KUANTAN, 28 Jan [1.30 pm] - Krisis kepimpinan Parti Keadian Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini dilihat semakin panas biarpun ada yang mengandaikan isu itu sudah selesai. Di dalam blog PKR Pahang tertera satu fakta yang kononnya Azan Ismail memutar belitkan fakta bahawa beliaulah yang membawa masuk Parti Keadilan ke Negeri Pahang. Sila klik sini untuk maklumat lanjut. Azan dipercayai mendedahkan perkara tersebut di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Jan lalu. Ramai yang melihat krisis yang berlaku ini tidak harus dipanjangkan. Namun, berdasarkan pengamatan pihak-pihak tertentu, perselisihan faham antara Azan dengan pemimpin PKR Pahang bakal menemui jalan buntu jika "pokoknya" tidak ditumbangkan. Memang, umum melihat bahawa krisis yang berlaku ini hanyalah melibatkan kes terpinggir yang dilihat sekarang, walhal ada perkara besar yang harus dibereskan jika PKR Pahang mahu terus berada pada landasan yang betul. Kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Namun, segalanya telah dibuktikan. Azan mengatakan bahawa terdapat kepincangan dalam pentadbiran PKR Pahang sejak setahun yang lalu. Soalnya sekarang, apakah kepincangan tersebut sebenarnya? Sedangkan rakyat di Indera Mahkota sendiri melihat Azan juga mempunyai banyak masalah dengan mereka sebelum ini. Mungkin media tidak pernah memperbesarkan perkara tersebut. Namun, penyelesaian yang terbaik haruslah dicari jika tidak mahu masalah yang lebih besar melanda. Malah, di saat PKR Pahang dilihat berada pada landasan perjuangan yang betul serta diterima rakyat sekarang ini maka semua pihak perlu kembali ke meja rundingan dengan segera. Memang kita tahu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanggil beberapa pemimpin PKR Pahang termasuk Dato' Fauzi, Azan dan Fuziah Salleh beberapa hari yang lalu. Soalnya, apakah jalan penyelesaianya diterima oleh semua pihak. Ada kalanya Anwar juga tersilap membuat percaturan. Samalah ketika beliau menggantikan Zakaria Hamid dengan Dato' Fauzi memimpin PKR Pahang hujung tahun 2008 dulu. Kes ini kecoh hingga menyebabkan PKR Pahang bergegar. Anwar juga tersilap membuat percaturan apabila mengambil Saiful Bukhari Azlan untuk bekerja di pejabatnya tanpa usul periksa siapakah anak muda itu. Biarpun diberi banyak nasihat namun Anwar tetap percaya kepada Saiful. Akhirnya bala datang ke dalam dirinya.
Maka itu, apakah jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai segala kekalutan yang berlaku dalam PKR Pahang. Kenyatan Dato' Fauzi yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini (28/1) tidak boleh dijadikan alasan isu itu sudah selesai sebenarnya. Mengulas lanjut tentang perkara ini, kami cuba mendapatkan pandangan salah seorang pemimpin kanan PKR Pahang yang juga mantan Pengerusi Perhubungan Negeri iaitu Zakaria Abd Hamid (foto). Beliau kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, yang telah banyak mengetahui selok belok perjalanan PKR di negeri Pahang sejak di awal penubuhannya. Menurut Zakarian beliau sangat kecewa dengan situasi yang berlaku ini. "Kita bina bersama PKR Pahang lebih 10 tahun dengan keringat dan airmata, bergolok bergadai demi rasa cinta membela masa depan nasib rakyat. Ianya tercemar dek pertembungan beberapa individu. Hakikatnya tiada gelora dan tiada krisis kepimpinan" katanya. Menurut Zakaria lagi, pemimpin boleh letak jawatan pada bila-bila masa dan tidak perlu disuruh serta dihalang. "Perjuangan rakyat harus diteruskan. Yang tidak mampu bertahan akibat susah berkerjasama, tidak menghormati sesama jemaah, sikap elit dan ego tinggi boleh pergi" tambahnya lagi. Apa jua masalah adalah perkara lazim dalam organisasi dan akan segera diperbaiki kata Zakaria. "Saya yakin rakyat faham proses pembersihan dalam parti adalah perlu untuk memilih antara pemimpin yang banyak berkokok atau yang banyak bekerja" katanya. Disamping itu juga Zakaria menegaskan bahawa semangat perjuangan terus mantap dan tidak akan pudar dengan serangan media perdana dan gerak kerja menawan Pahang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.
[Kami amatlah berharap agar krisis kepimpinan PKR Pahang dapat diselesaikan dengan segera. Kita tidak mahu ada pilihanraya kecil akan berlaku di kerusi parlimen Indera Mahkota menjelang PRU-13 nanti. Kematangan dan kebijaksanaan kedua-dua pihak untuk merungkai segala kekaluan amatlah diperlukan pada masa ini. Orang tengah perlu dicari bagi membantu memudahkan segala urusan. Tidak perlu mengadakan sidang media atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya. Jalan terbaik ialah kembali ke meja rundingan untuk mencari perdamaian. Kini terpulang kepada pihak-pihak yang berkenaan, sama ada untuk menerima atau membiarkan kudis itu terus bernanah. Masa depan rakyat Pahang perlu diberi keutamaan dan bukan kepentingan individu tertentu semata-mata. Niat yang suci dan ikhlas harus datang dari hati setiap pemimpin yang memegang amanah rakyat itu sebenarnya].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Assalamualaikum....
Saya rakyat biasa jadi saya tak ada saluran nak luahkan kecuali dalam komen ni. Harap beri perhatian.
1. Harap pemimpin PKR dapat hormat rakan dalam pakatan. Sehingga kini, saya tanya beberapa orang pimpinan PAS, diperingkat negeri Pahang, adakah PR dah tetap siapa bakal menteri besar. Jawapannya "tiada". Jadi kenapa beberapa kerat pemimpin PKR gatal mulut isytihar Dato Fauzi MB Pahang selepas PRU 13.Dalam beberapa ceramah anjuran di beberapa lokasi di Pahang maklumat yg meloyakan ini disebar. Apa akan jadi kalau PAS pula dalam ceramah isytihar Tuan Ibrahim sebagai bakal MB. Berapa banyak MB, pakatan Rakyat nak lantik bagi negeri Pahang.
2. Laporan sinar harian edisi Pahang melaporkan PKR akan tawan pahang dalam PRU 13. PKR jee???? mana rakan dalam pakatan? Hai, macam nak makan sorang je.
3. Ceramah Anwar di Markaz PKR Beserah, tak de satupun bendera PAS dipasang. Beratus ratus bendera PKR dipasang. Sebelum ceramah Bila sahabat-sahabat PAS hubungi Hata, nak bagi bendera, dia kata PKR dah ada bendera PAS. nanti petugas PKR akan pasang. Alih-alih sehingga waktu ceramah bendera satu parti sahaja berkibar. Walaupun yg bertugas parking, keselamatan unit amal PAS. Apa ni, petugas PAS kamu nak, bendera PAS kamu tak nak. Berpakat kepala hotak apa macam ni.
4. Maklumat yg meresahkan ahli PAS di sini, tersebarnya Dato Fauzi tengah main politik untuk bertanding di DUN Beserah, kerusi milik PAS. Hujah kononnya kerusi DUN Beserah adalah milik Dato Fauzi dlm pilihanraya 1999.
5. Dato Fauzi juga sedang berkempen secara senyap kepada pimpinan dan Ahli PAS supaya desak Dato Tuan Ibrahim tuan Man bertanding parlimen sahaja.
Kalau kerja-kerja buruk ini tak dibaiki segera, apa yg pasti Pakatan Rakyat Pahang akan bergolak dan hancur.
Sekian terima kasih.
Penyokong kuat PR dari PAS
Sekarang ramai sudah tahu tembelang PR. Pas, PKR sama saja jadi pengkianat bangasa Melayu. Entah versi Islam mana yang dipakai sampai menghalalkan keganasan sedangkan Islam itu keamanan. PR dipimpin peliwat yang mabuk kuasa, Pas dipimpin oleh pemimpin nyanyuk yang cakap tak serupa bikin. Ooo..ada hati nak menang di Pahang, baik lupakan saja la kalau niat dah tak betul, Allah pasti tak tolong. Malam sikit la..
zaman dato fauzi ni besar sungguh cabaran krn ancaman dr musuh dan tikaman belakang dr kawan serumah dan jelingan tajam jiran sekampung......
semua ni timbul krn masalah lama yg belum selesai dr dulu....mcm bn la perintah lebih 50 tahun...bila masa pru 13 pr ambil-alih, semua tahi2 lama terpaksa disapu. ada la terpalit kat siku, terkena kat baju....
baru nak naik, kawan dah tarik kain, jiran dah hadang jalan....
dulu masa jalan becak, masing2 buat tak tahu aje...bila jalan dah elok...masing2 nak langgar sama sendiri.... isu remeh pun nak bising....kalau ikhlas nak tolong jangan la melolong!!!!
kita penyokong buat la cara penyokong....tukang sapu kat opis takkan la nak naik kereta ceo pulak... bab2 kerusi ni kita kan ada majlis presiden yg tentukan...
kita bertanding nak menang, bukannya nak suka2 lawan bn...
saya percaya dato fauzi 'ditentang' krn hasil kerjanya yg 'menakutkan'.... musuh takut...kawan dan jiran pulak cemburu....
kalau nak selamat...dato fauzi duk diam2 peram telur.... biar beserah bn sapu balik, biar nan yaakob terus jd mb.....
org bodoh dan busuk hati tak layak memerintah....sama jer mcm umno/bn.
dulu pkr (adil) mula2 start kt kuantan mmg susah. ayah wan, syed talib, razali alias, zukri (paling rajin), geng adil p.besar (dah lupa nama), termasuk engku dato hamid (xxx8888)...mcm geng reject.
susoh2 cucu matkilau je lar jadi mb.. goner cmk? keknya kala dah jadi mb awok jgn pulok mengebas balok sorang2. koi nok jugek ah!
aku satu jer yg musykil.... macama mana ketua pkr terengganu boleh pegang jawatan pkr pahang???
masa ceramah anwar d beserah aku cam dia tu. dia memang selalu ceramah d terengganu dan jadi ketua salah satu pkr di terengganu.
bila aku tanya budak pkr yg duk kat pinti pejabat pkr, dia kata datuk fauzi pinjam sekejap dr terengganu.
sah lah pkr pahang takde org yg pandai, terpaksa pinjam pemimpin dr terengganu utk jadi pemimpin pkr di pahang.
parti ni boleh ke buat nacam tu?

Elok lah jika tak dapat bekerjasama, tarik diri lah. Masing-masing ada style masin-masing. Tak ngam, belah lah.
Omputeh kata "no one is indispensable"....jangan ingat seorang berhanti PKR lingkop.
Ada pula yang sesitif, PKR tak sebut PR. Begini, kalau tak faham ya. Bila berchakap dalam konvention PKR atau dalaman PKR , hanya PKR sahaja lah di sebut kerana PKR dalam forum PKR tak boleh berchakap sebagai Pakatan Rakyat, kerana terbatas bagi PKR sahaja.
Dato Fauzi dari Terengganu....? Pereksalah dulu asal usulnya. Dia tu asal usulnya dari Kuala Semantan. Tau tak di mana Kuala Semantan? Tempat Tok Bahaman.
utk anon 9.43pm.... maksudnya dato fauzi pinjam budak tu dr terengganu, bukannya dato fauzi tu asal dr terengganu....ada faham??? info terkini budak tu asal paka.
satu perkara lagi.... kawan aku dr pas temerloh pun terperasan ada pimpinan tertinggi pkr skrg ni adalah kaki lompat dr umno temerloh....
masa sblm pru 12 masih lg dgn umno temerloh pegang jawatan besar....tup-tup dekat pru 12 .... dia lompat masuk pkr pahang krn tak dpt jd calon umno... apa kejadah nya tu???
itu la dikatakan politikus opportunist!!!!
pandai mengambil peluang...masa pkr susah dia duk dlm umno..masa pkr senang dia masuk pkr...
dia ni kaki lompat..semua parti dia dah rasa... 2 kali keluar masuk umno, masuk pas, masuk prm, masuk pkr, keluar pkr pastu masuk prk semula.....kalah ibrahim ali. cuma dia ni jaguh lompat parti peringkat pahang jer.
so, jgn heran la kalau pkr pahang ni bercelaru.... utk ibrahim ali, rekod lompat anda telah dikalahkan oleh org pahang....
Petikan kata-kata ANON yg tersangatlah BANGANG BIN BENGONG.
PR dipimpin peliwat yang mabuk kuasa, Pas dipimpin oleh pemimpin nyanyuk yang cakap tak serupa bikin.
UMNO dipimpin oleh pembunuh pengebom manusia penceroboh penderhaka lbh jahat dan lbh hina dari seekor khinzir ada hati nk jd Pemimpin No1 negara. Kat dunia ni blh lepas sbb undang2 hakim ko blh bayar.
Tunggulah undang2 mahkamah mashyar nanti bajingan2 umno laknatullah utk menerima hasil dari keringat yg ko kerjakn di dunia..masa tu patail tk blh tlg da...hanya mu dgn tuhan mu... mu nak kelentong lg ke dpn tuhan...
Seronok lak bila melihat puak puak ni dihumban ke neraka seekor demi seekor mcm bakar ubi kayu...
Post a Comment