Perbicaraan kes "Sandiwara Liwat II" yang paling memalukan sistem kehakiman negara kononnya melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Februari ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia. Apa tidaknya, biarpun perbicaraan dan kes itu sendiri dipertikaikan oleh banyak pihak. Namun, berkat usaha yang bersepadu antara penulis skrip, pengarah dan pelakon utamanya maka kes tersebut mahu dibicarakan juga di Mahkamah Sivil tanpa menghormati pandangan tokoh ulamak Islam sedunia termasuk Syeikh Yusoff Al-Qardawi. Kes jenayah syariah yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dibawah undang-undang "Qazaf" itu sengaja dilewat-lewatkan oleh mereka agar keadilan bukan ditegakkan untuk Anwar tetapi kepada Saiful Bukhari Azlan. Belum pernah terjadi dalam sejarah, mangsa mengaku diliwat tanpa bersandarkan laporan klinikal hospital dan disahkan oleh doktor perubatan. Kes yang cukup memalukan ini hanya mahu dijalankan berlandaskan kepada bukti DNA yang kononnya terdapat dalam tubuh Saiful. Soalnya, bagaimanakah DNA Anwar boleh berada dalam tubuh anak muda itu sedangkan pakar perubatan mengesahkan dia masih suci dan tidak ternoda oleh sesiapa pun. Jika kes ini berlaku kepada tertuduh selain Anwar, sudah pastilah ia akan dibuang kes sebenarnya. Tambahan pula, mana mungkin pihak polis dan mahkamah mahu menyiasat serta membicarakan kes tersebut hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful semata-mata. Tanpa mengambilkira unsur-unsur fitnah dibuat oleh anak muda itu, serta rentetan perjalanan kes yang cukup diragui maka ia mahu diteruskan juga dalam keadaan fakta yang jelas mengeliru dan benar-benar menyeleweng itu. Sepatutnya bukti DNA digunakan selepas laporan perubatan hospital mengesah kejadian itu berlaku. Tetapi jika kejadian pun tidak berlaku, kenapa DNA mahu digunakan?. Bukankah ini menunjukkan sudah ada perancangan jahat dan satu lagi konspirasi peringkat tertinggi untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes kontroversi ini sebenarnya.Anwar semalam, menfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan pada 2 Februari ini. Banyak alasan munasabah yang dikemukakan, tetapi dianggap tidak masuk akal oleh pihak Pendakwaraya. Salinan dokumen yang sepatutnya diberikan hak kepada Anwar, sehingga kini masih lagi dinafikan. Malah, mereka mencuba sedaya upaya untuk memastikan mantan TPM itu terpenjara jua kali ini. Mereka menganggap Anwar menipu mahkamah dan hakim sehingga berjaya meloloskan diri dari Penjara Sg.Buloh dalam kes liwat pertamanya dulu. Lantaran itu, mereka tetap yakin Anwar memang meliwat Saiful. Walhal telah disahkan yang anak muda itu tidak mempunyai tanda-tanda diliwat. DNA mahu digunakan sebagai bukti kukuh kejadian tersebut, sedangkan sampel seperti itu boleh diambil melalui berbagai cara sama ada secara paksa atau dalam keadaan tidak sedar, ketika Saiful bekerja di pejabat Anwar dulu. Semua ini menimbulkan keraguan rakyat sebenarnya. Apalah malangnya nasib rakyat yang terpaksa seklali lagi menyaksikan satu perbicaraan yang paling "malang" dalam sejarah negara. Namun, demi kuasa politik semua ini terpaksa dijalankan juga. Maknanya, perbicaraan yang bakal dijalankan itu nanti sudah pasti penuh dengan trick serta adengan yang cukup memalukan kita sebenarnya. Masih kita ingat dulu adengan mengusung tilam, tompok air mani yang bertaburan, adengan liwat di lokasi yang tidak wujud, kehilangan diari harian Anwar dari simpanan polis serta berbagai lagi adengan yang cukup mengejutkan. Apalah kini ia bakal berlaku lagi dalam kes liwat dua yang bakal disaksikan perbicaraannya tidak lama lagi.
Inilah iklan banner yang dicipta oleh penyokong Saiful itu
Bagi penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat, apa yang boleh dilakukan sekarang ialah sekadar berdoa agar kes tersebut dibatalkan atas masalah teknikal seperti yang dinyatakan tadi. Namun, mahukah hakim menurut arahan tersebut jika skripnya telah disiapkan sejak awal-awal lagi. Maka langkah terbaik ialah kita harus tunggu dan lihat adengan misteri ini. Sementara itu, bagi puak-puak UMNO dan barisan penyokong mereka seperti biasa menuduh Anwar penakut dan tidak berani menghadapi kenyataan. Kononnya jika Anwar berani dan tidak bersalah, maka hadir ke mahkamah dan berhadapan secara anak jantan dengan Saiful. Tanpa mengambilkira faktor kekeliruan kes tersebut dan keengganan pihak pendakwaraya memberikan salinan dokumen yang diminta, mereka jelas sekali melihat Saiful berada di pihak yang benar. Kebenaran saiful hanya dengan kata-kata yang sering dinukilkan dalam blog peribadi beliau selama ini. Rayuan dan doa dipohon daripada rakyat agar memberikan kekuatan untuk beliau menghadapi kes ini. Kebenaran dan keadilan akan tertegak jua akhirnya, bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar. Aneh bukan, bila seorang manusia beriya-iya mahu orang percaya kepada kata-kata dan sumpah laknatnya tentang satu perkara yang masih menjadi tanda tanya. Bayangkan jika semua ini adalah satu fitnah dan tuduhan jahat untuk menjatuhkan karier politik Anwar, maka siapakah yang menjadi mangsa sebenarnya?. Mutakhir ini kempen besar-besaran telah diadakan menerusi blog dan website pro-Saiful. Satu banner telah dibuat oleh mereka yang bertemakan "Warkah Buat Anwar", dengan memaparkan nombor telefon peribadi serta email mantan TPM itu untuk membolehkan penyokong mereka menghantar SMS. Malahan, warkah itu turut memberi amaran supaya penghantar tidak menulis SMS yang berbaur ugutan dan ancaman terhadap Anwar Ibrahim.
Sila copy paste url link iklan ini dan masukkan dalam blog anda
[Privacy Anwar pasti akan terganggu dengan SMS yang bakal diterima itu. Soalnya, siapakah dalang yang mendedahkan nombor telefon peribadi Anwar kepada mereka. Sudah pastilah dikalangan mereka yang rapat dengan Anwar dulu agaknya. Apapun, paparan itu sudah dibuat (rujuk foto atas) dan Anwar terpaksa menghadapinya. Beliau boleh menutup talian tersebut jika mahu atau menukarkan nombor talian peribadi beliau. Namun, semuanya tidak wajar dilakukan dalam masa terdekat ini. Susulan daripada itu, kami dengan bangganya ingin membalas banner yang dihasilkan oleh para penyokong Saiful itu. Maka disini kami paparkan satu banner yang serupa khas untuk Saiful Bukhari Azlan agar beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Turut kami paparkan ialah nombor telefon peribadi ayah Saiful iaitu Azlan Mat Lazim untuk memudakan orang ramai menghantar SMS supaya beliau menasihatkan anaknya supaya menyedari segala kesilapan yang telah dilakukan. Dengan paparan ini, diharap dapat memberi ruang yang terbuka kepada rakyat hendaknya. Paparan talian telefon peribadi Saiful Bukhari Azlan akan dibuat selepas ini, jika puak-puak mereka masih memaparkan iklan berkenaan. Sila copy paste URL iklan dan masukkan ke dalam blog anda untuk dihebahkan].














11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Kepada Saiful dan Penyokong2 selagi ada waktu kembalilah ke pangkal jalan. lakukanlah kerja kerja yg berfaedah jgn campakkn diri anda dalam kebinasaan. Allah itu maha kuasa, diberiNya kamu kesempatan berbuat nakal jika kamu gagal kali ini kamu bakal merasai azab yg amat pedih dan seksa tidak dapat di dunia dlm kuburan kamu akan merasa.Nauuzubillah
Apa la bangangnya negara ini punyai pemimpin2 yg bangang polis yg samdol dan kehakiman yg busuk dan hina umpama taik.
kenapa semua rakyat yg ada otak waras harus diam mcm tikus nk mampus meng iya kan segala kecelakaan ciptaan pemimpin laknat ini. hanya utk memastikan mereka terus berkuasa.
Disini aku sumpah semua yg terlibat dalam konspirasi ini dgn sumpah laknat korang yg terlibat menjadi babi berkepala manusia. itulah yg selayaknya utk kamu kerana kehinaan kamu ini melebihi hinanya seekor BABI
Hi there!
I would like to burn a theme at here. There is such a thing, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of ponzy-like structure, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.
For quite a long time, I make money with the help of these programs.
I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I get now up to 2G a day , and my first investment was 500 dollars only.
Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my web site to get additional info.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
hakim2 jangan takut ,teruskan tugas anda ,dsai dah gubra,dia akan buat apa saja,kerana kebernaran akan terlaksana ,kalau saifol bohong,dia akan kena,kalau dsai liwat,dia tak kan terlepas.... KALAU KES LIWAT NAK DI BICARA DIMAHKAMAH SYARIAH ;KES MENCURI BAGAIMANA ,TOLONG JAWAB
Kes liwat - mahkamah syariah. kes curi mahkamah tok mung potong tangan jika disabit kesalahan.
kalau seful bohong dia akan kena apa......kena liwat kali kedua oleh najib pdrm dan hakim hakim.
ntah apa-apa je..
ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN
Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Inilah kerajaan yg terang-terangan berbelit lbh dari belitan ular. Kalau rakyat tk faham dia memang bodo terlajak.
Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma ‘wang ehsan’ tidak pernah wujud. Hanya terma ‘wang royalti’ sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan ‘terma ‘wang ehsan’ seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.
Ini satu lagi kepala otak umno ni otak pembelit no.1 Terma dan apa jua undang2 blh mereka ubah sesuka hati demi capai hasrat perut busuk mereka.
Nah dulu kata kelantan tk berhak dapat royalti... kini berhak dapat sikit tapi atas nama wang ehsan. Ehsan kepala bapak mung celaka. Kamu bukan pengemis. Kami bercakap ikut hak paksi undang2 terma termaktub.
Siapa yg lbh bodoh dan bangang dalam hal ini. kerajaan pusat perut busuk kohong atau kerajaan pas kelantan yg menuntut hak.
Berbelitlah umno selagi kamu blh belit tp ingatlah kamu tidak berkuasa membelit hukum Allah. Tiba masa pembalasan kelak tidak akan terlepas kamu semua wahai pembelit pencipta kemusnahan pencetus huru hara dlm negara.
Yang tertinads pasti akan terbela yang teraniaya amat dimakbulkn DOA nya. Saksikn lah seluruh rakyat kelantan turun menadah DOA bersama tok guru memohon Allah singkap kepala otak umno yg dungu ini agar menjadi manusia yg bersih beriman dan tidak menipu dan menyeleweng lagi
nak jawab anonymous 3:09:00 tu.kamu sebenarnya mempermainkan hukum Allah.cara hidup DSAI tu,sudah cukup mengambarkan beliau di fitnah,mudah2an Allah melaknatkan mereka2 yang terlibat dengan fitnah terhadap DSAI,amin.kami akan doakan semuga Allah memeliharakan DSAI yang jujur dan tidak pernah menaruh syak terhadap saiful sewaktu saiful merancang kejahatan terhadap DSAI dulu.Amin.
Helo anymous 3:09..bercakap biar lah elok sikit..tuduh jangan sebarang tufduh..jangan ikut lidah tak bertulang.......
Kepada semua yang benci kepada fitnah yang mengaibkan ini marilah kita doakan keselamatan dan kesejateraan ke atas DSAI dan keluarga.
Inilah ujian yang paling mengaibkan..tuduhan yang menyentuh maruah diri..mengikut Islam maruah mesti dipertahankan biar terputus nyawa dari badan.
Kepada yang masih berselingkuh dengan tuduhan ini..mohonlah semoga Allah buka hijab dalam hati kalian...
bodoh, aku hanya tanya,kalau kes liwat di bawa ke mahkamah syariat,macan mana kes curi,kechik2 dulu ,ADELIN tak pernah curi rambutan ke,kalau kena tangkap,ADELIN ,nak bicara di mahkamah mana tolong jawab ,jangan pusing2 macam dsai hang tu,TAN LOO LEY ,AWAT EMOSI SANGAT,PI JER MAHKAMAH,KALAU AKU DI TUDUH SEDIMIKIAN,AKU TAK LAKUKAN AKU PI MAHKAMAH AKU LAWAN,APA NAK TAKUT BERANI KERANA BENAR ,TAKUT KERANA SALAH ,AWAT BENGAK SANGAT,APA MAHKAMAH TAK BETUL KE ,ATAU PASTI KALAH INGAT DALAM DUNIA ADA YANG PRO DAN ADA YANG KONTRA,AKU TAK TUDUH ,HANYA AKU MELUAT KERANA DSAI TAKUT SANGAT NAKPI KEMAHKAMAH,sebab apa nooooo
nampaknya adelin dan tan loo ley memang gila babi menyokong dsai,,orang kata membabi buta,sebab tu hujah merapu dan berimosi,,memang cara hidup baik,tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya,cuba terjun,silap hari bulan ,ngap buntut kena sapu,kah kah kah
Post a Comment