
Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu. Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin (foto)?. Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini. Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya. Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat. Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.
Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah. Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya. Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu. Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka. Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan. Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini. Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu. Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini. Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini. Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?. Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.
[Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini. Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat. Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula. Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka].












15 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
TAK SAPA TAKUT DAN GUSAR KALAU ADA PRK DI PERAK,UNDANG2 TETAP DI TERIMA.KALAU BERPIHAK KEPADA PR,KAMI BUKAN MACAM PR ,JADI GILA BABI,BILA KEPUTUSAN TAK BER PIHAK KEPADA PR ,BUBAR KALAU MENANG,TAKUT2 PUSING CAKAP ,BILA MENANG TERUS MAD NIZAR NAK JADI MB ,GILA KUASA KATA KAN
Salam.. Jangan Takut Kalau tak bersalah.. Perjuangan untuk rakyat..Kalau MB sekarang menang kes jgn Bekas MB giler meroyan, kalau Bekas MB menang kita tengok apa mereka buat.. jgn silap langkah PADAH diterima.. Semoga Negeri Perak SELAMAT dari BAHANA
Aku lihat muka muka puak UMNO ni mcm babi hutan....tk peduli apa...janji dpt kuasa...MB haram ke halal depa peduli apa. tunggulah zamry mungkin 9 feb ni berpihak ko mu...dan maybe muka mu jd putih melepah lg lepas 9feb
muga-muga Allah akan menunjukkan siapakah petualang sebenarnya. Ingat , kalau kita buat zalim Allah akan bayar cash kat dunia lagi, tak payah tunggu mati... renungkan.
Aku yakin 1000% Nizar akan kembali bertahta di Perak!! Dia akan jadi Bos aku bersama para sahabatnya YB.Ngeh,YB.Ngar & YB.Siva.Perak akan jadi negara aman damai untuk 1000 tahun akan datang sebab YB.Nizar seorang yg ikhlas,jujur dan tak rasuah.Lepas YB.Nizar berkuasa kembali dia akan tendang semua orang UMNO kuar dan PAS Perak akan laksanakan rancangan 'PAS FOR ALL' dimana kita harap akan dapat mengislamkan ramai lagi kaum cina dan hindu di Perak.Hal2 duniawi tu biarlah orang lain buat,kita konsentrate hal2 ahkirat dah le..
I think there will be by-election just for 3 ADUNs?
Jangan terlalu over konfiden sahabat. Kita memang mengharapkan Nizar jadi MB, dan seterusnya bubar DUN Perak, tapi harus di ingat, para panel yang mengadili keputusan ini sudah tentu ramai yang berpihak kepada Zambry. Kebarangkalian keputusan sekarang masih berpihak kepada Zambry. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar keputusan Para Panel berpihak kepada NIzar.
mari la kita berdoa akan kebenaran dan hak yang kita nanti kan...moga berpihak kepada kita.AMIN
jagan mad nizar tebalik kedua kali dah ler ,tuhan dah warning tu ,sedar2 ler
PR ni klu Tuhan hantar Malaikat sekalipun hantar amaran mereka akan langgar jer macam babi buta...
Mengatakan bahawa Nizar mungkin menang dalam kes penentuan siapa MB Perak yang sah adalah persepsi saja. Jangan mimpi nak bubar DUN perak.
Orang perak khususnya penyokong Pakatan Rakyat jangan percaya sangat cerita dari blog khususnya pro PR kononnya mahkamah akan berpihak pada Nizar. Itu semua tidak benar. Sekali UMNO sudah kuasai maka ia akan terus berkuasa pada hari ini, esok dan selamanya.
Barisan Nasional sudah kuasai Perak, masakan nak serah dengan mudah pada Pakatan Rakyat. SUK nak letak kat mana kalau BN kalah..?
Kepentingan dan keselamatan 3 Adun yang memberi kemenangan pada BN mesti dijaga. Kalau BN kalah, mana nak letak maruah 3 ADUN itu..?
Penyokong BN perak amat percaya Zambry adalah MB yang sah kerana beliau disokong Sultan Perak dan kerajaan pusat.
Kalau Nizar MB yang sah, pastinya negeri perak akan terpinggir dari menerima bantuan untuk pembangunan. Akibatnya rakyat perak juga yang menderita.
saya rasa keputusannya 4 BN dan 1 PR. jangan mimpilah keputusan nak berpihak kepada PR. Apa yg berlaku terdahulu kita ambil sebagai contoh.
kalau perak nak merana... doala bagi nizar jadi mb...hahhaha... tak ada gaya langsung utk jadi pemimpin bertauliah... pemimpin samseng adalah..
Nak tanya sikit alim ulama pasal undang undang dunia ni... mcmmana pak hitam zamry tu blh jd MB perak skrg ni sedangkn kes masih disebut dmahkamah dan akan diputuskn pd 9 feb ini. cuba bijak pandai dan bangang bangan umno taik bg sikit jawapan.
aku rasa org yg paling bangang dan sial dlm hal ini adalah puak umno yg lapar kuasa dan taik....jika ikut law yg betul dah sah lg terang2 nizar akan menang kes tp itu law yg betul. umno akan guna law kepala babi yg akan membuatkan kes ini menyebelahi umno....
apa pun kami doa kan agar Allah yg maha kuasa memberi keadilan pd yg HAK....
Sepatutnya anak keling Zamry blh naik jadi MB perak selepas dia menang kes 9 feb ini...
jadilah MB sampai ke liang lahat...semoga anda berjaya zamryyyy
Post a Comment