PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, January 24, 2010

Edisi Pahang: Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh Kini Dilantik Sebagai Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Yang Baru Mulai Februari !

KUANTAN, 24 Jan - Rakyat Kuantan dan negeri Pahang Darul Makmur mengucapkan syabas serta tahniah kepada YB Fuziah Salleh (foto) yang telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR yang baru. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Dr.Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat PKR semalam. Ahli Parlimen Kuantan itu dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Saifuddin Nasution, yang akan bertugas secara rasmi sebagai Setiausaha Agung PKR 1 Februari ini. Dalam pada itu Fuziah menegaskan bahawa beliau lihat iperlantikkannya itu sebagai pengiktirafan, tanpa mengira diskriminasi dan tanpa mengira gender "Maksudnya apabila seseorang itu mampu dalam parti keadilan, seseorang itu diberikan tanggungjawab tersebut” kata Fuziah. Keputusan perlantikkan Fuziah ini sebenarnya telah dicapai Mesyuarat Biro Politik PKR 20 Januari lalu. “Tentu sekali cabaran pertama saya ialah pilihanraya di Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, dan saya dengan saudara Saifuddin merancang untuk pergi ke Sarawak dalam masa terdekat ini” kata Fuziah. Sementara itu, jawatan Ketua Biro Latihan yang disandang Fuziah diserahkan kepada Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa Mustaffa Kamil Ayub.

[Perlantikkan Fuziah merupakan satu pengikhtirafan baru kepada Parti Keadilan Rakyat di negeri Pahang. Malah, sebagai Ahli Parlimen Kuantan beliau telah banyak berjuang membela rakyat tanpa mengira masa. Beliau juga sanggup bertemu secara empat mata dengan MB Pahang semata-mata bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya, parlimen Kuantan. Justeru itu perlantikan Fuziah diharap dapat mengukuhkan lagi perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya di negeri ini. Perlantikan beliau juga merupakan tamparan hebat buat Kerajaan Negeri Pahang yang semakin hari semakin hilang popularitinya].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

pompuan diberi tugas jadi jaga pilihanraya pkr ,jantan tak ada ke,hancusssssssssssss,.bukan nak menghina ,tak ada orang lah tu,kah kah kah

Anonymous said...

gue tak heran pun. Jagalah rumah sendiri weh.. Xde kita nak berkelahi. Nasihat je.

Anonymous said...

Anon mak enon umno tkyah lah nk kepoh mcm kera kena belacan. yg dilantik bukan kutu rayau dan mek kerapu mcm betina umno.

bukak mata tanya selera anda. fuziah ke mek zat yg lbh elok mulia pekerti