KUANTAN, 4 Jan [9.00 am] - Kerajaan UMNO dan BN dipercayai sengaja menggunakan isu khalimah Allah sebagai senjata untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu semasa yang lebih penting kepada rakyat. Antaranya isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah kenaikan harga gula di pasaran, isu kehilangan enjin pesawat, isu laporan bedah siasat kedua yang mengesahkan Teoh Beng Hock dibunuh, isu kenyataan P.Balasubramaniam bahawa beliau diugut dan diberi habuan supaya menarik balik akuan bersumpahnya terhadap penglibatan PM Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu dan banyak lagi. Pendek kata rakyat mahu dikelirukan dengan satu cerita kartun yang langsung tidak masuk dek akal sebenarnya. Baru-baru ini mahkamah membenarkan sebuah akhbar (Herald) menggunakan kalimah Allah SWT dalam penerbitannya. Insiden ini telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita. Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan umat Islam, hingga membawa kepada protes besar-besaran di seluruh negara. Anehnya protes itu hanya dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional, kononnya mereka adalah "juara rakyat" dalam isu mempertahankan agama Islam. Walhal, majoriti rakyat tahu bahawa puak-puak UMNO adalah golongan yang selama ini sering menghina agama Islam itu sendiri.
Bukti jelas menunjukkan mereka memang tidak melaksanakan sistem pemerintahan mengikut Islam yang sebenarnya. Malah, rata-rata pemimpin mereka gemar melakukan amalan rasuah, penyelewengan dan korupsi yang tidak wajar dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Maka, kenapa mereka tiba-tiba mahu menjadi juara dalam isu khalimah Allah ini agaknya. Mengulas lanjut tentang perkara ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin (foto), menegaskan bahawa amatlah tidak masuk akal tiba-tiba mahkamah memenangkan Akhbar Herald dalam kes yang cukup sensitif ini sebenarnya. Amatlah tidak logik, kerajaan UMNO dan BN yang senantiasa menang dalam banyak kes tiba-tiba gagal menggunakan teknik yang sama iaitu menggunakan skrip untuk memaksa hakim menukar fakta pada kali ini. Secara jelas dapat kita lihat bahawa kemenangan kepada Herald dalam kes ini sudah nampak petandanya apabila hakim dan peguam yang menbicarakan kes ini bukanlah orang Islam. Maka itu sememangnya amat sukar untuk Islam menang bila hakim yang bukan Islam membicarakan kes yang melibatkan agama Islam itu sendiri. Soalnya, kenapa kerajaan UMNO dan BN tidak menggunakan kuasa mereka untuk menukarkan hakim berkenaan, sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim ketika kes mahu dibicarakan di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Koomathy dulu. Mereka dengan mudah menukarkan hakim untuk membolehkan kes dipindahkan secara mudah ke Mahkamah Tinggi. Maka kenapa mereka tidak mahu menggunakan cara yang sama dalam kes penggunaan nama Allah ini?. Apa yang jelas, ini semua adalah satu strategi untuk mengalih pandangan rakyat sebenarnya. Bukti jelas kini mereka menggelarkan pula UMNO sebagai juara yang memperjuangkan Islam. Malah mereka menempelak parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk turut menyokong dan mengadakan demontrasi atas kes ini. Semua ini hanyalah lakonan semata-mata dan kita sendiri tahu siapakah yang mencipta skrip itu.
[Banyak lagi isu yang telah didedahkan oleh Shamsul dalam ceramahnya di Felda Sg.Panching Timur, Kuantan malam tadi. Biarpun kehadiran penyokong agak kurang memberangsangkan biarpun ceramah menampilkan dua Ketua Pemuda sayap kanan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu Shamsul (Ketua AMK PKR) dan Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Orang ramai yang ingin hadir keliru dan gusar diambil tindakan oleh pihak pengurusan Felda, terutamanya penduduk tempatan. Malahan, pihak polis dipercayai telah menarik balik permit pada awalnya akibat laporan polis yang dibuat oleh pemimpin UMNO setempat dan juga Pengurus Felda. Namun, atas perundingan ceramah telah diubah ke lokasi yang berlainan selepas perbicangan diadakan dengan pihak polis. Apapun ceramah akhirnya berjaya dijalankan seperti yang telah dijadualkan. Turut berceramah malam tadi ialah Saudara Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, mewakili Dato' Fauzi) dan Ketua Cabang PKR Paya Besar, Saudara Zahari. Apapun, tahniah kepada semua AJK yang terlibat].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Kenapa KERA**jaan UMNO dan BN tidak menggunakan kuasa mereka untuk menukarkan hakim berkenaan, sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim ketika kes mahu dibicarakan di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Koomathy dulu. Mereka dengan mudah menukarkan hakim untuk membolehkan kes dipindahkan secara mudah ke Mahkamah Tinggi.
Kesimpulan...UMNO ni laknat allah ingin tonjol diri juara memperjuangkan ISLAM. Hakikatnya oooiii bangang UMNO kamu selesai dulu kes kes MEMALI kes rasuah zina teguk arak cara bebas, kes menghabiskan duit rakyat beratus billion. ITu yg patut kamu selesai jika kamu betul islam dan mahu jadi juara rakyat.
Takkan bangang kamu ni umno sibuk takbir konon lagak macam saidina khalid al-walid, tp bila cina gertak sikit mcm sial lari lintang pukang. oooi barua umno kami rakyat malaysia dah kenal kamu sejak merdeka.kamu lebih hina dari belanda pertugis. Kerja kamu menghisap darah rakyat secara terhormat.
Rakyat menunggu kamu naikkn harga petrol ke tahap paling murah dari negara asean lain RM3 seliter. Nah inilah juara rakya <<>> berkhidmat utk rakyat memberi kesenangan utk rakyat jelata.
Laknat Allah atas puak puak celaka negara.UMNO pemenang anugerah pelakon paling popular watak pejuang ISLAM alaf baru.subhanallah
golongan munafik ni kita tentang dengan segala yg mampu, kalau tak mampu juga, kita tawakkal sajalah...DIA lebih mengetahui segala yang tersirat dan tersurat untuk kita....
Artikel merapu.. tak faham langsung aku membacanya... banyak contradictions dan point tak releven langsung...
Post a Comment