PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, January 31, 2010

Mahkamah: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah Pastinya Menjadi Tumpuan Selasa Ini, Tangguhkan Atau Meneruskan Kes Liwat Anwar !!

Inilah dia wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (foto), yang bakal menjadi tumpuan umum berikutan beliau akan mendengar permohonan Anwar supaya kes liwatnya ditangguh Selasa ini. Segalanya terletak di tangan dan atas kebijaksanaan beliau. Jika beliau memutuskan kes diteruskan, maka Anwar terpaksa berhadapan dengan satu keputusan yang amat berbahaya sebenarnya. Di saat barisan peguam Anwar tidak mempunyai salinan dokumen rasmi kes untuk membuat pembelaan. Sedangkan pihak pendakwaraya telah menyediakan berbagai bukti untuk mensabitkan beliau dengan kes ini. Maka, rakyat sudah menjangkakan keputusan yang akan diketahui sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah Hakim Zabidin akan bertindak adil berlandaskan undang-undang atau beliau juga terpaksa akur dengan arahan pihak atasan agaknya. Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lalu sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata, kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu. Makanya, bersandarkan kepada undang-undang, Hakim Zabidin ajar menangguhkan perbicaraan demi keadilan. Mahkamah Rayuan belum mendengar permohonan Anwar untuk menggugurkan pertuduhan liwat itu maka sewajarnya Mahkamah Tinggi tidak wajar untuk meneruskan perbicaraan. Kenapa terlalu tergesa-gesa hingga tidak sabar-sabar untuk meneruskan perbicaraan agaknya?. Siapakah yang memberi arahan agar kes ini dibicarakan segera tanpa menunggu Mahkamah Rayuan mendengar permohonan yang dibuat oleh Anwar. Kenapa begitu pincang dan rosaknya sistem kehakiman dan keadilan di negara kita in agaknyai?.

[Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ini jelas terwujudnya satu konspirasi jahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes memandangkan pihak Pendakwaraya sudah menyediakan bukti-bukti yang "tidak relevan" untuk mengaitkan Anwar dengan kes ini. Akan terjadi nanti, peristiwa usung tilam, video, CCTV palsu, DNA palsu dan berbagai-bagai lagi dokumen yang jelas telah dipesongkan. Bahkan, kemungkinan besar laporan perubatan tiga doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful juga akan bertukar daripada tiada tanda-tanda diliwat kepada terdapatnya bukti dia diliwat. Semua ini pasti akan terjadi dalam keadaan mereka tergesa-gesa meneruskan kes ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat diseru berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT agar menghancurkan manusia yang jelas mahu bertindak zalim sesama manusia di mukabumi ini].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

wah...hebat PDO dah tau keputusan mahkamah...walaupun mahkamah belum bersidang mendengar kes.Pulak tu..PDO dah tau semua rakyat DAH TAU keputusan Kes DSAI hebat.Ini yg di nama menipu..biarkan bicara dulu wehhhh.Kita tengok...Kata DSAI itu fighter apa nak di takutkan.

Anonymous said...

Kalau nak dibacara....bicaralah tapi kasi lah itu laporan doktor dan salinan yg diminta, apa susah kasi je lah. and justice for all.....metalica

Anonymous said...

pidaa,justice for all,how about justice for saifol.bloody fool,kah kah kah

Anonymous said...

justice for saiful means..... mari kita pakat ramai ramai meliwat saiful sampai rabak....

itu dinamakan justice for all... faham tak anon bodo 12:42 am

kalu mu nk test sekali apa salahnya. saya blh kasi liwat awak ramai ramai mcm cik saiful