KUANTAN, 25 Jan [5.00 pm] - Perletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang Azan Ismail telah mengejutkan orang ramai terutamanya di kawasan Parlimen Indera Mahkota yang diwakilinya. Ramai yang beranggapan bahawa Azan tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin diterima oleh rakyat secara keseluruhannya. Tindakan Azan itu jelas sekali membuka jalan dan ruang untuk musuh menghentam PKR dari pelbagai sudut sebenarnya. Tambahan pula, bila beliau memanggil satu sidang media di pejabatnya pagi tadi. Apapun segalanya sudah berlaku, biarpun ia mungkin tidak digemari oleh pengundi beliau sendiri. Hakikatnya, Azan mempunyai prinsip dan pandangannya yang tersendiri sebelum membuat keputusan. Beliau mungkin sudah tidak dapat menutup lagi segala kepincangan yang berlaku dalam PKR Pahang, atau mungkin juga Azan amat terkilan atas segala tindak tanduk pemimpin atasan parti yang semakin hari semakin meminggirkan beliau. Azan, 44 menang dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu dengan majoriti melebihi 1,000 undi. Persoalannya sekarang, kenapakah beliau mengambil tindakan sedemikian di saat sokongan rakyat yang semakin melonjak sekarang ini. Tambahan pula, tindakan yang beliau lakukan ini dibuat selepas kehadiran Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan baru-baru ini. Ramai yang sangsi dan menganggap tindakan beliau itu terburu-buru. "Saya hairan dengan sikap Azan yang terlalu emosi dalam sesetengah isu. Beliau sering mencari masalah dengan ramai pemimpin parti. Banyak isu-isu kecil yang diperbesarkan, sedangkan ia boleh selesai di peringkat dalaman dan tidak perlu sehingga mengadakan sidang media" kata seorang pemimpin kanan PKR Pahang. Apapun Azan punyai pandangan tersendiri dalam menentukan keputusannya itu.
Azan, Budaya UMNO Mula Menular Dalam PKR
"Saya melihat PKR Pahang kini sudah berpuak-puak dan gejala itu sukar untuk dibendung lagi jika kepimpinan sedia ada tidak dirombak dengan segara. Perkara ini sudah lama berlaku dan sukar untuk diperbetulkan. Budaya UMNO sudah mula masuk dan berakar dalam PKR Pahang" kata Azan (foto). "Saya melihat, jika keadaan seperti ini berterusan maka amatlah sukar dan cukup berliku untuk PKR menawan negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang" tambah beliau lagi. Azan juga mempertahankan kenyataan awalnya bahawa budaya UMNO semakin menular dalam PKR sekarang ini. Kehancuran yang berlaku dalam parti itu akan menimpa PKR jika masih ada pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu. Mereka yang suka mengadu domba dan melaga-lagakan antara satu sama lain, pasti seronok melihat apa yang berlaku ini. Malah menurut Azan, beliau sudah beberapa kali menyatakan pendiriannya ini, namun hasilnya tetap sama. Oleh itu, langkah terbaik ialah beliau menwar-warkan perkara ini agar ia diambil perhatian serius oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR Pusat sebenarnya. "Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan ini. Kudis yang sudah sekian lama membara itu akhirnya telah bernanah kini. Ada pihak dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang sengaja mahu menafikan hak-hak saya sebagai pemimpin dan wakil rakyat. Banyak program yang diadakan dilihat membelakangkan kepentingan pihak saya, biarpun ia diadakan di kawasan parlimen saya sendiri. Konvensyen PKR yang berakhir 17 Januari yang lalu, menatijahkan segalanya. Terbukti terdapat satu pakatan yang mahu menjatuhkan saya secara terhormat. Justeru itulah saya hanya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang tetapi bukannya Ketua Cabang serta Ahli Parlimen Indera Mahkota" katanya lagi.
Dato' Fauzi, PKR Negeri Kini Ditahap Terbaik
Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) ketika dihubungi mengatakan beliau tidak terkejut dan sudah menjangkakan tindakan Azan ini. "Saya tidak faham apa yang beliau mahu lakukan sebenarnya. Beliau menyatakan keputusan itu diambil kerana kecewa dengan pentadbiran PKR negeri. Masalahnya PKR negeri Pahang kini berada ditahap yang terbaik dalam usaha untuk menawan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Malah PKR kini diterima oleh masyarakat orang asli dan juga para peneroka Felda yang dulunya amat takut untuk menyokong pembangkang" kata Dato' Fauzi. Beliau turut menegaskan memang ada beberapa perkara yang terdapat perbezaan pendapat antara sesama pemimpin, namun ia tidak harus dijadikan isu sehingga perlu mengadakan satu sidang media khas. "Meja rundingan masih terbuka, malahan PKR negeri juga banyak memberi peluang kepada pemimpin meluahkan pandangan, kritikan dan pendapat mereka secara terbuka. Tetapi ia harus dilakukan secara profesional dan bukan dengan menghebahkan kepada musuh. Masalah peribadi tidak boleh diletakkan dihadapan jika mahu perjuangan membela rakyat itu membuahkan hasil. Kita tidak pernah meminggirkan beliau, cuma terkadang ada beberap perkara yang beliau sendiri menolak tawaran untuk menyertainya atau mengambil tanggungjawab untuk menguruskannya. Maka itu, kenapa harus melenting dan bersikap emosi? sedangkan masih banyak ruang musyawarah boleh dilaksanakan sebenarnya" tambah Dato' Fauzi lagi. Kita menerima keputusan Azan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Negeri, tetapi ia tidak bermakna kita tidak menghargai khidmat yang telah beliau curahkan selama ini. Oleh itu, tidak perlu Azan menghebahkan bahawa pentadbiran PKR negeri bermasalah. "Sebenarnya kepimpinan negeri semakin kuat dan utuh, terutamanya selepas konvensyen yang diadakan. Malah, kunjungan Anwar ke sini baru-baru ini telah memberi harapan baru buat PKR Negeri Pahang untuk mengorak langkah bagi mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ini pada masa akan datang" kata Dato' Fauzi lagi.
Fuziah, Tidak Perlu Sensasikan Sangat Isu Azan
Manakala itu, Pengarah Pilihanraya PKR yang baru dilantik Fuziah Salleh (foto) pula menegaskan isu perletakkan jawatan Azan tidak perlulah terlalu disensasikan sangat. Ini katanya, ia boleh melemahkan tumpuan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya akan datang. katanya. Justeru itu kata Fuziah, ia langsung tidak menjejaskan kekuatan parti sebenarnya. Malahan Azan katanya masih lagi Ketua PKR Cabang Indera Mahkota. "Tindakan Azan meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang adalah hak peribadi beliau sebenarnya. Tambahan pula, Azan bukannya melepaskan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota atau pun lompat parti" "Saya tidak faham kenapa beliau perlu sensasikan isu perletakan jawatannya itu. Beliau sudah menyatakanya di dalam mesyuarat pimpinan parti sebelum itu. Maka itu keputusannya dan tidak perlu menghebahkan menerusi media. Masalah dalaman parti perlulah diselesaikan secara rundingan" kata Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan. Mungkin dalam sesetengah perkara kami tidak sependapat, namun terus terang saya katakan yang kami masih menghormati beliau selaku Ahli Parlimen. Malah, Azan banyak membantu Pakatan Rakyat terutamanya dalam bab-bab berkaitan ekonomi dan kewangan ketika berbahas di parlimen. "Saya hairan dengan tindakan beliau yang mempertikaikan beberapa perkara remeh temeh terutamanya tatkala kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan baru-baru ini. Isu-isu tugas, nama, kedudukan dan penghormatan yang dipertikaikan oleh Azan adalah satu isu biasa yang tidak perlulah untuk diperbesarkan sebenarnya. Malahan, kita sudah pun memaklum perkara ini kepada beliau. Memang kita akui, ada kalanya kesilapan dan perselisihan faham berlaku. Namun ia boleh diperbetulkan dari masa ke semasa, dan tidak wajar disensasikan sedemikian rupa" kata Fuziah ketika diminta mengulas isu perletakkan jawatan Azan.
[Perletakkan jawatan YB Azan ini sebenarnya sudah lama kedengaran dan dihebahkan oleh ahli PKR sendiri. Justeru itu ia tidak wajar untuk disensasikan sangat kerana memang benar beliau hanya melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang. Masih ada dua orang lagi Timbalan Pengerusi yang boleh memikul tanggungjawab yang beliau tinggalkan itu sebenarnya. Cuma, apabila perkara ini dihebahkan menerusi media maka ia sedikit sebanyak telah mencalarkan imej PKR Pahang dan Pakatan Rakyat negeri ini sebenarnya. Jalan penyelesaian masih ada, oleh itu pimpinan PKR Pahang perlu duduk semeja dan mengambil pendirian tegas atas perkara ini. Jika tidak sudah pasti bom jangka yang lebih besar akan meletup sedikit masa lagi. Apakah kita mahu melihat Pakatan Rakyat berputih mata di Pahang, sedangkan mood dan harapan rakyat semakin tinggi menggunung sekarang ini. Rakyat perlu diutamankan dan bukannya kepentingan peribadi masing-masing jika mahu kejayaan dalam PRU-13].
Azan, Budaya UMNO Mula Menular Dalam PKR
"Saya melihat PKR Pahang kini sudah berpuak-puak dan gejala itu sukar untuk dibendung lagi jika kepimpinan sedia ada tidak dirombak dengan segara. Perkara ini sudah lama berlaku dan sukar untuk diperbetulkan. Budaya UMNO sudah mula masuk dan berakar dalam PKR Pahang" kata Azan (foto). "Saya melihat, jika keadaan seperti ini berterusan maka amatlah sukar dan cukup berliku untuk PKR menawan negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang" tambah beliau lagi. Azan juga mempertahankan kenyataan awalnya bahawa budaya UMNO semakin menular dalam PKR sekarang ini. Kehancuran yang berlaku dalam parti itu akan menimpa PKR jika masih ada pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu. Mereka yang suka mengadu domba dan melaga-lagakan antara satu sama lain, pasti seronok melihat apa yang berlaku ini. Malah menurut Azan, beliau sudah beberapa kali menyatakan pendiriannya ini, namun hasilnya tetap sama. Oleh itu, langkah terbaik ialah beliau menwar-warkan perkara ini agar ia diambil perhatian serius oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR Pusat sebenarnya. "Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan ini. Kudis yang sudah sekian lama membara itu akhirnya telah bernanah kini. Ada pihak dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang sengaja mahu menafikan hak-hak saya sebagai pemimpin dan wakil rakyat. Banyak program yang diadakan dilihat membelakangkan kepentingan pihak saya, biarpun ia diadakan di kawasan parlimen saya sendiri. Konvensyen PKR yang berakhir 17 Januari yang lalu, menatijahkan segalanya. Terbukti terdapat satu pakatan yang mahu menjatuhkan saya secara terhormat. Justeru itulah saya hanya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang tetapi bukannya Ketua Cabang serta Ahli Parlimen Indera Mahkota" katanya lagi.Dato' Fauzi, PKR Negeri Kini Ditahap Terbaik
Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) ketika dihubungi mengatakan beliau tidak terkejut dan sudah menjangkakan tindakan Azan ini. "Saya tidak faham apa yang beliau mahu lakukan sebenarnya. Beliau menyatakan keputusan itu diambil kerana kecewa dengan pentadbiran PKR negeri. Masalahnya PKR negeri Pahang kini berada ditahap yang terbaik dalam usaha untuk menawan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Malah PKR kini diterima oleh masyarakat orang asli dan juga para peneroka Felda yang dulunya amat takut untuk menyokong pembangkang" kata Dato' Fauzi. Beliau turut menegaskan memang ada beberapa perkara yang terdapat perbezaan pendapat antara sesama pemimpin, namun ia tidak harus dijadikan isu sehingga perlu mengadakan satu sidang media khas. "Meja rundingan masih terbuka, malahan PKR negeri juga banyak memberi peluang kepada pemimpin meluahkan pandangan, kritikan dan pendapat mereka secara terbuka. Tetapi ia harus dilakukan secara profesional dan bukan dengan menghebahkan kepada musuh. Masalah peribadi tidak boleh diletakkan dihadapan jika mahu perjuangan membela rakyat itu membuahkan hasil. Kita tidak pernah meminggirkan beliau, cuma terkadang ada beberap perkara yang beliau sendiri menolak tawaran untuk menyertainya atau mengambil tanggungjawab untuk menguruskannya. Maka itu, kenapa harus melenting dan bersikap emosi? sedangkan masih banyak ruang musyawarah boleh dilaksanakan sebenarnya" tambah Dato' Fauzi lagi. Kita menerima keputusan Azan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Negeri, tetapi ia tidak bermakna kita tidak menghargai khidmat yang telah beliau curahkan selama ini. Oleh itu, tidak perlu Azan menghebahkan bahawa pentadbiran PKR negeri bermasalah. "Sebenarnya kepimpinan negeri semakin kuat dan utuh, terutamanya selepas konvensyen yang diadakan. Malah, kunjungan Anwar ke sini baru-baru ini telah memberi harapan baru buat PKR Negeri Pahang untuk mengorak langkah bagi mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ini pada masa akan datang" kata Dato' Fauzi lagi.Fuziah, Tidak Perlu Sensasikan Sangat Isu Azan
Manakala itu, Pengarah Pilihanraya PKR yang baru dilantik Fuziah Salleh (foto) pula menegaskan isu perletakkan jawatan Azan tidak perlulah terlalu disensasikan sangat. Ini katanya, ia boleh melemahkan tumpuan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya akan datang. katanya. Justeru itu kata Fuziah, ia langsung tidak menjejaskan kekuatan parti sebenarnya. Malahan Azan katanya masih lagi Ketua PKR Cabang Indera Mahkota. "Tindakan Azan meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang adalah hak peribadi beliau sebenarnya. Tambahan pula, Azan bukannya melepaskan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota atau pun lompat parti" "Saya tidak faham kenapa beliau perlu sensasikan isu perletakan jawatannya itu. Beliau sudah menyatakanya di dalam mesyuarat pimpinan parti sebelum itu. Maka itu keputusannya dan tidak perlu menghebahkan menerusi media. Masalah dalaman parti perlulah diselesaikan secara rundingan" kata Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan. Mungkin dalam sesetengah perkara kami tidak sependapat, namun terus terang saya katakan yang kami masih menghormati beliau selaku Ahli Parlimen. Malah, Azan banyak membantu Pakatan Rakyat terutamanya dalam bab-bab berkaitan ekonomi dan kewangan ketika berbahas di parlimen. "Saya hairan dengan tindakan beliau yang mempertikaikan beberapa perkara remeh temeh terutamanya tatkala kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan baru-baru ini. Isu-isu tugas, nama, kedudukan dan penghormatan yang dipertikaikan oleh Azan adalah satu isu biasa yang tidak perlulah untuk diperbesarkan sebenarnya. Malahan, kita sudah pun memaklum perkara ini kepada beliau. Memang kita akui, ada kalanya kesilapan dan perselisihan faham berlaku. Namun ia boleh diperbetulkan dari masa ke semasa, dan tidak wajar disensasikan sedemikian rupa" kata Fuziah ketika diminta mengulas isu perletakkan jawatan Azan.[Perletakkan jawatan YB Azan ini sebenarnya sudah lama kedengaran dan dihebahkan oleh ahli PKR sendiri. Justeru itu ia tidak wajar untuk disensasikan sangat kerana memang benar beliau hanya melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang. Masih ada dua orang lagi Timbalan Pengerusi yang boleh memikul tanggungjawab yang beliau tinggalkan itu sebenarnya. Cuma, apabila perkara ini dihebahkan menerusi media maka ia sedikit sebanyak telah mencalarkan imej PKR Pahang dan Pakatan Rakyat negeri ini sebenarnya. Jalan penyelesaian masih ada, oleh itu pimpinan PKR Pahang perlu duduk semeja dan mengambil pendirian tegas atas perkara ini. Jika tidak sudah pasti bom jangka yang lebih besar akan meletup sedikit masa lagi. Apakah kita mahu melihat Pakatan Rakyat berputih mata di Pahang, sedangkan mood dan harapan rakyat semakin tinggi menggunung sekarang ini. Rakyat perlu diutamankan dan bukannya kepentingan peribadi masing-masing jika mahu kejayaan dalam PRU-13].













13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
PDO, apa pun permasaalahan dalaman PKR mesti UMNO juga dikaitkan. Kenapa tidak pernah ingin belajar utk menerima hakikat tntang kelemahan diri sendiri. Kenapa harus menuding jari pada pihak lain diatas kelemahan parti. Inilah falsafah perjuangan PKR sebenarnya. Falsafah yg diilham, dipraktik dan didokongi oleh DSAI Al Juburi...
Selamat berkubur PKR Pahang.
dah mula nak hancussss lah tu.KAH KAH KAH
Kes-kes macam ini lah yang melemahkan semangat penyokong untuk terus mendokong PKR. Kalau berstatus YB pun tak tahan ujian, apalagi golongan bawahan. Fikir lah sikit, setiap undi yang diberi patut dihargai. sabar kena lebih.
dear AZAN
u have to put party on top of others! keputusan ini tidak sepatutnya berlaku jika u 'send the msg to the rightful channel' & resolve internally.
dlm pkr yg baru merangkak di pahang semua org memainkan peranan penting. memang u kecewa ttp inilah ujian sebelum dtgnya cabaran yg lebih besar. i know u azan u r quite a firm guy & we used to be so closed so pls w/draw ur decision foe the sake of the party. indeed im not pkr but ppl as smart as u r needed in this country.
bahas
dear AZAN
u have to put party on top of others! keputusan ini tidak sepatutnya berlaku jika u 'send the msg to the rightful channel' & resolve internally.
dlm pkr yg baru merangkak di pahang semua org memainkan peranan penting. memang u kecewa ttp inilah ujian sebelum dtgnya cabaran yg lebih besar. i know u azan u r quite a firm guy & we used to be so closed so pls w/draw ur decision foe the sake of the party. indeed im not pkr but ppl as smart as u r needed in this country.
bahas
dear AZAN
u have to put party on top of others! keputusan ini tidak sepatutnya berlaku jika u 'send the msg to the rightful channel' & resolve internally.
dlm pkr yg baru merangkak di pahang semua org memainkan peranan penting. memang u kecewa ttp inilah ujian sebelum dtgnya cabaran yg lebih besar. i know u azan u r quite a firm guy & we used to be so closed so pls w/draw ur decision foe the sake of the party. indeed im not pkr but ppl as smart as u r needed in this country.
bahas
dear AZAN
u have to put party on top of others! keputusan ini tidak sepatutnya berlaku jika u 'send the msg to the rightful channel' & resolve internally.
dlm pkr yg baru merangkak di pahang semua org memainkan peranan penting. memang u kecewa ttp inilah ujian sebelum dtgnya cabaran yg lebih besar. i know u azan u r quite a firm guy & we used to be so closed so pls w/draw ur decision foe the sake of the party. indeed im not pkr but ppl as smart as u r needed in this country.
bahas
dear AZAN
u have to put party on top of others! keputusan ini tidak sepatutnya berlaku jika u 'send the msg to the rightful channel' & resolve internally.
dlm pkr yg baru merangkak di pahang semua org memainkan peranan penting. memang u kecewa ttp inilah ujian sebelum dtgnya cabaran yg lebih besar. i know u azan u r quite a firm guy & we used to be so closed so pls w/draw ur decision foe the sake of the party. indeed im not pkr but ppl as smart as u r needed in this country.
bahas
Anon bahas...
Send sekali pun cukuplah...org dah faham kamu pandai tulis org putih..kalu ya pun nk tunjuk terror bkn dgn send benda yg sama sepuluh kali...org lihat pun menyampah...jgn tunjuk sgt kebodohan kita..sorokkan sikit. biar org tahu kamu tu tk bodoh tp bijak.
So lepas ni hati hati nk menulis org putih tk salah cuma jgn merapu benda yg sama...org dah naik meluat.ok be carefull anon bahas.
Hidup PKR Hidup Pakatan Rakyat. Hanya pakatan rakyta yg mampu menumbangkan gajah hitam yg telah berakar dibumi msia dan telah pun berkulat lg berkarat...Ayuh rakyat yg tidak mahu benda berkulat berkarat menukarkan dgn gajah baru yg lebih solid berkilat luar dan dalam semata mata untuk kesejahteraan rakyat jelata
gua sokong sama lu azan.u should know better,whats happening,good luck and may GOD BE WITH U SHABASSSSSSS
YB azan, dlm polilitik inilah masa kita berkorban. Tetapkan komitmen dan terus lawan UMNooooo. TUnjukkan anda seorang jara rakyat yang sebenar dan jangan ruang dan peluang kepada puak tahi UMNOOoo ambil kesempatan. Umnoo akan pupus nanti insyaaalah.
pkr alan lupusssssssssssss dan mampussssssssssssss,kah kah kah
UMNOoooonononono kepupusan dalam kemampusannn abadiiiiii....
maksud kepupusan adalah hilang lenyap dari muka bumi tanpa baka dan kesan kesan jahatnya...
Yang tinggal kini hanya yg bersih baik berguna pada agama dan negara.
Provokasi agenda mengikut skrip garapan mata mata syaitan negara
Post a Comment