PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, January 31, 2010

Mahkamah: Datuk Seri Anwar Ibrahim Sekali Lagi Bakal Membuat Permohonan Agar Kes Liwatnya Dengan Saiful Bukhari Di Tangguhkan Selasa Ini !

KUALA LUMPUR, 31 Jan [2.10 pm] - Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama. Sama ada perbicaraan yang telah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan. Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lepas sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu. Pada 1 Disember tahun lepas, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Januari bagi perbicaraan. Namun perbicaraan itu ditangguhkan ke 2 Februari oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen kepadanya bagi membuat persediaan pembelaannya. Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas menolak permohonan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim itu.

[Perbicaraan wajat ditangguhkan selagi rakyat melihat keadilan tidak terwujud dalam kes ini berlandaskan kebenaran yang hakiki. Mahkamah hanya mahu menjalankan perbicaraan bersandarkan kepada akuan sumpah dan repot polis Si Saiful Bukhari semata-mata. Mahkamah langsung tidak mahu mengambilkira andainya Saiful khianat dan membuat fitnah jahat terhadap Anwar berasaskan kepada skrip yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah, amat malang sekali bila perbicaraan dijalankan dalam keadaan timbul berbagai syak wasangkan dan fakta yang jelas menyeleweng dalam kes ini. Terdapat usaha untuk mematikan karier politik mantan TPM itu sebenarnya. Oleh itu rakyat perlu bangkit untuk menyatakan kebenaran, yang hak pasti tertegak dan yang bathil itu pasti dihapuskan. Ulamak terkenal seperti Sheikh Yusoff Qardawi mahukan undang-undang Islam digunakan terhadap kes Anwar, namun kerajaan Islam Malaysia hanya menutup sebelah mata sahaja dan mereka lebih berselera untuk menggunakan undang-undang Sivil yang mudah untuk diperalatkan sesuka hati mereka itu sebenarnya].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

nampak sgt si anwar ni takut...cari mcm2 alasan... hai..kalau tak buat rempuh ajela nuar haii... tak yah dok cari dalih mcm2

Anonymous said...

bodooooooooooooooo....anak haram!!!