PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, January 28, 2010

Mahkamah: Anwar Ibrahim Failkan Permohonan Untuk Tangguhkan Prosiding Bicara Kes Liwatnya

KUALA LUMPUR, 28 Jan [3.35 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini. Peguamnya, SN Nair memberitahu pemberita bahawa beliau memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini. Nair berkata, mahkamah telah menetapkan Selasa ini bagi mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah. Sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan hakim. Katanya, perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya. Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Disember, 2009. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu. Pada 1 Disember, 2009, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Januari 2010. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda kepada 2 Februari sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan. Mahkamah Persekutuan dijadual memberikan keputusannya berhubung perkara itu esok. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara KL pada 26 Jun, 2008.
[Penangguhan terpaksa dilakukan demi mendapatkan keadilan sebenar dalam kes ini. Apa guna diteruskan perbicaraan jika pendakwaraya masih gagal untuk menyerahkan segala salinan dokumen berkaitan hatta laporan polis yang dibuat Saiful terhadap Anwar Ibrahim. Oleh itu, adalah menjadi hak beliau untuk mempertahankan haknya untuk dibicarakan secara adil dan saksama, bukannya perbicaraan yang penuh dengan tipu helah dan kemusykilan dikalangan rakyat. Memang kita tahu, penyokong UMNO pasti akan mengatakan Anwar takut untuk berhadapan dengan Saiful di mahkamah selepas ini. Namun, mereka harus ingat bahawa terdapat seribu keraguan dan kekeliruan dalam kes yang akan dibicarakan itu].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: