dan ladang untuk diusahakan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Maka, dengan terwujudnya Felda, ramailah orang-orang Melayu yang dapat hidup selesa dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan tegar. Namun, anehnya selepas puluhan tahun Felda diwujudkan maka kini matlamatnya sudah tersasar dan menyimpang. PM Najib selaku anak kepada Tun Razak telah membawa jauh prinsip asas dan dasar Felda itu sendiri. Kini segalanya bagai sudah punah dan rosak, malah Felda kini bukan lagi sebuah entiti yang diwujudkan bagi membantu serta membangunkan masyarakat. Malah kewujudannya kini jelas sekali mendera serta menjadikan rakyat sebagai "hamba di bumi sendiri". Tenaga dan kudrat orang dikerah untuk memperkayakan beberapa kerat pemimpin itu sendiri. Felda sudah tidak lagi digunakan untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya, ia menjadi sebuah badan koprat yang berteraskan keuntungan semata-mata. Lantaran itulah diwujudkan beberapan anak syarikat yang jelas bertentangan dengan matlamatnya. Tiada lagi tanah rancangan baru yang dibuka untuk rakyat. Sebaliknya tanah-tanah itu dijadikan estet sama seperti yang lainnya. Rakyat dijadikan hamba untuk bekerja di ladang-ladang berkenaan dengan upah yang minima dan setaraf dengan pendatang asing yang menjadi buruh ladang di negara ini. Tiada lagi hasrat Felda untuk membela orang-orang Melayu. Hasil titik peluh mereka dirompak dengan balasan yang tidak setimpal dan usaha yang dikeluarkan.

Inilah Felda hari ini, lantaran itulah ramai peneroka mula memberontak dan mahukan perubahan berlaku. Felda harus kembali kepada matlamat asal penubuhannya, dan bukan menjado badan korporat yang berniaga untuk mencari keuntungan semata-mata. Menyedari haikikat itulah maka Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pada 17 November 2009 yang lalu. Antara lain, terdapat lima tuntutan dalam momandum yang dibuat oleh ANAK iaitu:-

Beri Lot Kosong Bagi Perumahan Generasi Kedua


Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua. Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.

Batalkan Segera Kewujudan Felda Plantation

Dasar kerajan membuka Tanah Rancangan Felda ialah membuka ruang pemilikan tanah kepada rakyat khusus orang Melayu. Selepas tahun 1990, dasar ini dihentikan dan diwujudkan Felda Plantation yang berkonsepkan estet yang menekan peserta tanpa jaminan masa depan. Walhal, seluas 367,710 hektar tanah milik kerajaan negeri telah dikorbankan. Adalah dianggarkan 79,000 anak peneroka beroleh manfaat jika Felda Plantation dimansuhkan dan ditukar kembali formatnya kepada pengambilan peneroka. Kerajaan negeri boleh memainkan peranan aktif membuat desakan tersebut. Apakah kita tergamak melihat anak bangsa kita menjadi buruh ladang sama seperti buruh-buruh Indonesia, Bangladesh dan lain-lain lagi di sekeliling mereka.

Menaiktaraf Penempatan Felda (Ada Hak Milik)


Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak. Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau. Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan terjamin.

Menangani Masalah Gejala Sosial Di Felda

Pendekatan menangani gejala sosial mesti lebih seimbang dengan memperbanyak aktiviti keagamaan. Penekanan kepada program sukan sama ada Akademi Bolasepak Felda, Rally Felda, Liga Futsal Felda dan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sememangnya wajar tetapi kesungguhan mempelbagaikan program kerohanian menjadi tanda tanya. Jika pasukan Rela, Rukun Tetangga dan sukarelawan boleh diwujudkan untuk membantu polis memerangi jenayah, sudah sampai masanya sukarelawan membanteras maksiat juga ditubuhkan. Mekanisme bersama JKKK, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Agama dan lain-lain boleh dibentuk untuk tujuan tersebut. Institusi masjid dan surau mesti diimarahkan dengan budaya ilmu dan tidak bersifat streotaip yang membosankan. Pendekatan menarik anak muda ke masjid harus ditangani segera kerana ketika ini 90 peratus yang mengimarahkannya adalah peneroka semata-mata. Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pemadam dan Pengasih mesti bermula di peringkat sekolah lagi dan sejauh mana keberkesanan pembangunan belia melalui Kem Bina Remaja, kursus pembinaan sakhsiah dan Rakan Waja diselenggarakan. Percambahan idea bagi menyegarkan semula aktiviti golongan muda harus disegerakan dengan penyertaan semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan politik. Penekanan berlebihan aspek sukan dan hiburan hingga menenggelamkan soal pembinaan akhlak telah dirasai padahnya pada ketika ini.

Perbanyak Peluang Pendidikan Dan Kemahiran

Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Wilayah Trolak (foto) walaupun terlewat 20 tahun, sangat dialu-alukan. Pakej pendidikan tajaan Felda dengan institusi swasta umpamanya Universiti Lim Kok Wing seharusnya bersifat sementara dengan langkah segera mewujudkan pusat pendidikan berskala besar milik Felda seperti dilakukan syarikat multi-nasional Petronas dan TNB tetapi fokus kepada jurusan perladangan dan bio-teknologi. Program kemahiran yang dibuat ketika ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana langkah susulan tidak dilakukan yang akhirnya pasaran kerja tidak berasaskan kebolehan dimiliki. Mungkin karenah birokrasi mendapatkan peruntukan dan pinjaman meletihkan peserta kursus atau campurtangan politik menggagalkan tujuan asal yang baik dan murni itu sebenarnya.

[Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara. Oleh itu juga, Kerajaan Negeri Pahang diharap dapat memainkan peranan dalam mendesak Felda supaya kembali kepada matlamat asal penubuhannya. Usahlah dibiarkan beberapa kerat individu dalam Felda terus merompak hasil mahsul yang diusahakan oleh para peneroka seperti apa yang berlaku sekarang ini. Felda harus berpijak dibumi yang nyata seperti di zaman Tun Razak dulu]