KUANTAN, 16 Feb [12.32 am] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kecewa dengan tindakan UMNO yang bakal mengadakan konvensyen peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Jengka pada 19-21 Februari ini. Timbalan Ketuanya, Kamarul Hatta (foto) berkata tindakan UMNO Pahang yang akan mengadakan program parti di institusi pengajian tinggi adalah amat dikesali kerana ia bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. "Mereka cuba menghalang mahasiwa untuk berpolitik, tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka membawa unsur-unsur politik ke dalam kampus", katanya. Malahan kami juga difahamkan, para mahahsiwa UiTM Jengka diarahkan mengosongkan kampus pada tarikh tersebut bagi memberi kemudahan kepada lebih 2,000 ahli UMNO berkampung di situ. Adalah difahamkan perasmian konvensyen UMNO Pahang itu bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri. "Sepatutnya program parti tidak wajar diadakan di mana-mana kampus IPT di negara kita. Jika UMNO dibolehkan, maka kenapa pula parti lain tidak dibenarkan?. Inilah satu sikap double standard yang diamalkan sebenarnya", tambah Hatta lagi.[Kami tidak mahu membuat komentar terhadap perkara ini, kerana bagi kami UiTM itu sendiri adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang diilhamkan oleh pemimpin Melayu UMNO itu sendiri. Maka sudah semestinya mereka mempunyai hak sewenang-wenang untuk mengadakan sebarang program dalam mana-mana kampus IPT itu di seluruh negara. Tindakn tersebut memanglah tidak wajar, namun apalah yang mahu kita perkatakan kepada orang yang mempunyai kuasa untuk melakukan segalanya. Mahu atau tidak maka kita terpaksa menerima semua itu dengan hati dan perasaan yang tercabar. Senario ini pasti akan berterusan selagi kerajaan pusat itu sendiri masih ditadbir oleh UMNO dan BN sebenarnya].












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Nasihat utk Ketua AMK Pahang: Tunggu sehingga PKR mengambil alih kerajaan negeri dan persekutuan, maka selepas itu PKR boleh mencontohi apa yg UMNO telah lakukan. Lihat saja apa yg sedang berlaku di PPinang. Kerajaan PR boleh mencontohi teladan "baik" yg ditunjukkan oleh Khalifah Umar Lim Guan Eng iaitu para sahabat kpd Nik Aziz sesat.
Lipat gandakan usaha!
assalamualaikum
Kita mesti mempunyai jiwa yang merdeka dan bukan jiwa hamba,yang salah mesti disalahkan dan yang benarkan mesti dibenarkan.Keadilan itu diberi kepada semua tak kira siapa termasuk anak bini kita.Tak semuanya berada dipuncak,yang pasti jatuh juga.Yang jatuh pasti menyesal kerana dek lupakan diri akibat kerana hanya mengukur kekuatan diri tanpa mengukur kekuatan ilahi.Kata orang hari ini kau punya besok belum tahu lagi.
Hei ikut UMNO lah nak anjur kat mana pun ..kau apa peduli, UiTM itu pun orang UMNO yang wujudkan tau...
Salam,
ini artikel yang jawab pasal pembohongan kamu.
http://puterinafisah.blogspot.com/2010/02/pahang-daily-online-jangan-pedooh.html
Pendengki itu akan terus menerus mendengki sehinggalah kedengkiannya memakan dirinya.
Post a Comment