PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, January 29, 2010

Edisi Pahang: UMNO Di Minta Melupakan Hasrat Untuk Pancing Azan Ismail Kerana Beliau Tetap Setia Serta Akan Kekal Berjuang Bersama PKR !!

KUANTAN, 29 Jan [1.30 am] - Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman semalam meminta puak-puak UMNO melupakan hasrat cubaan "memancing" Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto). Dalam kenyataannya Fauzi berkata, UMNO perlu melupakan hasrai itu kerana beliau yakin Azan tidak akan mengkhianati malah meninggalkan Parti Keadilan rakyat. Beliau juga menganggap perletakkan Azan baru-baru ini tidak langsung menyentuh dasar perjuangan parti dan PKR negeri sebulat suara menerima perletakkan jawatan bekas Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang itu. "Perjuangan PKR bukan bersandarkan kepada seorang individu, tetapi bergerak atas dasar rakyat dan isu Azan itu kecil sahaja dalam parti" katanya. Beliau turut menegaskan bahawa PKR Pahang tidak menolak kehendak Azan untuk melepaskan jawatan tersebut, kerana itu pendirian peribadinya. Rakyat katanya harus faham perjuangan sebenar PKR adalah untuk rakyat yang inginkan perubahan dan itu yang sedang dilaksanakan. Fauzi turut menyatakan bahawa seluruh kepimpinan PKR Pahang masih bersatu untuk memperjuangkan agenda rakyat dan isu konflik itu sebenarnya tidak timbul. "PKR Pahang turut akan membantu Azan, memandangkan beliau masih Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota. Malah kita sama sekali tidak akan meminggirkan Azan kerana beliau adalah sebahagian daripada perjuangan parti" kata Dato' Fauzi. Beliau turut menyatakan bahawa Azan akan terus bersama PKR, memandangkan beliau pendukung kuat serta ahli parti yang setia. Penjelasan Fauzi ini menamatkan spekulasi dan khabar angin yang mengatakan Azan akan melompat parti bagi menyertai UMNO. Dengan kenyataan terbuka Dato' Fauzi yang disiarkan di muka depan akhbar Sinar Harian semalam (28/1), maka spekulasi ini dijangka telah selesai. Maka tidak timbul lagi soal lompat parti atau tawar menawar seperti yang digembar-gemburkan.
[Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail dipercayai tetap setia bersama PKR biar apa pun yang berlaku. Malah, kami difahamkan malam tadi beliau telah mengadakan siri ceramah terbarunya di Dungun, Terengganu. Jika senario ini tidak berubah, maka akan kempunanlah puak-puak UMNO Pahang untuk melihat kes lompat parti berlaku di negeri ini. Ternyata Azan Ismail tidak semudah itu untuk meninggalkan PKR, beliau lebih matang sebenarnya dan apa yang berlaku baru-baru ini mempunyai hikmah agaknya. Diharapkan pemimpin PKR Pahang akan terus matang dalam membuat sebarang tindakan yang boleh menimbulkan spekulasi selepas ini. Perbincangan dan rundingan peringkat dalaman harus diutamakan sebelum sesuatu sidang media itu dilakukan oleh mana-mana pemimpin].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

dato.... pkr pahang bercelaru salah siapa???

silap dato jugak pegi kutip matpet-matpet dari luar pegang jawatan.... ramai lg anak pahang yg layak....

hji suhaimi jaguh lompat parti tu apakehal nya? org tmerloh dan naik meluat..tak kira umno atau pas atau pkr... semua dh tahu dan kenal siapa dia.


tak dapat apa yg di hajat...dia lompat lagi.

berani kerat jari la kalau dgn hji suhaimi. masuk pkr sebab umno tak pilih jd calon. macam mana pkr nak menang, syok sendiri ada la. dia bab mengampu nombor satu. buat keje sejengkal boleh cerita sedepa.

-semantaniansss....

Anonymous said...

betul semantanians. hujah anda disokong bersama oleh ketua penerangan pas bukit katil melaka.

ibrahim ali=ezam=suhaimi said=jaguh lompat parti.

boleh baca di sini :

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2080&mode=&order=0&thold=0

gentlegiant said...

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail memang tetap setia bersama PKR biar apa pun yang berlaku. Melompat parti tidak akan berlaku & semudah itu untuk Azan meninggalkan Pakatan Rakyat. Saya tidak risau UMNO cuba mengumpan kerana Azan tahu parti perkauman itu dah menuju kehancuran. Yang saya risau ialah pemimpin2 PKR sendiri yang cuba menghapuskan Azan.

RAJA said...

betul tu gentlegiant@frederick..

aku rasa kesilapan yb azan krn dia buat sidang media pasal letak jawata. tu ajer.

tapi aku yakin dia buat begitu utk menarik perhatian tentang masalah pkr phg yg nak sampai tahap kronik. dah lama dan dah byk kali dia tegur tapi pkr pahang buat bodoh sombong jer.

suhaimi said pun guna blog dia utk bantai azan, zakaria pun sama juga guna pdo... azan, suhaimi dan zakaria pun sama2 guna saluran media luar.

kepada suhaimi said, hentikan sikap mengampu ketua yg dah lama sejak dlm umno lagi.

kpd zakaria... masa anda sudah berlalu, berilah peluang kpd org lain pulak. suruh balaci anda duk diam2 buat keje parti. jgn suruh balaci anda hasut ahli menjatuhkan dato fauzi dan azan. anda nak buat come back, itu sudah terang lagi bersuluh. jgn jd gunting dlm lipatan, telunjuk lurus kelingking berkait.

masalah yg cuba diselesaikan oleh dato fauzi di pahang adalah hasil dari politiking anda semasa menjadi pengerusi negri dulu.

jgn ingat org keliling bodoh...tak tahu permainan politiking anda. suruh la pemuda buat keje demi kebaikan parti, jgn nak boikot org itu boikot org ini...tu keje gila mementingkan diri sendiri.

statement suhaimi dan zakaria tiada lebih baik pun dari sidang media azan...so kalu azan bersalah krn menggunakan media...kamu 3 org sama saja. malah suhaimi agak keterlaluan...mcm ada personal vendetta.

buat la kenyataan macam dato fauzi, kenyataan yg lebih menjernihkan keadaan dan melawan kembali fitnah umno.

ini teguran ikhlas walaupun kasar.... krn saya lihat msing2 membawa agenda peribadi dlm pkr pahang...

melenting dgn yb azan..tapi adakah perkara yg yb azan bangkitkan diberi perhatian???

RAJA said...
This comment has been removed by the author.