PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, January 30, 2010

Kontroversi: Seperti Di Rancangkan, Mahkamah Persekutuan Akhirnya Memutuskan Anwar Tidak Berhak Dapatkan Dokumen Penting Kes Liwatnya



PUTRAJAYA, 30 Jan [2.30 pm] - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak untuk mendapatkan dokumen penting termasuk sampel spesimen Saiful Bukhari Azlan kerana perbicaraan liwatnya belum bermula. Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata setiap tertuduh dilarang memiliki dokumen sebelum perbicaraan kerana ia mengandungi keterangan yang akan dibuktikan pihak pendakwaan pada perbicaraan kes tersebut. Pada peringkat pra-perbicaraan, korum itu berkata Anwar hanya boleh mendapat akses dokumen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tuduhan, untuk membolehkannya memahami pertuduhan dan menyediakan pembelaan. Penghakiman bertulis setebal 31 muka surat itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong yang bersidang bersama Hakim Arifin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Md Raus Sharif. "Perayu tidak berhak mengetahui apakah cara pihak pendakwaan akan membuktikan fakta-fakta itu selaras dengan tuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. "Ia kekal sebagai kuasa pihak pendakwaan," kata Abdull Hamid. Beliau juga memutuskan perbicaraan kes itu bermula apabila pihak pendakwaan memanggil saksi pertama memberi keterangan dan bukannya sebaik pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dan pengakuannya direkodkan, seperti yang dikatakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh. "Pada pandangan kami, permohonan untuk dapatkan dokumen masih lagi di peringkat pra-perbicaraan dan bukannya dibuat semasa perbicaraan," katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008. Antara dokumen penting yang diminta ialah kenyataan-kenyataan saksi yang direkodkan daripada Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia, laporan perubatan dan rakaman CCTV di kondominium tersebut pada waktu kejadian. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan yang dibuat Anwar agar pendakwa membekalkan beliau dokumen tersebut tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwa. Dalam penghakiman tersebut, mahkamah tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang menyatakan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mendapatkan dokumen tersebut, tidak boleh dirayu kerana keputusan itu dibuat pada prosiding mahkamah dan dianggap keputusan muktamad. Karpal berhujah demikian dalam cubaannya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahi Anwar sebaliknya memohon Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, Abdull Hamid memutuskan sebaliknya dengan menyatakan perkara itu boleh dirayu kerana permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tersebut mengikut Seksyen 51 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) bebas untuk dibicarakan, oleh itu perintah hakim Mahkamah Tinggi dianggap perintah akhir yang akhirnya menghapuskan hak-hak Anwar. Susulan keputusan itu, Karpal berkata beliau akan memfailkan permohonan semakan di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan. Katanya Mahkamah tertinggi itu telah mewujudkan satu kedudukan yang akan melambatkan perbicaraan kes kerana keputusannya membuka ruang kepada pihak-pihak dalam kes mahkamah bagi mengemukakan permohonan interlokutori untuk rayuan. Katanya ini bercanggah dengan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman yang dipinda pada 1988 bagi mengatasi masalah perbicaraan berlanjutan dengan melarang permohonan interlokutori untuk rayuan. Anwar tidak hadir ke mahkamah hari ini.
[Apapun, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu sedikit mencalarkan keadilan yang perlu ditegakkan dalam kes ini. Dunia melihat apa yang berlaku di Malaysia. Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan perlu utamakan perbicaraan ini dari sudut jenayah Syariah. Undang-undang Qazaf terhadap Saiful perlu dilaksanakan segera sebelum perbicaraan di mahkamah sivil dijalankan. Namun, bagai tersurat kerajaan menggunakan jentera yang ada untuk melambat-lambatkan Qazaf dan sengaja mahu membawa kes tersebut ke mahkamah sivil terlebih dahulu. DNA masih lagi mahu digunakan sebagai senjata utama, selepas melihat dubur Saiful tidak dirodok oleh mana-mana senjata tajam. Begitu hina mahkamah kita bila perkara sebegini diperlakukan terhadap rakyat yang berhak mendapat pembelaan sewajarnya. Jika dibicarakan di mahkamah sivil, maka kita tidak hairan berbagai bukti baru akan dikeluarkan kerana mereka sudah merancang dan berpakat untuk mensabitkan juga Anwar dengan kes ini agar masa depan dan karier politiknya terus hancur selamanya].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Sumo Piar said...

Since when Anuar that courteous, applying for this for that.

Isn't he used to just grab ... grab .... from fore ... from aft?

Anonymous said...

Suruh je Anuar tu bersumpah, kalau boleh suruh Nik Ajis ajarkan. Zaman Nabi ada bersumpah tak kan Nik Ajis tak tahu. Lepas tu kita serahkan pada Tuhan. Habis cerita. tak payah lah nak heret Rakyat Malaysia dalam kes ni , kami dah muak.

Anonymous said...

DAH MUAK DENGAN CERITA DSAI INI. TAKKAN DSAI SORANG ADA KES, MP LAIN TAK ADA KE...KES RABA,KES LARIKAN ANAK RAJA,KEBAS DUIT RAKYAT KE...

Anonymous said...

DAH MUAK TAK PAYAH AMBIL TAU. MP LAIN TU KRONI MANA BLEH NAIK COURT. TAK MACAM DSAI..SENTIASA MENGGUGAT AHLI2 UMNO.

Sumo Piar said...

The final journey of Anuar ... on his way out.

Anonymous said...

Mari hamba nk terangkan pada rakyat jelata sekalian.

Selagi kerajaan syaitan ni memerintah tidak akan sunyi dari melakukan kemungkaran kesetanan dalam negara dgn segala kelengkapan yg ada mereka mampu mencipta liwat zina bahlol semata-mata utk membunuh individu yg blh menggugat kedudukan kuasa mereka walau apa cara sekalipun.
DSAI adalah anasir no1 bg BN yg akan merobek tugu BN jadi mati atau hidup DSAI wajib dicantas dgn kes paling bangang se antero dunia. Kerajaan Iblis sblm ini tidak terfikir utk cipta kes sebangang ini... tahniah

Tuhan maha berkuasa sebijak mana kamu memutar belit paksi alam kamu tidak mampu merubah ketentuan tuhan. Masa akan tiba kebenaran akan terserlah... tidak di dunia kerajaan iblis akan di adili di mahkamah allah yg maha ADIL Saksama

Anonymous said...

anwar minta tolong kit siang, or geng dap la... kan depa byk gangster...suruh aje depa rempuh apa yg ada... tak yah jadi bacul sgtla...

Anonymous said...

sapa nak dengar penerangan bodoh pidahhhhhhhhhhh