.jpg)
KUALA LUMPUR, 27 Jan [10.14 am] - Polis dilihat sebagai cuba mengenakan tekanan terhadap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyoal siasat isterinya hari ini,lebih dua tahun selepas siasatan ke atas tuduhan liwat dijalankan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto) yang juga Presiden Keadilan terpaksa memberi keterangan sebagai saksi kepada Penolong Penguasa Polis Lily Choo atas arahan pihak atasan polis. Tindakan polis itu mengejutkan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana perbicaraan Anwar dijangka bermula pada minggu depan manakala siasatan telah siap dijalankan lama sebelum ini."Saya terkejut dan hairan kerana perbicaraan akan bermula seminggu lagi dan saya hanya dipanggil semula sekarang, dua tahun selepas siasatan diadakan," Azizah memberitahu pemberita. Anwar berkata tindakan polis itu jelas untuk memberi tekanan kepada keluarganya menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 1 Febuari ini.
[Satu tindakan yang jelas amat memusykilkan kita sebenarnya. Ternyata mereka sudah tiada jalan lain untuk menyekat kebenaran dan suara rakyat yang inginkan keadilan terhadap Anwar. Cubaan yang sengaja digunakan bagi menakutkan keluarga Anwar dalam kes ini. Apapun rakyat diseru terus memberi tekanan supaya masyarakat antarabangsa dapat melihat kes ini adalah satu fitnah jahat untuk menjatuhkan karier politik Anwar].












9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tekanan mende pulok Shukri? Ikut Polis la dia ada kuasa nak panggil bila pon
betul tu ,wan jijah sapa ,kuat sanCAT ke ,kuasa polis 100 tahun pun mereka bolih siasat balik ,nak tageh sempeti rakyaat lah tu ,perahhhhhhhhh
Askm Datuk Seri, bersabarlah.... Allah tetap akan bersama orang yang benar. Hikmahnya, makin ditekan dan diperlakukan dengan kejam...Pakatan Rakyat makin mendapat sokongan. Semakin kerap DSAI ditindas dan diperlakukan dengan kejam, makin rakyat sayang kepada DSAI. Inilah pemimpin yg kami inginkan. Tidak pentingkan diri. Sanggup membakar diri untuk mempertahankan nasib rakyat. Bukan macam beberapa orang pemimpin Perak yang mudah tergoda dengan $$$$$. Boleh disumbat lagi dlm penjara, dibelasah. Baru bagi $$$$$
dah kelabu mata. Polis pun memang barua UMNO. Mungkin PDRM ada baiknya ditukar nama kepada Polis Cawangan UMNO bahagian..... Demikian juga dengan SPRM, badan kehakiman dan pelbagai agensi kerajaan yang telah diUMNOkan oleh AMENO.
Askm Datuk Seri, bersabarlah.... Allah tetap akan bersama orang yang benar. Hikmahnya, makin ditekan dan diperlakukan dengan kejam...Pakatan Rakyat makin mendapat sokongan. Semakin kerap DSAI ditindas dan diperlakukan dengan kejam, makin rakyat sayang kepada DSAI. Inilah pemimpin yg kami inginkan. Tidak pentingkan diri. Sanggup membakar diri untuk mempertahankan nasib rakyat. Bukan macam beberapa orang pemimpin Perak yang mudah tergoda dengan $$$$$. Boleh disumbat lagi dlm penjara, dibelasah. Baru bagi $$$$$
dah kelabu mata. Polis pun memang barua UMNO. Mungkin PDRM ada baiknya ditukar nama kepada Polis Cawangan UMNO bahagian..... Demikian juga dengan SPRM, badan kehakiman dan pelbagai agensi kerajaan yang telah diUMNOkan oleh AMENO.
Assalammualaikum,
Saya cuma berasa agak khuatir kerana saya sebagai penyokong Datuk Seri sejak dari zaman universiti lagi melihat akan adanya usaha Datuk Seri untuk mempertahankan diri dan bebas dari tuduhan tersebut. Saya menyoal diri saya, sekiranya saya di tempat Datuk, saya tidak akan cuba menyentuh mengenai isu tersebut di ceramah-ceramah, sebaliknya membiarkan Allah yang memberi kebenaran.
Saya sebenarnya kurang setuju dengan road show Datuk Seri Anwar..Semakin Datuk teruja untuk menunjukkan Datuk dizalimi, semakin hilang keyakinan.
Biarlah polis nak buat apa atau sapa2 nak buat aper pun, tak payah nak besarkan hal ini.
Salam
Saya berdoa kpd Allah semoga org yg seperti beberapa ekor Anonymous diatas di timpa musibah dan terpaksa berhadapan dng Polis, dan kita lihat apakah penjelasannya berkaitan dng kuasa Polis yg di sokongnya itu.
orang yang baik tak berdoa untuk orang lain ditimpa musibah,kalau kamu budak universiti,waras kan otak,suruh wan jijah ikut jer prosedia polis,takut kerana salah berani kerana benar dan jangan suka buat drama
hi anonymous2 skalian, ni la sikap org melayu kita sehingga agama pun boleh diguna mengikut nafsu..tak baik doa yang bkn2..saya cuma memandang dari segi pemikiran yg telus..org tau Datuk tak bersalah tak payahla asyik2 pertahan diri di setiap ceramah..
satu lagi, tak penah pun si wan azizah ni bagi komen yer pasal anwar ngn kes dia ni? Naper yek?
wassalam,
semoga Allah sentiasa mberi hidayah kepada kita semua.
Semoga Allah ampun kan kita semua beri hidayah rahmat hingga akhirat. Sesungguhnya dunia makin tua dan kiamat kian tiba. mcm mcm kes DAJAL, GEMPA, KHIANAT, SONGSANG, BINI TK KENAL LAKI.LAKI TK KENAL BINI SEMUA BALON.
Belum masuk kes arak judi main betina merata rata mcm ayam. Maka sebelum hari pembalasan tiba eloklah kita ubah diri kita semua jd manusia beriman buang yg jahat amik yg baik.
Senang je Allah suruh kita buat baik tinggalkn yg jahat. Pada sesiapa yg kerja hariannya mencipta kejahatan membuat skrip kemusnahan negara, merencana drama negara bersama penolong pengarah drama pdrm sprm hakim hakim yg bijaksana kembalilah ke jalan lurus yg baik. kerja yg baik itu mulia dari kerja kerja memutar belit dan memusnahkan kebaikan demi menjayakan kejahatan
Post a Comment